Sunday, September 11

Finally working as an optometrist

Assalamualaikum guys

Dah lama sangat since the last post. Ok just a quick update i already finish with my internship for two months, sebulan dekat hospital kkb, sebulan lagi dekat optical shop under utama optometrist

Before ni dah pernah clinical posting dekat hkkb & niat memang nak update pasal experience kat sana tapi tu la. Busy sangat. Dulu masa posting 2 weeks kat sana memang tak suka la. Dengar seniors cakap seronok. Tapi sepanjang masa kat sana, asyik cakap ugh tak sabar nak habis. I hated it. Tapi tu la orang kata yang dibenci tu la nanti lama-lama suka & maybe Tuhan pun nak tunjuk hikmahnya, so utk intern dapat lagi hkkb. Last time masa posting baru lagi masuk final year, skills & theory memang zero. Tapi bila come back lepas dah habis final year, rasa mcm yes im ready. This time, rasa i can easily detect cataract, determine what type of DR, perform refraction & so on. Rasa lebih confident.

& bila dah habis intern sebulan kt sana rasa mcm yeah it was a good experience though. I like it there, because the patient treated & respect us macam kita doktor. & kita pun rasa professional & responsible to them.

The following month intern dekat optical shop tu pun last minute dapat. Sbb my lecturer kemaruk sangat nak kedai ada slit lamp like come on, optical shop jarang kot guna hahahahahaha sbb org takda cek mata utk disease kalau gi optical shop. But then, ikut kan je la. Tapi rasa sakit hati bila find out ada classmate intern dekat kedai tkda slitlamp pn rasa mcm wtf dahlah kedai tu dekat je. Kalau mcm tu aku pun nak. Tkda la aku buang masa ,minyak & tenaga nak travel jauh. Mcm celaka perangai korg.

Dah habis intern, kitaorang ada LI case presentation dekat msu. Rasa mcm small reunion dengan kawan kawan & lecturers sebab yelah dua bulan kan tak jumpa hehe semua nampak matang je tapi bila dah bergabung keluar perangai sama je cam dulu tak berubah. & masa offer letter ceremony lepas present, tak sangka la terpilih utk dioffer sambung master. Haha tak ready duh, & tak pernah fikir pn nak sambung. Tak plan pn. 6 out of 25 je yang dapat. Bukan nak riak, tapi nak ingatkan kt diri sendiri, yang tk semua org dapat chance ni & aku tak patut pandang benda ni remeh. Orang bagi chance because i deserved to get it so saya bersyukur alhamdulillah.

Btw optical shop yang saya kerja tu memang buat jadual aku direct terus hahahahahahaha dorang memang suruh kerja je. Aku tak cakap yes or no but tkpa lah kerja je la. Kalau tak, bila lagi nak start. Kan? :)

Kerja retail you know tkleh cuti weekend, balik kerja malam kerja full time macam nak mati. But whattodo, its my job right now. Nak kerja hospital takda kemasukan dah sekarang & i just think positive. Mungkin Tuhan nak bagi rezeki yang ni dulu, sbb kawan kawan yang lain tkda dapat offer utk kerja terus. So apa lagi, bersyukur la fara. Lagipun kalau kerja hospital belum tentu lagi mana dia nak campak kita :) igt sukahati boleh pilih2 nak hospital mana.

Terasa jugak bila kita tak dapat join orang lain keluar jalan-jalan sebab bila orang cuti kita kerja. Kita cuti, orang kerja. So... :)

Sokay dearself, its not time to play anymore, its time to begin a new chapter in your life. Move on, pedulikan benda lain, time to build your career, cari duit, happykan your parents, kumpul harta sebab at the end, you yourself akan happy jugak. Susah-susah masa muda, biar senang masa tua nanti insyaallah. Doakan saya kawan kawan.

Goodnight.

Mood : "Writing the future"

Sunday, June 26

Last exam & farewell dinner

Hi assalamualaikum. Semalam menandakan our very last exam for this last semester. Tak sangka dah habis sem 8 guys!!! Bunyi macam sedap je belajar 8 semester, tapi perit jerih manis masin masam pahit kitaorang je yang tahu sepanjang 4 tahun belajar ni :)

Tambah bermakna, bila last exam untuk degree ni venue dia dekat chancellor hall, ya tuhan rasa terharu sangat sebab after this, the only reason untuk come back to the hall probably sebab our graduation day! Tak sabar nak konvo, sebab masa matriks dulu tak merasa. Tak sabar nak tunjuk dekat ma ayah, this is for you guys.

Anyway, last exam tu adalah written paper. Sebelum tu, kitaorang berperang dengan tiga practical exam which were yang paling penting lah untuk this sem. Biasalah, student relate science ni memang wajib ada practical exam. So untuk budak business, management ke apa, bersyukur lah korang takda practical exam macam ni coz why? Bila korang perlu jawab written paper saja, semuanya bergantung pada kau & examiner yang akan tanda cuma satu, jadi sifatnya lebih adil. Contoh macam optometry ni, clinical exam kitaorang kena buat eye examination on real patient which is kitaorang tak kenal pun. Entah dari mana, & entah sapa-sapa. Jadi, semua bergantung pada case patient tu & supervisor kita. Kalau patient kita tak banyak masalah macam cataract, diabetic retinopathy or glaucoma, or juling, then akan jadi lebih mudah & simple. Pemarkahan pulak bergantung pada supervisor, kalau kau dpt yang jenis kedekut markah, nasib kau lah. Sebab each of us akan dapat supervisor yang berlainan. Ha cane, susah tak? 😏

Ok back to the story, yang last exam tu kitaorg expect susah, because tak cukup masa nak study, & the range untuk sesuatu topic tu adalah sangat luas & random. Diseases relate dengan mata adalah seperti 1001 case, terlalu banyak so possible untuk ingat each case secara detail. Paling-paling tahu definition je hehe so aku baca saja apa yang instinct aku suruh baca & alhamdulillah soalan yang keluar memang ada dalam expectation aku. Hehe cuma soalan objektif susah nak mam noks. Aku rasa hanya satu dua soalan je aku confident objektif tu kakakaka aku boleh harapkan essay saja lah. Tanda elok-elok ye & do give me extra marks for being so obedient in class Madam T :) hakhakhakhak

Okay after the exam, we all memang already planned for dinner & also gift exchange, kitaorang cabut undi randomly, so nama yang kau dapat tu adalah orang yang kau patut bagi hadiah pada dia, & i got Joseph the funny & spontanenous chinese guy in our class haha. We called it dinner sebab tak pergi masa berbuka puasa, plus nak respect the non-muslim classmate, so after 8 kitaorg kumpul, lagipun masa tu dah ramai orang balik sebab dah makan berbuka kan so more space for us, takyah nak booking tempat haha the whole class ada 24 tapi 4 je tak boleh join, so yang datang 20 orang. Kitaorang susun meja buat macam rumah sendiri ok dekat situ haha.

Lepas makan kfc semua, so start dengan tukar-tukar hadiah. We have to describe the person dulu then semua orang kena teka siapa, then baru kita akan bagi hadiah dekat that person so that it would be more intimate, sebab kita macam thoughtful of them, their characteristics & all. Aku rasa berdebar sangat sebab tak tahu langsung sapa yang dapat aku hahaha so everytime dorang describe someone, aku rasa macam aku ke..eh bukan ni...haha sampai la the chain tu habis, tinggal 4 orang je belum bagi & dapat hadiah lagi. Then funny thing was, aku patut bagi hadiah dekat Joseph & rupanya dia pun dapat aku haha so awkward. Supposedly takkan jadi macam ni tapi dah random pun, still boleh dapat sama. Sokay, dah tahu dah lelaki mesti tak reti beli gift for girl haha. But the paper bag is pretty though thanks man.

The dinner was simple, but quite emo for me, thinking that i had 4 years friendship with them & the fact that lepas ni semua berpisah pergi intern, lepas tu mungkin kerja dekat hometown masing-masing. I think im not ready for that yet.  We never anggap ourselves as seniors haha bila fikir balik, yelah we are in the last sem, rasa tak grow up lagi, but then we learnt a lot & this sem memang mencabar, paling susah & paling stress dari sem-sem lain i must say. Let me put this into numbers,

4 weeks to find 42 patients, 20 contact lens & 5 dispensing (spectacle)

2 weeks for community service (every weekend pun selalu join)

4 weeks clinical posting @ hospital, had to observe 80 cases (must)

2 months to carry out research (WTH?)

& lain-lain yang termasuk class+presentation every friday, midsem exam, logbook, administration @ eye centre, thesis & all.

I admit I once crying because i got so much to handle, & nobody understands me. Tuhan je tahu susahnya macam mana & terima kasih tuhan sebab kurniakan aku kekuatan &  i managed to finish all. Takda istilah cuti & relax for me untuk final year. To juniors, dont be stress yet....not until you get in the final year then rasalah stress kaw kaw haha any tips, can directly ask me, i would be glad to help.

Okay i think ill stop here. Goodnight guys xx

Saturday, June 25

#throwback final research project poster presentation

Assalamualaikum guys, pejam celik pejam celik rasa cepat je berlalu padahal tengok last update was in march, cakap pasal strabismus. Hehe so funny...why? Coz im done with it baby. I managed to get done my research project, did all the spss shit by my own, belajar sendiri je sebab supervisor takleh nak tolong. Sebab dia taktahu. Yang dia tahu, always cakap okay. Hahahaha idk whether he did that because im doing really okay, or very good sampai takda apa - apa nak complain or betul kan.

Anyway, orang kata kalau tuhan bagi susah tu, mesti dia akan bagi setimpal punya, untuk kau tanggung. Thats what i feel masa aku dapat siapkan research tu. Rezeki Allah after viva presentation, i made it to the top 30 final research presentation representing my course untuk fakulti. I had to do posters & all, lepas tu present to the judges yang outside dari bidang kita so you have to made it very clear so them. Alhamdulillah, quite proud la with myself hehe thank you sbb always percaya in me.

Final draft dah submit currently just tunggu approval untuk proceed with hard cover bound thesis. Sorry la, selalu U government panggil this thing FYP en tapi kitaorang sini tak biasa panggil macam tu haha for me thesis is not my main focus here, coz we have so much to do. Because im in clinical year kan, so selagi belum cukup patient requirements i takkan rasa lega lagi. Tak cukup, takleh graduate. I already done 43 patients for this sem, just nak cukup kan for contact lens quota. Need more 10 cases. If you guys wearing contact lens or baru nak try tapi tak pernah check dgn optometrist, jom lah jumpa saya. Tak sure la korang aware ke tak pasal ni but the contact lens itself has its own size and diameter. If you never measure your corneal curvature and diameter, you main pakai je contact lens tah size apa & tak fit pada mata you, beware of the consequences. Risk untuk dapat ulcer, radang, luka pada mata adalah sangat tinggi kalau contact lens tak properly fit on our eyes. Come on, we all belajar contact lens for 4 years kot takkan korang ingat pakai contact lens is that damn easy?😏😏😏

Feel free to contact me for free eye check up at MSU eye centre Shah Alam
Email:faraarifin@yahoo.com 😊

Wednesday, May 11

Few months to go

Assalamualaikum hi fuh fuh fuh tiup sikit belog berhabuk. Sorry la geng busy teruk duh tengah final year sekarang ni.

Ni pun tiba-tiba rasa nak update sebab tengah bingung nak cari patient yang ada juling atau misaligned eyes atau dalam term optometry, strabismus. Sedap sikit kalau kita pandai guna strabismus dari panggil orang juling kan? Tapi tu la, pengetahuan pasal strabismus ni tak meluas dekat malaysia ni. Sebab itu lah saya pun terpanggil untuk buat pasal strabismus as my final research project topic.

Saya more on quality of life of patient yang ada strabismus, teringin nak tahu macam mana daily environment dorang, saya distribute questionnaire & dari situ kita akan nilai score dia whether quality of life dorang at its best as normal people or not. Ramai taktahu strabismus ni sebenarnya boleh rawat dari kecil in case of strabismus yang masa lahir atau masa infant dah ada. So bila kita tak rawat strabismus ni, apa effect dia masa orang tu dewasa? So inilah research saya. So that kita boleh insight pada orang yang pencegahan strabismus tu adalah penting so that dia takkan ganggu psychosocial & functional seseorang itu. Ada jugak case sebab dia dah lama sangat ada strabismus, dia dah boleh adapt dengan persekitaran dia. Sama jugak case rabun warna, tak dapat bezakan warna but still dia boleh survive dengan adaptation.

Susah rupanya nak cari orang yang ada strabismus hehe padan la muka aku. Tapi aku memang intend sangat nak buat research ni sebab memang nak tahu. Bukan suka-suka je, persoalan ni dah lama aku nak tanya. Doa kan saya boleh cari orang yang ada strabismus ye. Due date lagi dua minggu weh. Mati aku.

Few months lagi untuk habis this sem. Insyaallah aku akan habis tahun ni jugak, harap semua smooth. Amin. Bye geng.

Thursday, March 3

Express, not impress.

Hello assalamualaikum.

Betul orang kata, midnight thoughts...talks..are always the best. Why? Sebab kita tend to be jujur dgn ourselves. Fikir random, fikir deep. Lepas tu emo tak tentu pasal hahaha macam Ted's mom kata, "nothing good happens after 2 am"

So I was just editing my profile, fikir nak tukar bio stuffs lepas tu rasa nak tulis emo thing. Like, i tweet to express, apa i tweet is none of your business, like whats in twitter, stays in twitter. Sebab tu i never follow other people first. Eventhough tu kawan aku ke, or orang yang aku kenal. Actually lagi suka kalau org tak follow, sebab bebas nak cakap apa je. Kalau org tak kenal follow kita pn tkpa lagi, sbb real life memang takkan jumpa.

But then, memang tak boleh elak. Ingat lagi masa masuk msu dulu, dah fikir dah kalau orang mintak fb ke apa ke, malas nak bagi. Tak suka orang persoalkan apa yang aku post. Kalau nampak kita post emo thing ke, like biarkan je la aku. If i wanna tell someone, i will. Just sometimes kita nak express something. & we chose apa yang kita nak tunjuk. Macam orang selalu tweet happy stuffs, tak bermaksud dia tkda prob. Orang selalu tweet emo, tak bermaksud dia tak happy. Its just an expression. So kalau dia tengah express anger dia ke, biar je la. Kalau kita nampak, kita diam kan je la. Melainkan dia memang mengumpat direct pasal kita, sebut nama kita, ha yang tu boleh la ajak bergaduh kot. Haha.

Ok back to the story, slow - slow sorang - sorang classmates aku add fb, follow twitter, follow ig. Took some time jugak la nak approve. Tapi fikir, come on kawan baru kan haha so takpa la.

So guys, i never force people to follow me or anything. Kalau rasa bosan, meluat, terasa dengan apa aku tweet, aku post ke apa feel free to follow. So that aku pn boleh unfollow korang kakakakaa kurang la penyibuk dalam hidup aku. Coz right now, ive to admit aku memang tak ramai kawan. Aku bukan la famous, kaya, cantik macam orang lain. Hidup pun bosan je. Selalu memang rasa insecure la, jealous tengok orang lain yang effortlessly beautiful.

Sometimes rasa macam aku ni buat orang nyampah hahahaha selalu fikir like cane orang cantik post selfie banyak2 orang terima je. Tapi aku ni, kalau nak post selfie, selalu rasa macam orang tk meluat ke tengok. Dahlah buruk pastu nak selfie. So selalu simpan selfie tu berkeladak je dalam phone. Yang selalu post gambar classmates la, gambar kucing la. Ha lagi satu, aku suka makanan yang cantik. I used to post food pic & stuffs, tapi takut sgt orang cakap aku ni riak. Guys, niat aku sebenarnya aku amik gambar makanan tu sebab aku suka. & rasa macam tu specialty aku. Pandai amik gambar makanan. Pemandangan ke, candid ke aku tak terror sgt. Tapi sekarang dah tak post sebab rasa macam orang meluat.... i still taking food photos cuma dah tak post kt ig dah. Simpan personal je.

& i never post to impress. Saya nak post sebab tu instagram saya. Thats why saya private account, no hashtag like vscocam, igers or whatsoever to get more likes. & saya sangat choosy utk approve followers tapi saya taklah sombong sangat. Kalau awak tk mencurigakan, saya approve je & most of the time saya followback. Sebab saya tak kejar followers hehe.

My twitter boring, instagram pun boring. Haha idk la kenapa saya takleh jadi cool macam orang lain. Mungkin sebab terlalu berhati - hati. Coz rasa insecure ramai sgt kawan follow, so sebab nak jaga hati orang kita pn jadi hati - hati. Huhuhuhu macam pantun pulak.

Tak tahu sampai bila akan bertahan dgn these social medias stuffs. Rasa dah tua dah ni, dah tak excited. But i still love blogging tho. Sebab rasa macam takda orang baca hehe ha sini ok, rasa tenang sikit. So far, my friend takda yang bangkitkan isu dalam my blog so takda orang baca agaknya kakakakaka lantaklah aku sembang sorang - sorang.

Well ngantuk ah. Goodnight silent readers!

Sunday, February 21

Sunrise trek @ Broga Hills

Hello assalamualaikum.

Betul orang cakap perancangan yang spontan tu la kadang - kadang yang jadi & fun. Kalau kita plan bulan - bulan, kebarangkalian tak jadi tu memang tinggiii.

So my friend Zati macam, "jom pergi Broga?"

Me myself memang minat sangat benda - benda rekreasi macam ni cuma takda kesempatan sebab takda kawan yang minat, takut nak drive jauh - jauh, takda masa yang mengizinkan. Hehe kalau ada rombongan yang melibatkan jungle trekking ke menembak ke kayak-ing ke memang nak join tapi tu la, takda kawan... haha

Kenapa nak kena ada kawan? Sebab the more the merrier. Buat apa happy sorang - sorang, kalau kita boleh share dengan orang hehehehehe.

Ok so berbalik pada Broga, kitaorang gerak berlima dalam 4.30 pagi dari shah alam singgah puchong then gerak ke semenyih. Jalan still gelap, tapi tak banyak kereta. Zaman moden, memang pergi sana berpandukan waze. So plan kitaorang gerak awal ni sebab nak kejar sunrise. Fikir kitaorg semua yang first time nak hiking ni so bajet total masa untuk sampai ke puncak dalam 2 jam lebih. 

Aku ni dahlah jarang bersenam, memang badan tak fit. Tapi disebabkan waktu sekolah dulu memang anggota kawad, kaki camping, kaki masuk hutan, so masih yakin diri ni masih berdaya lagi. Kakakaka.

Dalam 5.30 pagi alhamdulillah kami sampai di Broga. Parking dekat kelapa sawit area kena charge rm2. First thing kitaorg fikir, "eh boleh eh charge parking dalam ladang kelapa sawit cani?" Haha then barulah terfikir ni maybe tanah dia. So memang amik kesempatan la buat business. 

Pastikan korang kencing awal - awal kalau tak bayar la masuk toilet rm1 huhuhu mahal. Toilet kat shah alam pn takda sampai rm1 lagi.

Area situ memang sangat gelap, ladang situ memang takda langsung kemudahan lampu so kalau gerak subuh memang kena bawa torchlight. Al kisah si Zati bawa torchlight baru dok tekan - tekan awat tak nyala, rupanya tak beli battery kakakakakaka adoi lawak betul. Nasib baik ada Mira si penyelamat bawa torchlight besar punya. Kalau beli torchligh di gerai - gerai bawah tu, lebih kurang rm12. Better bawa sendiri or pakai phone je la.

Pukul 6.15 aku solat subuh beralaskan canvas auntie gerai situ, dah keadaan darurat, bantai je la. Memang dah ready amik wudhuk awal - awal dari rumah. Situ memang takda kemudahan air selain dari toilet yang jauh.

Lebih kurang pukul 6.30 pagi, kitaorang gerak masuk pintu gerbang broga tu, since itu lah first time so kitaorang hiking mengikut orang lain. Sebab hari Sabtu, memang ramai sangat orang, so taklah takut sangat walaupun gelap gelita.

Kitaorang jalan - jalan berhenti, hiking berhenti sebab Mira tak larat tapi takpa, kita gerak sama - sama. Slow & steady, hiking santai - santai je. Ada part yang ok, landai, ada jugak yang curam, yang perlukan kita untuk pegang tali. But overall, masih boleh didaki & tak membahayakan. Asal kan peka dengan tempat yang korang pijak.

Alhamdulillah kami sampai jugak ke puncak dalam pukul 7.30 pagi & pada mulanya agak terkilan sebab waktu tu dah cerah. Ingatkan matahari dah keluar. Kitaorang duduk rehat makan sandwich minum air haha penat gila lagi - lagi masa naik curam betul - betul sebelum korang landing dekat first check point. Kitaorang borak - borak lepas tu keluar sinaran matahari nya rupanya baru sunrise. Alhamdulillah memang rezeki kitaorang hari tu nak tengok keindahan ciptaan Allah swt. Terima kasih Tuhan. Kitaorang capture the moment dengan selfie  & gelak tawa. Hilang segala penat, memang rasa puas sangat hehe.

Lepak atas tu dalam pukul 9 kami turun balik. Naik lebih mencabar dari turun. Walaupun turun berisiko untuk tergelincir tapi kalau korang hati - hati & tak kelam kabut, ok je. & make sure tapak kasut sukan dalam keadaan baik, kalau tak jadi macam Fatin hahaha asyik tergelincir je sebab licin permukaan berpasir.

Turun broga, enjoy diri minum air kelapa. Lepas tu gerak ke Sungai Tekala untuk mandi. Haha padahal tak bawa baju lebihan apa - apa sebab again, it was a spontaneous plan. So decide rendam kaki je sambil makan nasi lemak gerai depan tu. Pergh, nyaman babe.

Dalam pukul 12.30 kitaorg gerak balik & lunch di Puchong area rumah Haiza. Waktu ni, semua energy level dah flat, masing - masing nak tidur je haha. Then, lepas makan balik Shah Alam. Pukul 3 aku sampai rumah & terus tidur. Sampai tak sempat nak tengok2 gambar dalam phone sebab dah mengantuk sangat. Hehe

Hiking experience ni memang takkan aku lupa sampai bila - bila. Sorrylah noob but in future maybe akan ku hiking ke bukit - bukit lain pulak hehe insyaallah.

Jom enjoy gambar - gambar kitaorang!

Waktu ni dah boleh nampak puncak. Sikit lagi nak sampai!
Kawan - kawan ku yang penat happy mendaki :D
Liku - liku curam sebelum check point first
Rezeki sunrise kami. Broga's sunrise yang kami kejar!
Peace y'all! Aku & matahari.
Selfie kami berlima!
Rehat makan sandwich, penat gila tak cukup nafas haha
Zati kata lalang ni padi haha OK ZATI OK!
Muka - muka bangga hikers sekalian :P
My ultimate pose - peace!
View dari bawah. Dah naik, kena turun la pulak.
View dari atas. Ladang kelapa sawit tempat parking kereta haha
Turun broga, minum air kelapa buat fresh diri. Psychotic tengah korek isi perut haha
Pintu gerbang Broga. Natural lighting makes it all beautiful.
Next stop: Sungai Tekala
Susur gajah ke Air terjun. Kena naik tangga lagi :(
Kids area. Sungai cetek.
Air terjun Sg tekala.
Kami & bungkusan nasi lemak haha dikelilingi air sungai yang sejuk bak ang
Qu puteh barulah puteh woii!
Last selfie. Jom balik makan gais, penat & lapar tapi seronok :D