Monday, March 5

Sini jalan sehala je.

Ini entri paling gay. K dah bagi amaran dah. Jom, sambung.

Paling kekok bila tiga - tiga pakai nada dering yang sama. One Thing ~ Menjadi antara orang yang terawal menyebarkan virus satu arah ni. Dulu bila aku asyik layan or jadikan Zayn Malik as wallpaper, semua macam

"EUW SIAPA LA YANG KAU LAYAN NI? PELAKON MANA NI?"

Cis, kurang asam. Kalau tak tahu tu, ya udah. Jangan perlekehkan boyband kegemaran aku ni. Aku minat depa bukan semata mata kerana rupa, tapi juga kerana lagu depa yang syiokkkkk. Haa sekarang dah terbukti kan? Kan dah cakap, jangan pandang rendah kat depa kuikui :D


(Nak upload video tapi lembab macam babs)


Paling suka lagu One Thing tapi versi akustik punya. Entah kenapa kalau ada je lagu yang macam best sikit, aku mesti cari version akustik. Tak pun, lagu yang youtubers buat cover. Bagi aku, lagu lagu ni kesedapan dia dapat dinilai dengan muzik biasa je. Senang cerita, petikan gitar je. Masyuk gila wa cakap sama lu.

Aku bukan saja saja obses dengan One Direction macam certain budak yang minat artis ikut trend. No no no, aku bukan macam tu. Biasanya, akan satu detik yang buatkan aku macam, wowww :O Sebagai contoh, aku start minat Paramore bila dengar budak sekolah aku nyanyi lagu Decode masa hari hm apa ye English Open Day kot something something, terus muzik tu menyerap masuk dalam hati. Tak terkata weh. Hampir terpaku.


Whose song Decode ni? Bapak sedap arrangement muzik dia. Lirik dia.

Masa itu, kawan aku pun memang layan group Paramore. Banyaklah benda yang aku soalkan bab band ni. Bila aku start buat research, memang sahih. Band ni band yang paling unik pernah aku jumpa. Paramore bukan band typical weh. Lagu lagu dia aku jamin, semua sedap. SEMUAAAAAAAAAAA. It's not just a band, and it's not just about Hayley. Eventhough Hayley yang paling menarik hati dalam band ni, dengan rambut striking dia tu. Thumbs up!

Why so cuteeeeeeeeeeeee? :(

Kes One Direction ni pula, aku memang dah lama tahu perihal depa. Cuma macam tak rajin lagi nak cari lagu or apa apa maklumat pasal depa. Semuanya start bila aku mimpi aku bermesra mesra dengan Zayn. Ini tak tipu, serius punya. Mimpi yang sangat indahhhhh wewitttt. Bila terjaga, aku ibarat mendapat cahaya untuk terus melekat dengan band ni. Terus aku google apa yang ada and agak kagum.

"Oh okay One Direction ni not bad la"

Cukup package dengan style yang bagus, kombinasi suara yang sangat menarik and of course, video klip yang comel comel belaka! Harapan hendak bergerak solo tapi aku memang tabik dengan juri juri X-Factor yang plan nak gabungkan dorang. Betul, seniors dalam industri muzik ni memang berpengalaman sampai mampu membentuk sebuah group yang...wallah.


Look at them. Aren't they so adorable? Awwwwww x)

No comments: