Saturday, June 4

Nak Memetik Bunga Di Taman

Assalamualaikum.

Esok aku nak gerak ke Batu Pahat. Roommates aku semua dah macam pelik belaka bila aku dah teruja nak pergi. Alahai, first time beb.

Orang kata kalau seorang lelaki menyuarakan hasrat ingin memperisterikan seorang perempuan sama ada melalui niat, bahasa tubuh atau pun kata kata, kemudian si perempuan bersetuju, boleh dikira bertunang. Kerana tunang itu sendiri mem
bawa maksud lamaran. Jikalau dah melamar, sudah bertunang. Haram bagi seorang perempuan tersebut untuk bermain mata dengan lelaki lain. Betulkah?

Muka ada gaya macam tunang orang tak? Sebab banyak kali dah abang handsome suarakan suara hati nak melamar. Kayy tipu. Ish kalau betul kita dah dikira bertunang bila cakap nak kahwin, payahlah ek. Kena praktis lari pecut hari hari. Biar bila si boyprengg nak melutut bagi lamaran yang ala ala kononnya romantik, terus lari tak pandang belakang punya. Kui kui.

Jadi, perlu ke aku menyertai rombongan merisik dan meminang ini s
ampai ke Johor?

Ya, perlu.

Sebab itu adalah adat. Adat sememangnya dijunjung tinggi, lagi lagi orang Melaka. Ke Negeri Sembilan ek? Ampun, tak gheti mendalami adat sangat. Namun, adat itu tidak wajib. Kiranya rombongan ini hanyalah untuk merasmikan pertalian pertunangan tersebut. Agar perkara tersebut dapat dihebahkan dan direstui oleh semua pihak, insyaalla
h.

Aku duduk goyang kaki tengok AF. Mama sibuk buat gubahan tepak sirih junjung. Sekali sekala, terkelip juga mata aku melihat benda alah tu. Sempat bertanya, kenapa kena ada benda alah tu?

Subjek benda alah : Tepak sirih junjung.

Mama kata sebab benda alah tu memang kena ada. Cuma masa majlis pernikahan nanti, tak payah ada lagi. Aku terus diam, membisu. Langsung tak menolong apa pun. Pemalas kan aku?

Semua benda dah hampir siap. Aku tolong tengok je la. Ada la juga terlelap sesaat. Kah kah.

Kami beri hantaran berangka tujuh dulang. Akan dibalas hantaran berangka sembilan dari pihak perempuan. Agak agak, apa benda yep yang akan kami dapat d
ari orang Johor? Jauh ni nak bawa balik ke Shah Alam. Yang aku tahu, makanan mesti kena sapu dulu.

Puihhh, tahniah bro. Selamat bertunang.

Hantaran warna biru. Kenapa tak hijau? Sebab abang gua tak minat hijau -______-


5 comments:

ana :D said...

wahh congrat and selamat bertunang for your bro. :D

Fara Dee said...

Yay terima kasih ! *yay pulak hahaha

Abang orang tu pun dah bertunang kan hari tu? hehe congrats gak.

Hunn M said...

Kak Fara comel :)

suzey said...

ckp kt abg , tahniah .
wlupn xknal
hahaa
*ttbe j ;p

Fara Dee said...

Hunn M :
Eh mana ada comel la hee :)

Suzey :
Terima kasih! <3