Sunday, June 26

Gua Nak Pegang, Kasi Bolehlah.

Assalamualaikum.

Setelah tiga minggu aku bermaharaja lela di asrama, akhirnya sempadan ke dunia luar tu dapat aku pecahkan.


Argh lega sungguh aku rasa. Mungkin tak selega rasa seperti pulang balik bermalam ke rumah, namun aku tetap bersyukur. Sungguh, bertempik aku di dalam kereta bila dah melepasi pagar kolej. Dah macam budak menang pertandingan kawad.

Aiceh, budak suka kawad memang suka merelatedkan sesuatu dengan kawad. Walaupun takda kena mengena. Puihh, aku tak dapat join perbarisan untuk sukan nanti. Disebabkan aku dah joinsorakan.

Kahkahkah loser gilew masuk sorak.

Abaikanlah menon.

Hari semalam bolehlah aku masukkan dalam senarai hari bersejarah. Sumpah, satu pengalaman baru sebenarnya.

#Berseronok dengan orang baru dalam hidup aku. Sayang kamu semua hee.
#Outing tak payah pakai borang lagi, dah boleh guna kad dah sekarang. Maju maju.
#Pertama kali keluar lepak dekat Mall pakai baju kurung. Steady aku.
#Ada cik abang tolong bawa jalan jalan. Cik abang yang handsome lagi macho *bodek hakhak
#Sampai sampai, terus masuk wayang. Sampai sampai, KL Gangster terus start.
#Kenikmatan makan Chicken Mcdeluxe sangat terasa. Heaven duhhh.
#Batak pegang DSLR. Ye, baru dapat kebatakannya sekarang.
#Jumpa Ezad dan Amirul sebagai orang asing. Dulu aku buah hati si dia, sekarang takdok dah.

Terima kasihlah kerana beri aku peluang macam ni. Peluang nak rasa kebebasan tu. Aku terharu. Esok lusa bagi lagi eh peluang tu. Aku tunggu.

Sekarang tak kira lu abang long ka, lu ayahanda ka, ini kolej gua pegang.

Boleh?

Thursday, June 23

Takkan Hilang Latah Di Dunia

Assalamualaikum.

Aku perhatikan orang Melayu ni memang banyak melatah. Betullah orang kata, takkan hilang Melayu di dunia. Sebab apa? Sebab orang Melayu itu sendiri unik.

Ada ke orang Cina melatah?
Ada ke orang India melatah?
Ada ke orang Bangla melatah? Tettt tettt.

Takda duhh. Paling paling pun, OMG :O

Orang kita kalau dah terkejut sangat, habis keluar latahnya. Memang tak semua orang melatah tapi latah tu dah memang sinonim sangat dah kan?

Pelbagai jenis latah yang dapat gua senaraikan. Cehh, gua pulak tetiba. Ok, sambung.

1. Latah klise

Latah yang biasa biasa sahaja. Setiap kali melatah, setiap kali tu la benda alah tu je yang terkeluar dari mulut.
Contoh : Beb, tolong aku! OMK! Jangan laa lagu ni, terkejut aiiii.

Apa OMK? Oh Mak Kau laaa. Baik punya kan? Aku tahu hehehe.

2. Latah terpengaruh

Bila orang terkejut kan kita dengan cakap sesuatu, maka akan kita akan tercakap sesuatu itu.
Contoh : Otopot kau Maimon! Haaaa otopot otopot aku!

3. Latah pecah rahsia

Haaaa ni yang paling aku suka hakhak. Bila orang tu tengah duduk rilek, duduk diam, cuba kau cuit sikit, akan terinterpret la data yang bermain di minda orang tu. Kantoi busuk punya! Ngehngeh.
Contoh : Woi duduk ingat siapa tu Jenab?! Eh Manap Manap, duk ingat Manap! -____-

4. Latah perbuatan

Aku paling suka latah ni. Aku panggil latah jenis ni, latah ada pakej. Kadang kadang tu boleh mendatangkan bahaya. Jaga - jaga lah kamu.
Contoh : Hah buat apa tu, merendek ye! Mana ada merendek mana ada *kaki buka langkah nak bersilat kahkahkah.

5. Latah lucah

Latah yang penuh kelucahan. Asal terkejut jek, tutttt. Asal terperanjat je, tetttttt.
Contoh : Amboi, banyak kau punya contoh. Jangan harap aku nak tulis latah lucah macam @#$%! Eleh, diri sendiri kan ada banyak contoh? Pergi depan cermin, tengoklah contoh kau hakhakhak.

Ok ok, rileks. Jangan marah, nanti kena jual.

Konklusinya di sini, cuba kau perhatikan kalau kalau kau ada latah. Latah tu jenis yang macam mana? Tapi biarlah masa nak melatah tu, kasi ikhlas sikit. Janganlah member nak buat kezutan, korang buat latah hampeh je. Okeng?

Jenis latah gua nombor satu punya. Sila buat eksperimen ke atas gua sekarang.


Wednesday, June 22

Aku Letih Melayan Manusia

Assalamualaikum.

Masih bernafas. Ye, masih boleh survive di tempat orang. Amacam hidup? Argh, biasa biasa sahaja. Apa yang penting, belajar dulu.

Manusia ni memang suka menyampai ke? Suka bercerita hal orang pada orang asing yang lain. Andai kata benda itu patut dikongsi dan tuan si empunya cerita itu dah bagi green light, hah pi la canang satu dunia pun takpa la haih.

Contoh situasi :

Joyah : Haish aku tak suka la si Manap ni asek menge-call aku sepanjang masa. Hm rimas la.

Bedah : Oh yeke? Kesian kau.

Dalam diam diam, jari Bedah tuntas pantas menekan bait bait butang telefon-baling-anjing-terus-mati tu, kononnya nak merepot apa yang Joyah dah cakap pada si Manap. Maka dengan ini, si Manap berprasangka terlebih buruk kepada Joyah yang sebenarnya tak sampai hati nak menolak cinta si Manap bulat bulat.

Hah kau nampak tak kesannya macam mana? Elok elok dah ada pertalian persahabatan terjalin tapi disebabkan mulut longkang bau busuk dah ghupa bangkai, dah jadi tak kawan dah. Kan dah berdosa tu? Puihhh.


Saturday, June 4

Nak Memetik Bunga Di Taman

Assalamualaikum.

Esok aku nak gerak ke Batu Pahat. Roommates aku semua dah macam pelik belaka bila aku dah teruja nak pergi. Alahai, first time beb.

Orang kata kalau seorang lelaki menyuarakan hasrat ingin memperisterikan seorang perempuan sama ada melalui niat, bahasa tubuh atau pun kata kata, kemudian si perempuan bersetuju, boleh dikira bertunang. Kerana tunang itu sendiri mem
bawa maksud lamaran. Jikalau dah melamar, sudah bertunang. Haram bagi seorang perempuan tersebut untuk bermain mata dengan lelaki lain. Betulkah?

Muka ada gaya macam tunang orang tak? Sebab banyak kali dah abang handsome suarakan suara hati nak melamar. Kayy tipu. Ish kalau betul kita dah dikira bertunang bila cakap nak kahwin, payahlah ek. Kena praktis lari pecut hari hari. Biar bila si boyprengg nak melutut bagi lamaran yang ala ala kononnya romantik, terus lari tak pandang belakang punya. Kui kui.

Jadi, perlu ke aku menyertai rombongan merisik dan meminang ini s
ampai ke Johor?

Ya, perlu.

Sebab itu adalah adat. Adat sememangnya dijunjung tinggi, lagi lagi orang Melaka. Ke Negeri Sembilan ek? Ampun, tak gheti mendalami adat sangat. Namun, adat itu tidak wajib. Kiranya rombongan ini hanyalah untuk merasmikan pertalian pertunangan tersebut. Agar perkara tersebut dapat dihebahkan dan direstui oleh semua pihak, insyaalla
h.

Aku duduk goyang kaki tengok AF. Mama sibuk buat gubahan tepak sirih junjung. Sekali sekala, terkelip juga mata aku melihat benda alah tu. Sempat bertanya, kenapa kena ada benda alah tu?

Subjek benda alah : Tepak sirih junjung.

Mama kata sebab benda alah tu memang kena ada. Cuma masa majlis pernikahan nanti, tak payah ada lagi. Aku terus diam, membisu. Langsung tak menolong apa pun. Pemalas kan aku?

Semua benda dah hampir siap. Aku tolong tengok je la. Ada la juga terlelap sesaat. Kah kah.

Kami beri hantaran berangka tujuh dulang. Akan dibalas hantaran berangka sembilan dari pihak perempuan. Agak agak, apa benda yep yang akan kami dapat d
ari orang Johor? Jauh ni nak bawa balik ke Shah Alam. Yang aku tahu, makanan mesti kena sapu dulu.

Puihhh, tahniah bro. Selamat bertunang.

Hantaran warna biru. Kenapa tak hijau? Sebab abang gua tak minat hijau -______-


Sunday, May 29

Apa Nak Jadi Meyh?

Assalamualaikum, jawab jangan tak jawab.

Terkejut jugak aku bila entri - Penangan Demam B dah turun carta dalam senarai Entri Fofular dokek sebelah tu haa. Selama ni kekal menjadi juara di tangga teratas. Apa nak jadi meyh? Takpa, sabar Belieber. Sabar.

Okay, mula.

Aku rasa bebudak batch aku mesti dah rasa perubahan hidup tu. Sama ada perubahan yang bagus ataupun perubahan yang krekkk. Dulu masa kecik kecik, soalan pasal cita cita tu penting. Kalau baru masuk sekolah, soalan tu mesti ada bila nak memperkenalkan diri.

Cita cita aku? Hendak menjadi seorang doktor.

Namun, aku rasa cita cita aku makin lama makin kabur dek kerana haluan aku sudah tidak lurus lagi. Sumpah aku tak tahu aku dapat jadi doktor ke tak. Aku ada keinginan tu, tapi aku tak dapat mengikut usahanya.

Senang cerita, cita cita aku lain. Apa yang aku belajar sekarang lain.

Aku cuma boleh berdoa permohonan aku untuk mendapatkan sesua
tu itu, lulus. Insyaallah, amin. Maka, aku kena bersabar dan belajar apa apa sahaja yang perlu sekarang. Kena bersiap sedia nak menghadapi cabaran tersebut. Setakat penat lelah mengantuk bagai tu, aku dah pernah rasa kesemuanya. Sama macam zaman aku kawad hari hari, padahal SPM nak menjemput aku pergi dating dah.

Aku ibarat sebuah pendrive yang kosong tanpa apa apa maklumat.
Aku akan kembali dengan maklumat yang banyak dan telah disusun dal
am folder.
Aku akan melawan segala virus yang nak menyerang aku.
Aku akan memberi khidmat kepada tuan aku.

Inilah perumpamaan yang aku belajar baru baru ni. Mampu ke aku nak jadi macam tu? Wallahualam. Doakan aku okeng!

Skop kawan kawan aku menjadi semakin luas, alhamdulilla
h. Betullah orang kata. Biar kita takda ramai kawan, asalkan kawan yang ada tu dapat menjadi kawan sejati kita. Boleh dikatakan aku rapat dengan semua kawan kawan aku. Insyaallah, akan kekal rapat sehingga ke penghujung dunia. Bak kata omputeh, keep in touch :D

Aku akan berusaha untuk lebih kerap menghapdet. Chaiyok chaiyok!


Sunday, May 22

Mengejar Si Zaman

Assalamualaikum.

Petang tadi keluar lepak dengan si botak Qahhar yang handsom
e ala ala Johan Ariff dalam Juvana tu *tangan di dada, mata ke atas* Borak punya borak, ada pulak dia bertanyakan apsal aku macam dah lama tak hapdet belog. Hoish terharu itew ada peminat setia yang concern pasal belog tersayang ni. Hikhik.

Jadi, aku membuat keputusan untuk hapdet belog ni, malam ni jugak, sebelum aku...errr...hmm...emm....argh abaikan.

Ada satu hari tu aku duduk duduk depan rumah, sardinly nampak b
ebudak naik basikal ke hulur ke hilir. Basikal yang tayarnya tu bosar bosar. Lepas tu bila nak bawa basikal tu, punggung kasi tonggek sikit ek.

Fixie la katakan. Amboiiiiiiii.

Siap masuk tv lagi tauu junior sekolah aku. Depa dok canang betapa hebakkkkkkk nya naik basikal style old skool dalam rancangan 360 dokek TV3 tu haa. Nak kasi market, apa lagi. Update dokek Twitter, lepas tu suruh orang RT a.k.a retweet.

"Jangan lupa tengok 360 malam ni, ada muka aku" kata si ehem ehem
.

Aku tak berkenan la sangat sebab batch aku dah terlalu lewat dah untuk zaman fixie fixie bagai. Tak berbaloi pung guna fixie. Mahal, takdok brek pulok. Basikal gear warna kuning aku tu ada je tersadai tepi dinding, tak guna pung. Tayar pun pancit dah. Sobab orang kata tak class la naik basikal ni kan derr.

Dunia semakin maju, zaman pun dah berubah.

Aku perhatikan seorang budak ni, zaman dia memang banyak yang berubah dah. Memang tak teguh betul pegangan dia. Sonang terpengaruh. Kalau boleh, setiap trend yang muncul, setiap tu la dia nak join. Almaklumlah, baru namanya HOT SETAP.

Dulu memula kenal, try try la add budak ni dekat Myspace. Sekali lagi, Myspace. Haa dah berzaman sangat dah kan Myspace tu. Kesian dokek Tom Anderson. Takpo la haih, sabor je yep. Adatlah sesi berkenalan, mesti banyak bertanya perihal diri masing masing. Bila dia tanya aku ni budak apa, aku dah belur belur dah. Aku budak biasa je la meyh! Dia cakap dia budak emo. Kuku nak hitam karat macam arang. Rambut nak bersepah ma
cam sabut kelapa tutup mata. Baju pulak mesti nak ada lambang tengkorak tunjuk gigi tajam tu haa. Baru emosional namanya.

Dah up sikit, ada otak boleh fikir macam mana nak pewitt awek, zaman pun naklah up jugak. Baju kasi tukar saiz S. Seluar mosti pendek paras sebelum lutut. Corak pulak kepingin kotak kotak, tak pun bunga bunga. Kasut nak koyak koyak, kotor kotor sikit. Jalan berkepak, bawa skateboard. Apa loghi, budak skate la fuyoooo.

Setiap minggu dok duduk depan tv, steady sediakan channel 8TV, nak tengok cerita KAMI. Ala ala yang kekasih itew berlakon tu, Zahiril Adzim. Comel kan kan. Aku pung poll in lurf dengan dia sejak tengok cerita KAMI tu la. Aicehh. Ah sudah, budak ni tukar zaman lagi dah. Zaman apa? Zaman indie laa beb! Style lebih kurang budak skate, cuma sarung seluar panjang yang ketat lagi lekit. Pergi gig every weekend. Ya Allah, aku pun tak tergamak nak pakai skinny cenggitu. Ye ye tahu tahu, drumstick aku besar. Redha je la okeng ek.

Dah lama tak usha budak tu, alih alih sekarang jadi budak fixie pulok dah. Lepas ni, kalau ada umur panjang, aku buat muka kerek, tengok ah zaman apa pulak dia nak jadi.

Oit, aku baru nak join zaman Tajima je. Hidup Tajima! Ke hidup Bieber? Kehkehkeh :D