Sunday, May 29

Apa Nak Jadi Meyh?

Assalamualaikum, jawab jangan tak jawab.

Terkejut jugak aku bila entri - Penangan Demam B dah turun carta dalam senarai Entri Fofular dokek sebelah tu haa. Selama ni kekal menjadi juara di tangga teratas. Apa nak jadi meyh? Takpa, sabar Belieber. Sabar.

Okay, mula.

Aku rasa bebudak batch aku mesti dah rasa perubahan hidup tu. Sama ada perubahan yang bagus ataupun perubahan yang krekkk. Dulu masa kecik kecik, soalan pasal cita cita tu penting. Kalau baru masuk sekolah, soalan tu mesti ada bila nak memperkenalkan diri.

Cita cita aku? Hendak menjadi seorang doktor.

Namun, aku rasa cita cita aku makin lama makin kabur dek kerana haluan aku sudah tidak lurus lagi. Sumpah aku tak tahu aku dapat jadi doktor ke tak. Aku ada keinginan tu, tapi aku tak dapat mengikut usahanya.

Senang cerita, cita cita aku lain. Apa yang aku belajar sekarang lain.

Aku cuma boleh berdoa permohonan aku untuk mendapatkan sesua
tu itu, lulus. Insyaallah, amin. Maka, aku kena bersabar dan belajar apa apa sahaja yang perlu sekarang. Kena bersiap sedia nak menghadapi cabaran tersebut. Setakat penat lelah mengantuk bagai tu, aku dah pernah rasa kesemuanya. Sama macam zaman aku kawad hari hari, padahal SPM nak menjemput aku pergi dating dah.

Aku ibarat sebuah pendrive yang kosong tanpa apa apa maklumat.
Aku akan kembali dengan maklumat yang banyak dan telah disusun dal
am folder.
Aku akan melawan segala virus yang nak menyerang aku.
Aku akan memberi khidmat kepada tuan aku.

Inilah perumpamaan yang aku belajar baru baru ni. Mampu ke aku nak jadi macam tu? Wallahualam. Doakan aku okeng!

Skop kawan kawan aku menjadi semakin luas, alhamdulilla
h. Betullah orang kata. Biar kita takda ramai kawan, asalkan kawan yang ada tu dapat menjadi kawan sejati kita. Boleh dikatakan aku rapat dengan semua kawan kawan aku. Insyaallah, akan kekal rapat sehingga ke penghujung dunia. Bak kata omputeh, keep in touch :D

Aku akan berusaha untuk lebih kerap menghapdet. Chaiyok chaiyok!


No comments: