Friday, March 9

Salam 2018

Assalamualaikum blogku yang telah lama sepi ni.

Entah macam mana sambil belek-belek gambar makanan dalam gallery, tetiba terfikir why not aku 'blog' kan? Orang sekeliling aku memang am nya tahu aku ni memang suka capture dulu sebelum makan hehe :D

Ingat lagi waktu zaman kegemilangan instagram yang mana masing-masing pn berlumba nak berhashtagkan 'foodporn'   dengan post gambar makanan masing-masing termasuk lah aku. Tapi aku menunjuk sebab nak share port makan best je...sampai la lama kelamaan aku sedar aku takut jatuh riak dan kesian dekat orang yang tengok gambar tu pastu lapar pastu takda duit makan pastu maki aku hahahaha so aku pun stop post gambar makanan walaupun dijauh sudut hati aku, aku memang minat capture gambar makanan.

Sekarang foto-foto makanan tersemat indah dalam gallery. So nak buat apa? Makan memori je?

Nah malam ni la aku terfikir. Apa kata aku share dekat korang je? Haha lantaklah ada orang baca ke tak baca, tapi mungkin aku boleh share setips dua untuk yang mencari cadangan makan di google? Lalu ketemu sama aku punya belog barangkali? Hehe

Ok lah tunggu aku rajin ya. Tak janji, tapi pasti aku akan post lagi.

Apa jadi dengan hidup aku sepanjang 2017 ni?

Asyik.

Tiada yang berubah.

Aku masih bekerja di tempat yang sama, 'dating' dengan orang yang sama, tinggal di tempat yang sama, cuma kawan baik saja dari bertiga tinggal dua. Its okay. Aku masih bahagia. 

Ya tuhan, kau murahkan la rezeki ku. Kau permudahkan lah perjalanan hidupku. Sesungguhnya hanya Kau sahaja yang maha mengetahui. Amin.

Wassalam dari aku yang berangka 25.

2 comments:

anti.insects7@gmail.com said...

استمتع الان معنا على تقدم افضل الخصومات العالمية التى نقدمة الان فى قال وقت ممكن من افضل افضل شركة لابادة الحشرات التى لا مثيل لها الان لاننا نعمل على تقدم افضل العروض الرائعة من شركات ابادة الحشرات التى نقدمة الان وباقل الاسعار الرائعة التى من خلالها نعمل على تقدم افضل شركات مكافحة الحشرات بالقاهرة فىق ال وقت ممكن وباقل الاسعار الرائعة والمختلفة من افضل ابادة حشرات المنزل التى نقدمة الان

3nod maka said...

اعمال تنظيف الان و علي اعلي مستوي تنظيف خزانات الان و بافضل تميز الان من خلال توفير شركة تنظيف بالبخار الان افضل الوسائل و الاعمال الحديثه الان في اعمال التنظيف حيث العمل الان علي اعلي شركة تنظيف شقق مستوي بتنظيف جميع الاماكن المراد تنظيفها الان و علي اعلي مستوي الان من التميز و بافضل كفائه شركة جلي سيراميك الان و بافضل الاسعار الان والخصومات تواصلو معنا الان من خلال موقعنا و احصل الان شركة رش العته علي افضل الخدمات