Dah tahu, wish cepat >:(
Alhamdulillah dah 20 aku bernafas di atas muka bumi.
Terima kasih Ilahi untuk nyawa ku ini.
Terima kasih Mama sebab lahirkan Ara.
Terima kasih Ayah untuk....erm tanpa Ayah sapa la Ara hahahahahaha k cukup!
Hari ni juga dah hari raya ketiga, inilah masa untuk kita rai kemenangan kita setelah sebulan berpuasa. Raya lah habis habisan bagi mereka yang betul - betul menghayati ramadhan. Jujur bagi diri sendiri, ramadhan kali ini rasa terlalu pantas berlalu & aku tak banyak meluangkan masa untuk menjalankan ibadah - ibadah sunat ataupun mengumpul pahala secara langsung.
Aku berharap aku akan berjumpa kau lagi Ramadhan.
Ha amacam raya? Seronok?
Tahun ni raya aku di kampung belah Mama kt tanjung karang, seperti biasa sama macam saban tahun. Dah dua kali raya aidilfitri tanpa Atuk. Dulu kalau ada atuk, pepagi tu jangan haraplah nak membuta sampai matahari naik. Mesti dah kena sergah suruh bangun, suruh makan, suruh sembahyang. Dulu kalau ada atuk, kuih muih mesti penuh atas meja. Jeruk wajib ada, tahun ni dah takda jeruk. Dah takda asam. Dulu kalau ada atuk, walau tak sihat macam mana pun mesti keluar layan tetamu. Sekarang entah sapa - sapa je nak layan semua mengomel dekat dapur je.
Untuk Atuk & Nenek belah Ayah, tak banyak kenangan yang ada sebab atuk & nenek pergi masa Ara kecil lagi. Kalau atuk & nenek masih ada, mesti selalu balik kampung Kelantan kan :)
Al - fatihah untuk atuk, atuk & nenek.
Nenek yang sorang ni je haa tinggal. Walaupun kadang - kadang tak faham nenek cakap Banjar, tapi Ara iye kan aje la :3 hehe
Duit raya tak banyak pun tahun ni, dah bertambah umur tak semestinya dah bertambah amount duit raya. Takpalah, aku kasi can ke adik - adik. Bergembiralah selagi boleh dapat duit raya. Jangan tahu nak merungut je kalau orang bagi singgit. Bersyukur je la orang kerja bukan nak bagi kau duit raya je haih angin pulak aku >:(
Raya pertama :3 |
Raya ketiga :3 |
Raya kedua :3 |
Cuti aku sampai Ahad ni je woi which is esok. Supposedly Isnin ada class macam biasa tapi coursemates semua dah sepakat minta lecturer cancel kan so Isnin aku nak merendek buat benda lain wakaka hari Selasa class cam biasa wokay boss!
Aku mungkin buat open house on third week.
Siapa yang tak dapat invitation tu, erm anda sememangnya tak dijemput aherherher kbye!
No comments:
Post a Comment