Thursday, January 26

Buat Kawan Kawan yang Kita Sayang

Tajuk lebih kurang sama dengan tajuk belog Zahiril Adzim. Mana taknya, aku antara penggemar setia beliau. Entah mengapa, suka sangat tajuk tersebut. Jatuh cinta pula, haih. Okay, setiap kali nak taip new post, mesti pergi dashboard dulu. Kalau dah pergi dashboard, akan nampak post post orang yang kita follow.

Hm dah lama tak blogwalking.

Maaflah kepada follower dan following sebab jarang nak terjah belog siapa siapa. Dulu masa kemuncak bikin belog ni, rajin sangat bertegur sapa dengan rakan rakan blogger. Satu, dua, tiga kira bertahun juga dah tak aktif. Tak aktif bukan dari segi penulisan, tapi tak aktif dari segi walking. Faham dak? Oh jangan risau, aku akan follow balik follower aku. Most of the time.

Alhamdulillah aku masih bertahan, masih mampu menulis. Kawan kawan baik aku mostly dah gulung tikar dah. Dah takda masa nak spend time untuk belog tersayang. Hilang sudah title blogger dalam kalangan kami. Ingat lagi masa dulu dulu kalau kami keluar beramai ramai, masing masing akan buat report dalam belog. Masing masing akan bagi kredit pada masing masing kalau ada tercuri gambar or repost. Rindunya. Kawan kawan, marilah berblogging balik? (:

Cakap pasal kawan kawan, aku sendiri tak punya ramai kawan. Tapi punya ramai kawan baik. Terbalikkan, selalunya orang ada ramai kawan tapi BFF satu je. Macam mana tu nak hidup? Aku tak pernah kenal erti persahabatan yang sebenar sampai aku masuk high school. Ada suka duka dalam bersahabat ni kalau kita tiada orang untuk bercerita. Geng geng sekali 5-6 orang ramainya, tapi tiada seorang pun yang boleh kita bersikap jujur. Yang boleh kita cerita apa apa sahaja, segala galanya. Kerna takut orang tidak melayan, juga takut akan dibash habis baik punya.

Berkawan biar beribu, bercinta biar satu. Betullah tu. Ungkapan itu sendiri cukup untuk menggambarkan pentingnya berkawan. Tetapi bukan bermaksud kalau kita tiada kawan, kita mati. Tidak sesama sekali, kawan berguna untuk menemankan, tapi bukan untuk bergantung. Segala apa jua yang kita lakukan, perlulah bergantung pada diri kita sendiri. Biar mendengar, tapi jangan mengikut. Boleh bertanya, tapi boleh juga berfikir. Sebagai rakan yang baik, tugas kita mengingatkan. Mengingatkan apa yang salah, apa yang buruk, apa yang bagus, apa yang tidak.

Kadang kadang kita tersalah anggap, sampai kita terjerumus dalam gelombang paksaan. Paksaan? Ya. Kita kadang kala memaksa kawan kawan kita mengikut apa yang kita hendak. Kadang kala juga, kita terlupa akan, perasaannya. Setiap manusia punya perasaaan, punya hati. Atas dasar itu, kita perlu bertoleransi. Memang indahnya dunia kalau setiap perjalanan mengikut sama seperti apa yang dimahukan tapi dunia tidak semudah itu. Manusia sentiasa berada dalam proses pembelajaran, walaupun ketika berada di atas, mahupun di bawah. Sentiasa belajar dan belajar untuk menjadi lebih baik. Bukan berundur, tapi sentiasa ke hadapan.

Dalam persahabatan, janganlah kita leka. Usahlah bersikap suka mementingkan diri kerna di akhir kelak, kita mungkin tidak hilang kawan tapi kita hilang erti kawan. Kawan memang sentiasa ada untuk bersama, tapi kawan yang ikhlas belum tentu ada. Kawan bila sudah menyayangi kita, kawan akan sanggup melakukan apa sahaja untuk kita. Carilah keredhaan dalam berkawan, janganlah memusuhi antara satu sama lain.

Andai terasa, jangan membentak. Bukan semua orang hidup untuk melayan kita macam Cinderella. Fikirlah diri sendiri, kenapa kita terasa? Adakah salah kita? Apa puncanya sampai kita boleh terasa sentapan dengan kawan kawan? Pada yang panas baran, layakkah kita untuk menghambur kata kata amarah hanya kerana kita puas? Engkau puas, tapi pada yang mendengar? Mungkin buku belum bertemu dengan ruasnya, maka orang lain masih terima kau apa adanya. Cuba kalau suatu hari nanti, ada yang lebih berkuasa dari kau. Apakah kau mampu? Jujurnya aku rasa tidak. Kau akan melepet, menjadi orang yang paling lemah kerana tidak bisa menangani sesuatu seperti itu.


Lebihkan Maha Pencipta, lebihkan agama, lebihkan ibu bapa, lebih
kan orang yang tua, lebihkan pelajaran, lebihkan kawan kawan dan kurangkan 'aku'. Sayang semuanya, terima kasih.

Monday, January 16

Diam diam, ada isinya

Langsung dari Makmal Komputer Enam, Kolej Matrikulasi Selangor.


Kadang kala aku berharap aku dapat menjadi orang lain.

Orang lain yang bisa meluahkan rasa amarah tanpa memikirkan perasaan orang lain. Tanpa memikirkan kesan dalam jangka masa panjang. Paling bertuah bila orang sekeliling mampu terima kau seadanya. Hargailah. Kerna orang yang menerima itu sememangnya hatinya terasa tapi didiamkan.

Sedarkah kita?

Aku tak mampu untuk meluahkan segalanya. Bencinya aku pada diri ini kerana hanya mampu menangis. Tangisan yang dibawa seiring dengan kekecewaan dan harapan untuk mendapat segala sinar yang lebih terang, lebih baik. Tapi penantian tidak selalu dianugerahkan dengan sesuatu yang diinginkan. Tajamnya tusukan, dalamnya luka dan engkau sahaja yang boleh merawat dan membersihkan segala darah yang menitis. Sakit. Sakit yang tidak berpenghujung, mungkin mati di akhir jalan.

Aku baru sahaja mendapat empat baucar buku pemberian dari pihak kerajaan. Syukur dan terima kasih aku ucapkan. Namu begitu, masih ada yang berpaksikan pada tunggak politik walhal suara anak cilik seperti kita ini tidak memberi kesan yang sedikit pun pada pergolakan kredibiliti orang atasan. Siapalah kita hendak mempersoalkan kejahilan para menteri, siapalah kita untuk menentukan kebenaran dan kesalahan para pejuang.

Umur masih mentah, malah angka 19 masih dalam tatihan. Layakkah kita untuk berbicara isu yang sensitif yakni besar seperti politik? Tidak perlu rasanya kita mencanang segala dakyah untuk menyokong parti kerajaan atau parti pembangkang. Pelik aku perhatikan trend semasa budak kolej aku sendiri, sibuk mengatakan yang Barisan Nasional adalah sebagai suatu unsur yang jahat dan Anwar Ibrahim berada di pihak kebenaran dan tergolong dalam golongan yang teraniaya.

Puihhh, dalam ke ilmu kau untuk menilai?

Kalau kau berasa kau berada dalam keadilan, adakah kau menyokong kerana keluarga kau? Kerna keluarga kau menyuap setiap hasutan dalam diri kau sejak dari mula dan kerna itu, kau terpengaruh? Ada kemungkinan dan jangan kau sombong untuk menidakkan. Daripada kita bertelagah mengaut undian sedangkan kita masih belum berdaftar, lebih baik kita berbincang mengenai hukum Islam yang patut dilaksanakan di Malaysia.

Sering kali Ustaz berbicara mengenai hukum hudud dalam kelas Pendidikan Agama. Bukan sahaja aku terperap dalam kolej ini selama berbulan sudah, tapi minda dan pemikiran aku juga sudah tertutup kerana kurang membaca. Sumber bacaan dalam skop berita amat terhad untuk aku peroleh di sini. Jadi, hanya mampu mendengar dari orang orang yang dipercayai. Hanya mendengar, bukan percaya.

Apa yang mampu anak bangsa lakukan hanyalah berdoa. Berdoa untuk segala kebaikan agama dan bangsa. Jangan sesekali riak dan bercakap besar kerna takut termakan diri di kemudian hari. Berpeganglah kepada keimanan dan peliharalah hati dalam kesucian kerana sesungguhnya anasir luar sangat teruja untuk menyerap masuk dalam setiap manusia yang lemah.

Biar kita lemah, asal kita ada pendirian. Insyaallah.

Sunday, January 8

Renungan lebih tajam dari pandangan


Gambar sekadar hiasan. Menunjukkan satu perilaku mata yang menawan. Tajam jauh merenung.

Keinginan nak update belog, tinggi. Tapi tak mampu menaip. Senyap terpaku memandang skrin dalam keadaaan statik untuk beberapa minit. Apa saja yang aku nak membebel kala bulan penuh menjelma dan jarum jam hampir bergerak ke nombor dua.

Pukul 2 pagi sudah.

Semua manusia yang wujud dalam bilik nyenyak melelapkan mata manakala aku duduk di lantai, bertemankan kotak monitor di atas katil. Berseorangan dan terasa sunyinya, tanpa sedikit pun iringan muzik untuk menceriakan hati. Yang kedengaran, hanyalah bunyi kipas yang laju kelajuannya, berpusing tanpa had. Menyebarkan angin angin sepoi bahasa.

Menghabiskan malam minggu aku di sini, di kolej yang semenggah dengan pelajar pelajarnya yang mempunyai wang berkepuk kepuk dalam akaun bank. Bukan bersikap sinis, cuma sudah menjadi teladan. Yang kaya bertepuk tampar dengan yang kaya, yang biasa beramah mesra dengan yang biasa. Wujud satu jurang yang amat jauh kalau yang kaya bersahabat dengan yang biasa. Lebih atau tidak, satu belah pihak mesti terasa hatinya kalau dibanding-bandingkan dari segi nilai harta benda. Aku sendiri tak faham kenapa manusia ralat menghabiskan duit, untuk membeli perkara yang tidak perlu.

Sedangkan aku dibelenggu seribu satu rasa bersalah dalam lubuk fikiran untuk meminta wang tambahan, walaupun tujuannya untuk membeli buku rujukan. Sememangnya harus diakui wang saku yang diberi pihak kerajaan tidak cukup untuk menampung perbelanjaannya selama sebulan. Sudah berjimat cermat hingga sanggup menyekat nafsu makan, tapi masih tidak mencukupi. Mungkin kerna aku bukan orang kaya? Mungkin kerna aku tidak mempunyai wang yang beribu ribu dalam akaun bank? Mungkin kerna aku sendiri yang tidak pandai merancang bajet kehidupan.

Nada berbunyi adanya sifat cemburu. Ya, memang aku tidak mampu menafikan yang aku sebenarnya cemburu dengan mereka. Mereka yang boleh memperoleh apa sahaja yang mereka inginkan, dengan hanya meminta. Meminta kepada ibu bapa ataupun meminta kepada teman lelaki? Teman lelaki bukan sekadar untuk meneman si gadis yang kesepian tapi juga bertindak sebagai seseorang yang boleh diharapkan untuk merealisasikan impian selain daripada orang tua kita sendiri. Bukan begitu?

Sudah menjadi lazim dalam kehidupan apabila lelaki membelanjakan apa apa untuk si gadis. Walhal tidak pernahkah mereka terfikir, yang kekayaan yang dibanggakan itu hanyalah kekayaan ibu bapa mereka? Ibu bapa mereka yang bekerja, ibu bapa mereka yang mencari wang saku, bukan budak budak mentah itu sendiri yang mencari segala kemewahan. Salah tanggapannya. Namun masih ada sesetengah pihak yang langsung tidak tahu mengucapkan kata kata syukur. Hanya tahu mengaku diri mereka miskin dan hina. Kalau kamu yang memiliki telefon canggih i-phone dan tinggal di sebuah kediaman yang tinggi persaingannya berkata kamu adalah miskin dan hina, habis yang kami ini apa? Papa kedana?

Cakap jangan sebarang cakap. Walau sekalipun tidak mahu riak dengan kekayaaan, cukuplah sekadar berbuat baik pada kawan kawan. Rendahkan diri serendah rendahnya. Bait kata kata disusun baik dan yang paling penting, sentiasa berterima kasih. Untunglah kamu yang kaya, alhamdulillah kami yang biasa. Sesungguhnya kekayaan masih bukan milik kami. Allah mengurniakan segala apa yang terbaik untuk hamba hambanya dan kami redha dengan segalanya. Redha bukan sesekali bermaksud mengaku dan terima, tapi juga membawa istilah berusaha hingga akhirnya dan menerima segala habuannya, insyaallah.

Apa guna cerdik akal kalau tak bijak berkata kata?

Monday, January 2

Just a perfect way to start my new year

Hi sorry lama tak update blog since dari tahun lepas. Berzaman dah kan belog ni ditinggalkan. Lol. So patutnya ada la update last day of 2011 or first day of 2012 tapi orang malas lagi busy macam aku ni, takda masa pulak kan. Hari ni baru nak ambil kesempatan kejap.

Sekarang dah dua haribulan dua ribu dua belas. Apa azam aku untuk tahun baru ni? Hm none? Selalunya aku memang tak berazam apa apa, tak kira la time new year ke, after dapat result teruk nak mati ke, buat salah ke hape. Jarang. Hanya berazam bila orang bertanya? Haha. Yela, takkan nak kata kita takda azam kan kalau cikgu cikgu tanya. Paling paling nak jaga nama baik, mesti sikit la ada cakap azam yang baik baik. Macam,

" Saya nak study hard tahun ni, nak dapat result cemerlang dalam every exam! "

Puihhh. Hanyalah sekadar propaganda untuk menyedapkan hati semata mata. Mulanya plan taknak balik Shah Alam this week sebab member ajak outing tapi tak tahu la kenapa. Jauh dari sudut hati, instinct asyik suruh balik je. Tak sedap hati kalau duduk college. So aku decide nak balik rumah minggu ni. Ternyata memang tak rugi apa. Aku dapat makan sedap, dapat borak borak dengan Mama, dapat tengok movies for the whole day weeeeee thanks dekat HBO & SMV bagi movie best best! Ahaha tahu tahu je kan aku rindu tv. Dah tu, dapat celebrate new year with the loved ones! Leggo!

Everything was unplanned masa new year eve that day. Me and Meyra just nak keluar lepak lepak pergi pasar borak borak petang petang kan. But then Meyra nak cari benda alah apa entah, that tali thing untuk gantung kad matrik dia. Haha. Untunglah boleh pakai tali lain lain, aku ni haram jadahlah kena pakai tali matriks yang betul betul tu. Nasib baik warna merah, ada gaya sikit hikhik. Plan lepak dengan Ana juga tapi sempat lagi dia pergi SP. So we decided untuk straight pergi Subang and boom, jumpa Ana dekat situ! Bagus, great timing girls lol :DD

From Subang, heading t
o Giant Shah Alam. Singgah kejap sebab nak beli groceries? Ahahaha. Kitaorang beli groceries sama sama as if kitaorang ni housemate yang living together lol so cute aren't we? Hihi. Dah shopping bagai semua, grab our dinner dekat Extreme Park. Whoaaaaaaaaaa, bapak ah ramai orang. We have no idea yang that night ada gig dekat situ. Mostly ada budak budak baru nak up la duduk duduk situ. Haha lol I'm so mean. Yela, how come budak budak badan cenonet mingle lelaki perempuan and dancing plus smoking sana sini boleh ada situ? Nak up la, kan? K, gughau. At that time, baru aku macam sedar yang god this is really happening. Bukan nak bangga diri but then aku rasa aku ni still budak baik la. Aku tak pernah nampak budak social sampai macam tu. Tefak weh, scaryyyyyyyyyy. Somehow aku bersyukur yang aku ni still ada pegangan, still ada kawan kawan yang boleh mengingatkan.

Dan still ada family yang kongkong aku 24/7? Hahaha. Might sounds lame, tapi I don't really care. Baguslah aku macam ni, takpa. Memang aku nak life yang bebas macam tu but that's so not me. Aku tak biasa. Out-dated. Eh? Poyo.

K just chillin dekat situ, makan kfc. Having girls talks eceh eceh. Sebenarnya memang kind of rare bila aku, Meyra and Ana lepak together. Wait, bukan rare. Ini first time outing kitaorang together! Awesome kan? :) We should lepak more next time hikhik. Since new year eve kan, kitaorang pun spent some time la tengok tengok wth gig event ni. Sumpah awkward bila dalam kalangan bebudak hotsetap, te
rselit budak style muslimah tengah tengah alam tu hahaha. Yknow, kitaorang kan pakai tudung, bebudak sana mostly free hair. So kekok la. Get it? Yes you got it I know.

Haa cakap pasal kfc, dua kali makan kfc dalam minggu tu. Selalunya makan Mcd je every week paling kerap pun, ini kfc? Ahaha. Apa barang kan kfc ceh kononnya la. Last Tuesday outing dengan my besties Acap and Hazarul. Best ghilo! Tak expect langsung yang dorang sanggup datang all the way dari Shah Alam semata mata nak melawat aku dekat penjara college ni haaa. Muahahaha. Yela, since I left pi masuk matriks, terus tak jumpa langsung dah. Contact each other pun jarang. Terasa hati bila Acap kata aku sombong dulu. Wehhhh yang aku selalu tegur dekat fesbuk tu amende? Cepuk sekali tahu laa. Pantang betul orang kata aku sombong, ergh.


Kira 7 bulan jugak kitaorang tak bersua, Acap dengan Hazarul tak banyak yang berubah. Cuma aku perasan Acap macam dah berisi sikit. Wahwah, bahagia kan? Untunglah ada girlfriend. K, gua JEALOUS. Gua FOREVERALONE. Hah cukup penegasan? Sadis bila kawan kawan ada yang tersayang dan kau pulak, takda. Kosong. Lagi sadis bila kau takda orang untuk main sms malam malam nak mesra mesra. Aku letuwwwww, si sadis.

Kelakar la?

Anyway, thanks korang sebab bawa aku keluar that day walaupun banyak dugaan dan cabaran cewahh ahaha. Hari ni pulak hari tahun baru, itew keluar dengan beloved cousins itew hikhik. Dah lama tak melaram lawa lawa so hari ni pakai cantik cantik la sikit. Pakai shawl, mekap sikit. Muehehe. Dah lama gila aku tinggalkan shawl tak bersentuh dalam almari. Tak tahu kenapa aku tinggalkan style aku. Mungkin sebab dekat matriks dah terlalu ramai budak klon hana tajima, so dah tak nampak keistimewaan shawl lagi. Dekat matriks aku selekeh je wehh, pakai tudung bawal biasa je. Betul, tak tipu punya!

Keluar today sebab nak temankan Dekna beli barang sekolah dia. Macam mak dah aku ni, belikan anak anak barang sekolah haha lol. Terasa tua a bit, sebab tak excited pun eventhough dah masuk tahun baru. Kalau dulu masa high school, keluar dengan Fating cari beg sekolah together hihi comel yo. I wanna buy new shoes, dah lama dah niat nak beli sampai Mama bagi duit coz she knows yang aku ni sebenarnya nak jimat duit. Tu asyik tak beli beli but nasib memang tak menyebelahi aku bila kasut yang aku prefer kehabisan size. Oh tidak, mencik duh! Dahlah aku ni cerewet tang shopping, bila barang aku dah suka, takda pulak.

Had our dinner dekat Kenny Roger's. Impressive la. Sebab first time makan dekat situ ahaha bapak noob kan. Eh kisah pulak aku kan. Me and my besties selalunya kalau hang out, memang melantak mcd je. Mcd tu memang makanan sampingan tatkala berada di luar rumah. Kahkahkah. Ayat memang nak tahap menganjing aje. Amir treat us for the dinner, yay! Jalan jalan dekat SP sampai kedai kedai situ ada yang tutup already. Dah macam sign suruh kitaorang berambus keluar dari sana. Plus, udah malam kan. Balik lewww. Haha. Though takda ambik pictures together, thanks tau cousins, love you guys much for making my day xx

Oh ya, esok hari Isnin and esok kena balik college. Benci la, menyampah dah aku dengan matriks tu. Dah takda apa yang bagus dah dekat sana. Aku cuma nak duduk rumah, lepak dengan kawan kawan baik. Hoish berapa kali dah aku cakap cenggini gamaknya. Yela, esok aku balik. Lepas tu, aku takkan balik Shah Alam dua minggu. Terperuk la aku dekat sana. Till then, jumpa aku dekat Shah Alam masa hm Chinese New Year? Tunggu tau.

Shoutmix dah gila, nanti la aku repair.