Saturday, July 14

Friday the 13th Saturday the 14th

Tak tahu la sama ada ada yang tahu atau ada yang kisah atau ada yang tahu tapi buat-buat tak kisah, semalam result nak masuk IPTA untuk peringkat degree dah keluar woi!

K setakat tu je.

Aku dulu dah berazam dah kalau Justin Bieber datang Malaysia buat kali kedua, AKU MESTI PERGI TENGOK! Masa Bieber punya World Tour dulu tu aku tak berkesempatan nak pergi sebab yela tengah sekolah lagi kan plus ticket pun mahal gila yuu, aii mana ada duit. Budak sekolah kan tok. So aku bajet dalam 3-4 tahun mesti Bieber buat comeback ke Malaysia, masa tu aku mesti dah besar sikit, mesti dah ada duit sikit, mesti dah duduk jauh dari parents sikit, mesti dah ada freedom sikit wakakakakakaka. Tapi tak sampai dua tahun pun lagi, Justin Bieber is back yo! 

Welcome back my love aww muah muah :*

Macam biasa harapan aku hancur. Haha. Mana pernah my dreams come true. Tak pernah lagi, mesti ada masalah. Mesti ada yang kureng. I guess I've never been good enough tu tak pernah ada benda perfect yang jadi bleehh. Walaupun Bieber datang hanya sebagai artis undangan dalam MTV World Stage and bukannya buat his own concert but still, Bieber kot! Bieber datang nyanyi baby baby baby ohh dekat Sunway Lagoon yknow! Mana nak cari?! You ada?!

Takda, thats why I tak pergi sobs sobs.

Orang kata betullah ada hikmah or reason untuk everything 'bad' yang jadi kan haha mulut takda insurans macam ni la, okay aku rasa kalau aku pergi world stage ni ada juga yang makan penampar kang. Tak pun, makan siku aku. Tak pun, makan lutut aku. Tak pun, aku bakar je! Ada ke sibuk je si Celena Jomez (bukan nama sebenar) tu ikut? Dulu Bieber datang pun, dia ikut juga. Asal Malaysia je menggedik nak ikut, Bieber pergi Japan apahal tak ikut? HOI BIKIN GUA PANAS JE WOI.

Aku tahu sebab apa, sebab fans Malaysia baik kan? :) Kalau jumpa dengan fans Jepun yang fanatik tu, mampus kau kena cucuk dengan chopstik HAHAHA. Nasib kau baik Celena, sebab aku tak datang. Kalau aku jumpa kau, eyy eyyy eyyy. Tak boleh nak terus terang sangat, tak pasal - pasal aku kena saman nanti #eh Okay let's anggap yang aku dapat menyaksikan kemunculan Justin Drew Bieber live in Malaysia and here's the pictures! :)

Bieber dekat Sunway Pyramid kot! Argh my lepak spot!
Press conference dekat KL. Handsome as usual :)
Aww, tak payahlah point dekat I sayang :*
World Stage babyyy!
Hotnya my Bieber dengan red pants hehe
Budak perempuan ni pun nak kena bakar ni >:(

"Petang tersebut menjadi hari yang tidak akan dilupakan oleh gadis berusia 13 tahun bernama Arina yang dibawa naik keatas pentas dan menerima pelukan daripada penyanyi tersebut ketika menyanyikan lagu penutupnya, Boyfriend." - Murai.com

Dulu Najihah Aziz dapat jadi OLLG, ni Arina la pulak dapat jadi 'girlfriend' kepada 'boyfriend'. Suka la tu? Eeee mengundang betul! -_____- Okay whatever (ayat pasrah) aku rasa aku lama lagi dekat Shah Alam ni. Siapa nak ikut gua tengok Batman? Jom? Muehehehe.