Sunday, September 25

Guna chlorox pun, semangat tak boleh luntur!

Hai hai, rasa macam dah lama je tak update blog? Sorry, dua minggu belakangan ni memang busy gilo. Busy double gilo. Nak update blog asyik tertangguh je. Hari ni, tak kira apa yang jadi, nak update blog juga! Harus!

So hari ni hari Ahad bersamaan 25 haribulan September. Pagi pagi Ain kejut sembahyang subuh, terlajak sikit la sebab masing masing terjaga pukul 7. Terus solat, habis semua terus mandi. Dari semalam, memang dah niat nak jogging pagi pagi sebab selalunya kalau nak jogging waktu petang, astaka penuh. Yela, kakom nak dekat dah. So ramai budak budak berlatih everything. Budak pasif macam aku ni, haih memang terperuk je dalam bilik. Tak tahulah apa yang aku buat.

Aku nak riadah, tapi takda kawan :( Argh, sadis.

Aku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di pagi buta. Kenapa lepas aku mandi je, terus hujan lebat! Tak dapat itew nak jogging. Retak hatiku, terbelah dua. Setelah aku bersusah payah membuka mata seluas luasnya, memasang impian dengan semangat yang membara, last last hujan. Sabar FD, sabar. Ada sebab hujan pagi pagi ni. Rahmat rahmat.

Sempat mengintai bebudak kakom naik bas dekat astaka. Tiga bas whoaaaa, cantik whoaaaa. Haruslah bas cantik sebab nak jaga nama baik Matrik Selangor kan? Kalau tak, haram jadah la guna bas sekolah standard biasa je
kehkehkeh. Sumpah jealous bebudak tu pergi UM, sumpah jealous. Aku sebenarnya suka sport, nak aktif dalam sport TAPI takda bakat :( Dahlah lari pun macam siput. Last join sukan masa darjah enam. Masa tu, memang semua aku hambat. Masuk lari 100m la, 4x100m la, lompat jauh la. Dah masuk high school, haremmmmmm. Lari merentas desa pun dapat no belas belas je. Tak boleh harap langsung.

Badan dahlah cenonet, terbantut pulak tu.

Pagi Ahad cenggini, aku spend time study! Bestlah study pagi pagi ni, sunyi je. Dahlah sejuk sbab hujan. Sempat layan movie Senario Ops Pocot buat penghibur hati. Cerita tu merepek tapi yela, bodohlah kita kalau letak high expectation dekat movie humor macam tu lalalalala ~ Dari hari Jumaat, buat homework, tak siap siap lagi! Bila masa nak study ni T.T Dahlah almost every night ada class. Tolong bayangkan, class dari pukul 8 sampai pukul 4 then sambung class pukul 8 sampai 10 malam. Whattheheck kan. Korang ada class macam tu? Hah ada ke ada ke ada ke? Berkorban la apa saja.

PSPM nak dekat dah, puihh.

Kena dapat 4flat! Bukan harus, wajib dapat! Kalau tak, memang menconteng arang la aku. Malu weh kalau tak da
pat score. Malu weh kalau masuk PDT. Malu weh, sumpah malu. Apa nak cakap dekat orang kalau aku tak perform. Kennot la liddat. Walau macam mana aku merungut penat pun, bosan pun, menyampah pun dekat kolej ni, aku tahu jauh di sudut hati aku, memang nak study well. Serius, nak study sungguh sungguh ni. Minta aku dijauhkan dari segala kelalaian, aminnnn :')

Haish, sedih la pula.

Minggu ni tak balik Shah Al
am, minggu depan pun sama. Ada larian kakom bagai. Takpa, dapat lari. Aku sukaaaaaaa. Hikhik. Aku tengah tunggu turn nak balik rumah ni, nak beli jersi M.U. Tak kira tak kira, aku nak beli satu! Cemburu tengok Migha pakai. Chicarito, tunggu aku beli baju satu, nanti aku pakai and I'll cheer for you! Heeee :D Hm, bila nak jumpa Rayhan ni. Dah lama tak jumpa dia. Dah lama tak gossip. Aku minta maaf beb kalau aku macam jarang dah contact kau. Sungguh, aku takda niat nak sombong dengan kau ke apa. Persekitaran mempengaruhi aku. Tapi tak bermakna aku lupa kau. Hari hari aku ingat kau, hari hari aku fikir bila kita nak jumpa. Hm. Take care weh.

Banyak benda nak cerita. Nanti aku update lagi, serious ni. Haha lol :D Okay, nak sambung study. Kbai



No comments: