Monday, July 8

Happy fasting people ^_^

Assalamualaikum.

Insyaallah lusa kita bakal berjumpa lagi dengan ramadhan.

Alhamdulillah umur aku pun masih panjang, masih diberi kesempatan untuk berpuasa lagi.

Mintak - mintak dapat puasa penuh? Kahkahkah.

Ok aku dah start semester baru. Semester dua. Hidup berjalan seperti biasa. Cuma jadual makin padat, dan subjek pun makin susah. Takpa, pelan - pelan kita kayuh. Mudah - mudahan sampai ke tepian.

Subjek yang paling aku suka sem kali ni, Eye Anatomy. Best sebenarnya belajar pasal mata sendiri. Mata ni bulat je. Golek - golek kalau dipijak, penyek. Tapi kalau dibelah, dikoyak lapisannya satu persatu, subhanallah complicated gilo. Itu baru eyeball, belum aksesori mata seperti eyelid, eyelashes. Dengan muscle yang control pergerakan mata kita, dengan tulang yang mengikat mata kita supaya stay dalam gua nya sendiri. Interesting.

Takpe, rileks dulu. Aku pun masih mentah. Takkan baru belajar dua sem engkorang dah expect aku boleh jadi expert bab mata. Banyak lagi aku kena belajar. Banyak lagi aku kena baca...

Itu bahagian anatomy, yang bahagian fizik - fizik tu pun dah start memeningkan kepala aku. Well masa sekolah i used to love physics, but sekarang belajar pasal optics jadi macam kurang minat. Padahal konsepnya sama je, belajar pasal perihal cahaya atau getaran. Kena fokus dalam class selalu kalau tak, ke laut.

Pasal lecturer, memang boleh bikin lutut gua gegaq. Satu sir india ni memang scary, garang - garang kelakar gitu. Before masuk class dia, pastikan jangan lambat dan pastikan dah study dulu tentang apa yang bakal diajari. Pastikan kalau dia bertanya soalan, mesti ada jawapan. Jangan cakap tak tahu, dia pantang. Aku ambil jalan paling selamat je dalam class dia, datang awal duduk depan senyap jangan bercakap angguk - angguk kepala masa dengar lecture buat semua homework dia. Sekali cari pasal dengan dia, jaga - jagalah. Mampus :O

Cukuplah, aku ada lab report nak kena siapkan. 

Selamat berpuasa cecantiks dan hehandsomes!

Salam mata ikan! Babaiii

Monday, June 3

Ke BC kami berbasikal

Hi assalamualaikum!

Sedih tengok dah nak masuk setengah tahun post untuk 2013 belas belas jeeeeeee?!

Mei lepas tak post apa langsung. Dasar loser.

Apa pun, selamat bulan Jun people.

Aku tengah cuti sem dua minggu ni. Tapi, dah kehabisan dan tinggal beberapa hari saja lagi untuk aku berjimba. Isnin minggu depan dah start masuk kelas balik. Kali ni, lagi berat sebab masuk long sem. Yakni, credit hours lebih banyak. Yakni, lebih busy.

Apa pun sebelum start cuti yang ini aku dah berazam awal - awal aku akan produktif kan hari cuti dengan, melepak. So far, hari - hari aku keluar. Jumpa kawan sana. Jumpa kawan sini. Jumpa kawan lama. Jumpa kawan baru. Penat ke letih ke apa itu belakang cerita. Yang penting, kita jimba. Muahahaha.

Semalam aku gerak ke Bukit Cherakah.

Salah satu plan aku. Memang lari dari kebiasaan.

Aku sangkakan berbasikal sekitar BC tu rileks je. Rupanya kena naik bukit. Pergh, macam tak cukup nafas. Semput separuh mati. Sampai basikal diketepikan, diri aku berbaringan di tengah jalan. Punyalah penat kaw kaw. Macam tu lah gaya bila dah setahun tak bersenam. Macam tu lah gaya bila tak 'praktis' dulu.

Padan muka diri sendiri.
Introduce you to one of my best guy friends - Acap
And my best girl friends - Zati, Fatin & Meyra
Teman budak lelaki mandi -.-
The boys <3>
The girls <3>
SMILE GUYS! Ok just me
Kesian kuda lapar hm mampu bagi daun pokok je la ye haha
Penat cycling sumpah :( tapi masih mampu senyum! :D
 
"Pose buat ikut suka hati engkorang"

ALL OF US :) Happy naik basikal!






Alhamdulillah segala nya berjalan dengan lancar. Plan berjaya, kawan seronok, kita seronok. Cuma aku kesian dekat Acap mula - mula sebab banyak melayan kerenah kitaorang yang perempuan ni hahaha sorry cant help it. Biasalah perempuan banyak merungut, banyak membebel :P This is one of my big outings, jarang dapat kumpul semua orang dan keluar ramai - ramai macam ni. Fatin Meyra Zati Acap Ud Azli Jimmy, i rarely say this but i love you guys :) thank you so much for the day. I'll never forget this unless aku dah mula nyanyuk bila tua nanti hahahahahaha k tak kelakar -.-

Balik rumah, masing - masing mengadu sakit bontot.

Sangat luls.

Thursday, April 25

Half day out

Hi yeah its me again yeah two posts in a row yeah I'm rock bebeh!

So again, 

Yesterday went out with my bff, Rayhan :)

Plan nak tengok movie sebenarnya but takda cerita yang best so yeah kinda buang masa & minyak datang sunway sebenarnya ahahahahaha so guys before nak keluar tengok wayang make sure dah cek dulu ada movie apa or the time showing blablabla kayyyhhhhh! Apa pun menyompek kan diri bergambo dengan Monster Inc ( tak tahu betul ke tak because I don't layan cartooonnnns )


Girls kalau dah jalan - jalan takda tujuan of course the least thing we could do is, 

WINDOW SHOPPING HOYEAHHH!

Yang best jalan - jalan dengan Rayhan ni we have this one interest in common yelah kalau takda benda sama tak bespreng la ye dak ok ok kitaorang suka try kasut ahahaha! Masuk mana - mana kedai anggap macam kedai sendiri try shoes here & there eh that one lawa try joms eh that one pun lawa haa try try eh that one tak lawa la so LEAVE.

Tapi kalau taknak beli, jangan sesekali tanya harga kasut tu berapa & all that.

Karang dapat penampor je. Bhahahahahahaha XD

Pusing - pusing mall sampai lebam & out of the blue we saw these gajah - gajah gemuks dok bertenggek tengah - tengah alam....hahaha takda gajah hijau so I chose the purple one! Rayhan pilih this one huge red elephant haha kemain nyah! K tanpa menghiraukan hiruk pikuk sekeliling terus camwhore macam tak sedor diri k malunyeee ya allah anak siapa niii ya allah anak arifin dengan anak pah rodin rupanyeee ya allah


The elephants were very friendly I tell ya :) HAHAHAHA. Lepas dah syiok bergambo rasa lapau membuak - buak & then decided to have our late lunch dekat shah alam hewhew pergi lepak kemain jauh nak makan balik town sendiri jugak! Ahahahahaha bandar tumpah darah ku kuikuikui. Makan laksa buat lepas craving pehpehpeh sumpah sedap sampai jilat sudu (Y) Rasa macam nak tanya abam tu pe rahsia kuah laksa sedap hehehe hi abam saya single lagi ;D kahkah! After melantak semua terus gerak sekolah lama 19!

Weh,

Senior sanggup turun padang tengok junior berlatih kawad ni...

Jaga - jaga.

Wednesday, April 24

Paramore by Paramore

Hi hei hoi assalamualaikum readers ku yang tersayang!

Dua minggu lepas album Paramore yang baru dah keluar tau! :D Tahu ke dak ni eyy

So sebagai kipas susah mati Paramore, Ive been looking & asking for it dekat speedy giant 13 ala shah alam people yknow la where kanzz

"Album baru Paramore dah sampai tak kak?"

"Belum lagi dik."

"Tahu tak bila sampai? Sebab dah release dah worldwide hari tu."

"Erm akak pun tak sure."

"Minggu depan ada tak agak - agak?"

"Erm tak pasti dik."

"Oh takpalah. Terima kasih."

Betapa malasnya akak speedy tu layan aku kanssss dasar. I know Rock Corner memang dah jual Paramore ni since day 1 - April 9 tu but yelah rock corner bukan sebelah rumah akak je dik haa akak ni busy tau takda masa nak jalan jauh jauh uhuks.

So yesterday I went out with my bff, Rayhan to Sunway Pyramid yelah typical place to lepak lepak cari pasal kan & then pass by dekat cd store ni.

"Weh jap, baru teringat aku nak beli cd Paramore!"

"Haa pergilah tanya akak tu."

So I asked this akak cina muka sumpah garang gila babs macam nak telan orang kahkahkah whether cd baru band nama Paramore ada ke tak & dia straight away jalan laju macam tak hengat dunia tuju ke destinasi & show me,

"Here."

And I was like...

HAMAGAD OK DAH NAMPAK TU
TERUS CAPAI & BERGAMBO PE LAGI
BUKA PEMBALUT PASANG CD DALAM KERETA DENGAN RAKUS HOYEAHH!

Oh gawwwwddddddd I was like the happiest girl in the world I don't need a boyfriend anymore I just need Hayley Williams! Hahahaha boleh tak aku tak mampu nak express betapa puas hatinya kau dapat rogol album fav band kau eventhough duit kau habis?

Padahal makanan 5 hengget pun rasa mahal sanggup ikat perut! 

Lol angats.

Well whatever it is I know Paramore won't let me down & this new album is DEFINITELY WORTH ANY PRICE! For you guys out there kalau masih tercari - cari new & good musics aku recommend Paramore's. Enough said. The songs are lil bit different from the old ones but yeah ini album paling jujur dari dorang because they've been through ups & downs after the Farros decided to keluar from the band. Bare in your freaking mind, tiga orang dalam satu group boleh buat sampai 17 lagu in JUST ONE ALBUM pehpehpeh mana mau cari ini macam macha?

Most of the songs Hayley & Taylor yang compose, maybe sebab they both banyak experiences sama ada baik ke buruk Im not really sure but all the lyrics are meaningful. I feel ya brotha phew oh yeah semua lagu sedap - sedap & my fav songs from this new album are probably erm erm erm susah nak pilih sebenarnya! Haha. Ok, Part II & Last Hope. Part II lebih kurang macam kesinambungan from Let the Flames Begin song la. Best!! (Y)

I hope Paramore will stay together as a band & keep making good musics, because I just can't imagine my life without having them to obsess over though :( Anddddddddd in case you haven't seen their newest music video yet, taraaaaa!

 

Hey I'm still into you, Paramore ;)

Tuesday, April 2

Serang Balas

Hai. 

Dah masuk April dah, baru terkedek - kedek nak update.

Mac tak update apa - apa langsung, apa cer? 

Muahaha maaf gua tahu engkorang rindu gua, gua pun rindu juga. Apa pun, aku dah renovate blog ni sikit. Dah tukar kulit baru. Jadi, amacam? Ada baik ka? Cakap ye >:)

Orang kata selalunya orang yang takda 'life' je yang suka luangkan masa dekat laman sosial. Aku tak pernah setuju dengan statement ni. Bagi aku, kalau aku lagi banyak benda nak buat, aku lagi banyak tweet/blog. Kalau aku duduk rumah je tak buat apa, lagi kurang aku bermonolog atas dasar, "nak cerita apa?"

Kalau kita busy pun, kalau kita cari masa, boleh je sebenarnya. Takda istilah orang yang spend masa depan laptop ni orang takda life. No bro no no no. Life tu kita yang lukiskan. Kalau kita lukis corak petak, petaklah dia. Kalau kita lukis bentuk leb, leblah dia. Orang luar apa tahu? Bukan ke seni itu buta?

Now, dah minggu kedua dalam second short sem. Sebelum itu, dah sedap lepak cuti tiga minggu. Sebelum itu, sengsara exam akhir sem. Final? Macam palat gua bagitahu lu. Sebab apa? Sebab gua dah baca gua dah hafal kasi rapi punya semat dalam kotak memori sekali boleh lupa. Boleh blank dalam dewan exam, Allah. Itu je yang aku fikir.

Apa pun, kita tunggu result dia macam mana.

Jadi Ahad semalam aku gerak Midvalley tengok G.I Joe: Retaliation. Agak excited sebab masa sekualnya yang pertama, aku tengok dekat wayang. Aku tak tahu kalau cerita ni diadaptasi dari animasi ke apa, jadi aku tonton dengan minda yang terbuka. Sekual first memang best, so sekual kedua mesti lagi gempak kan? Nak - nak, orang gila wayang dah start tweet g.i joe 2 ni,

"Best baq ang!"

"5 stars!"

"Nak tengok lagi!"

Aku pun berkobar - kobar lah nak tengok. Warm Bodies dah lah tak tengok lagi padahal aku dah tengok trailer awal - awal, dah excited awal - awal, dah cop awal - awal, sebulan before engkorang semua tetiba jadi master dalam ini movie tahu? Jadi, gua berundur.

Ok back to the story, G.I Joe Retaliation ni was surprisingly OKAY for me. One thing yang menarik dalam movie ni of course watak Storm Shadow, mamat korea ke jepun tu pergh badan dia tiptop macam gini (Y) And the fact that Captain Duke mati awal sangatlah turn-off-moment. Like come on, he's the captain kot? Like come on, handsome kot? Haha. Aku bet mesti ada masalah luar masa Channing Tatum ni tengah shoot. Jadi, watak dimatikan.

*Curi fatin punya gambar*
The action is fine. Sebab aku tengok 3D je kot yang buat gempak? Hewhewhew. Still a good movie to watch. And this is just my opinion mana tahu engkorang tengok boleh nangis pulak ke? Haa rambut je sama, hati lain - lain bro :B

Oh yeah, great hangout with my new friend, Atik! If you could read this Gogo, i just wanna say apahal you comel sangat duh omg hahahahahahahahahaha this was our first meeting and it turned out well, thank you for not being socially awkward with me :P

Haa engkorang jangan kacau dia, ini anak ikan mak noks! Ngehngeh

Sunday, February 24

The return of Paramore : This is my story

Hi hello assalamualaikum. Sorry for not posting anything ever since hehehe well i got so much to tell you guys!!!! But masa macam tak mengizinkan coz final dah nak dekat dah. Selasa ni kot final exam :( So wish me luck k guys?

Ok last week, 17 feb, Sunday, I went to Paramore's concert!!! Can you believe it? Arggghhhhhhhhhhhh!!! Haha Idk how to picture my excitement through words and all, it was just perfect. You know, the feeling when you got to see your fav band, LIVE LIKE IN FRONT OF YOU FUCKING EYES! Selama ni just tengok gambar berangan how they look in real life, or hafal their lyrics and get emo with their songs, or headbanging dalam bilik ayor or, minat paramore sesorang coz none of your friends yang layan :( well its like a dream comes true!

Ive been trying to masuk contest nak dapatkan M&G passes, sebab nak sangat jumpa Hayley Jeremy Taylor ambik gambar mintak sign ke apa, but yela bukan my rezeki kot to win any :( Its okay lah, seba before contest semua tu Ive bought my ticket like, sebulan lebih before the concert hahahaha can you see how excited I was?!?! Masa the organizer announced the return of Paramore, dalam bulan 11 tahun lepas I think, I was sooooooooooooooooooo terkejut & happy! I even tweeted, "SUMPAH NAK PERGI CONCERT PARAMORE TAK KIRA APA JADI!" Haha sebab the last time they came to Malaysia, I couldnt go because under age lagi plus masa tu bulan 10 like berapa hari je lagi before SPM haha plus tuesday malam kot, no way boleh lepas padahal esoknya sekolah :<

Memang berazam kalau Paramore datang for the second time, I'm so going so yep! :D

I went there with my coursemates, Yana! Ajak all my bestfriends tapi semua macam taknak pergi asdfghjkl I iz sad you know. Baru ingat nak share this best moment dengan kawan kawan tersayang so that Ill be more excited tapi takpalah haha coz korang bukan minat paramore pun kan, nanti masuk concert blur tak tahu nak nyanyi apa hahahaha sokay pal! Pergi berdua je dengan Yana, but I met Ayie there. Ayie ni sebenarnya kawan lama, contact through facebook & twitter sebab sesama pergi camping pertahanan awam masa sekolah dulu but we never met in person. Hahaha thanks to Paramore sebab bikin gua jumpa sama ini abang Ayie retis! :P

Yada yada yada mari layan gegambar pulak!

My ticket! Worth every sen I tell ya!!
Before masuk stadium!

Met this awesome Ayie!
Yana and me, showing our tag :D
PARAMORE BABYYY!


After the concert habis, tehee :D
Last but not least, my own captured pic of PARAMORE!


Banyak lagi gambar and videos I took tapi rasa ralat nak share semua dekat sini, Im sorry :) Oh yeah excuse my face in every pic hehehe buruk y'all berpeluh bagai padahal dalam stadium, ada je aircond hihi yelah what do you expect kan, takkan tengok Paramore tapi duduk diam je, bak kata Hayley, headbanging is crucial so I headbanged gegila all I can hahahaha the show was beyond amazing. Hayley was so energetic, oh Jeremy and Taylor too! You can never met other band yang ada vocalis cool nak mampus macam ni, and guitarist yang hots gilos! Haha and what matters, they stand 3 orang je in a group, mana nak cari? ;) Even though tak sempat nak jumpa the Farros, I dont mind. Because I love Paramore, and Paramore is a band :')

In case you want to read more, I suggest you guys pi baca this mistahfong blog, dia memang review kaw kaw pasal concert Paramore that night :) Go visit now!

So thank you Hayley Williams, Taylor York, and Jeremy Davis for coming back. Remember you guys said "Paramore loves Malaysia?" Well, Malaysia loves you even MORE! :'D Do come again!

Love,
#Parawhore 
Since 2008, and still.