Saturday, July 14

Friday the 13th Saturday the 14th

Tak tahu la sama ada ada yang tahu atau ada yang kisah atau ada yang tahu tapi buat-buat tak kisah, semalam result nak masuk IPTA untuk peringkat degree dah keluar woi!

K setakat tu je.

Aku dulu dah berazam dah kalau Justin Bieber datang Malaysia buat kali kedua, AKU MESTI PERGI TENGOK! Masa Bieber punya World Tour dulu tu aku tak berkesempatan nak pergi sebab yela tengah sekolah lagi kan plus ticket pun mahal gila yuu, aii mana ada duit. Budak sekolah kan tok. So aku bajet dalam 3-4 tahun mesti Bieber buat comeback ke Malaysia, masa tu aku mesti dah besar sikit, mesti dah ada duit sikit, mesti dah duduk jauh dari parents sikit, mesti dah ada freedom sikit wakakakakakaka. Tapi tak sampai dua tahun pun lagi, Justin Bieber is back yo! 

Welcome back my love aww muah muah :*

Macam biasa harapan aku hancur. Haha. Mana pernah my dreams come true. Tak pernah lagi, mesti ada masalah. Mesti ada yang kureng. I guess I've never been good enough tu tak pernah ada benda perfect yang jadi bleehh. Walaupun Bieber datang hanya sebagai artis undangan dalam MTV World Stage and bukannya buat his own concert but still, Bieber kot! Bieber datang nyanyi baby baby baby ohh dekat Sunway Lagoon yknow! Mana nak cari?! You ada?!

Takda, thats why I tak pergi sobs sobs.

Orang kata betullah ada hikmah or reason untuk everything 'bad' yang jadi kan haha mulut takda insurans macam ni la, okay aku rasa kalau aku pergi world stage ni ada juga yang makan penampar kang. Tak pun, makan siku aku. Tak pun, makan lutut aku. Tak pun, aku bakar je! Ada ke sibuk je si Celena Jomez (bukan nama sebenar) tu ikut? Dulu Bieber datang pun, dia ikut juga. Asal Malaysia je menggedik nak ikut, Bieber pergi Japan apahal tak ikut? HOI BIKIN GUA PANAS JE WOI.

Aku tahu sebab apa, sebab fans Malaysia baik kan? :) Kalau jumpa dengan fans Jepun yang fanatik tu, mampus kau kena cucuk dengan chopstik HAHAHA. Nasib kau baik Celena, sebab aku tak datang. Kalau aku jumpa kau, eyy eyyy eyyy. Tak boleh nak terus terang sangat, tak pasal - pasal aku kena saman nanti #eh Okay let's anggap yang aku dapat menyaksikan kemunculan Justin Drew Bieber live in Malaysia and here's the pictures! :)

Bieber dekat Sunway Pyramid kot! Argh my lepak spot!
Press conference dekat KL. Handsome as usual :)
Aww, tak payahlah point dekat I sayang :*
World Stage babyyy!
Hotnya my Bieber dengan red pants hehe
Budak perempuan ni pun nak kena bakar ni >:(

"Petang tersebut menjadi hari yang tidak akan dilupakan oleh gadis berusia 13 tahun bernama Arina yang dibawa naik keatas pentas dan menerima pelukan daripada penyanyi tersebut ketika menyanyikan lagu penutupnya, Boyfriend." - Murai.com

Dulu Najihah Aziz dapat jadi OLLG, ni Arina la pulak dapat jadi 'girlfriend' kepada 'boyfriend'. Suka la tu? Eeee mengundang betul! -_____- Okay whatever (ayat pasrah) aku rasa aku lama lagi dekat Shah Alam ni. Siapa nak ikut gua tengok Batman? Jom? Muehehehe.

Wednesday, July 11

Spider-Man? Amazing ke?

Tutup laptop, tutup tv, tutup lampu, masukkan earphones dalam telinga, on radio, cari station Fly.fm, layan-layan, hantar text goodnight dekat someone, tengok-tengok gambar dalam folder xiaoraa. Tiba-tiba teringat sesuatu.

"Damn, lupa nak update blog"

Terus on plug, on laptop, buka blogger.com. So here I am, typing. Sambil deleting, and then typing back. On and on. Because I know everything I'm gonna write in this blog is a CRAP. Don't you think?

Sometimes I wonder siapa la yang baca blog aku ni. Tak bosan ke weh? Sesungguhnya aku bukanlah blogger sejati. You know the type of blogger yang akan membincangkan isu-isu semasa seperti Sasha dan Salyo yang baru bercerai semalam ataupun pasal rancangan Oh My English. Ok I'm not even watching pun sebab yela orang kerja kan. Mana ada masa nak tengok tv ni, lagi-lagi rancangan dekat TVIQ kot? Correct me if I'm wrong. Hehe.

I'm just writing pasal my life. Kalau my life yang awesome bombastic debomb, takpa la, as if aku pergi lepak Pavi hari-hari ke, or I was doing something good macam arts and everything, tak pun, melancong pergi overseas ke, Indonesia is not including sebab we supposed to be anti-Indonesian aren't we? Ooppss hehe no offense! Takda benda pun okay. My life iz now sad and boring and boring. K I said boring two times, which means really really bosan la get it?!

Okay to all readers (kalau ada yang sampai perenggan ni after aku membebel, tahniah!) boleh tak saya nak cakap yang saya dah jemu bekerja? Haha. Working isn't a fun damn thing man seriously. Lagi-lagi bila kau kena marah dengan bos kau, after everything you've done dengan sepenuh hati where no ones perasan pun, kau still kena marah for things yang kau tak tahu kau kena buat. Apakah?

Today my boss called, suruh masuk kerja sebab staff lain cuti tanpa izin. Walaupun saya kesian dengan boss, tapi sorry to say la, today is my off day, saya penat sebab saya tak duduk seharian semalam, jadi hari ni saya nak rehat and buat apa-apa yang saya nak! Dan, saya masih dalam mood merajuk dengan boss, jadi saya taknak buat OT! Taknak taknak!

Disebabkan aku taknak masuk kerja hari ni, aku keluar jalan-jalan menenangkan hati muahahahaha. Hari ni saya keluar tengok The Amazing Spider-Man! With a friend. Ngehngeh. Harapan nak tengok 3D tapi this Bukit Raja's cinema takda provide 3D pulak. Hampeh >:( So nak taknak I gotta tengok Spiderman biasa je la, haih baru nak feeling lebih - lebih kalau tengok 3D, nak main tangkap - tangkap sarang labah - labah my favorite superhero awwww.


 Tapi aku bersyukur takda 3D sebab kalau tak, mesti tiket lagi mahal. Bila lagi mahal, it's not gonna worth it sebab this The Amazing Spider-Man ni is NOT AMAZING AT ALL. The action's part sangat kureng, and its plot, bleehhh. Kelam kabut, and meleret. Ada ke Spiderman lawan dengan Lizard? Tak setanding langsung kan? Masa tengok, aku asyik fikir, bila nak habis movie ni bila nak habis movie ni LOL aku tak pernah rasa macam tu before ni bila tengok wayang. Every single movie yang I've watched selalunya at least mesti satisfied. Cuma this time, I just have to say, nayyy.

I was kinda sad, bukan sengaja nak condemn this movie sesuka hati sebab memang letak harapan tinggi masa nak tengok. Yela all this while, selalunya movie melibatkan Spiderman tak pernah mengecewakan. And fyi, I'm a big fan of Spiderman's.

Overall, yang make this movie looks good (without watching, and then judging) is the pelakon itself. Macam Andrew Garfield and Emma Stone ftw yo! Spiderman yang handsome and his lover yang hots gila gitu. Well, at the end of the day, it is just only my opinion. So kepada semua pengikut setia sekuel Spiderman sebelum ni yang ada my boyfriend Toby Mcguire berlakon, pergilah tengok this movie. Lets see if you guys setuju ke tak dengan apa yang I said. K deal?

After balik tengok wayang and everything, aku keluar lepak dengan Fatin sekejap as usual la kan. My routine bila off day kehkehkeh. Gossip here and there, feels so nice to have a friend, just a friend where you can tell her everything, without having the fear of being judged. Thank you Allah for what I have. I'm thankful. So sekarang dah lewat sangat dah and esok I've to go to work, kena tidur. Goodnight and assalamualaikum. And yes, thank you for reading dan tak tahu la kenapa malam ni gedik sangat banyak speaking hoho :p

Love, FD.

Monday, July 2

It's July bebeh!

Wow, after a month baru nak update.

Dah mengalahkan masa duduk dekat matriks ni. Walaupun dekat matriks busy dengan studies and stuff, tapi masih mencari masa juga la untuk update. Mungkin dekat matriks, suasana dia lain sikit kan jadi ada banyak benda nak cerita. Life aku yang sekarang ni, takda benda pun.

Hari-hari kerja. Ada la sehari off day. Off day pun membuta je kerja wakaka.

Dah sebulan aku kerja, gaji pun dah lama dah masuk. Hm 28hb hari tu rasanya. Tapi aku baru ambil gaji aku siang tadi sebab off day la kan of course. Then sebab aku kena withdraw duit guna buku sebab last time aku buka akaun, bank tu takda stock ATM card. Macam babsss.

Apa pun memang worth it aku keluarkan duit sekali dengan buat ATM card sebab....


Gua dapat ATM card Hello Kitty beb! Limited edition lagi hewhewhew. Kau ada?

Alhamdulillah, gaji untuk first month aku dekat BST ni aku dah laburkan untuk:

☑ Kasut untuk Ayah
☑ Jam untuk Ayah
☑ Bil elektrik untuk bulan June

Untuk diri aku dan yang selebihnya, belum lagi. Agak senak la gaji first month ni sebab aku start kerja pun lambat kan, so ada la kena tolak sikit. Tolak EPF lagi, so sepoi - sepoi bahasa je la (takda kena mengena)

Aku kerja pun, reason yang mendapat tempat nombor satu dalam carta hati aku pun sebab aku nak beli tett tett hikhik. Orang yang rapat dengan aku tahu la aku nak beli apa :) Ataupun, orang yang stalk profile twitter aku! Kahkahkah. Jadi, aku tengah tunggu time yang sesuai je ni nak perhabiskan semua duit gaji aku haha. Gaji bulan depan, insyaallah aku akan spend untuk Mama pulak, duit lebih aku simpan buat GHAYA.

Nak ghaya dah woi! Nasib dah ganti puasa awal - awal. Hehehe.

Merasalah aku bekerja untuk bulan puasa dan raya yang akan mendatang ni. Mesti letihkan kerja masa puasa? Tapi lagi letih rasanya belajar masa puasa. Sebab yela waktu class kan sama je, takda tukar apa - apa. Waktu kerja ni, ada la lain - lain sikit kan. Dengar cerita kedai aku akan tutup awal untuk bulan puasa ni. Sama ada dia akan buka awal untuk menggantikan waktu tu, aku tak tahu. Let's wait and see la apa bos aku akan ceramah nanti lols.

Dua orang budak baru masuk kerja siang tadi. Dua - dua budak tu aku kenal walaupun tak berkawan. Sebab dua - dua budak tu budak matriks aku. Sebab dua - dua budak tu aku yang recommend kan dekat bos. Sebab bos aku memang nak orang. Sebab tingkat atas dah nak buka minggu depan. Hm berapa banyak sebab dah? Cuba kira hikhik.


Oh ye, last Tuesday (bajet speaking) gua gerak Sunway tengok wayang cerita Abraham Lincoln: Vampire Hunter bersama bestfriends gua yang tersayang ni ala tomei tomei. Ok la cerita dia, not bad. So pada sesiapa yang masih free dekat luar sana and duit pun berkepok, tak tersentuh dalam poket tu, apa kata korang pi tengok cerita ni? Tak rugi apa-apa pun. Daripada tengok cerita Melayu yang ada lambong - lambong tu ala yuu know what aii mean kan menyampah *flip tudung bawal*

Sunday, June 10

Hidup harus kerja

Kalau ikutkan hati, rasa nak baring je. Kalau ikutkan badan, rasa nak tidur. Tapi mengenangkan janji pada diri sendiri yang hari ni mesti update blog, paksa juga tambah lagi satu tab selain daripada Twitter dan Facebook untuk on blog pula.

Dah lama tak view blog Cinderella.

Untuk pengetahuan korang, sekarang aku dah kerja dah. Alhamdulillah. Setelah sebulan aku bersenang - lenang dekat rumah makan tidur online kadang - kadang keluar berjalan tengok wayang, dan risau di mana, bila, bagaimana nak kerja, akhirnya aku pergi satu walk in interview dan berjaya.

Tiada siapa yang suka jadi orang baru, tak kisahlah dalam keadaan apa - apa sekali. Bila ada sekurang - kurangnya seorang dua orang yang kita familiar, dah boleh rasa lega. Dah boleh rasa selesa. Bila bekerja dalam keadaan yang konsepnya teamwork, memang peritlah bila kau tak kenal - kenal siapa - siapa pun teammate kau tu. Yang menambahkan perit lagi, bila teammate kau dah rapat sakan and you just stand there macam orang bodoh sebab tak tahu nak interrupt apa.

Amacam?

Itulah keadaan aku masa first day aku masuk kerja. Rasa macam nak balik rumah je menjerit sekuat hati sebab rasa segan dan sangat terasing. Lagi - lagi aku seorang je pekerja perempuan dekat situ, yang lain semua lelaki. Lelaki pula bukan pakat - pakat baya aku. Semuanya dah besar - besar belaka, yang dah kahwin pun ada. Jadi agak membataskan pergaulan aku juga la sebab kalau nak bercerita tu, AKU NAK CERITA APA JE DUH? PASAL TWITTER?!?!

Dah confirm - confirm depa tak layan Twitter. Depa layan club je oopss.

Aku selalu ingatkan diri aku yang aku bukan jenis buat kerja separuh jalan. Biar susah mana, tapi mesti bereskan. Itulah pegangan aku masa aku masuk kerja tempoh hari. Pressure sangat bila kena tegur dengan bos. Yela, budak baru kan. Budak baru mesti kena ceramah. Kan? Ala macam tak biasa korang buli junior ke hape tuihhh. Bukanlah nak cakap aku ego sebab tak boleh terima teguran atau nasihat, cuma cara tu bikin gua panas beb. Cakap nak perli - perli je. Tak salah rasanya kalau bos cakap baik - baik dengan pekerja. You respect people, people will respect you back. Sonang, kan?

Aku tak plan pun sebenarnya kerja dekat sini. Senang cerita, plan ni kira last minute juga la. Mama yang beria - ia khabarkan dekat aku situ ada kerja kosong. Malam tu juga dia suruh aku pi tanya. Aku ni pun ikutkan je la, takda bantahan sebab terasa parents aku dah ibarat menghalau aku dari rumah kahkahkahkah tak habis - habis suruh aku kerja.

So aku just pergi ambil borang,

Esoknya aku walk in interview,

Esoknya lagi dia call well I got the job, 

Esoknya lagi aku pi kerja.

The beginning was hard, mungkin tak biasa lagi sebab kena layan customer. Yela, dah setahun aku tak kerja, setahun pergi belajar kat matriks, satu tempoh yang agak lama dan cukup untuk meletakkan aku dalam that-awkward-moment bila kena pandai approach customer and promote barang. Barang pulak bukan calang - calang whoa. Mostly gadgets. Barang - barang lelaki. Macam jam, kamera, handphone, pistol and  banyak lagi.

"Dik, jam ni auto ke pakai battery ni?"

"Ha? Err, pakai battery kot hehe."

"Eh yeke? Setahu saya jam Rolex mana ada yang pakai battery!"

"Oh eh? K." APA GILA ADA PULAK JAM YANG TAK PAKAI BATTERY KE?????? :O

Dah macam kena penampar je bila customer cakap macam tu. Sepanjang hidup aku, aku main pakai je jam ni. Asal cantik menarik tertarik kau memang the bomb, aku angkat. Habis battery aku tukar. Dah buruk, buang. Beli jam baru kehkehkeh. Jam polo tali besi yang aku selalu pakai ni pun jam pertama yang betul - betul original yang aku ada. Tu pun orang hadiahkan :)

Itu antara cabaran aku kerja dekat sinilah and the best thing is I think I like it. Sebab jujurnya aku memang suka benda - benda yang mencabar ni. Mencabar je tau, bukan benda yang leceh. Haha. Masa kerja part-time after SPM dulu tu, kerja aku agak senang sebab promote benda yang dah memang dasarnya tahu. Kau bagitahu je kau nak yang macam mana, semua benda aku boleh syorkan ngehngeh.

Dulu aku promote....tak payahlah cakap. Kang rasa lucah pulak! Hehehehehe.

Now kerja aku layan kehendak customer je. Mungkin seminggu dua lagi, aku belajar jadi cashier pulak. Macam - macam aku kena tahu. Kalau tak tahu pun, aku kena berlagak pandai supaya customer boleh yakin pada kita. Bila customer yakin pada kita, dia pun mesti rasa nak beli. Haha. Tapi tak juga, ada je customer yang banyak tanya pasal barang tu, barang ni, last - last tak beli pun. Tujuannya sebab acah - acah nak mengusha je. Maklumlah, aku sorang je pekerja perempuan. Customer yang datang pun mostly lelaki dewasa. Abang - abang atau pakcik - pakcik gatai lah senang cerita pffttt -.-

Dah lima hari dah aku kerja, hari ni dah off day. Aku bersyukur sangat sebab makin hari makin ringan rasa beban tu. Dah boleh bergurau senda dengan bos, dah boleh berborak - borak dengan customer, dah boleh duduk - duduk sekejap kalau rasa penat, dah boleh main tuju lagu kalau bosan dan dah boleh apa - apa la. Alhamdulillah. Cuma aku nak perbaiki lagi macam mana nak test barang elektrik terutamanya dan juga macam mana nak bercakap mengenai kamera DSLR dan juga laptop. Lens acane, processor apa, kelebihannya blablabla.


Oh ye, datanglah ke kedai BST - Buy Sell and Trade di Shah Alam. Kami membeli dan menjual barangan terpakai yang dijamin kualitinya. Wallah! :>

Friday, May 25

Tudung? Macam - macam ada.

"Orang dulu-dulu tak ramai yang bertudung. Untung kau sekarang."

That's what Mama said to me. Memang tak dapat dinafikan bilangan orang yang bertudung boleh dikatakan banyak juga la berbanding dengan orang yang tidak bertudung. Mostly kalau kita ke mana - mana pun, memang kita akan jumpa ramai yang bertudung. Except for tempat - tempat macam konsert, club semua tu. Well, mungkin ada jumpa tapi jarang - jarang.

Aku start pakai tudung pun masa darjah 4 rasanya. Tanpa paksaan, memang terbit dari hati nak pakai sendiri. Aku masih ingat lagi masa tu aku tengah pakai baju sekolah semua and then secara tiba - tiba je aku bersuara,

"Esok pergi sekolah nak pakai tudunglah."

Alhamdulillah.

Dulu tudung macam tak pelbagai sangat. Yela tudung bukan sebahagian dari fesyen masa tu. Aku pun start pakai dengan tudung bawal je. Cara pemakaian pun tak pelik - pelik. Yang membuatkan tudung bawal tu nampak unik hanyalah corak batu - batu liplap yang ada dekat hujung tudung. Siapa still ingat tudung Dato' K? Haha. Mahal kot at that time.

Bila kemunculan Yuna dalam persada seni kita, secara tiba - tiba tudung berevolusi. Tudung yang gunanya hanya untuk menutup rambut sekarang dah jadi permainan fesyen. Aku memang bertuah kerana revolusi tudung ni lahir masa aku tengah bersekolah. Pendek kata, zaman remaja yang tengah mencari identiti. At that time aku pun fikir why not we give it a try kan.

  • Selendang

My first selendang and baju kurung cotton hihi

Selendang yang sangat licin dan bercorak

Selendang ni kira permulaan la kepada fesyen hijab. Selendang juga pernah digelar sebagai 'tudung Yuna'. Aku tabik dengan Yuna sebab kemunculan dia bukan saja bagi kesan mendalam dalam muzik, tapi juga gaya moden untuk wanita bertudung. Yuna membuatkan kita berfikir, hey macam mana dia boleh pakai macam tu? And another thing is, dia ibarat penggerak kepada ribuan youtubers yang berhijab untuk main gitar dan menyanyi. Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. In my opinion, selendang ni paling simple nak pakai and tampak kasual.

  • Shawl

From left : Ana pakai pashmina, me wearing printed shawl, Tima pakai selendang

Mungkin ada orang lain anggap shawl ni maksud dia sama je macam selendang dan pashmina tapi entah kenapa aku rasa shawl tu ada bezanya. Melalui pandangan aku la, shawl ni bentuk dia sama macam selendang tapi fabrik dia tu lain sikit. Contohnya macam cotton shawl. Tak kisahlah yang jenis bercorak ataupun ada macam biji and manik manik dekat hujung shawl tu. Shawl ni pun selesa juga. Cuma disebabkan shawl ni pendek, agak susah nak gayakan.

  • Pashmina

This is my first time wearing pashmina and buat gaya loose cenggitu :)

Pashmina yang sangat panjang dan lebar. Legap

Dari segi bentuk, pashmina dan selendang memang sama. Cuma pashmina ni dia lebih panjang dan lebar. Kalau selendang materialnya kain licin dan jarang, pashmina pulak kain dia lebih bersifat legap dan tebal sedikit. Setahu aku, pashmina ni diperbuat daripada goat's wool. So korang boleh bayangkan kain dia macam mana la kan. Corak pun macam - macam. Pashmina lebih sesuai untuk dipakai kalau kita ada niat nak buat style pelik - pelik. Macam loose style ataupun turban.

  • Square hijab

Kiri: Tudung bawal kosong & kanan: tudung rambu wuu

Sebenarnya square hijab ini di - derive dari tudung bawal. Haha. Sebab nak menampakkan revolusi tudung bawal tu, so kita change nama dia kepada square hijab. Okay, square hijab ni dimodenkan dengan tudung bawal kosong dan juga tudung berambu. Tudung bawal kosong ni memang kosong sekosongnya dan mudah digayakan dengan pelbagai cara baru. Nak - nak sekarang nak pakai tudung bawal pun ada tutorial #eh Tudung berambu pulak ibarat ada ponny tail dekat hujung tudung tu. Tudungnya pula bercorak.

Banyak lagi jenis tudung macam tudung indon (tak bermaksud racis) , tudung syria, turban and on. Disebabkan aku takda pengalaman pakai tudung - tudung ni, aku takda la merungkaikannya pun. Yela nanti pandai - pandai cakap, lain pulak ceritanya eh. Yang paling latest sekarang tudung turban la. Turban memang stylo mylo but I don't think dia sesuai untuk aku. Plus, nak pergi mana FD oi pakai turban? Padang pasir? Trolololol.

See? Semua pakai tudung. Green for life! #tetiba

Doesn't matter la tudung macam mana pun, asalkan ado. Apa pun, perkembangan fesyen untuk wanita bertudung laa ni patut kita anggap sebagai something yang positif. Kalau kita tak appreciate, siapa lagi kan? Sekurang - kurangnya ada inisiatif untuk menggalakkan wanita memakai tudung. Apa pun, bagi diri aku sendiri, aku lebih selesa mengenakan tudung bawal. Tak susah dan tak ghimas.

Hey, siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati...

Tuesday, May 22

Sekolah ke kolej ni?

Aku rasa esok akan ada budak batch aku yang kembali ke kms setelah tiga minggu kot bersantai - santai dekat rumah. Mereka kembali bukan nak cari pasal tapi bertindak sebagai facilitator yang akan menguruskan minggu pengurusan pelajar baru untuk sesi 2012/2013.

Amboi, duaributigabelas.

Pelajar baru masuk mendaftar setahu aku 28 haribulan kot tapi faci ni kena mendaftar lagi awal dari depa memandangkan dorang kena ada mesyuarat. Yela, untuk bahagikan tugas. Siapa yang kena jaga parking masa first day tu, siapa yang kena uruskan hal makanan, siapa yang kena tunjuk arah jalan, siapa yang kena buat senam aerobik every pagi dan petang, siapa yang kena uruskan persembahan. Sesiapa apa - apa la.

Praktikum-mate gua. Gua takda pun dalam gambar ni. Sedih!



Aku tak jadi faci pun. Sebab aku tak apply. Kecoh orang kata siapa nak apply jadi faci kena pointer tinggi and lagi bagus kalau ada join kakom. Oh ye kakom tu macam majlis sukan seluruh matriks dekat Malaysia ni. Kalau dekat sekolah, kita lawan - lawan rumah sukan kan? Kat sini, kita lawan - lawan dengan matriks dari negeri - negeri lain. Aku pun tak ingat dah Kolej Matrikulasi Selangor *bajet* dapat berapa. Yang penting, bukan johan dan bukan yang terakhir. Haha.

Yang johannya tahun lepas, Matriks Labuan. Puihh.

Aku pointer pun rendah, join kakom pun habuk takda so aku pun takda la mohon nak jadi faci. Plus kena interview lagi kalau dah dapat. Daripada tu, dorang akan saring lagi. Aku malas la nak berebut ni haha so apa kata kita bagi je peluang kat orang lain? Yang rajin sangat nak uruskan junior ni? Ugh tak kuasa mak yuuuu.

Untuk junior kesayangan aku lagi - lagi yang nak masuk matriks Selangor tu kan, aku nak habaq sikit la ni. Banyak beza matriks dengan sekolah. Korang kena peka sikit. Eh jap ada ke junior-nak-masuk-matriks baca belog aku ni? Kahkahkah. Buat lawok je ekau ni. Argh, tak kisahlah. Yang dah tua bangka tu pun kalau nak baca pun, apa salahnya. Boleh menggamit memori silam aiceh hihi.

Apa beza kolej matrikulasi dengan sekolah menengah?

Nak cakap pasal beza memang banyak, lagi - lagi dari segi education. Yang aku nak bezakan ni cuma hal - hal ringan tapi tersembunyi. Haha. Aku sure macam ramai yang tak perasan pasal perbezaan ni. Ini just pandangan aku dekat kms la. Matriks lain aku tak tahu macam mana. Tau. Dah letuw, jom baca! Hahaha k poyo.

  • Suasana dekat cafe

Waktu rehat dekat matriks ada dua kali. Waktu pagi dengan tengahari. So korang boleh pilih nak makan time bila. Aku selalu lunch time waktu rehat pertama, dalam pukul 11 macam tu. Sebab yang tengahari tu kita utamakan untuk tidur dengan solat Zuhur. Makanan pun macam - macam. Korang boleh order lagi. Kalau dekat sekolah, mesti bising nak mati la kan dekat kantin tu and kalau nak beli apa - apa mesti bajet nak rebut  - rebut. Haha. Takda makna nak beratur. Tapi dekat cafe matriks ni, automatik korang beratur. Panjang macam mana pun, sabar beratur. Eh?

  • Mekap

Kalau ada budak mekap dekat sekolah, macam pakai eyeshadow celak blusher bagai, memang nak kena lampi la dengan senior. Bitch, kau ingat kau cantik sangat? Itu selalunya gelagat budak junior la. Senior rileks je, pakai bedak tabur je pergi sekolah. Sekolah je pun? Tapi dekat matriks, korang mekap la heavy nak mampus pun, takkan ada orang nak marah. Even lecturer sendiri akan galakkan korang mekap. Sekurang-kurangnya eyeliner and lipstick. Kononnya nak nampak matang dan confident. Tapi aku tak mekap pun, kisah?

  • Makan dalam class

Kalau dalam class masa dekat sekolah, kau nak minum pun kadang - kadang kena minta izin dari cikgu sebab nanti timbul konflik kononnya kau tak hormat cikgu tu. Cikgu tengah mengajar, kau boleh bantai minum pulak. Nak makan? Lagi la haram jadah memang tak boleh. Dekat matriks, kau boleh makan dalam class. Tapi bukan something yang heavy la. Just makan macam gula - gula, biskut or roti untuk hilangkan mengantuk lagi - lagi dalam lecture atau in case tak sempat nak rehat. Yela, kitaorang kan BUSY.

  • Lelaki perempuan

Masa sekolah, kalau kita nampak budak lelaki perempuan together jalan - jalan, memang akan dibanteras sehabis - habisnya. Sampaikan sekolah aku dulu sanggup pasang cctv dekat lorong - lorong yang berpotensi dijadikan port dating, semata - mata taknak bagi couple jumpa or so whatever. Memang akan macam melanggar norma la kalau dating dekat sekolah. Tapi dekat matriks lain, kau nak dating kat cafe ke koop ke library ke bilik tuto ke, pergilah. Benda tu tak pelik pun. Setakat nampak lelaki perempuan jalan together, it's still okay. Asalkan no touch touch naaa.

  • Cikgu ke lecturer?

Dekat sekolah, poyo pengetua akan suruh korang ingat semua nama cikgu. Kalau tak ingat, memang jadi masalah besar. Hak aloh. Tapi dekat matriks, takda sapa kisah. Even nama lecturer yang ajar aku kuliah pun aku tak ingat kahkahkah. Another thing, dekat matriks korang kena panggil lecturer korang Encik/Puan/Mr/Madam/Sir/Miss/Ustaz/Ustazah. Yang kena panggil doktor pun ada. Apa pun depends pada lecturer tu sendiri dia nak dipanggil apa. Ada je students panggil lecturer tu cikgu but please, grow up lah. Kita bukan dekat sekolah lagi, betul tak?

Beza tak beza, one thing yang tetap sama adalah RULES. Peraturan dekat matriks and sekolah tak banyak beza. Fyi, matriks tersangatlah lain dengan universiti. Dekat universiti, no one cares pasal apa yang kau buat. Seriously. Dekat matriks, korang akan dilayan macam budak - budak sikit la sebab pelajaran sangat diutamakan. Schedule memang pack so bila takda orang nak ingatkan, takut hanyut nanti. Memang tak best tapi at least, korang akan terkawal. Takda la culture shock sangat nanti.

Eh terasa ke.