Aku rasa orang kolej ni saja je buat program every weekend sebab taknak bagi student balik. Yela, memanglah students boleh balik after program tu tapi kuranglah masanya! Supposed boleh balik hari petang Jumaat, tapi ditunda ke tengahari Sabtu.
Nampak tak rancangan mereka di situ? Nampak tak nampak tak?
Aku dah rindu Shah Alam sangat la :( Tak tahulah kenapa. K, tak dapat dinafikan la minggu belakangan ni memang tegang sangat dah. Sistem badan aku pun macam tak betul je. Kalau dulu, malam malam tak boleh tidur or still boleh stay up buat homeworks or bangun awal pagi untuk study. Sekarang, paling lewat tidur pukul satu. Letak kepala atas bantal, terus lena. Dahlah tu, nak bangun pagi pun liat nak mampus! Muka macam zombie dah bila gosok gigi pun, still tutup mata. Alahai.
Barang banyak habis dah ni. Ubat gigi dah nipis macam kerepek, test pad habis sampai kena minta ihsan Ain pinjam sehelai dua, stok makanan pun diyakini akan habis bila hari hari di tarah. DUIT PUN DAH NAK HABIS JUGAK (!) Elaun, tolong masuk awal sikit ye. ATM pulak, jangan nak buat hal. Bilalah JPP nak menunaikan janji untuk pasang lagi satu mesin ATM yep *masih menunggu
Ada satu benda yang orang harus tahu pasal aku. Aku ni kan, bila macam tengah kusut ke, aku akan mengemas. Hahahaha seriously! K fine, jujurlah aku memang malas. Malas sikit la tang tang mengemas ni. Tak kisahlah kemas meja ke, kemas almari ke, sapu sampah ke, basuh kain ke. So, andaikata satu hari ada orang ternampak ke aku buat cenggitu, janganlah sesuka hati nak label yang kononnya buang tabiat ke apa. Pandai pandai je tau.
Kelmarin, sapu sampah and kemas katil. Semalam, kemas meja and almari buku. Ah, kemas softboard aku jugak! Mana yang tak penting, aku simpan rapi rapi dalam laci. Segala apa jenis note yang aku jumpa, pop! Haa tampal dekat situ. Biar aku nampak. Biar pagi pagi nak sikat rambut tu boleh sambil sambil baca. Biar Miranda tahu yang aku cemerlang. Hakhakhak. Tak main ah baca Campbell, aku baca note je. Masih cemerlang kannnn hikhik. Amacam softboard aku? Ada style tak? Siap ada domo legituw. Woot woot <3
Mood : Sastera.
Kami yang terperuk dekat Matriks ni tengah menghitung hari untuk menyertai satu peperangan. Peperangan yang tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan peperangan dunia. Konsep peperangan itu sendiri sangat universal. Asalkan konsep umum peperangan yang harus kita faham ialah, berjuang. Berjuang untuk mendapatkan sesuatu hingga ke titisan darah yang terakhir. Cuba sehabis baik untuk mencapai kejayaan, kerana kejayaan tidak datang bergolek. Maka, kita kena bersaing untuk menggapainya. Aman (Y)
Abaikan apa yang aku merepek. Hah, aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan goodluck kat sorang kawan aku yang cool ni, Adli FTW! Kau tinggalkan aku untuk berperang dekat sini, bro? Sangat sadis. Takpalah, aku happy untuk kau. Kau pun dah sampai Mesir. Alhamdulillah. Bolehlah kenalkan aku dengan mamat Arab dekat sana eh eh eh? Haha. Mungkin kita dah tak rapat dah nanti sebab kau fly for five years but, just jangan lupa aku je. Bila kau dah grad nanti, dah jadi pharmacist yang famous, dapatlah aku mengaku kau kawan aku :')
Tadi online Facebook, tergerak hati nak usha profile ex schoolmates. Aku patut rasa rendah diri, tapi takda guna. Better aku rasa bangga sebab sorang demi sorang kawan kawan aku nak study dekat overseas. Congrats untuk korang. Ada yang study dekat Jordan dah pulak tu. Mesti best kan. I wonder. Agak agak, ada peluang tak nak jadi doktor? Agak agak ada peluang tak nak study abroad jugak? Hm. Cemburu.
Nak jadi scientist la kalau cenggini :3
No comments:
Post a Comment