Wednesday, June 22

Aku Letih Melayan Manusia

Assalamualaikum.

Masih bernafas. Ye, masih boleh survive di tempat orang. Amacam hidup? Argh, biasa biasa sahaja. Apa yang penting, belajar dulu.

Manusia ni memang suka menyampai ke? Suka bercerita hal orang pada orang asing yang lain. Andai kata benda itu patut dikongsi dan tuan si empunya cerita itu dah bagi green light, hah pi la canang satu dunia pun takpa la haih.

Contoh situasi :

Joyah : Haish aku tak suka la si Manap ni asek menge-call aku sepanjang masa. Hm rimas la.

Bedah : Oh yeke? Kesian kau.

Dalam diam diam, jari Bedah tuntas pantas menekan bait bait butang telefon-baling-anjing-terus-mati tu, kononnya nak merepot apa yang Joyah dah cakap pada si Manap. Maka dengan ini, si Manap berprasangka terlebih buruk kepada Joyah yang sebenarnya tak sampai hati nak menolak cinta si Manap bulat bulat.

Hah kau nampak tak kesannya macam mana? Elok elok dah ada pertalian persahabatan terjalin tapi disebabkan mulut longkang bau busuk dah ghupa bangkai, dah jadi tak kawan dah. Kan dah berdosa tu? Puihhh.


2 comments:

muiedulkhilafah afi said...

Laa, pendek je story?
Aku dah stanby bawak bantal dah dok depan laptop ni takut tertidur kalau cerita panjang sangat Haha
Btw, biasa lahh. Selagi bernama manusia, memang macam-macam lah perangai buruknyaa. Peace ! Hihi

Fara Dee said...

Haha sorry la Qahhar, aku takda keghairahan nak berblogging haha. Oh hm yes, kena sabar je la haih. Haha

Eh dah pandai peace dah skrg? hakhak :D