Assalamualaikum.
Setelah tiga minggu aku bermaharaja lela di asrama, akhirnya sempadan ke dunia luar tu dapat aku pecahkan.
Argh lega sungguh aku rasa. Mungkin tak selega rasa seperti pulang balik bermalam ke rumah, namun aku tetap bersyukur. Sungguh, bertempik aku di dalam kereta bila dah melepasi pagar kolej. Dah macam budak menang pertandingan kawad.
Aiceh, budak suka kawad memang suka merelatedkan sesuatu dengan kawad. Walaupun takda kena mengena. Puihh, aku tak dapat join perbarisan untuk sukan nanti. Disebabkan aku dah joinsorakan.
Kahkahkah loser gilew masuk sorak.
Abaikanlah menon.
Hari semalam bolehlah aku masukkan dalam senarai hari bersejarah. Sumpah, satu pengalaman baru sebenarnya.
#Berseronok dengan orang baru dalam hidup aku. Sayang kamu semua hee.
#Outing tak payah pakai borang lagi, dah boleh guna kad dah sekarang. Maju maju.
#Pertama kali keluar lepak dekat Mall pakai baju kurung. Steady aku.
#Ada cik abang tolong bawa jalan jalan. Cik abang yang handsome lagi macho *bodek hakhak
#Sampai sampai, terus masuk wayang. Sampai sampai, KL Gangster terus start.
#Kenikmatan makan Chicken Mcdeluxe sangat terasa. Heaven duhhh.
#Batak pegang DSLR. Ye, baru dapat kebatakannya sekarang.
#Jumpa Ezad dan Amirul sebagai orang asing. Dulu aku buah hati si dia, sekarang takdok dah.
Terima kasihlah kerana beri aku peluang macam ni. Peluang nak rasa kebebasan tu. Aku terharu. Esok lusa bagi lagi eh peluang tu. Aku tunggu.
Sekarang tak kira lu abang long ka, lu ayahanda ka, ini kolej gua pegang.
Boleh?