Thursday, December 1

Enam tambah enam sama dengan dua belas


Hari ni satuharibulanduabelastahunduaribusebelas. Maka, haruslah buat entry untuk menutup cerita bulan sebelas, dan membuka harapan untuk bulan dua belas. Lagipun, barulah bergerak blog archieve dekat sebelah tu. Hihi. Btw, happy December!

Hm honestly, aku tak tahu nak cerita apa sebenarnya. Alahai, bosan kan mak jemah oi? Pagi pagi bangun sembahyang subuh, lepas tu tidur balik tak sedar sedar. Bangun pukul 9 lebih, baru gerak mandi and siap siap. Patutnya macam biasalah kan pergi class pukul 8 pagi buta tu tapi hari ni agak heaven sedikit. Class WB dua jam untuk pagi tu cancelled. Memang dah lama tahu dah sebab awal awal dah ganti. Ngehngeh.

Penatlah pakai cantik cantik setiap hari Khamis kalau lecturer tak masuk time class WD. ERGH SIAPA ENCIK KAMAL ARIFFIN NI? Dah dua minggu takda class WD ni. Dahlah kena naik bilik tuto sampai aras 3, everytime dah duduk dalam class, lecturer tak masuk masuk. Kalau busy, bagitahulah busy. Kalau class cancelled, bagitahulah cancelled. Membazir masa dan tenaga kitaorang je la namanya. Macam hari ni, ada ke kitaorang disuruh pergi Antares untuk usha usha pameran kerjaya tu. Pameran tu pun dah habis weh. Kosong dah dewan tu, tinggal kerusi je untuk dikemas.


Tengok? Sempat lagi kitaorang ambik gambar ni haa. Anyway, meet my classmates! Segak belaka semuanya. Hihi. Oh ya, hari ni aku pakai kebaya. Sumpah awkward gila wehhh. Sebab dah lama gila tak pakai. Rasanya last pakai kebaya ni masa aku darjah enam. Kurang yakin nak pakai kebaya sebab Mama selalu cakap yang aku ni takda @#%& dan takda @#$%&. K orang perempuan je tahu apa benda yang aku merepek ni. Kahkahkah. Cuba teka? Ini kan kan kan baju Mama! Ibarat harta pusaka turun temurun lol :D

Since masuk kolej after cuti sem dua minggu hari tu, langsung tak turun riadah petang petang. Dulu masa PSPM ada masa juga nak pergi main badminton or jogging around kms. Mungkin masa tu tengah study week, sekarang tengah classes weeks, so macam takda masa la. Plus, kerja banyak. K, kerja banyak. Apa pun, untuk sem dua ni, aku macam lebih menghargai masa. Aku elakkan untuk tidur siang hari and siapkan semua kerja tutorials. Kadang kadang yang tak disuruh buat pun, aku dah buat dulu. Unless kalau tak tahu, aku tinggalkan la and refer dekat hw orang lain. Hihi. Alhamdulillah, ada inisiatif untuk berubah. Mungkin tak banyak, tapi sikit pun jadi la kan?

Aku ada kesedaran weh, jangan pandang aku sebelah mata.

Cakap pasal riadah, petang tadi turun main badminton dengan Khai. Hee. Nak kata terror, takdalah terror tapi awesome tu adalah. Haha lol perasanlah FD. Dah lama tak main, mula la rasa lenguh lenguh badan. Maklum la badan dah malas. Makan je kerja, bersenam tak. Memang semputlah. Kami budak biasa je, main badminton pun dekat tengah tengah bangunan bilik tuto. Takda la main tenis dekat Astaka or main squash dekat Antares. Eh terasa ke? Haha saja guwauuuu kasar wuuuuu. Penat bukan sebab main badminton, penat sebab banyak gelak. Hikhik. Kalau dah lepak dengan Khai ni, memang pailanglah kalau tak gheti nak respons pada gurauan kasar. Takda makna kau nak sensitip bagai. Puihhh.

Orang kata result bebudak yang akan ditendang keluar kolej or join PDT keluar hari ni tapi HAMPEH APA PUN TAKDA. Propa je la korang ni, entah dari mana dengar cerita dah deyy. Hm aku tak sure la macam mana prestasi aku setakat ni, tapi aku rasa macam kurang okay. Aku harap aku bukan di kalangan bebudak yang demikianlah, insyaallah. Aku cuma nak belajar elok elok and terus grad after sem dua. Aku dah hilang passion nak duduk sini lama lama.

Kawan kawan je yang aku fikir. Yang lain? Hancur.


No comments: