Thursday, September 29

Kadang kala cemburu itu ada kebaikannya

Aku rasa orang kolej ni saja je buat program every weekend sebab taknak bagi student balik. Yela, memanglah students boleh balik after program tu tapi kuranglah masanya! Supposed boleh balik hari petang Jumaat, tapi ditunda ke tengahari Sabtu.

Nampak tak rancangan mereka di situ? Nampak tak nampak tak?

Aku dah rindu Shah Alam sangat la :( Tak tahulah kenapa. K, tak dapat dinafikan la minggu belakangan ni memang tegang sangat dah. Sistem badan aku pun macam tak betul je. Kalau dulu, malam malam tak boleh tidur or still boleh stay up buat homeworks or bangun awal pagi untuk study. Sekarang, paling lewat tidur pukul satu. Letak kepala atas bantal, terus lena. Dahlah tu, nak bangun pagi pun liat nak mampus! Muka macam zombie dah bila gosok gigi pun, still tutup mata. Alahai.

Barang banyak habis dah ni. Ubat gigi dah nipis macam kerepek, test pad habis sampai kena minta ihsan Ain pinjam sehelai dua, stok makanan pun diyakini akan habis bila hari hari di tarah. DUIT PUN DAH NAK HABIS JUGAK (!) Elaun, tolong masuk awal sikit ye. ATM pulak, jangan nak buat hal. Bilalah JPP nak menunaikan janji untuk pasang lagi satu mesin ATM yep *masih menunggu

Ada satu benda yang orang harus tahu pasal aku. Aku ni kan, bila macam tengah kusut ke, aku akan mengemas. Hahahaha seriously! K fine, jujurlah aku memang malas. Malas sikit la tang tang mengemas ni. Tak kisahlah kemas meja ke, kemas almari ke, sapu sampah ke, basuh kain ke. So, andaikata satu hari ada orang ternampak ke aku buat cenggitu, janganlah sesuka hati nak label yang kononnya buang tabiat ke apa. Pandai pandai je tau.


Kelmarin, sapu sampah and kemas katil. Semalam, kemas meja and almari buku. Ah, kemas softboard aku jugak! Mana yang tak penting, aku simpan rapi rapi dalam laci. Segala apa jenis note yang aku jumpa, pop! Haa tampal dekat situ. Biar aku nampak. Biar pagi pagi nak sikat rambut tu boleh sambil sambil baca. Biar Miranda tahu yang aku cemerlang. Hakhakhak. Tak main ah baca Campbell, aku baca note je. Masih cemerlang kannnn hikhik. Amacam softboard aku? Ada style tak? Siap ada domo legituw. Woot woot <3

Mood : Sastera.

Kami yang terperuk dekat Matriks ni tengah menghitung hari untuk menyertai satu peperangan. Peperangan yang tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan peperangan dunia. Konsep peperangan itu sendiri sangat universal. Asalkan konsep umum peperangan yang harus kita faham ialah, berjuang. Berjuang untuk mendapatkan sesuatu hingga ke titisan darah yang terakhir. Cuba sehabis baik untuk mencapai kejayaan, kerana kejayaan tidak datang bergolek. Maka, kita kena bersaing untuk menggapainya. Aman (Y)

Abaikan apa yang aku merepek. Hah, aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan goodluck kat sorang kawan aku yang cool ni, Adli FTW! Kau tinggalkan aku untuk berperang dekat sini, bro? Sangat sadis. Takpalah, aku happy untuk kau. Kau pun dah sampai Mesir. Alhamdulillah. Bolehlah kenalkan aku dengan mamat Arab dekat sana eh eh eh? Haha. Mungkin kita dah tak rapat dah nanti sebab kau fly for five years but, just jangan lupa aku je. Bila kau dah grad nanti, dah jadi pharmacist yang famous, dapatlah aku mengaku kau kawan aku :')

Tadi online Facebook, tergerak hati nak usha profile ex schoolmates. Aku patut rasa rendah diri, tapi takda guna. Better aku rasa bangga sebab sorang demi sorang kawan kawan aku nak study dekat overseas. Congrats untuk korang. Ada yang study dekat Jordan dah pulak tu. Mesti best kan. I wonder. Agak agak, ada peluang tak nak jadi doktor? Agak agak ada peluang tak nak study abroad jugak? Hm. Cemburu.


Nak jadi scientist la kalau cenggini :3


Sunday, September 25

Guna chlorox pun, semangat tak boleh luntur!

Hai hai, rasa macam dah lama je tak update blog? Sorry, dua minggu belakangan ni memang busy gilo. Busy double gilo. Nak update blog asyik tertangguh je. Hari ni, tak kira apa yang jadi, nak update blog juga! Harus!

So hari ni hari Ahad bersamaan 25 haribulan September. Pagi pagi Ain kejut sembahyang subuh, terlajak sikit la sebab masing masing terjaga pukul 7. Terus solat, habis semua terus mandi. Dari semalam, memang dah niat nak jogging pagi pagi sebab selalunya kalau nak jogging waktu petang, astaka penuh. Yela, kakom nak dekat dah. So ramai budak budak berlatih everything. Budak pasif macam aku ni, haih memang terperuk je dalam bilik. Tak tahulah apa yang aku buat.

Aku nak riadah, tapi takda kawan :( Argh, sadis.

Aku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di pagi buta. Kenapa lepas aku mandi je, terus hujan lebat! Tak dapat itew nak jogging. Retak hatiku, terbelah dua. Setelah aku bersusah payah membuka mata seluas luasnya, memasang impian dengan semangat yang membara, last last hujan. Sabar FD, sabar. Ada sebab hujan pagi pagi ni. Rahmat rahmat.

Sempat mengintai bebudak kakom naik bas dekat astaka. Tiga bas whoaaaa, cantik whoaaaa. Haruslah bas cantik sebab nak jaga nama baik Matrik Selangor kan? Kalau tak, haram jadah la guna bas sekolah standard biasa je
kehkehkeh. Sumpah jealous bebudak tu pergi UM, sumpah jealous. Aku sebenarnya suka sport, nak aktif dalam sport TAPI takda bakat :( Dahlah lari pun macam siput. Last join sukan masa darjah enam. Masa tu, memang semua aku hambat. Masuk lari 100m la, 4x100m la, lompat jauh la. Dah masuk high school, haremmmmmm. Lari merentas desa pun dapat no belas belas je. Tak boleh harap langsung.

Badan dahlah cenonet, terbantut pulak tu.

Pagi Ahad cenggini, aku spend time study! Bestlah study pagi pagi ni, sunyi je. Dahlah sejuk sbab hujan. Sempat layan movie Senario Ops Pocot buat penghibur hati. Cerita tu merepek tapi yela, bodohlah kita kalau letak high expectation dekat movie humor macam tu lalalalala ~ Dari hari Jumaat, buat homework, tak siap siap lagi! Bila masa nak study ni T.T Dahlah almost every night ada class. Tolong bayangkan, class dari pukul 8 sampai pukul 4 then sambung class pukul 8 sampai 10 malam. Whattheheck kan. Korang ada class macam tu? Hah ada ke ada ke ada ke? Berkorban la apa saja.

PSPM nak dekat dah, puihh.

Kena dapat 4flat! Bukan harus, wajib dapat! Kalau tak, memang menconteng arang la aku. Malu weh kalau tak da
pat score. Malu weh kalau masuk PDT. Malu weh, sumpah malu. Apa nak cakap dekat orang kalau aku tak perform. Kennot la liddat. Walau macam mana aku merungut penat pun, bosan pun, menyampah pun dekat kolej ni, aku tahu jauh di sudut hati aku, memang nak study well. Serius, nak study sungguh sungguh ni. Minta aku dijauhkan dari segala kelalaian, aminnnn :')

Haish, sedih la pula.

Minggu ni tak balik Shah Al
am, minggu depan pun sama. Ada larian kakom bagai. Takpa, dapat lari. Aku sukaaaaaaa. Hikhik. Aku tengah tunggu turn nak balik rumah ni, nak beli jersi M.U. Tak kira tak kira, aku nak beli satu! Cemburu tengok Migha pakai. Chicarito, tunggu aku beli baju satu, nanti aku pakai and I'll cheer for you! Heeee :D Hm, bila nak jumpa Rayhan ni. Dah lama tak jumpa dia. Dah lama tak gossip. Aku minta maaf beb kalau aku macam jarang dah contact kau. Sungguh, aku takda niat nak sombong dengan kau ke apa. Persekitaran mempengaruhi aku. Tapi tak bermakna aku lupa kau. Hari hari aku ingat kau, hari hari aku fikir bila kita nak jumpa. Hm. Take care weh.

Banyak benda nak cerita. Nanti aku update lagi, serious ni. Haha lol :D Okay, nak sambung study. Kbai



Sunday, September 11

McDonalds Drive

Hari minggu patutnya hari yang fun tapi kadang kadang hari minggu la hari yang bosan nak mampus. Unless, kau balik rumah. Untunglah siapa yang balik bermalam.

Semalam bangun je 2 lebih, matahari pun dah terlebih tegak dah. Tapi jangan disangka air yang tenang takda buaya. Sebanyak mana aku tidur pun, aku bangun pagi
pagi pergi surau sembahyang and dengar kuliah subuh tau. Kau hado?


Bangun bangun terus ingat Ain. Tanya dia dekat mana, dah makan ke belum sebab aku sorang sorang je dalam bilik. Tiqah balik rumah, Fifi dari pagi dah keluar outing dengan Acap. Pergi Sunway Lagoon kot, woot woot. Ain reply, terus suruh aku siap sebab nak keluar makan kat McD (!) Yay sengih macam kerang busuk yang tak mandi, tapi time tu je la. Bila dah mandi, wangi tauuuuuu.

Niat bukan nak menipu, cuma nak menjaga hati camen rider je. D
ari luar, elok paras rupa manis pakai baju kurung, dekat dalam, kitaorang je yang tahu. Kitaorang pakai tshirt and seluar je! Haha. Bila dah lepas pagar KMS tu, terus tanggal baju tak ingat dunia. Hikhik. Tu la, siapa suruh buat peraturan yang tak berasas cenggitu. KONONNYA kalau nak outing, perempuan kena pakai baju kurung set sekali dengan kasut so that takkan mencemarkan nama baik kolej la KONONNYA -.-


Siapa nak mengaku dia budak matriks bila outing? Tolonglah.

So Tiqah drove us. Selalunya lepak McD Subang, ni kita lepak McD Banting pulak. Hikhik. Jangan jealous. Macam biasa, order my favourite lunch meal, large spi
cy chicken mcdeluxe and coke! Sumpah, aku mengidam gila nak makan McD. Padahal baru minggu lepas makan, dua minggu lepas pun dah makan gak. Minggu depan bakal makan lagi la kot! LOL melampau gila.


Masa makan tu, ada la this one group of budak budak kecik, maybe their age around 13 or so whatever, sibuklah berlagak dengan notebook and wearing shorts, tights la apa la. Dengan pakai spec letak atas kepala, rambut mengurai macam pontianak. Bukanlah nak dengki ke apa, its just rasa kesian dengan dorang! Haha. Budak baru nak up kan, peluk tium dengan balak yang tak semenggah muah muah cool la kira. Puihhh.

I'm so mean, omg :D

Bought some for my Omey! Tak tahu apa dia suka, so just beli burger BigMac sebab selalunya guys suka burger tu kan? Besar and puas katanya kehkehkeh. Tu pun dia degil tak mahu ambik, ala Omey, I bought for you la. So chill and makan je la okay hikhik. Sempat juga bungkus bubur McD untuk dinner. Taknak la makan dekat orion bila malam minggu, apa class kan hue hue. So that Saturday was one of the best day I had with my roommates and Zaty! Thanks for everything! x

p/s : I love you like a love song, baby.


Friday, September 9

Cuti panjang sudah habis, bro.

Intro:

HARI NI LAPAN HARIBULAN SEMBILAN, HARI NI BIRTHDAY MAMA. SELAMAT HARI LAHIR, MA! <3

Points:

Hai, niat di hati nak update lama dah but tak terupdate update pulak. So many things nak cerita tapi sebab takda gambar, so bertangguh jadinya. Bukan apa, kalau ada gambar baru meriah kan kan? Barulah boleh show off muka #poyo

The last Saturday before habis cuti raya dua minggu, keluar hang out dengan Tajimassss and that guy nama apa eh ala ala I know his name hm em apa eh, oklupa! Too much untuk diingatkan sampai little thing macam tu pun boleh lupa. Haiyo, so nenek tua la me.

Actually keluar lepak pun ada dua tujuan. First pergi beraya. Then, jalan jalan shopping dekat Subang. Haha. Kelakar bila pergi Subang pakai baju kurung semua. Well, not that awkward sebab dah biasa pakai baju kurung hari hari pergi kuliah and outing. Loser gila nak outing pun pakai baju kurung bagai. Ghimas gilo k, sumpah ghimas.

Memang manis pakai baju kurung, but rindu pakai jeans.

Tak kisahlah sebab most of guys sekarang suka perempuan pakai baju kurung kan? I know la :D Siapa kata perempuan tak boleh nampak hot kalau pakai baju kurung? Me and the Tajimasss pergi naik train, naik bas, jalan jalan semua sempat kena ngorat lagi. Bukanlah riak, cuma pointnya di sini, still ada mata yang memandang gadis melayu berbaju kurung. So its something that we should be proud of (Y)

Me, in the middle, and beside me is my Mom!

Honestly, aku memang shopaholic. Memang taklah, kalau balik dengan tangan kosong. Mesti ada beli apa apa, mesti duit habis. Hikhik. Bought a shirt. Long sleeves, and takda corak apa apa. Simple je and I like it very munchiee! Tajima pun beli baju cenggitu jugak. Nanti boleh pakai sama sama yedok? Lepas ni, nak beli lagi la baju tu but nak warna lain. Nak hijau nak hijau nak hijau! Ngehngeh.

Dah seminggu dah dekat kolej ni. This week quite tough la, after dah dapat long holidays kan. Duduk rumah, makan, online, tengok tv, tidur. Dekat sini, mana ada masa untuk semua tu lagi dah! Masa hari Isnin, tak motivate diri pun untuk work harder ke, nak study smart ke. Yang aku buat, complaining all the day. Yup, seriously. Kesian Adli, kena dengar aku merungut pasal semua benda. Haha. Adli nak further study dah next week, sooooooooooo argh. Dahlah jauh gila babeng. Hm. Pergilah Mesir tu, pergi pergi. Jangan balik sini lagi! T.T

Result UPS dapat dah. Hari apa eh. Selasa rasanya. Actually lupa pasal result tu, sumpah tak fikir apa pun. That day, got classes straight 5 jam dari pagi, so memang takda masa nak pergi cek ke apa. Tinggal dengar my classmates je cakap pasal their result lepas curi curi masa pergi tengok dekat Andromeda. Dah macam nak tengok result SPM dah. Punyalah excited. Me? Hiraukan je. Dah lewat petang sikit, nak dekat dekat pukul 7, gerak sama sama dengan my roommates and usha result sama sama. How's my results?

DON'T ASK!

Teruk gila kot. SPM yang belajar 10 subjek tu pun, still boleh dapat around 6 A's, ni belajar dekat kolej dengan 5 subjek je pun, tak boleh nak dapat great results. Sadis duhh. Takpa, Allah nak tunjuk dekat aku yang aku kena study lebih lagi, usaha lebih lagi, doa lebih lagi *positive positive* Bagitahu my parents pasal result and they just, takpa try lagi. I know, my parents tak pernah marah even once kalau dapat bad result gilaaaa. Aku rasa kalau aku dapat 5 F pun, dorang takkan marah. Hikhik. Thank God for giving me parents yang tak pernah push me in anything. Stay cool and watlek jek. Cayalah!

Belakangan ni, hari hari ada benda manis je yang boleh buat aku senyum lebar. Sememangnya, gaduh tu not a good thing kan? Tapi bila gaduh then baik balik, okay memang good thing sangat! Haha. K merepek. Dulu kalau malam malam, duduk sorang sorang dengar lagu macam orang putus cinta while the rest OTP dengan yang tersayang. But sekarang, tolong sikit eh. Ada orang teman itew hikhik. Suka itew :p

Conclusion:

Okaylah, Fifi dah tidur, Ain dah tidur, Tiqah dah tidur tapi aku tak tidur tidur lagi. Tak tahu la kenapa nowadays susah nak lelap mata. Selalu kena tinggal sorang sorang sobs sobs.

Esok hari Jumaat, nak pakai baju pink sebab............ hee rahsia :) TGIF x


Saturday, September 3

Raya is not ended yet

Masuk hari ni, dah hari raya keempat dah. Lama tunggu raya sampai berpuasa sebulan, tak-berapa-lama cuti dua minggu sebab nak siapkan diri jumpa Syawal, tahu tahu je,

EH DAH NAK HABIS RAYA DAH? -.-

Oh tidak sebab banyak benda kena fikir kalau raya dah berlalu beberapa hari. Mana satu nak pergi beraya, dengan family ke kawan ke apa, kesal sebab umur dah t
ua so duit raya dah tak dapat banyak then, baru teringat homework tak buat lagi dahlah buku bersepah macam sampah dalam bilik after that, okay I'm going back to college soon. Hell no. Gila ke apa. Benda tu memang musuh aku(!)


So last update the other day pasal hari raya pertama right? Tak tahulah makhluk mana yang sanggup nak baca belog aku ni. Habis berhabuk, takda orang nak datang beraya dekat belog ni. Takpa la, belog kan tempat aku jatuh bangun terduduk terkangkang semua. Suka duka semua dekat sini. Sometimes, its good to know when ada orang yang baca belog kita. Its like, at least there's someone out there yang ambil tahu pasal our life. Yela, nama pun belog. More or less, mesti ada story dalam sini. Whether, boring ke tak, still it's about our life journey. Manis kan kalau ada orang yang baca? Siapa yang baca ni, thanks awak. Love ya x

Okay leave semua benda alah aku merepek just now. Hm hari raya kedua I was doing nothing. Serious duh, hari raya kedua aku macam tak wujud dalam kamus raya at all. Matahari dah tegak atas kepala, aku baru bangun. Terkejut juga sebab takda siapa kejut suruh bangun. Okay maybe semua orang tahu yang aku penat sangat sangat that day. Aww,
terharu. So bangun bangun, I thought kitaorang satu family nak balik kampung. Yela, since hari raya pertama raya dekat KL so raya kedua raya dekat kampung la kan? But tak pun. Sempat tanya Mama, bila nak balik and she said lewat petang. Bila dah petang, she said malam. Bila dah malam, she said tomorrow morning. Okfinebye.

(Meet my cousin, Dekna)

A lil bit dissapointed sebab my cousins semua bising dah, bila nak balik kampung, dorang bosan on and on. Dude, aku lagilah bosan duduk rumah. Dahlah kawan dengan Facebook je, Twitter je, tv je. Apa yang interesting? Lifeless gilo. Luckily malam tu ada orang tersayang pulang dari nun jauh disana. Idk la kalau dia nak buat surprise ke apa but, totally, I was surprised. He supposed balik Malaysia hari Khamis, so didn't prepared myself nak happy happy tunggu dia kan last last out of blue, he called and cakap he's home. Wtv it is, thanks for turning my Wetday to a great Wednesday :)

(My parents, my nephews and myself)

Hari raya ketiga and keempat, I spent the whole day dekat kampung, grandma's house. Dulu used to be grandparent's house but since my grandpa dah passed away last July, so yeah faham la kan. Wearing jubah that day, everyone pandang macam yo there's a hot chick from padang pasir LOL. Saya orang Melayu lah! Hikhik. Sampai je kampung, terus gossip dengan my lovely cousin, Dekna. Or her social's name, Anna Vandora. Woot woot, hot letuw :p

Patutnya she followed her bro balik rumah time petang raya ketiga, tapi takkan nak leave me alone dekat kampung kan. Soghie kita lambat balik kampung, blame my parents! -.- So she stayed and accompanied me sampai lah balik rumah. Too much story yang kitaorang share. Eventhough, she's fifteen and I'm eighteen, but macam takda jurang pun dari segi umur tu. We could talk about everything and anything. Truth to be told, saya tak suka kawan dengan junior. Rasanya takda pun kawan junior or someone younger lol. Bukan berlagak matang but its just me myself. Tak boleh get along, maybe? But with Dekna, seems very close and tak awkward pun. I think sebab dari kecik rapat so takda hal la kan.


Whats important in a relationship is, communication (Y) Please communicate to sesiapa sahaja yang ada relationship dengan korang. Means, your besties ke, your parents ke, your old friends ke, and your girl/boy friend yang paling penting. Tu haruslah setiap masa kena communicate. Barulah rapat macam Dekna and me. Hee. Aku tak faham kadang kadang orang tak suka text/call diorang punya partner. Hey if you can't give your full commitment, jagalah hati. You told you love him, but takda pun text him saying goodmorningtakecare everyday. Apa lah #justsaying

On my way nak balik Shah Alam tu, singgah my abang and her wife punya rumah dekat Klang. Best sebab dapat melayan kerenah my nephews and niece. Hikhik. So cute la those budak kecik. I don't have a lil brother so kinda awkward kalau nak layan budak budak. But if budak budak like me, I would like them back 100 times! LOL :D After dah sampai Shah Alam, continue semangat raya tu to my Aunt house. Me and Dekna were wearing the same type of shirts. Hikhik. Macam twins pula. Hoping to see my other cousin, Ika but she wasn't at home. Entah mana entah dia merayap malam malam. Her dad said, keluar dengan pakwe letuw. Okay uncle y you so sporting?! Me jealous! Huh.


So got tons of pictures. Post before ni tak banyak gambar kan? Sekarang dah ada maaa. Okbai.