Tuesday, January 29

Gossip Jemah 2.0

Hi cuba teka dimanakah lokasi saya sekarang? Ahak!

Live from msu library. Class jah hapdet dari pc sini hohohorlicks.

Tapi lagi best la hapdet guna laptop kesayanganku. Baru ada fun. Umph!

Keyboard pun keras semacam je pc ni hahahaha

Saya tak tahu nak hapdet apa. Maka ready untuk dengar bebelan FD yang poyo ni k sayang?

So I talked to Aisyah just now, my coursemate about our life masa dekat matrics dulu. She did mention about some people which aku familiar lah. Coz before this aku tak pernah kenal or tak pernah nampak pun Aisyah ni masa dekat matriks dulu. Haha Idk why. Sama ada aku yang kurang bersosial or Aisyah yang kurang capub ( cari publisiti). Borak punya borak terkeluarlah nama mr. R aka jejaka hots dekat KMS. Until now kot, dia still hots? Whoops! Aku try cover untuk tidak terlalu excited so I tried untuk korek beberapa rahsia or gossip la senang cerita pasal R dari Aisyah.

A: "Awak kenal tak roommate R?"

FD: "Erm tak pernah ambik tahu pulak. Kenapa?"

A: "Kawan kita nama Aizat sama satu bilik dengan dia"

FD: "Oh okay. R tu hot kan? Semua nak bhahahahahaha"

A: "Kita tahu R tu pernah dot dot dot dengan awak :)" *bisik*

FD: "HAA?! MANA TAHU?! :O" *terkejut beruk*

Laa macam mana orang yang naif macam Aisyah ni boleh tahu? Haha ini berbahaya woi. Coz kisah kami kan rahsia hewhewhew tolong muntah dua baldi. Cerita punya cerita macam macam lah aku tahu. So student kms ni bukan lah living under a rock sangat kan? Haha ada juga tukang internet bergerak ni. Aku kagum!

Asalkan cerita yang disampaikan tak menyimpang jauh dari realiti asalnya, takpa. Im so fine with it. Tapi kalau cerita tu didatangkan sekali dengan fitnah, oh man. Im so fine with it jugak! Haha coz why I should bother apa people say kan? I know my life and I know what I am doing. Tapi erm sebenarnya aku belum dengar pun bad story pasal aku so far hehe alhamdulillah :) Aku harap sesiapa yang ada rasa kurang senang dengan aku boleh terus terang je sebab aku sangat open. Aku bukan pesen yang cepat sentap - sentap ni. Jadi aku berharap sangat takda jurang di antara kita cewah dengan siapa aku tujukan ni pun aku tak tahu lewls. K pada reader kesayangan lah sapo laie eh

Untuk post kali ni, takda gambar peribadi. Takkan hampa expect cheq bawa USB pulak nak transfer gambar dari phone ke pc ni kan.

Kalau ada bluetooth, pun OK.

Jaga mata, jaga mulut, jaga telinga.

Assalamualaikum.

Friday, January 25

Juvana trip!

Hi assalamualaikum its me again ( muka selambe )

Tak terlambat lagi nak wish Salam Maulidur Rasul untuk semalam :) Sedangkan Allah yang memiliki dunia akhirat pun berselawat untuk kekasih hatinya Rasullah saw apatah lagi kita manusia yang hina ni. Jadi banyakkan berselawat untuk Nabi kita ok!

Aku tengah cuti 5 hari ni ye 5 hari je mampu! Semalam, hari ni, esok, lusa, tulat. Selasa ada class balik agagagagaga

Rasa macam jarang cerita pasal uni life kan. Banyak cerita pasal aku enjoy je kehkehkeh ate nak buat acane teman malas benor nak cerita benda lain. Teman cerita benda yang seronok je untuk mike. Lulz fail loghat perak aku! Rabu hari tu sebelum cuti saja janji dengan classmates kesayangan kita nak pakai baju warna turquoise sama - sama. Since aku obses dengan warna hijau, turquoise pun turut menjadi mangsa kerakusan aku jugak muahaha.
Let me introduce you my best coursemates, (gambar atas) from left Yana, Zati, me & Annisa. Ni memang geng lepak together la pergi mana pun kalau boleh nak sama - sama. Selalunya kitaorang berlima including Aisyah tapi time ni Aisyah tak pakai turquoise jadi dia pun tolak tepi diri dia hahaha kitaorang tak suruh pun kayz. What i loved about them, eventhough dorang tak senakal ikut kepala aku tapi dorang sangat sangat baik :) aku jaranglah jumpa a group of people yang hati ikhlas yang sure kau boleh rasa. Macam aku selalu kata, ikhlas tak boleh nak tunjuk tapi kita boleh rasa.

Aku bersyukur sangat sebab masa awal - awal masuk belajar aku dah macam aduh kenapa semua nampak skema ni hahaha aku bukan kutuk dorang, aku just rasa rendah diri, rasa macam tak dapat diterima masyarakat sebab aku geganas or pendek kata, jahat sikit kan bhahahaha layak keezzz :P Dah lama - lama dah kawan semua, baru boleh ngam alhamdulillah. Dorang pun kata yang aku ni kalau orang tak kenal akan cakap aku sombong sebab muka ketat ahahaha dah kenal, gila rupanya si FD ni.

Tak kenal maka tak cinta, bro.

Ok yesterday aku keluar dengan bestfriend kesayangan saya Fatin Nazzy hot gitu. Dah lama dah plan nak keluar sebab saya nak tengok filem pakwe saya, JUVANA woots! Aku dah boleh agak filem ni akan jadi box-office sebab Juvana drama series pun dah gempak pe lagilah filem kan? Mesti umphh! Just rasa terkilan sikit sebab drama Juvana tak sempat tengok habis dulu. Masa tu baru daftar masuk matriks jadi mana ada masa nak tengok tv noks. Lagi - lagi cerita tu bersiaran setiap hari Isnin. Kalau hari minggu ke bolehlah lenjan tv dekat rumah hewhew. Sempat layan dekat tonton pun beberapa episod je lepas tu dah ketinggalan. Bila dah ada masa nak layan balik, tonton dah buat drama Juvana tu kena bayar kalau nak tengok. So I iz sad :'(

At that time kawan - kawan aku semua tak layan Juvana haha again sedih gila hidup. Jadi aku memang tak tahu kesudahan drama tu penat je layan masa awal - awal. Akhirnya semua tak tengok tah pape kau FD. Jadi kalau ada sesapa pernah tengok drama Juvana sampai habis, pls pls pls story kat aku? Tak pun, sesapa yang ada full episode of Juvana pls pls pls bagi aku? Eh?

K back to the main story where I watched Juvana the movie on its first day of tayangan semalam! Hihi bangga mak nyah! Anddddd Juvana best gila bapak dia ah. Haa cukup penegasan tak? Best gila gila gila gila. Best bukan setakat sebab dia sambungan drama dia yang dah lazim hebat tu tapi the movie itself memang dah bagus. Aku rasa siapa yang tak tengok drama dia pun still boleh faham movie ni so jangan risau ok?

Sekolah wira bakti ditutup jadi ada some students yang dibebaskan and the others kena pindah sekolah juvana baru which are botak, apek, ayam, kicap, panjang, and komeng. Daim dah dibebaskan dan dia pun sambung balik pengajian dia kat sekolah biasa. Ada banyak konflik antara ex student wira bakti dengan former student dalam sekolah baru tu. Begitu jugak Daim yang bergelut dengan masyarakat dan kawan - kawan sekolah dia kerana adanya rekod juvana dalam fail dia. Tapi Daim tak bersalah pun. Kalau korang tengok drama dia dulu, Daim dituduh membunuh mak dia sebab tu dia masuk sekolah Juvana.

Aku siap nangis dua kali ok dalam movie ni? Haha. Jangan gelak sangat. Kau tengoklah sendiri, mesti kau akan nangis jugak. Confirm.

Ada Lan todak, Jamal, tuan Ali dan yang lain - lain tu korang kena tengok sendiri k kat wayang. Tak rugi habiskan duit sikit untuk movie berkualiti macam ni :) Serious. Sebab aku kaki wayang jadi aku tahu worth it ke tak duit untuk dilaburkan kahkahkah poyo nya lahai -..-

Oh ya btw jealous tak kalau Johan Asari (botak) reply tweet aku? Jealous tak kalau Syazwan Zulkifly (apek) reply tweet aku? Jealous tak kalau Idzham Ismail (panjang) reply tweet aku? Jealous tak hoiiiii?! Muahahahaha. Pls be sebab they did reply my tweets! Bukan saja reply, malah retweet & favorite sekali kot?

Rasa sangat disayangi. Love youlah abang - abang especially abang Oyan :P Macam biasa ZA tak reply pun tweet itew mencik :/ Ah lantaklah dah kahwin pun dah nak ada anak pun lupa aku kan eeeee aku nak in love dengan Johan je pulak sekarang gasak!


#TeamJohan #TeamJuvana

Selamat ulang tahun sayang :)

I know its a lil bit late untuk post this but nak post jugak tak kira! Haha

Engkorang tahu tak rabu lepas 23/1 birthday my sayang Zahiril Adzim? Now engkorang dah tahu. Siapa tak tahu tu engkorang dah terlambat kayz nak wish sorry la uolls! Aku wish ZA dekat twitter dalam pukul 4:21 AM haa kau kelas jah aku tak tidur lagi masa tu! Hakhakhak :p

Tak pernah orang tanya aku kenapa aku minat ZA kan? Hish meh sini aku nak cerita. First time aku kenal ZA ni cewahhh masa tengok KAMI series lah dekat 8tv. Tengok cerita KAMI tu pun kebetulan je sebab aku memang kaki 8tv. Memalam memang buka 8tv je. Tetiba ada cerita KAMI tu and time tu pun Liyana Jasmay tengah naik plus cerita macam cool je untuk remaja awesome macam wa ni jadi wa layan zz.

ZA masa tu berlakon watak drug dealer, yang selalu ugut LJ ni untuk jualkan dadah untuk dia sebab LJ ada hutang dengan dia kalau tak silap aku. Aku pun dah lupa. Masa tu aku macam fangirling lah dengan ZA ni sebab dia handsome! Wakaka plus time tu ZA macam kurus lagi and nama dia dalam cerita tu Bob. Sama macam nama panggilan dia dekat luar :)

Setiap kali cerita KAMI tu habis aku akan usha dekat nama - nama pelakon lah. Berminggu jugak aku try sebab credit tu laju sangat & tulisannya kocik bonar den kobar kek kau. Akhirnya berkat kesabaran aku ni dapatlah jugak usha nama dia, Mohd Zahiril Adzim. Muehehehehehe. Start dari situ aku google everything pasal dia. 

Gambar, biodata, contacts.

Yang buat aku bertambah tangkap cintan bila aku start baca blog dia. Rupanya ZA ni ada minat sastera sebab yelah orang teater la katakan! Fyi, aku pun minat sastera kayz! Macam benda - benda yang berpuitis ni cuma aku belum ada masa untuk jadikan sastera sebagai hobi sepenuh masa. Klimaksnya,  ZA bagi aku inspirasi untuk blogging dalam bahasa melayu sebab kalau siapa yang pernah baca post - post aku yang lepas akan jumpa post berbahasa inggeris. Sorry ok masa tu gua noob lagi, grammar pun berterabur ada hati nak post dalam english puihh!

Semua orang aku tanya kalau kalau dorang kenal ZA sebab tak best ah minat sorang - sorang! Nak ada kawan sorang yang boleh minat sesama pun cukup, sebab if anything kita boleh share, boleh excited, boleh bergaduh kahkah ni paling tak boleh blah. So takda sapa kenal & takda sapa kisah pasal ZA aku. 

Not until, Juvana....

Bila Juvana keluar, tetiba semorang minat ZA. Tetiba semorang mengaku peminat setia. Tetiba semorang baca blog dia. Tetiba semorang like fanpage dia. Tetiba semorang follow twitter dia. Tetiba jadah?!?! Maka gua pun mengalah. Sebab gua tak suka benda yang orang terlalu ramai minat sebab #inisemuapoyo

Minat diam - diam je lepas tu. Slow - slow follow perkembangan ZA sampai ZA ada terbitkan buku "Bogel Menuju Tuhan". Aku cari macam orang gila dekat kedai - kedai buku mainstream tapi hampa yang aku dapat. Takda semuanya. Aku mampu pinjam buku tu dari Ana je hehe tu pun dah suka! Janji dapat baca isinya walaupun tak memiliki cakera luar. Its definitely a good book. Kalau engkorang minat sastera melayu, trylah baca. Tak rugi punya gua jamin >:) 

Paling frust bila dapat tahu ZA bercinta dengan Shera Aiyob. That time rasa macam nak tumbuk dinding like, WHHHHYYYY?! Shera Aiyob before tu couple dengan Shah Jaszle and the broke up. Couple dengan ZA aku pulak pehal. Pffftt benci. Masa dorang nikah aku nangis kot! Haha ive crush on him for years & sesenang je Shera rampas mana bolehhhhhhh :'( Aku tak pernah terima and takkan dapat terima sampai sekarang wtv!

Andddddd did I mention Ive met him?! Be jelly!


Oh ya, happy birthday to my friend Norman :) You kongsi tarikh yang sama dekat Zahiril ok! Mohon berbangga! Haha first time i met you when we were in the same matrics last two years. Youve been a good friend to me walaupun kadang - kadang i takda masa nak layan you but that doesnt means i lupa you k! Coz friendship to me is not measured by how frequent we see or we talk to each other. Just bare in your mind that Ill be there, and I hope the same from you whenever we both got problems.


Well penat je membebel dekat sini coz I know Norman tak baca blog I pun haha hope you like the present! Happy 20 pakcik dah tua! Boooooooo tua! Lame ass

Thursday, January 10

Bring it on!


Hi last two days saya bawa kawan baik saya Rayhan Farhana to msu! Yay! Haha

Its always been my pleasure to bring my friends to campus idk why. Bukan nak berbangga kembang hidung ke apa its just i wanna my friends know macam mana separuh hidup gua sekarang bermain - main di arena tu. So that bila aku mengadu pasal susah nak cari parking or tengah pishang layan tv besar or makanan dekat u cafe mahal or pagi - pagi pagar tesco tak buka lagi, they'll know wth am i talking about. Hehehehe

Selesaikan a few urusan regarding to my yuran, ID and exam slip that morning. Sempat breakfast mee goreng tambah sambal kerang hewhew masyuk bak hang! Me and Rayhan both suka sambal kerang so sangatlah excited wink wink samalah macam kerang busuk >:) the sambal was little bit pedas but its okay coz tak melayu la kalau tak makan pedas apaaaaaa

Bila dah tengah hari rasa macam taknak balik rasa macam taknak waste kan time yang ada sitting at home layan twitter tidur and whatsoever so I decided to go to Setia City Mall!

Never been there since dia buka so why not panjangkan sikit langkah ke sana kan kehkehkeh. So I just tahu jalan nak ke arah Setia Alam la sebab kalau balik kampung selalu lalu situ but I have no idea where the exact location of the mall sebab tak pernah nampak dari tepi jalan pun?!?! Well orang kata tak sesat tak tahu la jalan. Tak jalan tak tahu la sesat tu apa hahaha k abaikan.

Sesat sikit siap boleh tersalah masuk lorong melawan arus haha! But we were okay and cool dont worry. Then tanya abang petronas where we should head to, dia cakap straight jeeeee. So we went straight jeeee and baru nampak batang hidung the setia city mall tu dekat belah kiri. The surrounding is pretty much macam putrajaya la i think. What say you? Ahaks

And tak sangka jumpa Azim dekat sana (:

Just jalan - jalan je coz omputeh kata no money no talk la so kami mampu window shopping je! Haha sedih hidup. But takpa, coz Im not in the mood to shop. Im in the mood to jalan jalan cari makan. Jomz?

Btw Im gonna sit for my midsem exam tomorrow, lusa and the day after lusa! Haha exam semua weekend. Apa jadah tah. Dasar nak jimat weekdays, dia taknak class cancel on weekdays, asdfghjkl

Wish me luck guys! "BREAK THE LEG!!"

Exam mode : On

Wednesday, January 9

Let me kiss you?

Hey its almost 3 o clock in the morning and I just wanna share a new MV of Kiss You from One Direction! Yay!

Watch "One Direction - Kiss You (Official)" on YouTube

Idk why people said this MV is the best from them. Ok it is kind of unexpected, random and funny :D hehe but still, One Thing MV got a place in my heart la.

Bak kata sang pujangga, terkesan di hati.

Gitu.

Oh yeah, besides Paramore and JB, now I layan The Wanted and Im pretty sure TW has been one of my musics obsession muehehe. British boys with lagu - lagu yang matang, tell me siapa yang tak suka?!?! Maigod! Ahaha. But Im not that into 1D sangat just mana their lagu yang dipromotekan, Ill surely know and dengar la.

Takkan terhegeh hegeh google everything about them. If JB, yes I will :p haha!

But this one song from 1D called Little Things is just soooo sweet like sugar and candy. If boyfriend nak cari lagu to dedicate to girlfriend Ill suggest this song lah. Ok let me share some of its lyrics here, so that you can nilai

You'll never love yourself 
Half as much as I love you 
You'll never treat yourself right, darlin' 
But I want you to, 
If I let you know, I'm here for you, 
Maybe you'll love yourself, Like I love you
 
And I've just let these little things 
Slip, out of my mouth, 
'Cause it's you, oh it's you, 
It's you, They add up to 
And I'm in love with you, 
And all these little things.

Pls google to find out more haha so I guess I am a #parawhore #belieber and #TWfanmily ?

"Deyy, dekat blog pun nak berhashtag ke kau hengat twitter?!?!"

Oops.

Wednesday, January 2

Perkongsian yang mampu.

Abang berkaca mata sibuk tanya, "apa link blog? Apa link blog? Apa link blog?"

Argh, bahana aktiviti dalam kelas kokurikulum tempoh hari.

Permainannya begini, terangkan apa yang kita suka lakukan. Macam beri klu, kepada mereka yang ingin meneka. Kalau betul, gembira. Kalau salah, pun gembira. Jadi, untuk menerangkan kecenderungan gua, gua beri klu macam ni:

I can do it by just using my mobile phone and I need Internet

Tekaan pertama mereka adalah Facebook-ing. Gua baru je menutur satu klu, semua dah gelabah teka. Terlalu teruja, mungkin? Atau saja ingin mengambil tahu? Apa-apa sajalah. Gua geleng kepala dan teruskan kepada klu kedua.

I can upload pictures and videos, can design it in a way that I want

Tekaan kedua adalah Tumblr-ing. Gua hampir setuju, sebab memang boleh upload gambar, video lucah and kita boleh mereka latar belakang di sana. Bagus tekaannya tapi kurang tepat! Sipi. Cuba lagi. Gua teruskan dengan klu ketiga.

It's like a diary to me

Terus bertalu - talu tekaan masuk dan akhirnya tekaan ketiga yang tepat adalah blogging. Klu yang terakhir memang kasi can lah! Mudah. Tumblr boleh jadi medium bertindak sebagai diari tapi kurang molek. Blogging lebih tertumpu kepada penulisan, Tumblr lebih kepada perkongsian gambar dan 'isi hati'. Cewahh, siapa yang ber-tumblr-ing tahulah macam mana seronoknya bermonolog.

Jikalau gua ada rama-rama dalam perut atau ada luka berdarah di dalam, Tumblr memang syok untuk layan hati. Nak - nak pula, Tumblr ada nilai privasi. Jarang orang nak godek - godek apa yang ada di dalam sana. Lainlah namanya blogspot, laju fikiran bergerak nak mengorek rahsia. Tak gitu? Cuma satu masalah gua, tumblr jarang buka. Sebab memerlukan kapasiti ruang kelajuan untuk berkarya.

Sejak hari tu, abang berkaca mata sibuk tanya, "apa link blog?" Nak dijadikan tazkirah maghrib katanya.

Perli ke apa?

Blog ni bukan bacaan ilmiah. Ini interpretasi hidup gua.

Bye.

Duaributigabelas

Assalamualaikum its 2013 already yu olls! Happy New Year! *tangan gaya Usop Wilcha*


Orang ye ye celebrate new year sana wish new year sini, aku boleh bantai tidur during new year eve. Sedih hidup.

Ok actually aku takda motip sebenarnya nak update ni haha just yelah rasa blog ni macam terabai kejap. Macam takda isi. Padahal dulu berazam nak activekan balik blog ni macam zaman 2010 dulu. Banyak kot entri dalam setahun. Now bandingkan berapa je entri yang aku post tahun 2012, last sekali masa tahun lepas kot aku update? (ayat poyo)

Patutnya makin dewasa ni makin banyak cerita. Yelah kononnya dah makan garam, dah rasa onak duri, jadi mestilah banyak experience kan? Har har har screw my life. Hidup gua sekarang fikir duit duit duit. Siapa kata jadi student fikir belajar je? Siapa kata? Aku tak #tudingjari

Memandangkan tahun pun dah bertukar nombor akhirnya, jadi aku rasa nak buat perubahan sikit la ye dak. Ni bukan azam ok, perubahan je. Tak pernah pun berazam melainkan masa zaman sekolah dulu. Kalau first day sekolah je...

Cikgu: Ok murid - murid apa azam tahun baru awak kali ni?

Murid - murid: Nak dapat SPM 10A+, nak berjaya, nak jadi doktor bla bla bla

Ada azam kau tercapai? Mampu?

So my azam this year is to not have any azam at all. Hewhewhew ill just go with the flow then kita tengok macam mana coz honestly I dont like to plan. Nanti bila plan ruined, kita sakit otak, sakit hati. Bila tak plan, takpa takpa redha. See?

Ha ye, berbalik pada perubahan yang aku bangkitkan tadi, aku ingat aku nak tukar cara penulisan aku dalam blog ni. Yela kalau sebelum ni satu entri aku mesti panjang tahap gaban merepek meraban entah ada orang baca ke tak. Lepas ni entri aku mungkin pendek - pendek je, dan mungkin aku akan lebih kerap blogging. Bila entri pendek, secara automatik tak banyak berfikir. Jadi bila tak banyak berfikir, maka aku akan jadi lebih rajin. Sebab mudah. Siapa tak suka benda mudah?  
So what say you? Molek?

Cepat masa berlalu. Aku admit lah tahun 2012 memang the toughest year for me. Hectic gila. Macam - macam aku tempuh tahun ni. And if adik - adik rasa macam tak sabar nak habiskan sekolah, bersabarlah. Sebab being dewasa is no fun at all. K tipu, sikit lah fun. Tapi tak seseronok macam life adik - adik dekat sekolah. Seghious. Tak banyak benda kena fikir. Just pergi sekolah mengadap cikgu, balik sekolah buat homework. Tu je. But well time flies, everyones growing up and, your parents growing older. So jangan lupa appreciate depa ok?

Untuk tahun baru yang sudah menjengah ni, sesungguhnya aku mengharapkan yang lebih. 

Ya Allah, 
murahkanlah rezekiku,
kurniakanlah kesejahteraan kesihatan kepadaku,
iringilah setiap langkahku dengan berkatmu,
permudahkanlah segala urusan harianku,
rahmatilah perjalananku dalam menimba ilmu,
jauhkanlah segala maksiat yang mendekatiku,
hilangkanlah rasa riak dan angkuh dalam diri ini,
agar aku sentiasa bersyukur dan mengingati mu ya Allah.
Berikanlah segala kebaikan di dunia dan akhirat,
kepada keluargaku, para sahabatku, dan saudara seagamaku.

Amin ya rabbal alamin.