Sunday, February 26

Lama lama boleh jadi Biol-ogy.

Hai. Baru lepas tengok drama Ijam Non Yankee online. Semata mata nak tengok Awal Ashaari. Lagipun, dua minggu lepas tak balik rumah. Jadi, tak berkesempatan nak tengok. Bagus juga Internet ni, boleh tolong kita kalau kalau nak mencari drama drama or moviessss yang mungkin terlepas pandang. Best tahu? Nak link? Carilah sendiri huehue.

Sambil sambil tengok drama tu, sempat juga siapkan report Biology. Siapa kata kalau balik rumah, mesti tak sentuh kerja rumah? Siapa kata? Aku siap buat list lagi awal awal, senaraikan kerja rumah apa untuk minggu depan. Untuk dibawa pulang ke rumah dan seharusnya, disiapkan di rumah. Kalau tak banyak pun, sikit sikit mesti siapkan juga. Ye dak?

Entah kenapa kepulangan ke rumah minggu ni rasa sekejap sangat. Tak puas duduk atas kerusi empuk. Tak puas berguringan atas katil kesayangan dengan penuh bantal kiri kanan atas bawah. Tak puas nak makan banyak banyak setiap masa ada stok dekat atas meja makan. Tak puas nak tengok cerita Top Model dekat Star World. Tak puas nak lepak petang petang dekat taman makan sosej dengan Fatin. Tak puas!

Aku rasa nak dekat setahun duduk Matriks ni, still rasa berat nak tinggalkan rumah. Nampak sangat rumah itu memang syurga ku. Campaklah ke mana sekali pun, rumah juga yang paling selesa. Tak kisahlah saiznya kecil ke besar, asalkan rumah sendiri, mosti selesa. Bila penuh dengan kasih sayang, lagi selesa. Syukur alhamdulillah.

Sibuk berfikir macam mana nak buat hypothesis untuk eksperimen lima belas tajuk Enzyme Reaction. Maklumlah dah lama tak buat report bahagian yang tulis tulis ni. Selalunya dapat bahagian yang macam kena lukis gambar ke, or cari jawapan untuk soalan soalan. Teringat masa sem satu dulu, kami bertiga, aku, Hafiz dan Fariza. Selalu tertinggal kalau bab report Bio ni. Eh lupa nak bagitahu, report Bio ni kerja group. Itu pasallah mesti ada kerjasama. Yang kami bertiga ni, suka buat ikut giliran. Kalau dah sorang tu buat main cincai, habis semua kena. Macam aku pernah buat dulu -_____- Soghie kawan kawan.

Masuk sem dua, lecturer praktikal dah tukar. Nak kata lecturer baru tu tak juga. Sebab lecturernya adalah lecturer yang sama mengajar tutorial. Habis, tambahlah lagi bermasalah. Paling tak suka kalau dapat lecturer yang akan mengajar kita lebih daripada satu subjek. Sebab sooner or later, kerja akan jadi rumit. Tak percaya? Okay, contoh;

Selasa, tutorial Biology:

"Okay, esok kita akan buat eksperiment bla bla bla. Siapkan jotter haaa. Kita akan bincang soalan bla bla bla lepas eksperimen nanti okayy."

Rabu, praktikal Biology:

"Bawa tak buku tutorial? Kita bincang sikit soalan semalam. Siapa belum buat presentation? Sila present haa sekarang dot dot dot okay haa report siapkan ye. Hantar hari Jumaat semasa tuto."

Jumaat, tutorial Biology:

"HANTAR TUTORIALS DAN REPORT, SEKARANG SEKARANG!"

K sebenarnya ini tiada kaitan pun dengan schedule aku. Lain, jauh beza. Saja nak memberi kefahaman umum tentang apa yang aku tengah hadapi. Argh, abaikan. Rasa aku banyak merepek je dalam entri yang aku akan post dalam hm beberapa minit saja lagi? Sekarang pukul 5:09 AM. Tarikh pula 26/2. Hoho pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan tiga dah. Habislahhhhhhhh, final nak dekat dah. Mampus la macam ni. Mati weh. Kbai. Eh jap, belum bai lagi.


This is my current Biology group! Kitaorang suka sangat bergambar masa praktikal hikhikhik. Aku tengah pegang katak tu, dalam balang kaca, tapi tak nampak pulakkan dalam gambar ni. Sobs sobs. Btw, group dengan mereka sangat mudah dan ringkas sebab mereka ni pelajar cemerlang! Haha. Thanks lah dekat lecturer aku yang tolong arrangekan. Yang pandai dengan yang tak berapa pandai macam aku ni. Biar tolong menolong gitu. Ahaks.

No comments: