Hi assalamualaikum. Selamat berhujung minggu!
So baru lepas balik dari repair radio kereta. Hari tu ada la orang tu nak charge phone, so bagi je la charge through pencucuh rokok tu (tak tahu specific name?) since ada cable & all. Dah cas semua balik tu, terus je la tanggalkan usb semua, nak masukkan pencucuh tu balik terus
ZAPPPPPPP!
Radio mati ko.
Haha panik la jugak sebab takut rosak benda lain. Sebab takut bateri kereta ke nak habis kan. Tapi optimis sikit, rasa fuse mana-mana kot shot. Sebab terguna power banyak sangat lol.
So bawa la kedai & yes, fuse yang connect radio dgn pencucuh tu rosak. Nasib murah je nak repair huhuhu. Kalau reti, buat sendiri pn boleh tp jangan jadi macam tikus membaiki labu pulak ye.
Lesson di sini, jangan suka suki charge kt pencucuh rokok tu. Iolls dah insaf, kalau nak charge pi la cari powerbank or plug mana-mana ye. Bai!
No comments:
Post a Comment