Assalamualaikum sahabat sekalian.
Ada maksud tersirat di sebalik tajuk, kasi baca kemudian fahamkan.
Orang Malaysia sekarang pergilah ke mana pun, mesti ada yang keluh kesah. Tak payah berjalan jauh, duduk rumah dan buka fesbuk pung dah boleh baca aduan orang. Yela, hari sekarang dah panas sangat dah cuacanya. Sedangkan budak sememeh yang bangun makan tidur melepak dalam rumah boleh berpeluh peluh, apatah lagi buruh yang kena bekerja luar kotak. Mesti lagi panas kan, kena berjemur lagi. Bersyukur dan sabor je laa ~
Apa yang paling penting, banyakkan minum air kosong untuk mengelakkan dehidrasi, yep.
Okaylah, macam dah lama sangat jek rasanya aku tak mencoret. Bukan apa, hampir hari hari aku akan tekan butang new post dan mula menulis. Tapi hampir hari hari jugak, aku padam semua then log out. Entah kenapa, aku rasakan ada saja yang tak kena. Kita ni kalau nak buat sesuatu, kena bersungguh sungguh. Kalau buat kerja pun setakat cincai boncai, macam mana orang nak appreciate kerja kita kan? First impression tu penting. Biar lambat, asalkan terbaik. Hikhik.
Seperti yang aku dah habaq sebelum ni, memang banyak benda yang nak aku kongsikan. Jadi semua cerita yang ala ala pekasam tu, nak dibongkarkan sebelum terlambat. Sebelum aku lupa dan takkan interpret lagi dah ye. Cer bayangkan, baru jadi penganggur sikit punya malas nak hapdet. Bila dah pegang status pelajar tu, dah macam mana pulak gamaknya. Memang berhabuk, bersaranglah belog ni nanti. Hilanglah seri, hilanglah follower. Tak gitu?
Sebut pasal nak jadi pelajar ni, ada kawan aku yang cun lagi pewitt ni nak berhijrah ke Perak dah. Siapa lagi kalau bukan Fakhriah Tajima. Haish, kita ni nak kata rapat tak jugak, nak kata kawan sekelas tak jugak, nak kata kawan kaki lepak, hoish memang taklah en. Entah macam mana kau boleh tergerak hati nak ajak aku keluarkan, FT? Aku pun terkejut monyet jugak masa kau tiba tiba,
" Fara, jom keluar? "
Aku pung memang dah bosang sangat dah, boleh ajelah keluar dengan kau. Tapi pergi kasi muka bajet jek. Yela aku takdok pitih. Setakat teman FT beli pashmina tu, buat sempoi ajelah kan. Jadi terlaksanalah pelan terkejut monyet tu, tak jauh mana pun keluar. Cuma pergi meredah tiga kompleks beli belah yang ada dekat Subang. Tak tahu? Nak aku kasi tahu? Tak payahlah. Kompem korang dah tahu dah dekat mana lokasinya. Ngehngeh.
Betullah orang kata, semakin jarang kita berjumpa dengan seseorang tu, semakin banyak benda untuk diborakkan. Haa tu dia, keluar dah hipotesis Sains apa ke bagai dah ek. Memang betul. Sebelum ni belum pernah aku lepak berdua dengan FT. Agak kalut juga memikirkan keadaan kitaorang, tapi sangkaan ku ternyata meleset. Kitaorang okay je kot! Banyak gelak, banyak rahsia, banyak mengumpat oppssss. Hikhik. Mama pung dah macam blur blur bila dia nampak FT hantar aku balik rumah. Tak pernah dia jumpa FT, macam mana nak kenalkan. Aku pun tak tahu macam mana nak terangkan macam mana aku boleh kenal FT. Hah, punyalah banyak macam mana yep.
Semangat Bieber tu penting. Masuk Popular semata mata nak cari buku paling ungu tu. Batak gilo aku bila dapat selak dan baca sekejap kisah hidup Bieber. Hikhik. Banyak sangat dah gambar handsome Bieber dalam tu. Mesti lakukan buku tu. Dekat rak tu pung tinggal dalam dua tiga buku je lagi. Wuhuuu. Itew nak beli tapi mahal ler. Tulun belikan boleh tak? Hee. Dah buat muka comel, senyum tunjuk gigi dah ni. Hee. FT pun layankan ajelah kerenah aku. Hahaha.
Apapung, selamat menjalani kehidupan baru ye Fakhriah Tajima. Dah sampai sana, buat rilek dan kekalkanlah Tajima kau. Biar ada hidupnya Perak Tajima! Andaikata ada balak style Bieber, jangan lupa rekemankan aku! Kahkahkah. Lepas ni, boleh ler cakap Peghok ye. Hari hari kita bakor kita bakor je la. Amboiiiii.
Adalah satu hari dalam bulan April kalau tak silap, aku keluar ngedate sekejap dengan dua orang boyprengg kesayangan itew ni ha. Jangan jeles mak ada dua orang boyprengg nokkk. Err ada aku kesah? Ala, peace je la. Hee. Almaklumlah ada orang baghu dapat lesen kegheta. Angkut aku ke hulur hilir tu, wajib! Hahaha. Rancang keluarnya sebelum hari tersebut tapi hari tersebut baru keluar. Biasalah janji Melayu, mana betul sangat. Faham dok ni? Tak ler tu. Takpa la, abaikan.
Mangun magi magi, pi bekfes. Tapi aku dah makan. So teman Acap je bekfes. Ek eleh, keluar empat orang. Yang makannya sorang je? Hambik. Dah habis makan, masing masing tak rasa nak balik. Lagi lagi aku, nak keluar dahlah payah. Bila dah keluar, memang heaven ler. Dok pusing pusing sampai ke Seksyen 13 tu haa. Niat di hati nak cari library baru tu, tapi tak jumpa pung T_T Mana meyh library tu? Siapa tahu, tulun inform aku secepat mungkin yep. Nanti aku bagi gegula burger yang liat liat tu. Peberet tuuu.
Kesudahannya kitaorang pergi karok. Waterparklah aku karok. Memang mencik doh karok. Dulu bekas abang sayang itew nak bawa pergi karok, sumpah tak mahu tak mahu. Hahaha. Kelakar pulok bila fikir balik. Tak mati punlah karok tu kan. Hihihi. Sempoi, buat muka steady, nyanyi depan Acap. Yang Acap ni pulak asekkk bahan aku eh. Suka engkau yer. Yeler, tahuler suara eden tak sedapnyer. Macam katak manggil hujan. Rugilahhhh.
Baru baru ni pung ada keluar karok dengan besprengg, Rayhan tapi takdok ambik gambar bersama sebab munculnya masalah masalah tertentu. Haih, takpa la. Otak ada, biarlah kenangan bersemadi dekat situ. Asalkan, kita enjoykan keluar hari tu kan kan kan. Kalau kau kata tak, satgi bagi penampor. Aiceh.
Dah. Ini entri double bosan, nasiblah kau dah baca. Wakakakakakaka.
.
No comments:
Post a Comment