Assalamualaikum, jawab jangan tak jawab.
Terkejut jugak aku bila entri - Penangan Demam B dah turun carta dalam senarai Entri Fofular dokek sebelah tu haa. Selama ni kekal menjadi juara di tangga teratas. Apa nak jadi meyh? Takpa, sabar Belieber. Sabar.
Okay, mula.
Aku rasa bebudak batch aku mesti dah rasa perubahan hidup tu. Sama ada perubahan yang bagus ataupun perubahan yang krekkk. Dulu masa kecik kecik, soalan pasal cita cita tu penting. Kalau baru masuk sekolah, soalan tu mesti ada bila nak memperkenalkan diri.
Cita cita aku? Hendak menjadi seorang doktor.
Namun, aku rasa cita cita aku makin lama makin kabur dek kerana haluan aku sudah tidak lurus lagi. Sumpah aku tak tahu aku dapat jadi doktor ke tak. Aku ada keinginan tu, tapi aku tak dapat mengikut usahanya.
Senang cerita, cita cita aku lain. Apa yang aku belajar sekarang lain.
Aku cuma boleh berdoa permohonan aku untuk mendapatkan sesuatu itu, lulus. Insyaallah, amin. Maka, aku kena bersabar dan belajar apa apa sahaja yang perlu sekarang. Kena bersiap sedia nak menghadapi cabaran tersebut. Setakat penat lelah mengantuk bagai tu, aku dah pernah rasa kesemuanya. Sama macam zaman aku kawad hari hari, padahal SPM nak menjemput aku pergi dating dah.
Aku ibarat sebuah pendrive yang kosong tanpa apa apa maklumat.
Aku akan kembali dengan maklumat yang banyak dan telah disusun dalam folder.
Aku akan melawan segala virus yang nak menyerang aku.
Aku akan memberi khidmat kepada tuan aku.
Inilah perumpamaan yang aku belajar baru baru ni. Mampu ke aku nak jadi macam tu? Wallahualam. Doakan aku okeng!
Skop kawan kawan aku menjadi semakin luas, alhamdulillah. Betullah orang kata. Biar kita takda ramai kawan, asalkan kawan yang ada tu dapat menjadi kawan sejati kita. Boleh dikatakan aku rapat dengan semua kawan kawan aku. Insyaallah, akan kekal rapat sehingga ke penghujung dunia. Bak kata omputeh, keep in touch :D
Aku akan berusaha untuk lebih kerap menghapdet. Chaiyok chaiyok!
Sunday, May 29
Sunday, May 22
Mengejar Si Zaman
Assalamualaikum.
Petang tadi keluar lepak dengan si botak Qahhar yang handsome ala ala Johan Ariff dalam Juvana tu *tangan di dada, mata ke atas* Borak punya borak, ada pulak dia bertanyakan apsal aku macam dah lama tak hapdet belog. Hoish terharu itew ada peminat setia yang concern pasal belog tersayang ni. Hikhik.
Jadi, aku membuat keputusan untuk hapdet belog ni, malam ni jugak, sebelum aku...errr...hmm...emm....argh abaikan.
Ada satu hari tu aku duduk duduk depan rumah, sardinly nampak bebudak naik basikal ke hulur ke hilir. Basikal yang tayarnya tu bosar bosar. Lepas tu bila nak bawa basikal tu, punggung kasi tonggek sikit ek.
Fixie la katakan. Amboiiiiiiii.
Siap masuk tv lagi tauu junior sekolah aku. Depa dok canang betapa hebakkkkkkk nya naik basikal style old skool dalam rancangan 360 dokek TV3 tu haa. Nak kasi market, apa lagi. Update dokek Twitter, lepas tu suruh orang RT a.k.a retweet.
"Jangan lupa tengok 360 malam ni, ada muka aku" kata si ehem ehem.
Aku tak berkenan la sangat sebab batch aku dah terlalu lewat dah untuk zaman fixie fixie bagai. Tak berbaloi pung guna fixie. Mahal, takdok brek pulok. Basikal gear warna kuning aku tu ada je tersadai tepi dinding, tak guna pung. Tayar pun pancit dah. Sobab orang kata tak class la naik basikal ni kan derr.
Dunia semakin maju, zaman pun dah berubah.
Aku perhatikan seorang budak ni, zaman dia memang banyak yang berubah dah. Memang tak teguh betul pegangan dia. Sonang terpengaruh. Kalau boleh, setiap trend yang muncul, setiap tu la dia nak join. Almaklumlah, baru namanya HOT SETAP.
Dulu memula kenal, try try la add budak ni dekat Myspace. Sekali lagi, Myspace. Haa dah berzaman sangat dah kan Myspace tu. Kesian dokek Tom Anderson. Takpo la haih, sabor je yep. Adatlah sesi berkenalan, mesti banyak bertanya perihal diri masing masing. Bila dia tanya aku ni budak apa, aku dah belur belur dah. Aku budak biasa je la meyh! Dia cakap dia budak emo. Kuku nak hitam karat macam arang. Rambut nak bersepah macam sabut kelapa tutup mata. Baju pulak mesti nak ada lambang tengkorak tunjuk gigi tajam tu haa. Baru emosional namanya.
Dah up sikit, ada otak boleh fikir macam mana nak pewitt awek, zaman pun naklah up jugak. Baju kasi tukar saiz S. Seluar mosti pendek paras sebelum lutut. Corak pulak kepingin kotak kotak, tak pun bunga bunga. Kasut nak koyak koyak, kotor kotor sikit. Jalan berkepak, bawa skateboard. Apa loghi, budak skate la fuyoooo.
Setiap minggu dok duduk depan tv, steady sediakan channel 8TV, nak tengok cerita KAMI. Ala ala yang kekasih itew berlakon tu, Zahiril Adzim. Comel kan kan. Aku pung poll in lurf dengan dia sejak tengok cerita KAMI tu la. Aicehh. Ah sudah, budak ni tukar zaman lagi dah. Zaman apa? Zaman indie laa beb! Style lebih kurang budak skate, cuma sarung seluar panjang yang ketat lagi lekit. Pergi gig every weekend. Ya Allah, aku pun tak tergamak nak pakai skinny cenggitu. Ye ye tahu tahu, drumstick aku besar. Redha je la okeng ek.
Dah lama tak usha budak tu, alih alih sekarang jadi budak fixie pulok dah. Lepas ni, kalau ada umur panjang, aku buat muka kerek, tengok ah zaman apa pulak dia nak jadi.
Oit, aku baru nak join zaman Tajima je. Hidup Tajima! Ke hidup Bieber? Kehkehkeh :D

Posted by
Fara Dee
2
comments
Tuesday, May 10
Pekasam Sangat Dah
Assalamualaikum sahabat sekalian.
Ada maksud tersirat di sebalik tajuk, kasi baca kemudian fahamkan.
Orang Malaysia sekarang pergilah ke mana pun, mesti ada yang keluh kesah. Tak payah berjalan jauh, duduk rumah dan buka fesbuk pung dah boleh baca aduan orang. Yela, hari sekarang dah panas sangat dah cuacanya. Sedangkan budak sememeh yang bangun makan tidur melepak dalam rumah boleh berpeluh peluh, apatah lagi buruh yang kena bekerja luar kotak. Mesti lagi panas kan, kena berjemur lagi. Bersyukur dan sabor je laa ~
Apa yang paling penting, banyakkan minum air kosong untuk mengelakkan dehidrasi, yep.
Okaylah, macam dah lama sangat jek rasanya aku tak mencoret. Bukan apa, hampir hari hari aku akan tekan butang new post dan mula menulis. Tapi hampir hari hari jugak, aku padam semua then log out. Entah kenapa, aku rasakan ada saja yang tak kena. Kita ni kalau nak buat sesuatu, kena bersungguh sungguh. Kalau buat kerja pun setakat cincai boncai, macam mana orang nak appreciate kerja kita kan? First impression tu penting. Biar lambat, asalkan terbaik. Hikhik.
Seperti yang aku dah habaq sebelum ni, memang banyak benda yang nak aku kongsikan. Jadi semua cerita yang ala ala pekasam tu, nak dibongkarkan sebelum terlambat. Sebelum aku lupa dan takkan interpret lagi dah ye. Cer bayangkan, baru jadi penganggur sikit punya malas nak hapdet. Bila dah pegang status pelajar tu, dah macam mana pulak gamaknya. Memang berhabuk, bersaranglah belog ni nanti. Hilanglah seri, hilanglah follower. Tak gitu?
Sebut pasal nak jadi pelajar ni, ada kawan aku yang cun lagi pewitt ni nak berhijrah ke Perak dah. Siapa lagi kalau bukan Fakhriah Tajima. Haish, kita ni nak kata rapat tak jugak, nak kata kawan sekelas tak jugak, nak kata kawan kaki lepak, hoish memang taklah en. Entah macam mana kau boleh tergerak hati nak ajak aku keluarkan, FT? Aku pun terkejut monyet jugak masa kau tiba tiba,
" Fara, jom keluar? "
Aku pung memang dah bosang sangat dah, boleh ajelah keluar dengan kau. Tapi pergi kasi muka bajet jek. Yela aku takdok pitih. Setakat teman FT beli pashmina tu, buat sempoi ajelah kan. Jadi terlaksanalah pelan terkejut monyet tu, tak jauh mana pun keluar. Cuma pergi meredah tiga kompleks beli belah yang ada dekat Subang. Tak tahu? Nak aku kasi tahu? Tak payahlah. Kompem korang dah tahu dah dekat mana lokasinya. Ngehngeh.
Betullah orang kata, semakin jarang kita berjumpa dengan seseorang tu, semakin banyak benda untuk diborakkan. Haa tu dia, keluar dah hipotesis Sains apa ke bagai dah ek. Memang betul. Sebelum ni belum pernah aku lepak berdua dengan FT. Agak kalut juga memikirkan keadaan kitaorang, tapi sangkaan ku ternyata meleset. Kitaorang okay je kot! Banyak gelak, banyak rahsia, banyak mengumpat oppssss. Hikhik. Mama pung dah macam blur blur bila dia nampak FT hantar aku balik rumah. Tak pernah dia jumpa FT, macam mana nak kenalkan. Aku pun tak tahu macam mana nak terangkan macam mana aku boleh kenal FT. Hah, punyalah banyak macam mana yep.
Semangat Bieber tu penting. Masuk Popular semata mata nak cari buku paling ungu tu. Batak gilo aku bila dapat selak dan baca sekejap kisah hidup Bieber. Hikhik. Banyak sangat dah gambar handsome Bieber dalam tu. Mesti lakukan buku tu. Dekat rak tu pung tinggal dalam dua tiga buku je lagi. Wuhuuu. Itew nak beli tapi mahal ler. Tulun belikan boleh tak? Hee. Dah buat muka comel, senyum tunjuk gigi dah ni. Hee. FT pun layankan ajelah kerenah aku. Hahaha.
Apapung, selamat menjalani kehidupan baru ye Fakhriah Tajima. Dah sampai sana, buat rilek dan kekalkanlah Tajima kau. Biar ada hidupnya Perak Tajima! Andaikata ada balak style Bieber, jangan lupa rekemankan aku! Kahkahkah. Lepas ni, boleh ler cakap Peghok ye. Hari hari kita bakor kita bakor je la. Amboiiiii.
Adalah satu hari dalam bulan April kalau tak silap, aku keluar ngedate sekejap dengan dua orang boyprengg kesayangan itew ni ha. Jangan jeles mak ada dua orang boyprengg nokkk. Err ada aku kesah? Ala, peace je la. Hee. Almaklumlah ada orang baghu dapat lesen kegheta. Angkut aku ke hulur hilir tu, wajib! Hahaha. Rancang keluarnya sebelum hari tersebut tapi hari tersebut baru keluar. Biasalah janji Melayu, mana betul sangat. Faham dok ni? Tak ler tu. Takpa la, abaikan.
Mangun magi magi, pi bekfes. Tapi aku dah makan. So teman Acap je bekfes. Ek eleh, keluar empat orang. Yang makannya sorang je? Hambik. Dah habis makan, masing masing tak rasa nak balik. Lagi lagi aku, nak keluar dahlah payah. Bila dah keluar, memang heaven ler. Dok pusing pusing sampai ke Seksyen 13 tu haa. Niat di hati nak cari library baru tu, tapi tak jumpa pung T_T Mana meyh library tu? Siapa tahu, tulun inform aku secepat mungkin yep. Nanti aku bagi gegula burger yang liat liat tu. Peberet tuuu.
Kesudahannya kitaorang pergi karok. Waterparklah aku karok. Memang mencik doh karok. Dulu bekas abang sayang itew nak bawa pergi karok, sumpah tak mahu tak mahu. Hahaha. Kelakar pulok bila fikir balik. Tak mati punlah karok tu kan. Hihihi. Sempoi, buat muka steady, nyanyi depan Acap. Yang Acap ni pulak asekkk bahan aku eh. Suka engkau yer. Yeler, tahuler suara eden tak sedapnyer. Macam katak manggil hujan. Rugilahhhh.
Baru baru ni pung ada keluar karok dengan besprengg, Rayhan tapi takdok ambik gambar bersama sebab munculnya masalah masalah tertentu. Haih, takpa la. Otak ada, biarlah kenangan bersemadi dekat situ. Asalkan, kita enjoykan keluar hari tu kan kan kan. Kalau kau kata tak, satgi bagi penampor. Aiceh.
Dah. Ini entri double bosan, nasiblah kau dah baca. Wakakakakakaka.
.

0
comments
Sunday, May 1
Lahirnya Seorang Puteri
Pada zaman dahulu kala, manusia sejagat sentiasa menumpahkan taat setia pada Raja. Sememangnya perkara tersebut menjadi lazim dalam norma masyarakat. Sama ada Raja merupakan seorang yang berhati mulia, mahupun kejam, rakyat jelata tidak mengendahkannya dan terus taat kepada Raja.
Suatu hari, tuanku Raja bersama Permaisuri yang indah paras rupanya itu, mencemar duli dengan bertandang ke kawasan perkampungan Isketambola. Sungguh terkejut rakyat jelata. Ada yang sedang bekerja, ada pula yang sedang berjual beli. Pekikan suara si pembeli dan si penjual terus hilang dek kerana bergemanya suatu bunyi yang sangat kuat. Gemanya mengjangkau seluruh kampung. Gema itu menandakan sesuatu dan ya, mereka memahaminya. Segera sahaja mereka melutut dan menunduk dengan rasa rendah diri.
Tuanku Raja yang mulia yakni berjiwa rakyat terus berjalan dan berjalan tanpa menghiraukan titisan peluh yang membasahi persalinannya itu. Begitu juga dengan tuanku Permaisuri. Pasti ada sesuatu yang tuanku Raja perkenankan. Rakyat jelata sudah mula gelisah mendengarkan kebisuan yang tiada akhirnya. Sunyi sepi pekan yang bersuasanakan riuh rendah sebentar tadi. Tuanku Raja membisikkan sesuatu kepada pemangku dirajanya.
" Dengar sini wahai tuan hamba sekalian! Hamba membawa titah duli yang maha mulia. Silakan tuan hamba sekalian bangun dan memasang telinga serta mengunci bicara! ", laungan si pemangku diraja.
Tanpa bersuara, rakyat jelata bingkas bangun dan menumpukan perhatian pada pemangku diraja.
"Jikalau tuan hamba sekalian bisa melihat, hamba telah meninggalkan lima puluh helai kepingan kertas berwarna kuning ini di atas meja. Jikalau tuan hamba sekalian bisa membaca, fahamilah isi kandungannya. Jikalau tuan hamba sekalian bisa bercakap, sebarkan lah ia kemana mana. Maka dengan ini, tuanku Raja dan Permaisuri akan berangkat pulang. Ampun tuanku! ", bicara si pemangku diraja buat kali kedua.
Sembah diberi kepada rombongan istana. Hingar bingar suara melaungkan ampun tuanku ampun tuanku. Setelah rombongan istana hilang dari pandangan rakyat jelata, maka rakyat jelata pun berebut rebut mendapatkan kertas kuning tersebut. Tak tertahan rasa ingin tahu mereka. Apa sahaja yang tertulis atas kertas kuning itu. Apa sahaja yang diperkenankan oleh tuanku Raja. Baris demi baris ayat tekun dibaca oleh rakyat jelata.

Bismillahirrahmanirrahim. Salam sejahtera ke atas rakyat jelata beta yang sangat beta kasihi. Tuan hamba sekalian sudah maklum akan berlakunya duka cita dalam kehidupan beta sekeluarga. Sudah bertahun tahun beta dan tuanku Permaisuri berusaha untuk mendapatkan cahaya mata perempuan. Sesungguhnya tuanku Permaisuri sangat inginkan seorang puteri untuk menemankan hari harinya. Maka dengan ini, beta mahukan seluruh rakyat jelata mencari seorang budak perempuan untuk dijadikan puteri sulung kerabat diraja Isketambola. Namun demikian, hendaklah budak perempuan tersebut memenuhi kehendak hati Permaisuri beta. Telah beta senaraikan kesemuanya.
- Namanya hanya dua patah perkataan.
- Lahir pada 1 Mei 1993 bersamaan hari Sabtu.
- Berketurunan Jawa.
- Menetap di kawasan milik Raja Alam Shah.
- Menghuni perkampungan teres.
- Merupakan anak kedua dari empat orang adik beradik.
- Mempunyai dua orang sahabat baik.
- Ada putera yang sudah bertakhta di hati.
- Mendapat pendidikan yang sempurna.
- Cita citanya cendorong ke arah dunia perniagaan.
- Gemar melibatkan diri dalam alam fantasi.
- Nasi goreng sotong menjadi santapan kegemaran.
- Memilih buah jambu air sebagai pencuci mulut.
- Baik paras rupa dan elok budi pekertinya.
- Memakai sarung kepala.
- Bisa berdebat dan melawan percanggahan.
- Cepat tersentuh hatinya yakni sensitif.
- Lembut berpada, tegas berpada.
- Mampu menyediakan santapan.
- Berfikiran positif.
Tamatlah sudah hasrat beta. Beta menunggu khabar baik dari tuan hamba sekalian. Segerakanlah pencarian ini. Sesungguhnya beta tidak mahu Permaisuri beta berduka.Yang mulia,
Raja Pah Rodin dan Permaisuri Saro Pahsa.
Rakyat jelata hampir tidak tidur siang dan malam mencari gerangan si empunya diri yang tuanku Raja dan Permaisuri perkenankan. Sedangkan jambatan emas sanggup rakyat jelata laksanakan, apatah lagi untuk mencari seorang manusia. Mampu saja rakyat jelata Isketambola menyempurnakan hasrat tuanku Raja mereka.
1 Mei kian hampir. Berkat kesungguhan dan ketaatan rakyat jelata pada tuanku Raja dan Permaisuri, sudah diketemukan seorang budak perempuan yang tersangat sempurna. Tersangat mengikut kehendak tuanku Permaisuri. Seluruh khabar berita gembira tersebar ke seluruh kawasan termasuk kawasan milik Raja Alam Shah. Sesungguhnya tuanku Permaisuri sangat berkenan sungguhpun budak perempuan itu sudah hilang keturunannya. Hanya yatim piatu.
Akhirnya tuanku Raja dan Permaisuri mengadakan majlis tiga hari tiga malam untuk menyambut hari kelahiran puteri sulung mereka. Rakyat jelata ternyata mendapat balasannya apabila dijamu dengan santapan diraja yang lazat lagi mengenyangkan selama tiga hari berturut turut. Hari tersebut juga telah tuanku Raja isytiharkan sebagai hari cuti untuk para pekerja. Puteri sulung mereka sangat disayangi oleh kedua ayahanda dan bondanya. Sememangnya budak perempuan itu sangat bertuah kerana bisa menjadi salah seorang pewaris takhta kerabat diraja Isketambola. Rakyat jelata tidak putus putus mengucapkan Selamat Hari Lahir dan semoga Allah menyelamatkan tuan Puteri. Amin.
Maka tamatlah sudah hikayat Puteri Rayhan Farhana binti Raja Pah Rodin. Wassalam.

6
comments
Subscribe to:
Posts (Atom)