Thursday, January 26

Buat Kawan Kawan yang Kita Sayang

Tajuk lebih kurang sama dengan tajuk belog Zahiril Adzim. Mana taknya, aku antara penggemar setia beliau. Entah mengapa, suka sangat tajuk tersebut. Jatuh cinta pula, haih. Okay, setiap kali nak taip new post, mesti pergi dashboard dulu. Kalau dah pergi dashboard, akan nampak post post orang yang kita follow.

Hm dah lama tak blogwalking.

Maaflah kepada follower dan following sebab jarang nak terjah belog siapa siapa. Dulu masa kemuncak bikin belog ni, rajin sangat bertegur sapa dengan rakan rakan blogger. Satu, dua, tiga kira bertahun juga dah tak aktif. Tak aktif bukan dari segi penulisan, tapi tak aktif dari segi walking. Faham dak? Oh jangan risau, aku akan follow balik follower aku. Most of the time.

Alhamdulillah aku masih bertahan, masih mampu menulis. Kawan kawan baik aku mostly dah gulung tikar dah. Dah takda masa nak spend time untuk belog tersayang. Hilang sudah title blogger dalam kalangan kami. Ingat lagi masa dulu dulu kalau kami keluar beramai ramai, masing masing akan buat report dalam belog. Masing masing akan bagi kredit pada masing masing kalau ada tercuri gambar or repost. Rindunya. Kawan kawan, marilah berblogging balik? (:

Cakap pasal kawan kawan, aku sendiri tak punya ramai kawan. Tapi punya ramai kawan baik. Terbalikkan, selalunya orang ada ramai kawan tapi BFF satu je. Macam mana tu nak hidup? Aku tak pernah kenal erti persahabatan yang sebenar sampai aku masuk high school. Ada suka duka dalam bersahabat ni kalau kita tiada orang untuk bercerita. Geng geng sekali 5-6 orang ramainya, tapi tiada seorang pun yang boleh kita bersikap jujur. Yang boleh kita cerita apa apa sahaja, segala galanya. Kerna takut orang tidak melayan, juga takut akan dibash habis baik punya.

Berkawan biar beribu, bercinta biar satu. Betullah tu. Ungkapan itu sendiri cukup untuk menggambarkan pentingnya berkawan. Tetapi bukan bermaksud kalau kita tiada kawan, kita mati. Tidak sesama sekali, kawan berguna untuk menemankan, tapi bukan untuk bergantung. Segala apa jua yang kita lakukan, perlulah bergantung pada diri kita sendiri. Biar mendengar, tapi jangan mengikut. Boleh bertanya, tapi boleh juga berfikir. Sebagai rakan yang baik, tugas kita mengingatkan. Mengingatkan apa yang salah, apa yang buruk, apa yang bagus, apa yang tidak.

Kadang kadang kita tersalah anggap, sampai kita terjerumus dalam gelombang paksaan. Paksaan? Ya. Kita kadang kala memaksa kawan kawan kita mengikut apa yang kita hendak. Kadang kala juga, kita terlupa akan, perasaannya. Setiap manusia punya perasaaan, punya hati. Atas dasar itu, kita perlu bertoleransi. Memang indahnya dunia kalau setiap perjalanan mengikut sama seperti apa yang dimahukan tapi dunia tidak semudah itu. Manusia sentiasa berada dalam proses pembelajaran, walaupun ketika berada di atas, mahupun di bawah. Sentiasa belajar dan belajar untuk menjadi lebih baik. Bukan berundur, tapi sentiasa ke hadapan.

Dalam persahabatan, janganlah kita leka. Usahlah bersikap suka mementingkan diri kerna di akhir kelak, kita mungkin tidak hilang kawan tapi kita hilang erti kawan. Kawan memang sentiasa ada untuk bersama, tapi kawan yang ikhlas belum tentu ada. Kawan bila sudah menyayangi kita, kawan akan sanggup melakukan apa sahaja untuk kita. Carilah keredhaan dalam berkawan, janganlah memusuhi antara satu sama lain.

Andai terasa, jangan membentak. Bukan semua orang hidup untuk melayan kita macam Cinderella. Fikirlah diri sendiri, kenapa kita terasa? Adakah salah kita? Apa puncanya sampai kita boleh terasa sentapan dengan kawan kawan? Pada yang panas baran, layakkah kita untuk menghambur kata kata amarah hanya kerana kita puas? Engkau puas, tapi pada yang mendengar? Mungkin buku belum bertemu dengan ruasnya, maka orang lain masih terima kau apa adanya. Cuba kalau suatu hari nanti, ada yang lebih berkuasa dari kau. Apakah kau mampu? Jujurnya aku rasa tidak. Kau akan melepet, menjadi orang yang paling lemah kerana tidak bisa menangani sesuatu seperti itu.


Lebihkan Maha Pencipta, lebihkan agama, lebihkan ibu bapa, lebih
kan orang yang tua, lebihkan pelajaran, lebihkan kawan kawan dan kurangkan 'aku'. Sayang semuanya, terima kasih.

No comments: