Thursday, November 8

Nombor dan huruf

Assalamualaikum. 

Tak jawab, dosa. Kalau jawab, sayang. Ahaks!

Alhamdulillah ada kesempatan nak update belog masa tengah - tengah hujan ni. Aku rasa nak dekat dua minggu dah Shah Alam asyik hujan je. Tak hujan petang, hujan malam. Tak hujan malam, hujan pagi. Tidur pakai selimut je wa cakap lu. Pada sesiapa yang mengadu Malaysia ni panas nak duduk dalam fridge la nak pindah luar negara la, nah ambik. Allah bagi nikmat free - free je. Kalau merungut lagi, pang nak?

Dulu rajin blogwalking sekarang ni malas tahap gaban ibarat mengesot instead of berjalan (peribahasa ke laut). Dah takda masa dah, nak update pun takda masa lagi nak blogwalking. Puihh. Dok layan dashboard tadi saja usha - usha dekat statistic my lovely Cinderella blog ni kan yeah ternyata entri yang paling mendapat sambutan dengan catatan sebanyak 805 page views all time goes to....*drum roll*.....

"Bukan Selalu Nak Terasa"

Tahniah! Haha. Aku rasa entri ni orang baca mungkin sebab ada nama orang famous dalam tu. Mungkin peminat fanatik depa dok google apa ka pasal depa naiklah blog aku ni dalam senarai google search tu. Tapi kalau tak menarik, takda gak korang tekan link blog aku kan? Mesti korang tengok dulu link tu pasal apa kan? Mesti korang macam nama mana acah cina 'xiaora' ni kan? Well well terima kasih la pada siapa yang singgah tu. Setahu aku entri ni bulan 4 tahun lepas but still ada orang baca sampai ke hari ni. Nampak tak kesan penulisan aku? Nampak dak nampak dak? Hew hew hew.

Selain dari Windows, Android and Blackberry antara OS yang terbanyak dok usha blog gua ni. Windows tu aku faham la hampir semua computer user pakai windows kan. Kalau ubuntu tu, sah budak KMS. Eh? K abaikan. Kalau Android tu pun aku tak pelik sangat sebab aku sendiri pakai android jadi kalau dah bosan dengan whatsapp twitter instagram bagai aku akan usha blog aku sendiri bhahahaha stalk blog sendiri. Kalau tang Blackberry ni, HAH SAPA BACA BLOG AKU NI WOI BB USER SAPA?!?!?!

Muat ke blog ni dalam skrin tu? Ekekekeke jangan marah haa muah sikit!

Android user dalam kalangan kawan kawan baik gua makin bertambah. Zati dah beralih dari BB ke android dek kerana tak tahan dengan kebabian blackberak dia. HAHAHA. Aku nak tanya ni, teruk sangat ke BB tu? Meh bagi aku pakai jap sebulan meh meh. Aku sekarang tengah tunggu Fatin je ni haha kesian dia je yang still pakai BB ni. Dalam hati Fatin nak pakai Note tu tapi dalam hati gak still nak pakai BB sebab nak ber-BBM dengan yang tersayang uhuks untunglah!

Orang yang pakai BB ni wajib ada scandal satu kan dekat BBM? Eh.

Ala tak faham kenapa orang besarkan isu tak boleh nak ber-BBM, tak boleh nak whatsapp -__- hello dulu korang hidup main message je tau! 24/7 taip message tu tak merungut pun pehal nak merungut sekarang, nak kena rejam? "Ala BBM free, whatsapp free huhuhu" hello Internet yang korang guna tu apa ke free ke? Bukan kena bayar ke? BIS korang tu bayar pakai air liuq ke? Bukan kena topup? Yang kredit korang asyik kena tolak sebab line hampeh tu bukan duit ke? HHHHEEEEEELLLLLL-O TAK FREE PONG!

Oh lupa, kalau pakai wifi, mak pak yang bayarkan. Oh oh.

Aku bukanlah user tegar kepada benda alah semua ni. Aku still suka yang macam dulu. Old school. Suka main message biasa je sebab whatsapp-ing is too mainstream. Hipster tak? Lulz. Taklah bagi aku whatsapp semua ni membunuh komunikasi sesama kita. Tak caya? Ok example kalau korang text guna message biasa,

"Hi assalamualaikum. Tengah buat apa tu? :)"

"Hi waalaikumsalam. Tengah tengok tv je. Awak? Dah makan? Sihat?"

"Tengah rindu awak je ni hihi dah makan dah. Sihat juga. Awak?"

"Rindu saya? Rindu awak juga sebenarnya haha saya sihat je dekat sini :)"

Kalau text guna whatsapp,

"Hi"

"Hi too"

"Tgh buat apa?"

"Twitter"

"Tak keluar ke?"

"Tak."

"You?"

"Tak jugak"

"Malas"

"Oh"

"Hihi"

""

Nampak tak bezanya? Kalau text biasa kita lebih menghargai conversation tu, kita akan lebih berusaha untuk cakap banyak. Then kita pun boleh ada masa nak fikir. Kalau whatsapp ni selagi mampu, selagi tu la kalau boleh nak dipendekkan ayat tu. And then kalau kita tengah kalut, orang tu boleh nampak kita type type lepas tu kita padam balik then type. Suka ke orang nampak kegusaran kita? Aku tak. Choii. 

Lagi satu bila nampak last seen after waktu yang kita dah sent, atau lain ayat, dia dah baca tapi tak reply, mulalah semua nak flip table. Gaduh sana sini hanya sebab asal tak balas whatsapp. Mungkin ada positive sebab pakwe makwe terutamanya tak boleh nak tipu tapi kalau kita tengok balik application ni banyak buruk je dari yang baik. Kalau tak gaduh pun mesti sentap si dia tak balas or si dia ada whatsapp dengan orang lain :( touching tetiba. Well aku pun pernah experience cenggini.

Yang pelik memang style sekarang eh orang minta whatsapp instead of minta nombor? Excuse me they are fucking two different things. Whatsapp tu application. Kalau orang tu pakai phone 3310, habis kau nak tanya apa? Nak minta nombor cakap je la. Apa masalahnya duh?

Cakap bodoh kang, marah pulak.