Monday, October 29

October Tweet Festival Raya!

Assalamualaikum rockafellas Cinderella ku yang handsome dan cantik!

Amboi kau FD berlagak macam ada pembaca! Bhahaha. Ok aku rasa dah terlambat dah sebenarnya pun nak wish Selamat Hari Raya Aidiladha. Haha lantaklah kisah apa kan. So member - member yang jauh ramai tak pulang ke kampung halaman disebabkan cuti yang sekejap ataupun ada yang bakal exam tak lama lagi. So goodluck kayz! Especially to my dear friends yang berjuang untuk final exam start esok dekat matriks. You know who you are :)

Sesiapa yang balik rumah untuk raya tu korang celebrate raya korban kali ni macam mana? For me raya kali ni sangat different macam yang tahun tahun sebelumnya. Selalunya tradisi keluarga kitaorang kalau raya haji mesti balik kampung belah Mama kat Tanjung Karang. Kalau rajin, kitaorang akan pergi Masjid tengok acara korban. Kalau tak, kitaorang akan makan makan je dekat rumah nenek. Tahun ni lain sikit sebab nenek datang my house dekat Shah Alam! Hah nenek aku raya kat bandar kau! Kelassss!

Since my grandma datang sini, Mama decide untuk kumpulkan adik beradik dia dekat sini. Oh fyi I just have satu je nenek, which is my Mama's mother. Yang lain memang dah takda. So apa apa perayaan pun, banyak celebrate with family belah Mama. Belah ayah jarang sangat plus family Ayah duduk merata. Adik beradik Ayah semua duduk KL, kami je sesat dekat Shah Alam ni. Haha. Sedara mara Ayah pulak still berpangkalan dekat Kelantan. Jadi sangat jarang jumpa and dah lama gila tak balik sana. Ok back to the story, Mama pulun adik beradik dia untuk masak meal masing - masing then kita share apa yang ada. Awh so sweet! And Mama pun sangat excited!

Walaupun hakikat sebenarnya bosan sebab cousin yang rapat datang lepak sekejapnya, still aku rasa suasana raya haji kali ni sangat happening. Rumah aku dah bertukar macam dekat kampung where everyone can lepak lepak baring baring tengok tv as they want to. And thank God Astro tayang movie best best. Haha. Kalau tak, memang petak nak buat apa. Takkkanlah aku nak duduk dalam bilik je buat hal sendiri. Rasa tak sopan pulak hikhik. Adik beradik Mama la paling best sebab depa boleh gossip all the way yela since jarang jumpa. Masing - masing dah kahwin, semua sibuk. Untunglah, aku ni adik beradik tak berkomunikasi pun. Tak tahu la bila semua dah kahwin nanti, macam mana gathering raya kitaorang. Anak - anak je la kot dok bising. LOL! 

Itu cerita hari Jumaat. Sekarang kita pergi cerita hari Sabtu pulak, boleh? Ah kisah apa aku. Hewhewhew (gelak annoying nak mampus) Aku plan dengan Fatin nak keluar pi Sunway Pyramid tengok Paranormal Activity. Yela nak lepak lepak la memandangkan susah nak jumpa si Fating ni. Belajar dahlah kat Perak tu, balik jarang - jarang pulak. Pishang aku hoii! Orang kata sentiasa ada back up plan in case kalau apa - apa jadi. So plan B aku, kalau kitaorang tak dapat pi Sunway,, kita pi #OctTwtFest (October Tweet Festival) ok? Haa apa kebenda alah tu kan. Okay event ni obviously khas untuk twitter user, but actually sesiapa pun boleh datang. Takda makna dia cek dulu korang ada twitter ke tak and all, cuma mungkin korang akan terasa asing sikit la sebab event ni untuk perkenalkan twitfamous, yela untuk mingle mingle dengan followers! Ahaks!

I don't care pun sebab aku tak layan pun twitfamous bagai ni. In your face, brotha.

Guess what? We went for OctTwtFest! I'm glad kitaorang pilih plan B sebab that event was surprisingly AWESOME HELL YEAH!! Event ni dekat Digi HQ Shah Alam, near to Batu Tiga to be exact. So sangat dekat dengan my house la. Lucky us! Hikhik. Just planned dengan Fatin je but last last ramai yang join. The more the merrier orang katakan? Hihi. Ada Acap, Hazarul, Meyra, Zati, Ijat, Iez. Kiralah sendiri ada berapa orang. Gathering besar habaq ang. Haha. Hujan selebat - lebatnya dengan petir guruh kilat all the way masa kitaorang nak pergi tu. I was kinda worried sebab jalan raya pun tak nampak weh .___. kabus gila. Sempat juga aku berdoa supaya Allah redakan hujan, takut apa - apa jadi. And alhamdulillah, hujan finally stopped and kami boleh teruskan aktiviti kami :D

Sampai sampai je, Syada Amzah tengah perform. Syada ni adik kepada Shila Amzah penyanyi tu uolls, wallah! Dia salah seorang twitfamous yang bermaksud tweet bagus bagus and famous acah acah gitu. Ooopss, jangan marah haa hikhik. Jom, we story story through pictures k about this event!

On our way to the #OctTwtFest! Hujan freakin lebat masa ni!
Dina Malaysian Idol is performing on the stage back there
Girls power! Fatin, Zati, Meyra and me :DD

My number for lucky draw!
OCTTWTFEST 2012 Thumb up (Y)
Pekak telinga layan dubstep!

Me of courselah yg muka bercahaya tu. Suci kan? Eh!
With my besties! Feels like a boss in the middle :P
So here we were! #OctTwtFest best

And yeah the best part of this event was I managed to meet DJ Nas-T for god's sake! OMG! Actually ni kali kedua I met him haha the first time masa dia datang shooting dekat MSU wootss! Nak ambil gambar but orang tengah shooting kan, tak boleh kacau sangat. So I was very excited dapat jumpa Nas-T and I was screaming out loud for him okay? Even he was there as a DJ, I still love him. Haha. He was so handsome and macho and all. Sangat menepati taste aku aww :* But, he passed by depan aku and aku sempat cakap, "Hi Nas-T!" And guess what? He said hi back! OHEMGEE CANT YOU BELIEVE IT?! Hahaha. He was rushing masa tu jadi taknak sibuk nak ambil gambar bagai. Masa I said hi tu, dia dah jalan ke depan, but dia pandang belakang balik. Senyum, and "oh hi!!" Melting please! Sweet gila dia senyum k! I cant help myself, terus tweet! Haha. Next time kalau jumpa dia, serious akan amik gambar. I don't care!! 

This is a video which, I recorded myself. The video is superfine and SUPERBIG. So I havte convert to video biasa je punya quality so that I can upload to here, biar size kecik sikit. Okay aku dah susah payah convert bagai kena tengok k! And cepat spot Nas-T yang mana satu! Dia pakai cap, pakai singlet mixing the music on stage. Lol aku tanya, aku jawab hahaha. The rest were just crazy crowd, dancing to the beats yo! I did headbanging sikit - sikit, taknak over sangat. I actually layan house music and trance but not sure kalau dia sama dengan dubstep. Sama ke? You tell me later okay? Banyak video I rakam but video ni kejap je, so I chose this biar korang tak bosan haha enjoy!


 
Ada Tasha Shilla and Joe Flizzow but kitaorang tak jumpa pun coz session dorang lambat sangat so we decided to leave. Yela event tu sampai pukul 2 pagi kot beragak aku nak lepak dekat sana sampai tengah malam kan! We straight balik sebab aku sendiri dah penat semacam. Tak larat dah nak pergi mana lagi. Well whatever it is, it was the best night I've ever had so far. Unusual thing I've done. Lol saya kan budak baik. Haha. Thank you so much to my friends especially dekat Acap and Hazarul coz I can tell dorang sangat bosan masa dekat event tu haha still dorang stay sebab nak accompany me. I'm sorry I can't do anything but it's nice to see you guys, rindu lama tak jumpa. Dorang tak layan my blog and if sesiapa yang kenal dorang and read this, please tell them they are the best! I love you guys! I had fun, no doubt.

I'm looking forward to go to #OctTwtFest again next year. Jom? :>