Test test one two three ehem dah sebulan tak update blog aku rasa bagai dah hilang taring. Kau rasa?
" Ek eleh baru sebulan! Gua tak hapdet setahun tak kecoh pun! "
Okay selamba.
Apa pun, aku ucapkan selamat datang Oktober, kira hutang yang lepas lepas dengan September kira dah terhapus. Kalau ada yang tertinggal, kena bayar juga bulan ni. Faham? Alhamdulillah urusan aku yang lepas lepas pun banyak dah selesai. Macam berhenti kerja, daftar Universiti untuk sambung pengajian ijazah sarjana muda aku. Itu antara langkah yang paling besar yang aku buat dalam hidup aku setakat ni. Melangkah dari budak hingusan dilatih macam askar berperang dengan jadual padat di matriks, nah sekarang aku masuk U dapat kehidupan yang ala sepoi sepoi bahasa je keadaannya.
Rasanya jarang aku berkongsi benda yang bersifat peribadi dalam blog ni. Walaupun ia blog milik aku, berkisarkan kehidupan aku, tapi rata - rata apa yang aku bicarakan semuanya perkara atas angin saja. Kira kalau sesiapa yang berniat hendak mengenali aku melalui penulisan ku yang mentah ini, mungkin tak sampai objektifnya. Sebab aku menulis bukan kerna nama ( walaupun benda alah ni sounds cliche ) dan aku menulis pun mengikut mood. Kalau aku gembira, penulisan aku panjang berjela jela idea datang mencurah - curah. Kalau aku sedih, mulalah keluar segala ayat novel atau lirik - lirik lagu cinta yang frust menonggeng. Kalau aku bosan, beginilah.
Beginilah caranya.
Dua perenggan aku membebel tanpa permulaan atau hala tuju yang jelas. Ok jom kita berbalik ke landasan yang betul.
Bila aku semakin dewasa ni, aku banyak berfikir tentang hidup. Benda yang aku tak pernah ambil tahu sebelum ni tiba - tiba saja boleh memupuk rasa ingin tahu yang dah lama berehat dalam diri ni. Orang kata, biasalah anak muda. Rasa ingin tahu tu membuak - buak. Tapi aku rasa aku dah tak layak nak dipanggil anak muda. Pemikiran tu pun dah tak layak nak describe zaman aku. Sebab selalunya hal sedemikian digambarkan untuk budak sekolah. Realitinya, budak sekolah yang banyak menimbulkan trend - trend semasa dalam skop sosial di negara kita ni.
Isu paling ringan pun sekarang ni, pasal twitfamous di Twitter.
Tidak kira pada yang ambil kisah ataupun tidak, senario anak muda lingkungan 13-17 tahun memonopoli laman sosial dengan daya penarik yang ada pada diri mereka. Kadang - kadang aku sendiri tak faham, apa yang mereka buat sampaikan mereka boleh ada follower mereka sendiri? Dan apa yang follower ni dapat kalau mereka follow twitfamous ni? Sama ada sebab rupa, fesyen ataupun kualiti tweet mereka itu sendiri. Bagi diri aku sendiri, aku tak berapa nak layan hal remeh temeh ni. Mungkin sebab aku dah dewasa. Ada otak, dah reti pakai. Atau mungkin sebab, aku bukan 'anak muda' yang macam mana mereka gembar - gemburkan?
Dari kecik, aku dah pandai berangan - angan. Orang kata tak elok berangan - angan ni nanti apa pun tak boleh. Aku endahkan saja. Pantang aku ditinggalkan sendirian, mesti ada saja yang aku angankan. Kehidupan berkeluarga banyak memupuk aku untuk jadi independent. Walaupun aku anak bongsu, tapi akulah satu - satunya perempuan. Aku takda kawan untuk bermain. Takkanlah aku nak ajak Mama main masak - masak? Tak make sense langsung omputeh kata.
Dari kecik, cita - cita aku nak jadi pramugari. Selalu pakai kasut tumit tinggi sambil bawa beg tarik ke hulur hilir di rumah. Jalan catwalk ala ala model kemudian berhenti, posing sikit untuk mendapat pujian dari Mama Ayah. Haha aku tergelak bila fikirkannya sekarang. Dah beberapa tahun sekolah agama, aku tukar cita - cita mahu jadi doktor. Aku rasa jadi pramugari tak sopan sebab tak boleh pakai tudung. Bajunya pula seksi, kainnya pula terbelah. Tak apalah, kita cari kerja lain. Lagi satu, kalau cita - cita doktor, senang nak beri jawapan setiap kali cikgu tanya, " kenapa awak nak jadi doktor? "
" Sebab saya nak tolong orang. "
Biasalah budak - budak. Semua benda nak senang. Aku nak jadi doktor tapi tak pernah berusaha. Tak pernah serius. Yang aku tahu, buat saja apa yang cikgu suruh. Bila dah masuk alam sekolah menengah baru lah aku kukuhkan niat. Kukuhkan azam yang aku mesti belajar bersungguh - sungguh. Kalau bukan untuk aku, sekurang - kurangnya untuk kedua orang tua ku. Baru kita kenal penat lelah mereka. Bermula di sini, aku niatkan semuanya untuk mereka. Aku nak dapatkan 10 A masa SPM untuk melayakkan diri aku masuk matriks. Lepas habis matriks, aku nak masuk U. Aku nak ambil course optometri. Aku dah rancang dah segala - galanya dari awal. Cuma keputusan SPM aku tak mengikut kehendak. Takpa, aku redhakan saja. Aku bersyukur walaupun tak semua A tapi masih baik. Masih dalam level yang bagus.
Alhamdulillah, terima kasih Allah.
Sekarang aku masih berada di atas landasan yang betul. Walaupun aku pernah tersungkur, aku bangkit. Walaupun aku pernah terjatuh, aku tetap bangkit. Aku tetap mahu berjalan di atas landasan aku sendiri. Bukan landasan lain yang mungkin wujud kerana paksaan. Bukan landasan lain yang dibina oleh orang asing. Bukan.
Aku nak lakukan habis baik kali ni. Aku taknak berjalan lagi, aku nak berlari. Terus berlari laju. Doakan aku untuk perjuangan ku selama 4 tahun ni ye? Untuk jadi optometrist? :)
Oh ye, sebelum aku lupa. Ada video yang aku nak kongsikan. Pelakonnya adalah kawan aku sendiri, Adli dan Farhan. Aku suka konsepnya sebab aku memang sensitif dengan friendship thing ni. Nak faham dengan lebih mendalam, boleh tengok di YouTube sebab ada sinopsis disediakan. Renung - renungkan dan selamat beramal!