Wednesday, April 4

Panggang Ayam Tetap Menjadi Kenangan

Hi. Selamat bulan April.

Nak kata busy tu tak juga. Cuma mungkin kekurangan masa kot. Bila nak update belog, paling paling mesti makan masa dalam sejam lebih.

SEJAM LEBIH KOT.

Nampak macam halussss je bila baca macam wahwah nak baca lagi nak baca lagi. Hek kau. Tak fikir yang aku ni sibuk garu kepala nak tulis apa zzzzzz basicnya, bukan tak tahu nak tulis apa, cuma macam mana cara nak luahkan tu haa cenggitu. Apa cara yang bonar bonar berkesan untuk tatapan pembaca sekalian alam aiceh hikhik >.<

Khamis malam minggu lepas, amboih kemain lama lagi punya cerita ni bhahaha bersamaan dengan dua puluh sembilan haribulan tiga tahun dua ribu dua belas, kitaorang ada barbeque! Kitaorang tu siapa?

Kitaorang la. Classmates. The whole class.

Semuanya bermula bila Sir Wahidi tanya - tanya kitaorang kalau - kalau kitaorang nak macam ada makan - makan. Eh, aku kalau bab makan ni, memang nombor satu alagappas la cerita dia pergh masyuk! Kami pun bukan kemain suka, semuanya nakkkkkkk, nakkkkkkk Sir nakkkkkk! Sampai jadi macam tu sekali kau, ambik.

So set time, date, place semua okay deal. Bring it on la. Asalnya makan - makan ni nak meraikan hari lahir anak Sir yang ke hm berapa entah aku tak tahu. Birthday boy nya tak friendly, asyik merengek je. Ish ini kalau anak aku ni, ada juga yang kena tapak dekat muka ni haaaa. Hahahahahahahaha. Omg, I'm so mean haha. Beware you kehkehkeh.

Antara yang terawal la datang, excited la katakan tapi datang - datang bukan nak tolong ke apa, pi posing - posing dulu tunjuk awan bintang kahkahkah. Maklum la, tak pernah datang apartment lecturer lagi lagi tempatnya dekat belakang blok lelaki nok amboih suka sangat letuwwwww hikhik. Masa tu Sir baru nak hidupkan bara - bara api yang panas membara, so kita orang perempuan tak perlu menyibuk syuh syuh syuh.

Eleh, padahal malas. Hakhakhak.

Janjinya semua orang mosti ada, tup tup tup ada la dua orang missing in action. Syed and Fara (bukan aku ye, orang lain yang bernama Fara juga kbai) rupa - rupanya sudah selamat pulang ke kampung halaman masing - masing. Selamba je balik rumah awal - awal, kan? Nasib koranglah, korang takda. Rugi la saya cakap dengan awak berdua, rugi angat - angat. Kgedik.
Takpa la, even ada 16 orang je, pun boleh. Still happening hee.

Tujuan asal dah jadi lain dah, ini memang bukan sambutan hari lahir ke apa, jadi macam majlis jamuan akhir tahun kitaorang pulak muahahahaha suka - suka hati je buat macam rumah sendiri. Ketawa sana - sini, lari sana - sini, main sana - sini. Macam tak wujud je Sir dekat situ -_______- Kesian pulak bila teringat balik haha. Wife and kids tak join, sebab yela malam kan. Anak pula merengek, so stay diam - diam dalam rumah je. Tak turun - turun.

Makanan dia pergh tak payah cerita. Ayam je 7 ekor haa kau bayangkan! Banyak betul Sir beli. Aku bajet cehh kacang putih je nak habiskan 4-5 ketul ayam ke apa, last - last dua ketul je mampu masuk perut. Tunggu ayam masak kemain lama lagi, makan sekojap bonar je haa. Kalau nak setakat ratah ayam, tak best la kan. So makan sekali dengan bihun goreng and sosej sebagai pencuci mulut kahkahkah ye, tak tipu. Sedap kan sosej jadi pencuci mulut? Hahahahahahaha lucah lah kambing.

Tapau sikit - sikit buat jadi bekalan roommates, basuh pinggan sikit - sikit. Biasalah, anak dara la katakan hohoho puihhh. After habis kemas - kemas semua, eh jap, tak sempat habis kemas pun sebenarnya, kitaorang dah start buat photoshoot. Again, kesian dekat Sir terpinga - pinga macam mana nak angkat barang -______- Hahaha punoh kijo. Aku pun acah - acah offer diri nak tolong Sir ehem ehem, then bila dah betul - betul habis kemas semua cantik baik punya, barulah ambil gambr lagi dan lagi dan lagi. Hehe.


Thank you Sir for everything. Halalkan ilmu kami. Walaupun Sir baru lagi mengajar kitaorang, Sir lah lecturer pertama yang jemput kitaorang untuk makan - makan macam ni. Terharu sangat sebab mostly, lecturer lain tak berapa gemarkan kami sebab hm yela, tak pandai katanya! Sobs sobs. Sir pun baik sangat sampai kadang - kadang tu, tak terkeluar suara nak marah - marah ke apa. Rileks and cool je. Btw, Sir yang wearing that orange shirt, rock kan? Hihi cayalah!

And to korang, my dear classmates, you guys would be the group of people that I'm gonna miss the MOST after matrics ends. Thanks for creating tons of sweet memories with me here

No comments: