Tuesday, September 21

PM berhari raya bersama rakyat




" Jika kita sanggup berubah , kita akan kembalikan kepercayaan rakyat " , kata Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Perdana Menteri Berhari Raya Bersama Rakyat anjuran UMNO Selangor di Dewan Alamanda , Seksyen 20 , di sini , malam tadi .

Hah . Sudah mendengar berita di corong radio ? Sudah mendengar berita utama di televisyen ? Sudah membaca artikel pada akhbar harian ?

Ini sudah kenapa ini ? Mari sini . Cik Fara Dee hendak bercerita . Alkisahnya aku tergolong antara ribuan orang ramai yang hadir menerjah majlis rumah terbuka tersebut . Mana tidaknya , dewan belakang rumah dik . Berjalan meninggalkan beberapa tapak , sudah tiba di situ . Keterujaan aku tidak dapat dinafikan terserlah apabila mampu menikmati pelbagai juadah yang disediakan . Sungguh menyelerakan . Tambahan lagi , percuma kot . Hee . Pengalaman yang jarang jarang aku alami apabila dapat melihat kelibat Perdana Menteri kita yang segak berbaju melayu berwarna jingga . Walaupun hanya mampu melihat beliau dari jauh , terubat juga hati yang kerisauan dek kerana kerja sekolah yang masih belum disiapkan di rumah . Haha . Turut hadir , isteri Perdana Menteri , Datin Seri Rosmah Mansor , Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Hishammudin Hussein , Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani , Datuk Seri Noh Omar dan kira kira 10 , 000 rakyat pelbagai kaum . Biar aku ulang , 10 , 000 .



* Terdapat juga para artis yang dijemput untuk menghiburkan orang ramai :)

3 comments:

azrin izza said...

artis ade gak..ja'afar onn...jamal abdillah..mila af..n ramai agy larh...wuut...wuut

anime freak said...

LOL , akak datang eh ? bertuahnya :) anne ta pergy pon

Fara Dee said...

iye pergi . dah majlis nya dekat dgn rumah . oh ye ? rugiiii hee :)