Tuesday, November 13

My Deepavali day

First of all I would like to wish, Happy Deepavali :) to whom it may concern. Ahak!

I've got no Indian friends so yeah tak tahu nak wish dekat siapa. Nasib kita hidup 1Malaysia so dengan Melayu pun bantai wish haha like seriously one of my friends whatsapp me happy deepavali. Motip? Nak cakap aku sambut la ni? Pang nak?

Since today is diwali and almost everyone yang cuti. Well sesiapa yang kena kerja masa cuti awam macam ni watlek k? I feel you. Haha. Before sambung degree, my part-time job punya cuti tak menentu. But yeah I still love my job because its fun! :D Dak dak U of course la cuti kan, so I decided to have a breakfast with my bestfriend, Fatin! Siapa lagi kan? Haha.

Oh yeah and this is gonna be a quick and 'ringan' update. You knowlah what I mean kan.

Macam biasa kalau nak keluar pagi, Fatin mesti kena kejutkan. Haha. It's not that I couldn't wake up by myself its just I need something yang sangat effective untuk buat mata ni buka luas - luas muehehe. So Fatin called me, free - free dengar lecture mak Fatin dekat belakang tu haha so funny! We've been bestfriend for 13 years so yeah family memang dah cam dah muka dak dua ekor ni. I picked her up, bajet nak lepak mamak je haha but memandangkan kitaorang jarang dapat keluar so yok pi Mcd! :DD

Check in 4sq : McDonalds Shah Alam Section 3


So I ordered Double Sausage McMuffin. Sangatlah sedap plus with cheese nyan nyan nyan marvelous! Susah sikit nak makan sebab ada 5 lapis. Roti telur sausage sausage then roti. Kek lapis tu tak macam ni kan? Haha. Oh dia tulis situ ada promotion for weekdays cam boleh dapat murah but tak tahu why I dapat harga biasa je. Maybe sebab public holiday kot? Tak boleh eh? Lol. This is my first time breakfast mekdi yelah call la me lame ass whatever so I kinda excited. I baru tahu kalau pagi - pagi memang menu dia breakfast je. Faham tak? Hahaha I seriously thought burger macam double cheese or chicken mcdeluxe semua tu available all the time. Rupanya tak! Now I know. Hihi.


Kalau datang Mcd dengan Fatin, mesti dia susah gila tang nak order. Dia akan macam "Hm nak apa eh?" "Tu ok tak?" "Nak tu pulaklah" dan sebagainya. I okay je. I know exactly what I want so depan kaunter time tengah beratur I just gossip gossip kutuk orang here and there sikit isi masa lapang before nak order kan. Haha k tak. So Fatin order 2 pancakes with.....with...hm apa eh k tak ingat nama menu dia alah asalkan you guys know kan tu apa, alah lempeng lah yuolls ni menyampah tau. Bhahahaha. Sedap jugaklah not bad but still tak boleh lawan mcmuffin I >:) hew hew hew.


Breakfast set ni comes with something something yang macam Fatin makan tu. Haha I don't know apa benda tu sebenarnya. Fatin cakap sausage but I cakap ikan. Haha something macam fillet. Fillet sebagai dessert untuk pelengkap kepada menu kami cewahh. And rasa dia pelik sikit. Tesktur dia pun hm macam kristal. Lembut. Makan cicah sos masuk mulut omnomnom dap ajeww ye dok!


"Hi orang naik basikal kat belakang saya dok sibuk amik gambar dengan Fatin tapi ada aku kecah"


"Hi saya nak letak sugar dalam coffee saya tapi Fara ni dok sibuk nak amik gambar layan zzaasss"


Tak tahu kenapa order kitaorang selalu ada prob kalau datang Mcd seksyen 3 ni. That day, Fatin dapat air lain. Today, I dapat air lain. Supposed to be coffee but I got Milo panas instead. Argh tibai je tak kisah. Muehehe kesian nok kat Fatin coffee dia bapak pekat nak mati haha and sangat panas not to forget. Yela roasted coffee what to expect kan. Yeah this is her first time minum coffee so rasakan la penangan dia! Tak boleh tidur kau malam ni! Bhahaha mimpi aku please :*

Dah tengahari we went back sebab Fatin nak keluar dengan family dia pulak. Fatin balik Perak esok so goodluck for your final exam! Eventhough I know she's not gonna read this sebab dia memang tak baca blog aku pun hampeh punya kawan! Haha but I don't mind pun sebab blog ni some kind of medium so that I can spill anything what I want. Siapa yang baca, bacalah. Tak baca pun, takpaaaaaaaaaaaaaa k fine tahun depan jumpa dekat parking lot!


So this is Kristen Stewart, Ashley Greene and Nikki Reed on the red carpet premier of the Twilight saga final film, Breaking Dawn 2. Kristen macam HOT GILA KOT. Pakai dress yang sangat menonjolkan boobs dia aww aww sejak curang ni kan, nak pikat hati Rob Patt letuwwww hmmpphh! Ah whether you guys know or don't I peminat separuh besar Twilight k! "Why separuh besar?" Yelah coz I don't read the novels sebab I tak mampu nak belikan I ni sapa jeee ah benci! Well plus tak salah pun kalau I nak minat kan. I minat movies, I minat Rob Pattinson, I minat vampire so I don't give a damn. Haa kauuu!

So dah ready untuk vampire handsome dan cantik I? 22 Nov, mark your calendar rockafellas!

 

Saturday, November 10

Fairy-Screen-Award-Tale

Kerajinan melampau nak update hari ni, dek kerana tarikh cantik baq ang. Tu pun ada orang yang skeptikal dengan kekecohan meraikan tarikh hari ni der tarikh 10-11-12 ni takda every year hang tau dak? Kau yang kecoh cakap orang. So tangan didada mata keatas betul.

Semalam berlangsungnya Anugerah Skrin 2012 yang berprestij (katanya) so barisan pemenang pun dah diumumkan. Aku takdalah tertunggu - tunggu anugerah ni sebab well I'm sho buzy liddat. Tahu - tahu je, eh ASK malam ni? Hikhik. Orang cakap jangan menaruh harapan nanti kecewa ye tapi ekau ni dogil juga Fara nak juga menaruh harapan setinggi gunung kononnya ASK ala ala fairytale ni best. Last - last, hm.

HAMBAR.

Awal - awal lagi dah boleh nampak kemungkinan anugerah ni bosan. Kemunculan budak kecil entah aku pun tak faham apa yang dia cakap lepas tu tetiba hilang. Lampu gelap bagai muncul Hazama dengan M. Nasir. Macam, derr? Cliche nyewww. Rasanya tak asing tengok gandingan Hazama dengan M. Nasir sebab masa rancangan realiti apa entah nama dia dekat Astro tu Hazama jadi anak didik M. Nasir kan? Rasanya la kalau salah, betulkan saya okayz. Nyanyi pun lagu sendiri. Cuba bawa lagu Bieber ke One Direction ke mahu Maria Musa pengsan depan tu gak bhahahaha.

 

Dah habis persembahan, barulah nampak kelibat Awal Ashaari dengan Neelofa sebagai pengacara. Tak rasa depa macam pengacara pun. Nak kata macam tukang karut pun tak. Aku rasa tukang karut sesuai kot dengan nenek kebayan or Umie Aida. Yang pengacara mungkin boleh jadi Harun Salim Bachik kot. Eh? Haha. K baju Neelofa cantik k hihi erm depa membebel apa entah dah ambil setengah jam. Kalau dalam masa setengah jam tu ada gimik orang terbang huha huha or nyanyian gempak starz ke bolehlah terima. Ni dengan Awal dan Neelofa bercakap aku rasa aku dah boleh zzzz tapi tak sampai hati.

Semuanya untuk Awal :B

Bagi pandangan aku, Neelofa tak sesuai jadi pengacara lah. Come on lah, orang bagi dia peluang tu pun sebab dia lawa (katanya), pandai mungkin and famous. Populariti Neelofa cepat naik. Padahal time zaman filem Azura dulu, kitaorang dah macam, SIAPA MINAH NI BERLAKON APAHAL CAM KAYU NASIB ADA SHAH JASZLE WOI. Haha I dont care kalau ada sesiapa nak bash I sebab cakap macam but thats the truth. Ala kalau Neelofa tu tak lawa and tak famous, korang pun tak hingin minat dia. Konklusinya, janganlah fanatik sangat. Eh? Hew hew hew.

 

Penyampai - penyampai anugerah yang menjadi tumpuan utama sebab masing - masing ada character macam Snow White, Cinderella, Bawang Putih Bawang Merah dan sebagainya. Keletah depa la yang aku rasa menceriakan suasana malam tadi. Kalau nak berharap dekat pengacara, tukang karut dan persembahan, tak mampu nak get along kot dengan jiwa gua. Puihh. Walaubagaimanapun, aku still bertahan nak tengok sebab ada Adi Putra, Zahiril Adzim and my lovely Nora Danish. Semua handsome and Nora lawa gila. Cakap cino acah Puteri Hang Li Po hee sayang ketat ketat ♥

Barisan pemenang pun tak segah yang kita harapkan. Contohlah, kalau Aaron Aziz menang mesti orang woo woo. Kalau Nabila Huda menang mesti orang whoa whoa. Haha tapi hakikatnya takda sebab bukan depa yang menang. Layak tak layak, bukan tugas aku nak menentukan sebab yela siapa je la aku ni buta seni uhukuhuk jadi ni la senarai penerima ASK tahun ni:
 
Lakon Layar Terbaik Filem
Dain Iskandar Said – filem Bunohan
Lakon TV Terbaik
Drama TV3 –  Di Telapak Kaki Bonda
Videografi Terbaik
Aku Mahu Terbang, TV3 – Neon Entertainment (M) Sdn Bhd
Laporan Khas/Berita Terbaik
Berita TV9 – Bom Jangka
Drama Komedi Terbaik
Elly & Epit – Red Communications Sdn Bhd
Rancangan Realiti Terbaik
Jemputan Umrah (ep. 1)
Anugerah Artis Harapan Pantene
Putri Balqis – Pelarian
Rancangan Bual Bicara Terbaik
BELLA : Labour Day Special
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
Namron – Parit Jawa
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
Sherry Merlis – Di Telapak Kaki Bonda
Rancangan Hiburan Terbaik
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
Lisa Surihani – Ombak Rindu
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
Syafie Naswip – Songlap
Pelakon Wanita Terbaik Filem
Maya Karin – Ombak Rindu
Pelakon Lelaki Terbaik Filem
Shaheizy Sam – Songlap
Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik
Dunia Tersembunyi – Rambu Solok
Rancangan Muzikal Terbaik
Anugerah Juara Lagu 26
Pelakon Wanita Terbaik Drama
Ruminah Sidek – Parit Jawa
Pelakon Lelaki Terbaik Drama
Abu Bakar Omar – Gincu Ayah
Pengarah Terbaik Filem
Fariza Azlina/Effendee Mazlan – Songlap
Pengarah Terbaik Drama
Kabir Bhatia – Di Telapak Kaki Bonda
Anugerah Yasmin Ahmad
Pierre Andre
Drama Rantaian Terbaik
Jangan Ambil Padang Kami
Filem Terbaik
Bunohan – Apparat Sdn Bhd
Drama Terbaik
Di Telapak Kaki Bonda – Filmscape Sdn Bhd

Tabik spring pada Pierre Andre (y) walaupun dia bagi ucapan melebihi muzik yang di-play-kan sebagai ingatan masa dah habis haha tapi dia still teruskan dan kata - kata terakhir dia sangat menyentapkan hati okay. Sentap in a good way la tapi. Dia ingatkan kita tentang anugerah Allah dan Rasulullah yang ada pada kita. The exact ayat yang dia ucapkan tu aku tak berapa nak ingat biasalah siapa tak kenal FD si pelupa kalau sesiapa yang nak tahu, silalah Google. Muehehe sonang hidup ada Internet zaman sekarang ni. ASK tahun ni takdalah teruk sangat. Boleh dikatakan masih berjaya. Konsep bagus lain dari yang lain cuma mungkin percaturan agak kurang menjadi. Boleh cuba lagi k next year?


Apa pun, Nora Danish tetap mengancam. Meow :3

Thursday, November 8

Nombor dan huruf

Assalamualaikum. 

Tak jawab, dosa. Kalau jawab, sayang. Ahaks!

Alhamdulillah ada kesempatan nak update belog masa tengah - tengah hujan ni. Aku rasa nak dekat dua minggu dah Shah Alam asyik hujan je. Tak hujan petang, hujan malam. Tak hujan malam, hujan pagi. Tidur pakai selimut je wa cakap lu. Pada sesiapa yang mengadu Malaysia ni panas nak duduk dalam fridge la nak pindah luar negara la, nah ambik. Allah bagi nikmat free - free je. Kalau merungut lagi, pang nak?

Dulu rajin blogwalking sekarang ni malas tahap gaban ibarat mengesot instead of berjalan (peribahasa ke laut). Dah takda masa dah, nak update pun takda masa lagi nak blogwalking. Puihh. Dok layan dashboard tadi saja usha - usha dekat statistic my lovely Cinderella blog ni kan yeah ternyata entri yang paling mendapat sambutan dengan catatan sebanyak 805 page views all time goes to....*drum roll*.....

"Bukan Selalu Nak Terasa"

Tahniah! Haha. Aku rasa entri ni orang baca mungkin sebab ada nama orang famous dalam tu. Mungkin peminat fanatik depa dok google apa ka pasal depa naiklah blog aku ni dalam senarai google search tu. Tapi kalau tak menarik, takda gak korang tekan link blog aku kan? Mesti korang tengok dulu link tu pasal apa kan? Mesti korang macam nama mana acah cina 'xiaora' ni kan? Well well terima kasih la pada siapa yang singgah tu. Setahu aku entri ni bulan 4 tahun lepas but still ada orang baca sampai ke hari ni. Nampak tak kesan penulisan aku? Nampak dak nampak dak? Hew hew hew.

Selain dari Windows, Android and Blackberry antara OS yang terbanyak dok usha blog gua ni. Windows tu aku faham la hampir semua computer user pakai windows kan. Kalau ubuntu tu, sah budak KMS. Eh? K abaikan. Kalau Android tu pun aku tak pelik sangat sebab aku sendiri pakai android jadi kalau dah bosan dengan whatsapp twitter instagram bagai aku akan usha blog aku sendiri bhahahaha stalk blog sendiri. Kalau tang Blackberry ni, HAH SAPA BACA BLOG AKU NI WOI BB USER SAPA?!?!?!

Muat ke blog ni dalam skrin tu? Ekekekeke jangan marah haa muah sikit!

Android user dalam kalangan kawan kawan baik gua makin bertambah. Zati dah beralih dari BB ke android dek kerana tak tahan dengan kebabian blackberak dia. HAHAHA. Aku nak tanya ni, teruk sangat ke BB tu? Meh bagi aku pakai jap sebulan meh meh. Aku sekarang tengah tunggu Fatin je ni haha kesian dia je yang still pakai BB ni. Dalam hati Fatin nak pakai Note tu tapi dalam hati gak still nak pakai BB sebab nak ber-BBM dengan yang tersayang uhuks untunglah!

Orang yang pakai BB ni wajib ada scandal satu kan dekat BBM? Eh.

Ala tak faham kenapa orang besarkan isu tak boleh nak ber-BBM, tak boleh nak whatsapp -__- hello dulu korang hidup main message je tau! 24/7 taip message tu tak merungut pun pehal nak merungut sekarang, nak kena rejam? "Ala BBM free, whatsapp free huhuhu" hello Internet yang korang guna tu apa ke free ke? Bukan kena bayar ke? BIS korang tu bayar pakai air liuq ke? Bukan kena topup? Yang kredit korang asyik kena tolak sebab line hampeh tu bukan duit ke? HHHHEEEEEELLLLLL-O TAK FREE PONG!

Oh lupa, kalau pakai wifi, mak pak yang bayarkan. Oh oh.

Aku bukanlah user tegar kepada benda alah semua ni. Aku still suka yang macam dulu. Old school. Suka main message biasa je sebab whatsapp-ing is too mainstream. Hipster tak? Lulz. Taklah bagi aku whatsapp semua ni membunuh komunikasi sesama kita. Tak caya? Ok example kalau korang text guna message biasa,

"Hi assalamualaikum. Tengah buat apa tu? :)"

"Hi waalaikumsalam. Tengah tengok tv je. Awak? Dah makan? Sihat?"

"Tengah rindu awak je ni hihi dah makan dah. Sihat juga. Awak?"

"Rindu saya? Rindu awak juga sebenarnya haha saya sihat je dekat sini :)"

Kalau text guna whatsapp,

"Hi"

"Hi too"

"Tgh buat apa?"

"Twitter"

"Tak keluar ke?"

"Tak."

"You?"

"Tak jugak"

"Malas"

"Oh"

"Hihi"

""

Nampak tak bezanya? Kalau text biasa kita lebih menghargai conversation tu, kita akan lebih berusaha untuk cakap banyak. Then kita pun boleh ada masa nak fikir. Kalau whatsapp ni selagi mampu, selagi tu la kalau boleh nak dipendekkan ayat tu. And then kalau kita tengah kalut, orang tu boleh nampak kita type type lepas tu kita padam balik then type. Suka ke orang nampak kegusaran kita? Aku tak. Choii. 

Lagi satu bila nampak last seen after waktu yang kita dah sent, atau lain ayat, dia dah baca tapi tak reply, mulalah semua nak flip table. Gaduh sana sini hanya sebab asal tak balas whatsapp. Mungkin ada positive sebab pakwe makwe terutamanya tak boleh nak tipu tapi kalau kita tengok balik application ni banyak buruk je dari yang baik. Kalau tak gaduh pun mesti sentap si dia tak balas or si dia ada whatsapp dengan orang lain :( touching tetiba. Well aku pun pernah experience cenggini.

Yang pelik memang style sekarang eh orang minta whatsapp instead of minta nombor? Excuse me they are fucking two different things. Whatsapp tu application. Kalau orang tu pakai phone 3310, habis kau nak tanya apa? Nak minta nombor cakap je la. Apa masalahnya duh?

Cakap bodoh kang, marah pulak.