Sunday, May 1

Lahirnya Seorang Puteri

Pada zaman dahulu kala, manusia sejagat sentiasa menumpahkan taat setia pada Raja. Sememangnya perkara tersebut menjadi lazim dalam norma masyarakat. Sama ada Raja merupakan seorang yang berhati mulia, mahupun kejam, rakyat jelata tidak mengendahkannya dan terus taat kepada Raja.

Suatu hari, tuanku Raja bersama Permaisuri yang indah paras rupanya itu, mencemar duli dengan bertandang ke kawasan perkampungan Isketambola. Sungguh terkejut rakyat jelata. Ada yang sedang bekerja, ada pula yang sedang berjual beli. Pekikan suara si pembeli dan si penjual terus hilang dek kerana bergemanya suatu bunyi yang sangat kuat. Gemanya mengjangkau seluruh kampung. Gema itu menandakan sesuatu dan ya, mereka memahaminya. Segera sahaja mereka melutut dan menunduk dengan rasa rendah diri.

Tuanku Raja yang mulia yakni berjiwa rakyat terus berjalan dan berjalan tanpa menghiraukan titisan peluh yang membasahi persalinannya itu. Begitu juga dengan tuanku Permaisuri. Pasti ada sesuatu yang tuanku Raja perkenankan. Rakyat jelata sudah mula gelisah mendengarkan kebisuan yang tiada akhirnya. Sunyi sepi pekan yang bersuasanakan riuh rendah sebentar tadi. Tuanku Raja membisikkan sesuatu kepada pemangku dirajanya.

" Dengar sini wahai tuan hamba sekalian! Hamba membawa titah duli yang maha mulia. Silakan tuan hamba sekalian bangun dan memasang telinga serta mengunci bicara! ", laungan si pemangku diraja.

Tanpa bersuara, rakyat jelata bingkas bangun dan menumpukan perhatian pada pemangku diraja.

"Jikalau tuan hamba sekalian bisa melihat, hamba telah meninggalkan lima puluh helai kepingan kertas berwarna kuning ini di atas meja. Jikalau tuan hamba sekalian bisa membaca, fahamilah isi kandungannya. Jikalau tuan hamba sekalian bisa bercakap, sebarkan lah ia kemana mana. Maka dengan ini, tuanku Raja dan Permaisuri akan berangkat pulang. Ampun tuanku! ", bicara si pemangku diraja buat kali kedua.

Sembah diberi kepada rombongan istana. Hingar bingar suara melaungkan ampun tuanku ampun tuanku. Setelah rombongan istana hilang dari pandangan rakyat jelata, maka rakyat jelata pun berebut rebut mendapatkan kertas kuning tersebut. Tak tertahan rasa ingin tahu mereka. Apa sahaja yang tertulis atas kertas kuning itu. Apa sahaja yang diperkenankan oleh tuanku Raja. Baris demi baris ayat tekun dibaca oleh rakyat jelata.

Bismillahirrahmanirrahim. Salam sejahtera ke atas rakyat jelata beta yang sangat beta kasihi. Tuan hamba sekalian sudah maklum akan berlakunya duka cita dalam kehidupan beta sekeluarga. Sudah bertahun tahun beta dan tuanku Permaisuri berusaha untuk mendapatkan cahaya mata perempuan. Sesungguhnya tuanku Permaisuri sangat inginkan seorang puteri untuk menemankan hari harinya. Maka dengan ini, beta mahukan seluruh rakyat jelata mencari seorang budak perempuan untuk dijadikan puteri sulung kerabat diraja Isketambola. Namun demikian, hendaklah budak perempuan tersebut memenuhi kehendak hati Permaisuri beta. Telah beta senaraikan kesemuanya.

  • Namanya hanya dua patah perkataan.
  • Lahir pada 1 Mei 1993 bersamaan hari Sabtu.
  • Berketurunan Jawa.
  • Menetap di kawasan milik Raja Alam Shah.
  • Menghuni perkampungan teres.
  • Merupakan anak kedua dari empat orang adik beradik.
  • Mempunyai dua orang sahabat baik.
  • Ada putera yang sudah bertakhta di hati.
  • Mendapat pendidikan yang sempurna.
  • Cita citanya cendorong ke arah dunia perniagaan.
  • Gemar melibatkan diri dalam alam fantasi.
  • Nasi goreng sotong menjadi santapan kegemaran.
  • Memilih buah jambu air sebagai pencuci mulut.
  • Baik paras rupa dan elok budi pekertinya.
  • Memakai sarung kepala.
  • Bisa berdebat dan melawan percanggahan.
  • Cepat tersentuh hatinya yakni sensitif.
  • Lembut berpada, tegas berpada.
  • Mampu menyediakan santapan.
  • Berfikiran positif.

Tamatlah sudah hasrat beta. Beta menunggu khabar baik dari tuan hamba sekalian. Segerakanlah pencarian ini. Sesungguhnya beta tidak mahu Permaisuri beta berduka.

Yang mulia,
Raja Pah Rodin dan Permaisuri Saro Pahsa.

Rakyat jelata hampir tidak tidur siang dan malam mencari gerangan si empunya diri yang tuanku Raja dan Permaisuri perkenankan. Sedangkan jambatan emas sanggup rakyat jelata laksanakan, apatah lagi untuk mencari seorang manusia. Mampu saja rakyat jelata Isketambola menyempurnakan hasrat tuanku Raja mereka.

1 Mei kian hampir. Berkat kesungguhan dan ketaatan rakyat jelata pada tuanku Raja dan Permaisuri, sudah diketemukan seorang budak perempuan yang tersangat sempurna. Tersangat mengikut kehendak tuanku Permaisuri. Seluruh khabar berita gembira tersebar ke seluruh kawasan termasuk kawasan milik Raja Alam Shah. Sesungguhnya tuanku Permaisuri sangat berkenan sungguhpun budak perempuan itu sudah hilang keturunannya. Hanya yatim piatu.

Akhirnya tuanku Raja dan Permaisuri mengadakan majlis tiga hari tiga malam untuk menyambut hari kelahiran puteri sulung mereka. Rakyat jelata ternyata mendapat balasannya apabila dijamu dengan santapan diraja yang lazat lagi mengenyangkan selama tiga hari berturut turut. Hari tersebut juga telah tuanku Raja isytiharkan sebagai hari cuti untuk para pekerja. Puteri sulung mereka sangat disayangi oleh kedua ayahanda dan bondanya. Sememangnya budak perempuan itu sangat bertuah kerana bisa menjadi salah seorang pewaris takhta kerabat diraja Isketambola. Rakyat jelata tidak putus putus mengucapkan Selamat Hari Lahir dan semoga Allah menyelamatkan tuan Puteri. Amin.



Maka tamatlah sudah hikayat Puteri Rayhan Farhana binti Raja Pah Rodin. Wassalam.

.

6 comments:

ana :D said...

waaahhh kreatif gilaaaaaaaaa :D

MSS said...

bon anniversaire

ray hanna said...

puteri baru lahir nak berkata :

terima kasih atas hikayat yg sudah dicatit . sesungguh nya beta sangat bebesar hati semasa mengamati penulisan ini . bertuah nyaa beta bersahabatkan seorang yg sangat baik hati . hihi :D

Fara Dee said...

ana :D....
mana ada kreatif duhh! Hahaha ni pung aku main bantai je tulis. Entah betul ke tak penggunaan ayat ayat tu hakhakhak.

MSS....
Erk bahasa apa tu? Hahahaha Thanks sebab wish untuk Puteri Rayhan Farhana :)

ray hanna....
Ampun tuanku. Patik juga berasa sangat berbesar hati kerana tuan Puteri sudi membaca catitan patik ini. Selamat Hari Lahir! Ngehngehngeh <3

ainaMeer said...

ARGHH , I LOVE THIS 'ESSAY' , err haha , gudjob !

Fara Dee said...

Essay? Pung bolehlah haha thanks Aina! Nanti Aina ciplak je, guna untuk karangan SPM. Bhahahahaha :D