Baru lepas belek - belek twitter, timeline penuh dengan seorang budak yang dok canang kemarahan dia. Bila dah malam - malam, timeline pulak slow hmmm apa lagi stalker mode: ON ON ON. So aku pun usha la apa kebenda dia dok marah sangat tu. Rupanya ada orang kantoi tang menipu identiti. Pelik, orang sanggup susah payah menyamar sebagai orang lain. Guna nama orang lain, guna gambar orang lain.
Awatnya?
Allah dah bagi rupa yang elok dekat masing - masing. Kalau betul pun ada cacat cela, nescaya Allah kurniakan perkara yang baik pada seseorang tu. Kalau orang tu tak cantik gamaknya, mesti lemah lembut. Mesti sabar. Nah, tak ke bagus tu? Kita ni kalau deal dengan orang sabar, hampir semua benda boleh go on. Tapi AWAS! Janganlah pulak kita nak ambil kesempatan atas kesabaran dia tu kerana kesabaran pun ada limit. Tau. Kesabaran aku pun ada limit gak. Hoi.
The whole last week aku takda class sebab lecturer batalkan semua class acah acah study week la sebab Jumaat hari tu aku ada midsem exam. Ok tang exam ni aku taknak cerita apa - apa, nanti mood aku lari. Kita cerita aktiviti aku masa study week tu, boleh? Tak boleh pun, ada? Ada aku kisah? Muahahaha annoying much.
Bajet bila takda class ni aku boleh la tidur tanpa susah susah nak pikiaq kena set alarm ka nak bangun awal ka apa kan. Sekali hari Isnin je dah ada event. Aku kena jadi patient untuk senior dalam course aku. Sebagai freshie, aku taknaklah nampak macam kekwat sangat taknak bergaul dalam aktiviti course, nanti tak pasal pasal kena banned. So aku decided untuk join sekaki. Dari apa yang aku tahu, ni macam exam besar gak la untuk senior. Ingat course engineering je ada exam bukan on paper? Ingat course fashion je ada exam bukan on paper? Optometry pun ada, gerek!
Exam ni melibatkan apa apa la berkenaan examination on eyes. Macam kau pergi klinik mata lepas tu kau mengadu kau tak berapa nak nampak ke or kau sakit mata ke, so kau akan experience these kind of tests la. So aku rasa agak bertuah sebenarnya sebab aku tak pernah buat eyes test. Selalunya kalau nak buat pun, kena bayar kan dekat luar? Yang ni free free je and senior pun akan layan kita macam layan patient betul - betul. Ikut philosophy optometrist la. Aku jadi patient untuk sorang akak bibir pink ni. Lawa juga, tapi aku tak ingat nama dia apa. Dia dah tahun ketiga dah, tahun depan last year dia then grad! Oh indah dunia!
Senior: Adik pernah cek mata sebelum ni?
Aku: Tak.
Senior: Adik ada masalah rabun?
Aku: Tak.
Senior: Ok. Adik pernah pakai cermin mata? Contact lens?
Aku: Tak, tak.
Senior: Hmm *geleng kepala*
Akak tu pulak yang geleng kepala! Haha kesian aku nengoknya sampai dia buntu tak tahu nak buat test apa. Disebabkan aku buat - buat mengadu yang aku rasa aku ada silau, so dia pun baru boleh gerak langkah nak buat apa. Dia decide nak check sama ada aku ada rabun ke tak and check sama ada aku ada sebarang penyakit mata ke tak. Aku? Aku okay je apadehal kan hahahaha padahal cuaks dalam hati -.-"
So test sana sini, try pakai lens sana sini, teka huruf apa sana sini, tengok warna apa sana sini, kelepet mata sana sini (sakit), juling sikit sana sini, akhirnya alhamdulillah aku lulus semua test dengan jayanya! Bhahaha. Mengikut analisis akak tu, aku memang takda rabun langsung. Sebarang penyakit mata pun takda. Cuma aku ada silau sikit, mata kanan +0.75, mata kiri +0.05. Silau ni memang tak bahaya sangat, cuma dia sarankan aku pakai specs kalau aku nak memandu jauh malam - malam. Sebab before tu, aku mengadu kat dia aku silau tengok lampu kereta padahal in reality, AKU MANA DRIVE MEMALAM PUNG. Propa semua tu puihhhh. Konklusinya, semuanya selamat mihmihmih.
Sepatutnya sorang optometrist dan patient nya ada masa dalam 1 jam sengah. Tapi sesi aku dengan akak tu siap dalam 45 minit je. Hahaha bapak cepat. Sebab kebanyakan aku takda masalah, jadi kerja akak tu pun jadi senang dan mudah. So nak menghabiskan masa akak tu banyaklah tanya pasal family, pelajaran, sekolah semua. Akak tu quite friendly, jadi aku pun tak rasa awkward sangat. Jenis aku ni, orang diam aku diam. Orang cakap, aku dua kali ganda cakap. Senang je nak deal dengan aku, ye dak? Hikhok.
Lepas habis sesi test menge-test aku, Azim datang jumpa aku dekat MSU. Cewahh, surprise betul! Haha. Time tu dah agak lewat petang tapi sebab susah benor nak jumpa Azim ni, aku bolehkan juga la untuk spend time jap dengan dia. Disebabkan tesco extra pun takda benda yang menarik, aku ajak Azim lepak Mcd. Dah Azim taknak decide, aku decide la. Kalau lepak dengan aku ni, memang Mcd je jawab dia. Semua pengaruh Fatin!! Haha. Kali ni back to basic, aku order Double Cheese Burger. Minggu sebelum tu dah makan Samurai Burger. Sedap je burger tu, aku tak tahu apa masalah korang cakap burger tu tak sedap. Samurai kot? Haip Ninja! And lepak dengan Azim ni, mesti takda gambar. Haha. Masalah betul.
Curi dari blog Tima hikhik :D |
Hari seterusnya (tak ingat hari apa) aku jumpa Fakhriah Fatin aka Tima! Lama tak lepak dengan minah ni. Last jumpa pun masa open house raya hari tu. Tu pun tak sempat nak borak banyak sebab yela Tima tuan rumah, busy. Yola faham. Tak plan pun nak keluar, sebab aku sebenarnya nak pergi sekolah je. Ada urusan sikit. So Tima ajak pergi breakfast sekali. Breakfast then pergi sekolah then lunch dekat Tutti Frutti. Bagus kan lunch dekat sana? Muehehehehe. Aku ni bukanlah penggemar TF ni sangat tapi dah sebab Tima ni dok mengidam, aku pun layankan je la. Tak tahu kenapa aku macam tak berminat dengan makanan 'moden' zaman sekarang macam TF ni, macarons, coolblog, red velvet, chatime entah ke apa apa lagi lah. Mana makanan ni tetiba wujud pun cheq tak tau -__-
Macarons pelik. Kan? Cakap ye...
The rest aku duduk rumah je makan tidur online study. Kan jumaat tu exam pleaselah sedar diri untuk study! Walaupun orang kata ni exam midsem je, subject pun bukan core, aku still rasa macam nak score. Tak pernah merasa dapat 4 flat. Kalau dapat, bukan ke best? :') Memandangkan ni exam pertama aku sejak pursue degree ni, naklah yang terbaik supaya aku boleh pakukan keyakinan aku. Bila kita yakin, insyaallah things will be better. Yakin ye, bukan mendabik dada. Jangan riak, jangan sombong. Ingat tu anak anak #notetoself
Main redah je ambil gambar ni using my phone hoho horlicks! |
Kelmarin aku pergi Putrajaya! Awesome gila scenery dia. Highway smooth, landskap cantik, senibina impressive. Pusat pentadbiran in one place, senangkan kalau nak berurusan? Cuma aku rasa palat sikit sebab banyak traffic light. Haha. Memandangkan ni first time aku datang Putrajaya, jadi aku memang batak. Merasa juga lalu jambatan macam jambatan Penang tu. Nampak juga masjid Putrajaya wuuuu. Tak dapat nak ambil gambar sangat sebab tengah drive. Sempat capture dalam minda je la hikhik :D Kalau Shah Alam macam Putrajaya, mesti cantik kan. Mesti bersepah orang acah photographer dekat sini kan. Eh?