Hi sorry lama tak update blog since dari tahun lepas. Berzaman dah kan belog ni ditinggalkan. Lol. So patutnya ada la update last day of 2011 or first day of 2012 tapi orang malas lagi busy macam aku ni, takda masa pulak kan. Hari ni baru nak ambil kesempatan kejap.
Sekarang dah dua haribulan dua ribu dua belas. Apa azam aku untuk tahun baru ni? Hm none? Selalunya aku memang tak berazam apa apa, tak kira la time new year ke, after dapat result teruk nak mati ke, buat salah ke hape. Jarang. Hanya berazam bila orang bertanya? Haha. Yela, takkan nak kata kita takda azam kan kalau cikgu cikgu tanya. Paling paling nak jaga nama baik, mesti sikit la ada cakap azam yang baik baik. Macam,
" Saya nak study hard tahun ni, nak dapat result cemerlang dalam every exam! "
Puihhh. Hanyalah sekadar propaganda untuk menyedapkan hati semata mata. Mulanya plan taknak balik Shah Alam this week sebab member ajak outing tapi tak tahu la kenapa. Jauh dari sudut hati, instinct asyik suruh balik je. Tak sedap hati kalau duduk college. So aku decide nak balik rumah minggu ni. Ternyata memang tak rugi apa. Aku dapat makan sedap, dapat borak borak dengan Mama, dapat tengok movies for the whole day weeeeee thanks dekat HBO & SMV bagi movie best best! Ahaha tahu tahu je kan aku rindu tv. Dah tu, dapat celebrate new year with the loved ones! Leggo!
Everything was unplanned masa new year eve that day. Me and Meyra just nak keluar lepak lepak pergi pasar borak borak petang petang kan. But then Meyra nak cari benda alah apa entah, that tali thing untuk gantung kad matrik dia. Haha. Untunglah boleh pakai tali lain lain, aku ni haram jadahlah kena pakai tali matriks yang betul betul tu. Nasib baik warna merah, ada gaya sikit hikhik. Plan lepak dengan Ana juga tapi sempat lagi dia pergi SP. So we decided untuk straight pergi Subang and boom, jumpa Ana dekat situ! Bagus, great timing girls lol :DD
From Subang, heading to Giant Shah Alam. Singgah kejap sebab nak beli groceries? Ahahaha. Kitaorang beli groceries sama sama as if kitaorang ni housemate yang living together lol so cute aren't we? Hihi. Dah shopping bagai semua, grab our dinner dekat Extreme Park. Whoaaaaaaaaaa, bapak ah ramai orang. We have no idea yang that night ada gig dekat situ. Mostly ada budak budak baru nak up la duduk duduk situ. Haha lol I'm so mean. Yela, how come budak budak badan cenonet mingle lelaki perempuan and dancing plus smoking sana sini boleh ada situ? Nak up la, kan? K, gughau. At that time, baru aku macam sedar yang god this is really happening. Bukan nak bangga diri but then aku rasa aku ni still budak baik la. Aku tak pernah nampak budak social sampai macam tu. Tefak weh, scaryyyyyyyyyy. Somehow aku bersyukur yang aku ni still ada pegangan, still ada kawan kawan yang boleh mengingatkan.
Dan still ada family yang kongkong aku 24/7? Hahaha. Might sounds lame, tapi I don't really care. Baguslah aku macam ni, takpa. Memang aku nak life yang bebas macam tu but that's so not me. Aku tak biasa. Out-dated. Eh? Poyo.
K just chillin dekat situ, makan kfc. Having girls talks eceh eceh. Sebenarnya memang kind of rare bila aku, Meyra and Ana lepak together. Wait, bukan rare. Ini first time outing kitaorang together! Awesome kan? :) We should lepak more next time hikhik. Since new year eve kan, kitaorang pun spent some time la tengok tengok wth gig event ni. Sumpah awkward bila dalam kalangan bebudak hotsetap, terselit budak style muslimah tengah tengah alam tu hahaha. Yknow, kitaorang kan pakai tudung, bebudak sana mostly free hair. So kekok la. Get it? Yes you got it I know.
Haa cakap pasal kfc, dua kali makan kfc dalam minggu tu. Selalunya makan Mcd je every week paling kerap pun, ini kfc? Ahaha. Apa barang kan kfc ceh kononnya la. Last Tuesday outing dengan my besties Acap and Hazarul. Best ghilo! Tak expect langsung yang dorang sanggup datang all the way dari Shah Alam semata mata nak melawat aku dekat penjara college ni haaa. Muahahaha. Yela, since I left pi masuk matriks, terus tak jumpa langsung dah. Contact each other pun jarang. Terasa hati bila Acap kata aku sombong dulu. Wehhhh yang aku selalu tegur dekat fesbuk tu amende? Cepuk sekali tahu laa. Pantang betul orang kata aku sombong, ergh.
Kira 7 bulan jugak kitaorang tak bersua, Acap dengan Hazarul tak banyak yang berubah. Cuma aku perasan Acap macam dah berisi sikit. Wahwah, bahagia kan? Untunglah ada girlfriend. K, gua JEALOUS. Gua FOREVERALONE. Hah cukup penegasan? Sadis bila kawan kawan ada yang tersayang dan kau pulak, takda. Kosong. Lagi sadis bila kau takda orang untuk main sms malam malam nak mesra mesra. Aku letuwwwww, si sadis.
Kelakar la?
Anyway, thanks korang sebab bawa aku keluar that day walaupun banyak dugaan dan cabaran cewahh ahaha. Hari ni pulak hari tahun baru, itew keluar dengan beloved cousins itew hikhik. Dah lama tak melaram lawa lawa so hari ni pakai cantik cantik la sikit. Pakai shawl, mekap sikit. Muehehe. Dah lama gila aku tinggalkan shawl tak bersentuh dalam almari. Tak tahu kenapa aku tinggalkan style aku. Mungkin sebab dekat matriks dah terlalu ramai budak klon hana tajima, so dah tak nampak keistimewaan shawl lagi. Dekat matriks aku selekeh je wehh, pakai tudung bawal biasa je. Betul, tak tipu punya!
Keluar today sebab nak temankan Dekna beli barang sekolah dia. Macam mak dah aku ni, belikan anak anak barang sekolah haha lol. Terasa tua a bit, sebab tak excited pun eventhough dah masuk tahun baru. Kalau dulu masa high school, keluar dengan Fating cari beg sekolah together hihi comel yo. I wanna buy new shoes, dah lama dah niat nak beli sampai Mama bagi duit coz she knows yang aku ni sebenarnya nak jimat duit. Tu asyik tak beli beli but nasib memang tak menyebelahi aku bila kasut yang aku prefer kehabisan size. Oh tidak, mencik duh! Dahlah aku ni cerewet tang shopping, bila barang aku dah suka, takda pulak.
Had our dinner dekat Kenny Roger's. Impressive la. Sebab first time makan dekat situ ahaha bapak noob kan. Eh kisah pulak aku kan. Me and my besties selalunya kalau hang out, memang melantak mcd je. Mcd tu memang makanan sampingan tatkala berada di luar rumah. Kahkahkah. Ayat memang nak tahap menganjing aje. Amir treat us for the dinner, yay! Jalan jalan dekat SP sampai kedai kedai situ ada yang tutup already. Dah macam sign suruh kitaorang berambus keluar dari sana. Plus, udah malam kan. Balik lewww. Haha. Though takda ambik pictures together, thanks tau cousins, love you guys much for making my day xx
Oh ya, esok hari Isnin and esok kena balik college. Benci la, menyampah dah aku dengan matriks tu. Dah takda apa yang bagus dah dekat sana. Aku cuma nak duduk rumah, lepak dengan kawan kawan baik. Hoish berapa kali dah aku cakap cenggini gamaknya. Yela, esok aku balik. Lepas tu, aku takkan balik Shah Alam dua minggu. Terperuk la aku dekat sana. Till then, jumpa aku dekat Shah Alam masa hm Chinese New Year? Tunggu tau.
Shoutmix dah gila, nanti la aku repair.
No comments:
Post a Comment