Aku perhatikan orang Melayu ni memang banyak melatah. Betullah orang kata, takkan hilang Melayu di dunia. Sebab apa? Sebab orang Melayu itu sendiri unik.
Ada ke orang Cina melatah?
Ada ke orang India melatah?
Ada ke orang Bangla melatah? Tettt tettt.
Takda duhh. Paling paling pun, OMG :O
Orang kita kalau dah terkejut sangat, habis keluar latahnya. Memang tak semua orang melatah tapi latah tu dah memang sinonim sangat dah kan?
Pelbagai jenis latah yang dapat gua senaraikan. Cehh, gua pulak tetiba. Ok, sambung.
1. Latah klise
Latah yang biasa biasa sahaja. Setiap kali melatah, setiap kali tu la benda alah tu je yang terkeluar dari mulut.
Contoh : Beb, tolong aku! OMK! Jangan laa lagu ni, terkejut aiiii.
Apa OMK? Oh Mak Kau laaa. Baik punya kan? Aku tahu hehehe.
2. Latah terpengaruh
Bila orang terkejut kan kita dengan cakap sesuatu, maka akan kita akan tercakap sesuatu itu.
Contoh : Otopot kau Maimon! Haaaa otopot otopot aku!
3. Latah pecah rahsia
Haaaa ni yang paling aku suka hakhak. Bila orang tu tengah duduk rilek, duduk diam, cuba kau cuit sikit, akan terinterpret la data yang bermain di minda orang tu. Kantoi busuk punya! Ngehngeh.
Contoh : Woi duduk ingat siapa tu Jenab?! Eh Manap Manap, duk ingat Manap! -____-
4. Latah perbuatan
Aku paling suka latah ni. Aku panggil latah jenis ni, latah ada pakej. Kadang kadang tu boleh mendatangkan bahaya. Jaga - jaga lah kamu.
Contoh : Hah buat apa tu, merendek ye! Mana ada merendek mana ada *kaki buka langkah nak bersilat kahkahkah.
5. Latah lucah
Latah yang penuh kelucahan. Asal terkejut jek, tutttt. Asal terperanjat je, tetttttt.
Contoh : Amboi, banyak kau punya contoh. Jangan harap aku nak tulis latah lucah macam @#$%! Eleh, diri sendiri kan ada banyak contoh? Pergi depan cermin, tengoklah contoh kau hakhakhak.
Ok ok, rileks. Jangan marah, nanti kena jual.
Konklusinya di sini, cuba kau perhatikan kalau kalau kau ada latah. Latah tu jenis yang macam mana? Tapi biarlah masa nak melatah tu, kasi ikhlas sikit. Janganlah member nak buat kezutan, korang buat latah hampeh je. Okeng?
Jenis latah gua nombor satu punya. Sila buat eksperimen ke atas gua sekarang.
No comments:
Post a Comment