Friday, April 29

Cemerlang Ker?

Assalamualaikum.

Dah ubahsuai dah belog ni. Cantik tak? Hee.
Kalau nak dihitung melalui sistem tambah, tolak, darab dan bahagi lalu disamadengankan kesemua jumlah tersebut, terdapatlah dua tiga perkara yang nak aku coretkan sebenarnya. Namun apakan daya, terlalu berat yakni malas jari jemari indah gemalai aku ni untuk menaip segala galanya. Hikhik. Maka, cukuplah satu perkara yang aku nak kongsikan hari ni. Yang lain, akan menyusul pada hari mendatang. Insyaallah.
Beberapa hari sebelum hari Sabtu bersamaan dua puluh tiga haribulan April dua ribu sebelas, tidur aku yang lena pagi tu dikejutkan dengan suara nyaring. Mama ler tu, siapa lagi kan. Entah apa yang Mama cakap, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Hampehpunyabudak. Argh, terlalu mamai untuk aku buka kelopak mata, terlalu mamai untuk aku pasang telinga. Punyalah tangan aku sibuk meraba sana sini mencari telefon. Kalau kalau ada orang yang text aku, " Good Morning, sayang :) " Kperasan hahaha. Lain yang dicari, lain yang dijumpa.

Oh, sepucuk surat.

Jelas tertera nama penuh aku atas surat itu, yang ditulis menggunakan tulisan tangan. Buka mata luas luas sikit, hilangkan mamai lu, buat rilek jap. Okay dah. Aku pun bukalah sampul surat warna putih suci tu dengan tenang. Setenang- tenangnya. Sedikit demi sedikit, aku boleh cam asal surat tu. Adanya lencana sekolah yang dicetak dengan gahnya pada bahagian atas surat tersebut. Sah ler, surat rasmi datang dari bekas sekolah aku. Sekolah menengah.

Ya, aku dijemput hadir ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2011. Sumpah aku tak pernah dapat jemputan pi anugerah. Sepanjang lima tahun aku menuntut ilmu kat sekolah tu, sekali pung tak pernah pergi. Yela, budak tak pandai sangat kan T_T Paling paling pun, aku pernah merasa anugerah kecemerlangan kokurikulum. Pun bolehlah kan? Teringat jugak, hampir setiap tahun aku rembat anugerah kecemerlangan akademik masa zaman kegemilangan di sekolah rendah dulu. Cehh, untunglah ~

Tibalah sudah hari yang ditunggu tunggu. Aku bangun awal, cari baju kurung apa yang aku nak sarungkan. Sempat lagi tanya pendapat Mama, mana yang sesuai. Adatlah perempuan eh eh eh. Puas jugak aku buat muka comel Bieber, minta Fatin temankan aku. Hahaha. Terimakasutlah ye temankan aku. Kau tahukan aku takda kawan kat sana. Lapyoulah! Hikhik. Awal pagi lagi aku dah terpacak dah dekat gate sekolah. Dah macam budak sekolah nak pergi sekolah je. Nasib baik pakai baju kurung biasa. Nampaklah sikit ciri ciri senior tu. Senior hebakkk ye dak?

Borak sana sini, makan sana sini, usha sana sini, dengar sana sini. K satu benda je aku tak puas hati. Apsal budak PMR tahun lepas yang dapat 7A 1B pung dapat duit?! Aphal masa zaman aku takda?! Aku pung dapat 7A 1B jugak okay! Langsung takda penghargaan apa pung! Haaaa ni yang nak terasa ni en en en. Dahlah tu, kengkawan aku yang bebudak 8A dulu pung takda dapat duit. Tahun ni, semuaaaaaaaaaaaaaaaa dapat. Dah ah ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Mencik mencik! -.-

Huh, chillax.

Tak sangka bebenor aku dapat dua anugerah. Bukan satu tapi dua tauuuu. Ngehngehngeh. Still, tak boleh lawan Nik la. Budak terbaik SPM! Woot woot. Tahniah ye! Selama ni kan, aku panggil Syima budak BM. Bukan apa, budak ni memang cukup sastera lah. Ayat dia stok jiwang karat punya, berbunga bunga gitu. Takut aku kalau baca karangan dia. Haha. Cikgu pun selalu puji karangan dia. Tak cukup dengan tu, Syima selalu join pidato. Tak pung, perbahasan. Pergh. Alih alih, aku dapat :

  • Matapelajaran Terbaik - Bahasa Melayu SPM 2010
  • Pencapaian Cemerlang SPM 2010

Aku dah macam, waterpark? Apahal aku pulak yang jadi muka BM nih? Hadoi, dok sibuk bagi gelaran dekat orang, last last terkena dekat batang hidung sendiri. Hambik engkau. Hikhik. Takpa la. Aku bangga dengan kedua dua anugerah tersebut. Alhamdulillah. Dua kali aku naik pentas. Dua kali jugak aku ambik gambar. Cukup marketkan aku? Kehkehkeh. Oh ya, aku dapat duit free free jek. Tak banyak, sikit. Tak sikit, banyak. Jangan jeles youuuu. Peace! Dah habis semua benda alah majlis tu, posing laa sikit dengan Syahira J hee. Dia pun dapat dua anugerah jugak, salah satunya Matapelajaran Terbaik Prinsip Perakaunan. Cayalah!



Dengan demikian, saya akan meneruskan penulisan belog dalam bahasa Melayu walaupun habis sudah saya menterbalikkan, menyalahgunakan, mereka - reka perkataan bahasa Melayu. Hikhik. Harap maap Dewan Bahasa dan Pustaka. Jangan saman yep yep. Saya dah dapat anugerah BM dah ni yep yep. Haaa yep yep.

Bahasa Jiwa Bangsa beb.


10 comments:

Izzaty Ishak said...

Terbaek lah! Sama mcm zaty. Penah dpt Terbaik BM gak masa Form 1 sampai Form 5! Suka-suka! Haha ;)

Btw, congratulations pretty! ;)

Fara Dee said...

Hah sumpah? Bapak hebat! Lima tahun jadi muka BM eh? Macam mana belajar BM ni? Mesti dasar otak sastera ek? Eh banyak soalan pulak hahaha

Thankyousomuch! Hee <3

meyra said...

fuyooo!congrats ara :)

Fara Dee said...

Janganlah fuyoooo. Malu itew! hahaha thanks Mira ! :')

Diyana said...

Wahh tahniah

Fara Dee said...

Terima kasih Diyana ! :)

A retarded kitty said...

wow! congrats!

Fara Dee said...

Wow thanks! hee :)

Halawatul iman said...

gambar saya ada la..hehe..

Fara Dee said...

Hah gambar anda?! Di mana di mana di mana kah? o.O