Sunday, February 26

Lama lama boleh jadi Biol-ogy.

Hai. Baru lepas tengok drama Ijam Non Yankee online. Semata mata nak tengok Awal Ashaari. Lagipun, dua minggu lepas tak balik rumah. Jadi, tak berkesempatan nak tengok. Bagus juga Internet ni, boleh tolong kita kalau kalau nak mencari drama drama or moviessss yang mungkin terlepas pandang. Best tahu? Nak link? Carilah sendiri huehue.

Sambil sambil tengok drama tu, sempat juga siapkan report Biology. Siapa kata kalau balik rumah, mesti tak sentuh kerja rumah? Siapa kata? Aku siap buat list lagi awal awal, senaraikan kerja rumah apa untuk minggu depan. Untuk dibawa pulang ke rumah dan seharusnya, disiapkan di rumah. Kalau tak banyak pun, sikit sikit mesti siapkan juga. Ye dak?

Entah kenapa kepulangan ke rumah minggu ni rasa sekejap sangat. Tak puas duduk atas kerusi empuk. Tak puas berguringan atas katil kesayangan dengan penuh bantal kiri kanan atas bawah. Tak puas nak makan banyak banyak setiap masa ada stok dekat atas meja makan. Tak puas nak tengok cerita Top Model dekat Star World. Tak puas nak lepak petang petang dekat taman makan sosej dengan Fatin. Tak puas!

Aku rasa nak dekat setahun duduk Matriks ni, still rasa berat nak tinggalkan rumah. Nampak sangat rumah itu memang syurga ku. Campaklah ke mana sekali pun, rumah juga yang paling selesa. Tak kisahlah saiznya kecil ke besar, asalkan rumah sendiri, mosti selesa. Bila penuh dengan kasih sayang, lagi selesa. Syukur alhamdulillah.

Sibuk berfikir macam mana nak buat hypothesis untuk eksperimen lima belas tajuk Enzyme Reaction. Maklumlah dah lama tak buat report bahagian yang tulis tulis ni. Selalunya dapat bahagian yang macam kena lukis gambar ke, or cari jawapan untuk soalan soalan. Teringat masa sem satu dulu, kami bertiga, aku, Hafiz dan Fariza. Selalu tertinggal kalau bab report Bio ni. Eh lupa nak bagitahu, report Bio ni kerja group. Itu pasallah mesti ada kerjasama. Yang kami bertiga ni, suka buat ikut giliran. Kalau dah sorang tu buat main cincai, habis semua kena. Macam aku pernah buat dulu -_____- Soghie kawan kawan.

Masuk sem dua, lecturer praktikal dah tukar. Nak kata lecturer baru tu tak juga. Sebab lecturernya adalah lecturer yang sama mengajar tutorial. Habis, tambahlah lagi bermasalah. Paling tak suka kalau dapat lecturer yang akan mengajar kita lebih daripada satu subjek. Sebab sooner or later, kerja akan jadi rumit. Tak percaya? Okay, contoh;

Selasa, tutorial Biology:

"Okay, esok kita akan buat eksperiment bla bla bla. Siapkan jotter haaa. Kita akan bincang soalan bla bla bla lepas eksperimen nanti okayy."

Rabu, praktikal Biology:

"Bawa tak buku tutorial? Kita bincang sikit soalan semalam. Siapa belum buat presentation? Sila present haa sekarang dot dot dot okay haa report siapkan ye. Hantar hari Jumaat semasa tuto."

Jumaat, tutorial Biology:

"HANTAR TUTORIALS DAN REPORT, SEKARANG SEKARANG!"

K sebenarnya ini tiada kaitan pun dengan schedule aku. Lain, jauh beza. Saja nak memberi kefahaman umum tentang apa yang aku tengah hadapi. Argh, abaikan. Rasa aku banyak merepek je dalam entri yang aku akan post dalam hm beberapa minit saja lagi? Sekarang pukul 5:09 AM. Tarikh pula 26/2. Hoho pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan tiga dah. Habislahhhhhhhh, final nak dekat dah. Mampus la macam ni. Mati weh. Kbai. Eh jap, belum bai lagi.


This is my current Biology group! Kitaorang suka sangat bergambar masa praktikal hikhikhik. Aku tengah pegang katak tu, dalam balang kaca, tapi tak nampak pulakkan dalam gambar ni. Sobs sobs. Btw, group dengan mereka sangat mudah dan ringkas sebab mereka ni pelajar cemerlang! Haha. Thanks lah dekat lecturer aku yang tolong arrangekan. Yang pandai dengan yang tak berapa pandai macam aku ni. Biar tolong menolong gitu. Ahaks.

Sunday, February 12

Just wanna lay in my bed

Before apa apa, happy February guys! xx Hai sorry sebab macam dah abaikan belog ni untuk beberapa ketika. Bukan busy, bukan. Bukan malas, bukan. Cuma kekurangan idea je, macam tak tahu nak tulis apa dah :(

Kalau nak tulis pasal life cycle dekat sini, bosan je. Kisah pula orang nak tahu kan? Kalau nak tulis pasal isu semasa, hm lagi la haram jadah aku tak tahu apa. Duduk sini kekurangan sumber surat khabar la. Kalau dekat rumah, mama selalu beli Metro hari hari. Dah nama pun Metro, memang habis la berita bawah tanah pun kau boleh tahu. Akhbar Malaysia nombor satu gitu ahaks.

Selalunya kalau tak balik rumah, stay dekat college, aku akan senaraikan homeworks untuk minggu tu. Bila dah senaraikan tu, for sure la akan menjadi to-do list and ada dateline, tampal pula dekat board kayu tu, so senang nak usha ada kerja apa, then siapkan. Bila dah siap, tanda right huehuehue. Konon berjaya la, kepuasan untuk diri. " Cayalah beb! ", monolog dalaman katanya.

Tapi minggu ni entah kenapa aku ada sindrom kemalasan yang amat melampau. Target nak siapkan homework Jumaat malam tu, tapi pergi dinner kejap. Online kejap, tengok movie kejap err tidur lamaaaaa kroh kroh. Kahkahkah habis homework pun jalan enta ke mana. Hari Sabtu pulak bajet nak siapkan semuanya betul betul so that hari Ahad boleh rehat enjoy buat lek je kan, tapi yelah, kita ni manusia biasa je. Hanya mampu merancang tapi hampeh puihhh.

Walaupun tak buat kerja tuto satu haprak ditambah pula dengan minggu ni adalah minggu kuiz dan juga minggu presentation untuk product promotion, aku tetap bahagia. Tak gentar sikit pun weh waaa cakap lu! Bhahahaha. Sebenarnya selama ni aku rajin pun sebab takut lecturer marah. Yela, budak baik la katakan. Taknak cari masalah dengan lecturer sebab kemudian hari nanti, kita juga yang susah sebab akan asyik kena aim je. Contoh masa lecturer tu akan panggil nama kau untuk buat soalan kat depan or kerja dia asyik nak cek kerja kau je, kalau salah toink! Marah seribu.

Kenapa orang tak expect yang aku ni suka siapkan kerja? Oh kenapa tell my why? Everytime aku cakap aku study or buat Maths ke, mostly semua orang akan macam, eleh yok yok o je entah betul ke tidak tu. Weh aku buat okeng, jangan pandang ku sebelah mata hihihi yela, tahu la aku tak pandai. Effort tak sebagus result kan, acane T.T Me sho sad.

Aku rasa aku failed la Bio untuk UPS lepas tu. Oh Chemistry pun.

Pergh bajet macam okay je UPS kali ni, baru nak confident mungkin aku boleh dapat pointer tinggi sikit dari UPS 1 or PSPM 1 dulu, bolehlah rasa macam ah aku dah berjaya and usaha memang tangga kejayaan. Bukan apa, aku rasa aku macam dah berusaha lebih je kali ni. Maths aku study SEMINGGU kot tapi bila exam, argh dua soalan aku lepas macam tu je. Markah pun hilang macam tu je phewww melayang. Hari pertama lepas cuti lima hari tu, terus bincang jawapan untuk paper Chemistry and Bio, bapak ah semua jawapan aku nak salah. Bila aku kira kira bodoh, anggaran aku memang tak mencapai tahap lulus. Tefak wehhh, lagi lagi bila lecturer aku cakap empat orang fail Bio and 8 orang fail Chemistry. Memang aku la tu, siapa lagi.

Hm dah dah la tu, yang penting aku dah try mungkin takda rezeki lagi. Bukan tak pandai, cuma tak bagi jawapan yang tepat je. Jalan betul dah, cuma tercuai sikit sana sini. Ye dak? *ayat sedapkan hati*


So semalam hari Sabtu, best weh sebab Adli datang KMS! Pagi pagi dah call tanya dekat mana, yang aku pula zzzzzzz tidur je. Al maklum la tidur pukul 6 sengah pagi sebelum tu, memang tak lah nak bangun awal awal. Bhahahaha. Sorrylah habit gua memang macam tu. Asal? Ye tahu, tak baik anak dara tidur lambat bangun lambat. Ah kisah -.- Thought Adli akan ada dekat KMS untuk dua hari, so fikir ala tak jumpa hari ni boleh jumpa esok muehehe last last ala tak stay sini pun, kejap je dah nak balik. Takda la lepak lama lama plus bukan aku sorang je kawan Adli yang dia nak jumpa haha ramai lagi termasuk ooppppsss nama sensored hikhik. Best dapat jumpa Adli walaupun kejap, bukan senang ni nak jumpa. Jauh oh mamat ni datang, all the way from Mesir haha lol thanks la for coming :) Btw, Adli nampak sangat dewasa dah! Hahaha. Dahlah tinggi memang tak boleh nak tinggi lagi. Jelly k.

Malam ni maybe ada pesta sambutan Tahun Baru Cina something something. Biasalah tu kelab cino nak kumpul duit, tu buat benda alah macam ni. Kalau tak, jangan harap -.- Rajin pulak bebudak matriks nak buat kan. Maklum la kami kan busy all the timezzzzz. Memula taknak pun pergi sebab yela, malas nak besarkan punggung je makan tidur makan tidur dalam bilik. Last last si Fifon ni haaa mengajak, pergi la mengenangkan yang ini dah last sem. Nanti kalau tak join, nak cerita apa dekat anak cucu? Nampak sangat yang Matriks tak best sebab takda benda bhahahaha susah betul kalau macam ni.

Tolonglah best, bukan senang kak yong nak turun pandang ni kahkahkah!

Baru lepas basuh kain, lipat kain. Apa ingat kitaorang tahu belajar je? Tahu je buat semua ni. Yela, dah besar pun. Boleh jadi bini orang awwwww. Zayn Malik, will you marry me? Trololololol :3