Tuesday, January 12

Muqaddimah 2016

Hi guys hope its still not too late to wish happy new year!! Cepat je dah 2016, rasa masih segar lagi macam baru masuk belajar degree hehe mudah mudahan urusan 2016 ni semua berjalan lancar & dipermudahkan Allah. Coz this year gonna be super tough for me sebab dah final year & insyaallah ada graduation menanti di hujung jalan :)

So i have so much to tell tapi takda masa nak update. Nak story pasal my clinical posting to hkkb, my community service experiences & stuff tapi tu laaaa, busyyyyy :( nanti okayy!

Anyway, hari ni rasa terkesan sangat bila jalan kaki nak pergi parking dengan rasa penat nya semua, tiba - tiba uncle ni tengah sapu sampah, dia berhenti & beri salam sambil angkat tangan. Aku pun jawab salam dgn senyum. Rasa mcm ya allah, terharu, rasa malu pun ada. Memang perasan, uncle tu kerja kt area parking msu untuk sapu-sapu, kutip sampah semua. Dari pagi sampai petang kerja, panas - panas, berpeluh tapi dia boleh lagi senyum, doakan kita melalui salam dia. Masyaallah, kita yang muda - muda ni belajar benda canggih - canggih kadang - kadang pandang orang pun taknak, apatah lagi nak senyum, nak beri salam dekat strangers.

Kadang - kadang ada flyers orang letak dekat kereta, bila aku taknak, aku buang je, lemparkan je kat area parking tu. Lepas ni, aku taknak dah buat macam tu. Kesian uncle tu kerja ngutip sampah dek kerana sikap - sikap kita yang suka buang sampah merata ni. Kalau boleh nak murahkan senyuman but at the same time, taknak tersalah senyum pulak hahaha nanti orang ingat aku mengurat pulak.

Terima kasih Tuhan sebab bagi aku sedikit kesedaran hari ni. Betul orang cakap, benda kecil macam tu yang matters. Yang meaningful.