Saturday, December 10

Tulisan Langsung dari Shah Alam

Lol tajuk dah macam buat news report dekat buletin utama. Haha. Well, yes currently at home. Dah dua minggu tak balik, so decided nak balik rumah minggu ni tak kira apa nak jugak sebab the whole week layan aku macam pathetic. Damn it.

Apa pun Isnin cuti, happy birthday Sultan Selangor ahaha :D

Result final exam sem 1 keluar last Tuesday. Memula tu tak rasa macam gentar sangat, ego melangit tinggi cakap I can do this I can do this. Yela, before that big day, ramai orang cakap yang siapa siapa dapat result teruk menggila, kena masuk PDT or kena buang terus. So instinct aku kuat mengatakan yang paling teruk aku boleh dapat pun, pointer ngam ngam choi. Akhirnya bila dapat slip result tu, agak hampa la. Tengok pointer aku, laaaa sikitnya T.T Aku expect yang lebih tinggi dari tu, tapi takpa la. Alhamdulillah syukur.

Aku dapat stay dalam PST. Maka dua exam after this, aku nak genggam 4 flat insyaallah.

Aku tak pandai nak tunjuk dekat orang yang aku ni beremosi. Mungkin kerna dah terbiasa memendam rasa. So salah satu alternatif untuk cakap apa yang aku rasa sekarang ni melalui tulisan. Tulisan dalam belog ni. Macam mana aku nak start eh? Hm okay. Aku agak terkejut pada mulanya bila aku dapat tahu yang classmates ada dapat pointer rendah daripada dua and have to be in PDT soon. Yang menambahkan kekabutan, tiga orang classmates ni merupakan antara kawan rapat aku sepanjang aku study dekat kms. Terasa sangat kekosongannya bila korang dah tak masuk kelas lagi.


Takda siapa nak bagi jawapan merepek bila lecturer tanya soalan macam Hafiz.
Takda siapa nak buat lawak bersahaja dan selamba macam Ecah.
Takda siapa nak gelak atoto sama sama macam Rain.

Takda siapa lagi yang boleh gantikan tempat korang dalam class kita. Aku harapkan yang terbaik untuk korang. Buat la habis baik untuk setahun setengah je lagi. Jangan putus asa. Aku tahu korang boleh. Lagi pun, ini bukan noktahnya. Jauh lagi perjalanan kita. Kita akan always keep in touch.


All the best guys, love ya :')


No comments: