Friday, November 15

Cuti sudah habis bro



Hi assalamualaikum.

Lately memang banyak update thru phone je so kalau tak kemas, ada cacat cela tu faham faham je la. Wakaka. Bukan apa, kalau buka laptop karang macam - macam aku buat nanti. Tahu - tahu je dah habis 3 jam semata update blog saja.

Alright post yang lepas aku ada cakap aku tengah cuti & now cuti sudah habis bro (motip sangat). Alhamdulillah dah selamat masuk sem 3 untuk pengajian ijazah aku ni. Jauh lagi perjalanan. Baru - baru ni pun dah dapat result exam, alhamdulillah syukur sangat capai target :) next sem nak buat lagi better chaiyok chaiyok kahkah korea kooo

Sem 3 ni aku dah boleh rasa cabaran dia sebab dari segi syllabus, dah lebih terjurus kepada optic/mata. Awal - awal sem biasalah, mesti belajar benda general/intro je kan. Sekarang dah masuk clinical, akan belajar perkara - perkara basic macam nak cek jarak mata or rabun mata. Karang aku kena beli tools untuk clinical ni. Ha bukan setakat budak mbbs je yang kena beli stethoscope (betul ke nama nya?) bagai kahkah.

Subjek pun ada yang lecturer sama mengajar, ada lecturer baru. Yang lecturer baru ni memang kena pandai - pandai adapt dengan gaya mengajar dorang lah. Macam - macam kerenah. Ada yang taknak bagi notes langsung, ada yang pentingkan masa, ada yang suka bercakap je secara kritis. Ha ada satu lecturer ni memang dari India, aku asyik tersasul cakap melayu je dengan dia kahkah mana la dia faham. Durasi kelas pun panjang - panjang, ada yang sampai 4 jam terus. Baru minggu pertama sem baru ni, dah rasa getar lutut :/ gulp.

Eh hari tu masa cuti kan sempat aku dengan Jemahs pergi mandi - manda dekat Sunway Lagoon wakakaka dah lama kot tak datang sana. Rasa excited dari kaki sampai kepala. Bukan selalu dapat chance pergi kan, kami pergi ni pun plan spontan je. Tiket pun takda lah tengah promosi ke pe. Seronok sangat luangkan masa satu hari kt SL. Kami main semua gelongsor yang ada termasuk Vuvuzela. Then, ada main splash 5D, scream park, sampan pusing 360°, tengok binatang semua macam - macam lah. Kalau korang nak pergi, aku sarankan sediakan bajet dalam $200.

$90 - tiket dewasa (MyKad)
$30 - loker besar (Muat 4 beg sekolah)
$20 - makan (Subway, Burger King)
$35 - satu gambar size 4R (Kalau ada guna khidmat photographer SL)

Yang lebih - lebih tu buat isi minyak kereta ke tambang bas ke beli keychain ke kahkah.
Oh ye aktiviti lain seperti bungee jumping or flying fox, harga bayaran lain - lain tau dalam $100 lebih. Jadi kalau rasa nak main, sediakan duit lebih sikit kayz!

Btw inilah gambar yang kami beli dari SL! Untuk kenang - kenangan! Ihiks

Friday, November 1

Cerita 4 pagi


*Fuhh fuhh buang habuk*

Ehem hi assalamualaikum.

Sebenarnya aku tengah cuti sem ni. Sebulan lebih. Dah nak habis dah, 11 haribulan nanti kang aku dah start sem baru. Alhamdulillah, satu tahun degree life aku dah habis dengan jaya nya! Tinggal lagi 3 tahun. Kira kira ada lagi dalam 6 long sem 2 short sem termasuk waktu praktikal nanti. Jauh lagi perjalanan ni mudah mudahan tak tergelincir dalam titian, insyaallah.

Awal awal before cuti jetjet nak kerja tapi ala fara come on, bukan selalu aku dapat cuti lama ni. Dah duduk rumah dah seronok jadi badak berendam kerja tidur makan tengok tv online makan tidur, nak kerja pebende. Bhahahahaha tapi takpa aku suka duduk rumah, serious.

Pakwe pun bukan duduk dekat kalau nak dating. Kahkah!

Cuti ni banyak habiskan masa baca buku haha nak tergelak aku taip ni pasal nye umum memang mengetahui Fara Dee ni paling malas membaca ye! Petak sangat duduk rumah baik aku habiskan buku - buku yang aku beli ni. Sayang, tersusun di atas rak masih berbalut tapi isinya tak diamati.

So far aku dah habiskan 3 buku masa cuti ni (achievement unlocked) wakaka buku aku baca buku simple je. Yang senang digest. Depan aku ni ready lagi satu buku baru. Esok baru nak start baca aherherher :3 wish me lurck bebeyh!

SENYUM JETJET

Ha jangan tak tahu semalam aku & Mira karaoke dua jam! Sewonoks.