Semalam berlangsungnya Anugerah Skrin 2012 yang berprestij (katanya) so barisan pemenang pun dah diumumkan. Aku takdalah tertunggu - tunggu anugerah ni sebab well I'm sho buzy liddat. Tahu - tahu je, eh ASK malam ni? Hikhik. Orang cakap jangan menaruh harapan nanti kecewa ye tapi ekau ni dogil juga Fara nak juga menaruh harapan setinggi gunung kononnya ASK ala ala fairytale ni best. Last - last, hm.
HAMBAR.
Awal - awal lagi dah boleh nampak kemungkinan anugerah ni bosan. Kemunculan budak kecil entah aku pun tak faham apa yang dia cakap lepas tu tetiba hilang. Lampu gelap bagai muncul Hazama dengan M. Nasir. Macam, derr? Cliche nyewww. Rasanya tak asing tengok gandingan Hazama dengan M. Nasir sebab masa rancangan realiti apa entah nama dia dekat Astro tu Hazama jadi anak didik M. Nasir kan? Rasanya la kalau salah, betulkan saya okayz. Nyanyi pun lagu sendiri. Cuba bawa lagu Bieber ke One Direction ke mahu Maria Musa pengsan depan tu gak bhahahaha.
Dah habis persembahan, barulah nampak kelibat Awal Ashaari dengan Neelofa sebagai pengacara. Tak rasa depa macam pengacara pun. Nak kata macam tukang karut pun tak. Aku rasa tukang karut sesuai kot dengan nenek kebayan or Umie Aida. Yang pengacara mungkin boleh jadi Harun Salim Bachik kot. Eh? Haha. K baju Neelofa cantik k hihi erm depa membebel apa entah dah ambil setengah jam. Kalau dalam masa setengah jam tu ada gimik orang terbang huha huha or nyanyian gempak starz ke bolehlah terima. Ni dengan Awal dan Neelofa bercakap aku rasa aku dah boleh zzzz tapi tak sampai hati.
Semuanya untuk Awal :B
Bagi pandangan aku, Neelofa tak sesuai jadi pengacara lah. Come on lah, orang bagi dia peluang tu pun sebab dia lawa (katanya), pandai mungkin and famous. Populariti Neelofa cepat naik. Padahal time zaman filem Azura dulu, kitaorang dah macam, SIAPA MINAH NI BERLAKON APAHAL CAM KAYU NASIB ADA SHAH JASZLE WOI. Haha I dont care kalau ada sesiapa nak bash I sebab cakap macam but thats the truth. Ala kalau Neelofa tu tak lawa and tak famous, korang pun tak hingin minat dia. Konklusinya, janganlah fanatik sangat. Eh? Hew hew hew.
Penyampai - penyampai anugerah yang menjadi tumpuan utama sebab masing - masing ada character macam Snow White, Cinderella, Bawang Putih Bawang Merah dan sebagainya. Keletah depa la yang aku rasa menceriakan suasana malam tadi. Kalau nak berharap dekat pengacara, tukang karut dan persembahan, tak mampu nak get along kot dengan jiwa gua. Puihh. Walaubagaimanapun, aku still bertahan nak tengok sebab ada Adi Putra, Zahiril Adzim and my lovely Nora Danish. Semua handsome and Nora lawa gila. Cakap cino acah Puteri Hang Li Po hee sayang ketat ketat ♥
Barisan pemenang pun tak segah yang kita harapkan. Contohlah, kalau Aaron Aziz menang mesti orang woo woo. Kalau Nabila Huda menang mesti orang whoa whoa. Haha tapi hakikatnya takda sebab bukan depa yang menang. Layak tak layak, bukan tugas aku nak menentukan sebab yela siapa je la aku ni buta seni uhukuhuk jadi ni la senarai penerima ASK tahun ni:
Lakon Layar Terbaik Filem
Dain Iskandar Said – filem Bunohan
Lakon TV Terbaik
Drama TV3 – Di Telapak Kaki Bonda
Videografi Terbaik
Aku Mahu Terbang, TV3 – Neon Entertainment (M) Sdn Bhd
Laporan Khas/Berita Terbaik
Berita TV9 – Bom Jangka
Drama Komedi Terbaik
Elly & Epit – Red Communications Sdn Bhd
Rancangan Realiti Terbaik
Jemputan Umrah (ep. 1)
Anugerah Artis Harapan Pantene
Putri Balqis – Pelarian
Rancangan Bual Bicara Terbaik
BELLA : Labour Day Special
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
Namron – Parit Jawa
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
Sherry Merlis – Di Telapak Kaki Bonda
Rancangan Hiburan Terbaik
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
Lisa Surihani – Ombak Rindu
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
Syafie Naswip – Songlap
Pelakon Wanita Terbaik Filem
Maya Karin – Ombak Rindu
Pelakon Lelaki Terbaik Filem
Shaheizy Sam – Songlap
Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik
Dunia Tersembunyi – Rambu Solok
Rancangan Muzikal Terbaik
Anugerah Juara Lagu 26
Pelakon Wanita Terbaik Drama
Ruminah Sidek – Parit Jawa
Pelakon Lelaki Terbaik Drama
Abu Bakar Omar – Gincu Ayah
Pengarah Terbaik Filem
Fariza Azlina/Effendee Mazlan – Songlap
Pengarah Terbaik Drama
Kabir Bhatia – Di Telapak Kaki Bonda
Anugerah Yasmin Ahmad
Pierre Andre
Drama Rantaian Terbaik
Jangan Ambil Padang Kami
Filem Terbaik
Bunohan – Apparat Sdn Bhd
Drama Terbaik
Di Telapak Kaki Bonda – Filmscape Sdn Bhd
Tabik spring pada Pierre Andre (y) walaupun dia bagi ucapan melebihi muzik yang di-play-kan sebagai ingatan masa dah habis haha tapi dia still teruskan dan kata - kata terakhir dia sangat menyentapkan hati okay. Sentap in a good way la tapi. Dia ingatkan kita tentang anugerah Allah dan Rasulullah yang ada pada kita. The exact ayat yang dia ucapkan tu aku tak berapa nak ingat biasalah siapa tak kenal FD si pelupa kalau sesiapa yang nak tahu, silalah Google. Muehehe sonang hidup ada Internet zaman sekarang ni. ASK tahun ni takdalah teruk sangat. Boleh dikatakan masih
berjaya. Konsep bagus lain dari yang lain cuma mungkin percaturan
agak kurang menjadi. Boleh cuba lagi k next year?
Apa pun, Nora Danish tetap mengancam. Meow :3