Monday, July 19

kecewa

Selama ni, aku tak pernah mengalami kekecewaan yg melampau. Aku tak memahami kekecewaan tu. Bagi aku, utk apa berasa sedih, kecewa. Aku sentiasa gembira , tenang menghadapi segalanya. Tapi hal yg berlaku semalam merungkai segala emosi aku yg tak pernah aku luahkan. Semua kawan rapat tahu aku terpilih utk menyertai kem KAPA peringkat kebangsaan di Johor. Sebelum bergerak ke sana, aku harus menjalani latihan pusat di Kuala Selangor. Semuanya berjalan lancar tetapi pada malam terakhir di sana, aku kurang sihat. Namun, aku masih larat utk melakukan segalanya. Aku kiwi kasut, jahit uniform. Keesokan harinya, aku menjalani aktiviti seperti biasa. Beg pakaian sudah dikemas, sampah-sampah dikutip, bersarapan, mendengar taklimat sebelum berangkat ke Johor. Tiba-tiba nama aku dipanggil dan disuruh utk duduk. Aku menunggu kalau-kalau cikgu nak mengatakan sesuatu, tapi cikgu senyap saja. Kawan-kawan aku tolong mengangkat barang-barang aku, masuk ke trak. Aku bingung, ada apa sebenarnya. Beberapa ketika, kawan-kawan aku meletakkan semula barang-barang aku atas arahan cikgu. Aku tak sedap hati. Aku tanya cikgu, kenapa aku dekat sini. Cikgu ceritakan segalanya. Airmata aku deras mengalir. Cikgu nak hantar aku pulang dengan alasan aku sakit dan dia taknak menjaga aku. Aku tak dapat terima, puas aku merayu namun cikgu langsung tak mempedulikan aku. Aku telefon ayah, ayah juga merayu pada cikgu supaya benarkan aku pergi. Walaupun ayah bagi jaminan akan bertanggungjawab sekiranya apa-apa berlaku pada aku, tapi cikgu tetap berdegil. Aku menangis tak henti-henti. Fikiran ku cuma satu, nak pergi Johor. Aku dah penat berlatih, berusaha di sini, tapi akhirnya apa aku dapat? Senang la org cakap terima qada' dan qadar, takda rezeki, ketentuan Allah tapi takkan aku nak gembira? senyum? senang hati? bergelak tawa? Andaikan korang berada di tempat aku, korang akan rasa apa yg aku rasa! Inilah peluang terakhir aku utk g kebangsaan. Tapi harapan aku punah macam tu je. Bila aku pulang ke rumah semalam, seharian aku menangis tanpa henti. Aku tak buat apa-apa selain meratapi kekecewaan aku. Malam tadi aku mimpi aku dapat peluang utk ke Johor. Mimpi pun memahami keinginan aku tapi kenapa tidak manusia? Aku tak tahu bagaimana aku nak berdepan dengan kawan-kawan aku di sekolah, menahan kesedihan. Pada kawan-kawan aku yg mewakili Selangor, korg buat lah yg terbaik. Bawa la kemenangan yg aku tak dapat lakukan. Sekian.