Monday, February 10

Paling pantang orang main terjah masuk bilik,
usik barang - barang aku.

Tak payah nak mandai - mandai kemas, nak buang barang ikut suka hati.

Aku tahu la apa yang patut aku simpan & tidak.

Aku bukannya bodoh tak reti beza surat penting dengan kertas contengan, atau
tak reti beza kotak simpanan dengan bekas sisa.

Nak aku kemas, bagitahu.
Kau tak selesa, apa aku peduli.
Jangan nak tunjuk pandai di tempat orang.

Hish, aku mengamuk dalam hati je ni.

Wednesday, January 8

Segmen jjcm


Hi assalamualaikum

Happy new year! Kahkah cam dah lambat je

So my midsem exam is just over. Yayers!! Tapi haprak tak confident apa pun. Soalan susah pastu banyak dah study tak ingat pastu tak cukup masa jadi banyak soalan yang dijawab tak cukup sifat. Target A untuk satu paper je, biar boleh cover pointer sikit. Kasi up sikit.

So if you guys following me on instagram recently i posted so many pictures of food i ate. Food hunting ni rasa macam hobi baru. Not only i hunt for great food, but also nice cafes & restaurants. Tambah tambah sekarang banyak urban types of cafe yang best best.
I dont mind pay for high price kalau makanan sedap & service bagus. Ill surely recommend to my friends.

So today i had my late lunch at Grafa cafe located at ss15 subang jaya. Rasa #havoc ah lepak fifteen kahkahkahkahkah erm since ive been craving for kambing so i just ordered typical lamb chop. Kambing biasa la liat liat sikit but gravy dia dapdap. Tak kedekut langsung makanan dia rasa nak hirup satu mangkuk rasa macam nak tapau balik rumah cicah dgn ayam goreng ke en hahaha k over kau fara -.- mashed potato pun ada makan tak habis ish ish

Kalau rasa nak makan portion yang banyak dengan harga berpatutan, so you guys should come here if you havent, yet. Port pun kecik je chill je & theres one guy yang serve kt cafe tu handsome boleh buat cuci mata tau bhahahahahahaha

Nah belanja sikit! Mwah!

Friday, December 6

That one friday evening

"Just because i like to express my feelings through song lyrics...."

No sir, well, I don't wanna be the blame, not anymore
It's your turn, so take a seat
We're settling the final score

And why do we like to hurt so much?

I can't decide, you have made it harder
Just to go on
And why, all the Possibilities
Well, I was wrong

That's what you get
When you let your heart win
That's what you get
When you let your heart win
I drowned out all my sense away
With the sound of its beating
And that's what you get
When you let your heart win

I wonder, how am I supposed to feel When you're not here?
'Cause I burned every bridge I ever built
When you were here I still try holding onto silly things
I never learn
Oh why, all the possibilities I'm sure you've heard

Pain, make your way to me, to me
And I'll always be just so inviting
If I ever start to think straight
This heart, will start a riot in me Let's start, start, hey!
Why do we like to hurt so much?
Oh, why do we like to hurt so much?

Now I can't trust myself
With anything like this
And that's what you get
When you let your heart win.

Friday, November 15

Cuti sudah habis bro



Hi assalamualaikum.

Lately memang banyak update thru phone je so kalau tak kemas, ada cacat cela tu faham faham je la. Wakaka. Bukan apa, kalau buka laptop karang macam - macam aku buat nanti. Tahu - tahu je dah habis 3 jam semata update blog saja.

Alright post yang lepas aku ada cakap aku tengah cuti & now cuti sudah habis bro (motip sangat). Alhamdulillah dah selamat masuk sem 3 untuk pengajian ijazah aku ni. Jauh lagi perjalanan. Baru - baru ni pun dah dapat result exam, alhamdulillah syukur sangat capai target :) next sem nak buat lagi better chaiyok chaiyok kahkah korea kooo

Sem 3 ni aku dah boleh rasa cabaran dia sebab dari segi syllabus, dah lebih terjurus kepada optic/mata. Awal - awal sem biasalah, mesti belajar benda general/intro je kan. Sekarang dah masuk clinical, akan belajar perkara - perkara basic macam nak cek jarak mata or rabun mata. Karang aku kena beli tools untuk clinical ni. Ha bukan setakat budak mbbs je yang kena beli stethoscope (betul ke nama nya?) bagai kahkah.

Subjek pun ada yang lecturer sama mengajar, ada lecturer baru. Yang lecturer baru ni memang kena pandai - pandai adapt dengan gaya mengajar dorang lah. Macam - macam kerenah. Ada yang taknak bagi notes langsung, ada yang pentingkan masa, ada yang suka bercakap je secara kritis. Ha ada satu lecturer ni memang dari India, aku asyik tersasul cakap melayu je dengan dia kahkah mana la dia faham. Durasi kelas pun panjang - panjang, ada yang sampai 4 jam terus. Baru minggu pertama sem baru ni, dah rasa getar lutut :/ gulp.

Eh hari tu masa cuti kan sempat aku dengan Jemahs pergi mandi - manda dekat Sunway Lagoon wakakaka dah lama kot tak datang sana. Rasa excited dari kaki sampai kepala. Bukan selalu dapat chance pergi kan, kami pergi ni pun plan spontan je. Tiket pun takda lah tengah promosi ke pe. Seronok sangat luangkan masa satu hari kt SL. Kami main semua gelongsor yang ada termasuk Vuvuzela. Then, ada main splash 5D, scream park, sampan pusing 360°, tengok binatang semua macam - macam lah. Kalau korang nak pergi, aku sarankan sediakan bajet dalam $200.

$90 - tiket dewasa (MyKad)
$30 - loker besar (Muat 4 beg sekolah)
$20 - makan (Subway, Burger King)
$35 - satu gambar size 4R (Kalau ada guna khidmat photographer SL)

Yang lebih - lebih tu buat isi minyak kereta ke tambang bas ke beli keychain ke kahkah.
Oh ye aktiviti lain seperti bungee jumping or flying fox, harga bayaran lain - lain tau dalam $100 lebih. Jadi kalau rasa nak main, sediakan duit lebih sikit kayz!

Btw inilah gambar yang kami beli dari SL! Untuk kenang - kenangan! Ihiks

Friday, November 1

Cerita 4 pagi


*Fuhh fuhh buang habuk*

Ehem hi assalamualaikum.

Sebenarnya aku tengah cuti sem ni. Sebulan lebih. Dah nak habis dah, 11 haribulan nanti kang aku dah start sem baru. Alhamdulillah, satu tahun degree life aku dah habis dengan jaya nya! Tinggal lagi 3 tahun. Kira kira ada lagi dalam 6 long sem 2 short sem termasuk waktu praktikal nanti. Jauh lagi perjalanan ni mudah mudahan tak tergelincir dalam titian, insyaallah.

Awal awal before cuti jetjet nak kerja tapi ala fara come on, bukan selalu aku dapat cuti lama ni. Dah duduk rumah dah seronok jadi badak berendam kerja tidur makan tengok tv online makan tidur, nak kerja pebende. Bhahahahaha tapi takpa aku suka duduk rumah, serious.

Pakwe pun bukan duduk dekat kalau nak dating. Kahkah!

Cuti ni banyak habiskan masa baca buku haha nak tergelak aku taip ni pasal nye umum memang mengetahui Fara Dee ni paling malas membaca ye! Petak sangat duduk rumah baik aku habiskan buku - buku yang aku beli ni. Sayang, tersusun di atas rak masih berbalut tapi isinya tak diamati.

So far aku dah habiskan 3 buku masa cuti ni (achievement unlocked) wakaka buku aku baca buku simple je. Yang senang digest. Depan aku ni ready lagi satu buku baru. Esok baru nak start baca aherherher :3 wish me lurck bebeyh!

SENYUM JETJET

Ha jangan tak tahu semalam aku & Mira karaoke dua jam! Sewonoks.

Monday, October 14

Rasa

Rasa aku takda guna
Rasa orang lain lagi bagus
Rasa benci diri sendiri
Rasa macam orang nak rampas kau

Dari aku.

Kenapa aku rasa macam ni?
Aku tak pernah rasa macam ni.

Memang kalau dah sayang,
Rasa macam ni ke?

Ke aku rasa gila dalam dunia sendiri.