Wednesday, October 19

Janji Dah Bertemu

Baru lepas usha belog dua minah ni. Masing masing yang konon kononnya hot dan famous bergaduh sesama sendiri sebab lelaki. Tefakkkk? Malu la weh, sumpah malu. Benda macam tu, tak payah nak kecoh satu dunia. Buruk prestasi korang. Tercemar habisssssss.

Hai fellassss, sorry. Belum apa apa lagi dah mencarut kan. So PSPM nak datang dah Jumaat ni. Paper pertama Bahasa Inggeris. Setakat ni, aku rasa aku tak nampak lagi orang study BI. Paling paling pun study buku MUET yang pink. Dude, tak main la baca buku MUET time study week ni. Cehh bangga diri sebab dah lepas.

Alhamdulillah, MUET Speaking Test gua berjalan dengan lancar. Ada gaya.

Cuma yang kurang puas hati, sebab Hafiz banyak cakap. Ek eh sumpah Hafiz bercakap tak henti sampai kitaorang terpinga pinga bila nak masuk line untuk interrupt. Hahaha. Dahlah malam tu kitaorang praktis berdua je, habis keluar semua gagap. Apa pun tak boleh, tapi bila time test tu, semua macam pakar. Pakar speaking. Pergh pergh.

Band 6? Ke band 5? Tak tak, band 4 kot.

Puihh perasan. Ok patutnya waktu emas macam sekarang ni pergi duduk atas kerusi keras, mengadap meja, study Chemistry tapi nak buat lagu mana, perut cheq kenyang sangat dah. Malas namanyaaaa. Rileks la eh eh eh? Siang tadi dah study dah sikit, tak tipu. Betul. Study chapter 7. Banyakkkk, tak sempat nak habis sehari. Nak fahamkan je, dah berapa minit tiktoktiktoktiktok.

Mostly bebudak sekarang ramai study Maths tapi gua takda mood lagi sebab Maths susah nak mampus! Chapter belakang belakang tu memang semua ke laut la. Lecturer semua nak habiskan syllabus cepat cepat, bagi kerja tuto banyak banyak so tak sempat lagi nak spend time study Maths betul betul. Susahlah tang yang differentiation tu. Banyak formula nak ingat. Tak boleh buat soalan tanpa refer notes. Arghhhhh, macam mana ni :/

Rileks brahh. Stay cool.

Aku rasa poket seluar aku macam baru lepas kena gunting la sebab duit semua dah bocor. Habis. Tak tahu aku buat apa dengan duit aku. Padahal baru je minggu lepas Mama bagi seratus. Seratus untuk belanja diri dekat sini tapi aku habiskan buat belanja dekat luar. Sorry Ma. Pantanglah kalau keluar, tapi tak beli apa apa. Hati tu rasa tak tenang kalau tak shopping. Takpa la, janji puas hati walaupun sengsara di kemudian hari sebab dompet kosong. Dahlah ATM rosak macam jalan berlubang! Haih, fucked up betul la!



.


Oh minggu lepas pergi Sunway ngehngeh. Actually keluar pun, just nak teman Tiqah dating. Weh, dating bukan sebarang dating. First date Tiqah with her boyfriend! Naim namanya. Dah couple about 8 months macam tu, baru ada kesempatan nak jumpa. Sebab Naim tu duduk jauh. Maka, aku sebagai kakak yang baik kepada Tiqah ni, tak kisahlah nak temankan dia. Boleh jalang jalang dekat Subang. Hikhik.

Nampak bangunan tu. Cantik, cantik sangat tapi dah meletup. Sayu bila tengok Empire :(

Sempat tengok wayang. Movie The Thing! Dah lama dah tunggu cerita tu keluar, memang dah berhajat dah dalam hati nak tengok. Bila dah ada kesempatan ni, confirmlah gua nak tengok cerita tu. Agak penuhlah panggungnya sebab kitaorang dapat seat dekat area depan depan. Tak kisahlah, janji dapat tengok :D Best giloooooooo cerita tu. Sumpah, aku menjerit jerit dengan Ain. Haha. Bukan takut, terkejut. Ngeri pun ada. The Thing tu macam cerita pasal makhluk lain la, macam ketam yang besar tu. Lepas tu, cell dia boleh bergabung dengan cell manusia and then menyerupai rupa manusia. Dah tu, kejar orang, makan orang ngehngeh. Haruslah anda semua menontonnya yep.

Untuk 18SG je yo.

Haaa itew ada beli baju untuk Omey tapi macam longgar kot sebab itew tak gheti beli baju lelaki ni. Adeh, sadis. Ada ke Omey kata nak buat kain lap baju tu. Beranilah buat, sepak awak kang. Haaaaa, nak? Kehkehkehkeh.

p/s : Semua gambar unedited. Harap maklum.


No comments: