Wednesday, March 28

Love isn't perfect. Really?







Isn't that just the sweetest thing on earth? :">

Kalau ada yang betul - betul mengenali aku, mesti tahu punyalah aku memang dah lama tangkap cintan dengan Awal Ashaari ni. Even Mama pun tahu! Hihi. Honestly I'm not a big fan of Scha Alyahya la. Masa awal - awal Scha berlakon, rasa macam ala this girl tak reti berlakon la. Berlakon pun watak yang ringan - ringan je. Sikit - sikit jadi tomboy. Typical. Plus, kureng lawa pula tu. Huehuehue. Dulu je okay, first assumption tapi lama - lama Scha ada kemajuan. Bila start berlakon cerita KL Drift 2, pewitttt ada gaya. Then, makin lama asal makin lawa pulak minah ni?!?!

Started to admire Awal Ashaari since dari dia jadi pengacara dekat Astro lagi. Masa tu, dia macam kurang berlakon. And masa tu juga, takda Astro lagi dekat rumah, so macam kurang nampak kemunculan dia di kaca tv cewahhh. Kelakar tak kalau aku cakap first movie yang aku tengok dekat wayang is, Impak Maksima? Hahahaha. From that moment, I became a die hard fan of Awal Ashaari hoho. Dahlah handsome, stylo pulak tu. What a perfect guy <3

Been happy with Awal sampailah Scha tiba - tiba muncul, dan merampas Awal dari genggaman comel aku. Puihhh. Selamba je. Ingat kau siapa? Hahahahahaha lol mati aku kalau depa baca ni XD Kind of frustrated bila dapat tahu depa bercinta :( Penat pendam dalam hati ni. Haha. Tak suka, tak suka. Mencik uargh. Awal, janganlah kahwin lagi haha.

"Selamba je. Ingat kau siapa?"

Ceh, terkena balik dekat aku sobs sobs.

Duduk matriks buatkan aku sedikit lambat nak tahu info - info yang latest pasal Awal ni. Kadang - kadang tahu pun bila gossip dengan Mama. Hehe. Yes, Mama knows everything pasal artis - artis ni. Jangan main - main kehkehkeh. So memang dah lama dah dengar rumours yang Awal and Scha nak kahwin, cuma belum sempat confirm. Yang confirm secara tiba - tibanya adalah Lisa and Yusry. Sibuk je korang ni. Suka la tu dah kahwin? Haa suka suka?

Emo pulak. Cemburu letuwww.

Tang Lisa and Yusry, I don't really give a damn la sebab tak minat both. Hello, tak pelik okay kalau tak minat Lisa? Kalau benci Lisa, k itu baru pelik. Haha. Biasa - biasa je dengan dia. Entahlah Lisa seems macam kurang berjaya je as an actress, don't you think? Tapi kena admit yang she got the package la, lawa and educated. Tak seksi sangat and very close to her Mom. Mana - mana pergi pun, selalu bawa her Mom. Fine la comel, fine fine.

Apa pun, congrats for both Lisa and Awal. Sorang dah kahwin, sorang's gonna kahwin. Hopefully, tak kekal lama la eh? Hahahahaha omg jahatnya saya hihi takda la. Guwau jeeee. So for the next Awal Ashaari yang akan muncul in my life, please jadi sweet macam ni juga? Janji? K dah janji, kalau mungkir janji, dosa tau hihi :) Bye love you xx

Credits to anyone who owns these videos.

Sunday, March 25

Cukup beradab ke?

Baru lepas tengok video Awal Ashaari melamar Scha Alyahya. Manis sangat. Cemburu.

Selama beberapa hari ini boleh aku simpulkan yang aku malas. Disebabkan syllabus nak dihabiskan dengan cepat, begitu juga tutorial yang laju macam pelesit. Bila aku buat kerja A, pensyarah tanya kerja B. Bila aku buat kerja B, pensyarah bincang kerja C.

Terkebelakang.

Nak mengejar yang dihadapan, yang belakang belakang terpaksa aku tinggalkan. Buat sementara, mungkin. Minggu kuliah dan kelas masih berjalan seperti biasa, rasanya hanya tinggal dua minggu lagi sebelum minggu belajar menyusul. Aku target hari minggu selepas habis kuliah, aku nak lari pulang ke rumah. Lari? Kenapa lari? Sebab matriks selalunya akan buat perintah berkurung pada minggu belajar. Sudah tentu, tidak akan dapat keizinan. Dan juga, aku ada hal yang perlu diuruskan.

Sangat rumit. Aku tersilap langkah. Ya Allah, permudahkan segala galanya ya Allah. Amin.

Semalam hari Sabtu bersamaan dengan dua puluh empat haribulan tiga tahun dua ribu dua belas, berlangsungnya Majlis Makan Beradab anjuran Unit Kemahiran Dinamika. Kemahiran Dinamika ini adalah satu subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar Matriks tidak kira aliran. Bezanya subjek ini diajar hanya dalam satu sem. Kalau semester lepas, majlis ini diadakan di dewan kolej sahaja untuk pelajar Akaun dan Modul Dua, tetapi untuk kami pelajar Modul Satu dan Tiga, alhamdulillah, upacara gilang gemilang ini berlangsung dengan gahnya di Gold Course Hotel, Klang. Terlebih lebih pulak. Hehe. Majlis ini juga dikira sebagai majlis pertama dan terakhir yang diadakan di luar kolej.

Rezeki kami alhamdulillah, cuma kesian untuk batch batch baru akan datang. Haha nasib koranglah :P

Mulanya, aku nak bercerita perjalanan majlis ni dari mula hingga akhir tetapi aku rasa agak berat. Tak perlu rasanya pembaca membaca sesuatu seperti ini secara terperinci kerana pada penghujungnya nanti, yang tinggal cuma kebosanan. Kan?

Jadi, aku akan bagi over-all pandangan tentang majlis ni.

Walaupun, hanya seorang yang tidak hadir ke majlis ni, tetapi tetap ada rasa keseronokan itu bila berkumpul bersama semua kawan - kawan sekelas. Mungkin hari - hari sudah bertemu semasa kuliah, tapi pada hari itu, rasa sangat istimewa. Mana taknya, semuanya berpakaian lawa - lawa. Wow, kagum. Izah yang selalu tidak endah akan kepadanan tudung dan baju kurung, tiba - tiba cantik memakai selendang. Yang paling jelas, memang padan dengan baju kurungnya itu. Hehe. Yang paling menyerlah, rasanya Alisa dan AG. Masing masing dengan gaya arabian dan tradisional.

Oh, lupa. Tema majlis kali ni adalah batik dan formal.

Namun, ramai yang hadir tidak mengikut tema. Mungkin tidak menyarungkan baju batik itu tidak menjadi kesalahan tetapi sekurang - kurangnya, berpakaianlah formal. Ini majlis makan beradab, bukan majlis makan biasa. Pelik sangat bila ada pelajar perempuan yang memakai baju -T dan juga ada yang berseluar slack. Disebabkan sistem pengurusan yang kelam kabut, tiada polis fesyen yang boleh kesan kesalahan mereka. Haih, sabar je la ~ Saya memakai baju kurung batik je, ringkas dan bersahaja cewahh.

Sebanyak tiga belas bas bergerak secara bergilir - gilir. Setiap bas dilabel mengikut abjad dan bas aku merupakan bas D. Antara yang terawal juga yang bergerak dan sampai di hotel. Sebagai kelebihan, kami dapat memilih tempat duduk yang kami nak hihi. Sayangnya, terpaksa berpisah dengan kawan - kawan sekelas disebabkan satu meja hanya boleh diduduki oleh sepuluh orang sahaja, sedangkan kami semua ada 11 orang. Yang lain - lain, terlibat dengan persembahan, maka tempat duduk mereka memang lain dari yang lainlah. Haha. Berpecah dua, dan meja aku hanya tinggal kami berempat. Memang geng aku saja, geng berempat. Kureng seronok bila terpaksa berkongsi meja dengan orang lain. Takpa la pun.

Yang pentingnya, makan hehe.

Makan memang syok habis. Untuk orang yang memang makan banyak macam aku ni, takda hal kalau nak menghabiskan kesemua empat hidangan. Haha. Mula mula kami dihidangkan dengan pembuka selera iaitu salad dan sup cendawan bersama roti bawang putih. Kemudian, disusuli dengan hidangan utama iaitu chicken chop dan sebagai pencuci mulut, buah - buahan menjadi santapan. Sedap kesemuanya, cuma yang menjadi spoil apabila ayam kurang masak. Isinya ada yang berdarah. Geleng kepala je la -_______- Oh, aku ada complain bila salad aku takda dressing, mana adil. Jadi, aku mengadu dekat salah seorang pelayannya dan meminta pertukaran. Akibatnya, managernya pun geleng kepala -_______- hahaha soghieeee :3

Semasa menjamu selera, demo makan beradab ditunjukkan oleh salah seorang pensyarah. Selain itu, diiringi dengan alunan muzik dan juga persembahan. Hm persembahannya rata - rata biasa sahaja. Penyanyinya pun, tak pandai menyanyi. Suara mereka tidak kedengaran lunak pun. Sepatutnya, untuk majlis yang besar seperti ini, persembahan menjadi titik tolak untuk kejayaan sesebuah majlis itu. Ini tidak, semuanya hambar. Saya mencadangkan urusetia mengadakan uji bakat atau memilih peserta yang betul betul layak. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Nyanyi nak taknak je, alahai dik.

Masa terhad sehinggakan sesi fotografi pun tak dapat berjalan lancar. Sepanjang majlis, pelajar diharuskan duduk. Selepas majlis pula, pelajar hanya diberikan lima belas minit waktu senggang sebelum bertolak pulang. Ambil gambar sahaja, sudah berapa minit. Ambil gambar yang lawa lawa, lagilah berminit - minit. Sudah itu, tunggu lif pun bertambah - tambah minitnya. Maklumlah, majlis ni diadakan di tingkat lapan. Nak taknak, turun naik kenalah menggunakan lif sekian terima kasut.





Terkilan bila tak sempat nak ambil gambar ramai ramai satu kelas. Yela, masing masing berpisah. Duduk meja lain lain, naik bas pun lain lain. Takpa la, asalkan ada kenangan kita bersama, walaupun sikit. Kan? :) Sebenarnya banyak lagi gambar, tapi semuanya dalam kamera orang. Ini je yang mampu dapat. Secara keseluruhannya, majlis makan beradab ini boleh dianggap sebagai majlis penutup untuk kami semua memandangkan ini merupakan semester terakhir kami di sini sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah, insyaallah. Sememangnya, menjadi momen yang terindah dan takkan aku lupa sampai bila bila. Akhir kata, maafkan salah silap saya, halalkan makan minum sepanjang kita mengenali antara satu sama lain. Semoga kawan kawan melakukan yang terbaik dalam peperiksaan akhir pada bulan depan dan mencapai kejayaan yang tidak ternilai.

Mucho gracias. Sayonara :')

Sunday, March 18

Is it too practical?

Dulu masa sekolah, masa praktikal Bio paling boring sebab paling jarang buat eksperiment. Kalau ikutkan hati, aku suka eksperiment Fizik muehehe :3 Chem pun boring, bukan aku faham sangat pun kalau buat eksperiment -_____- cuma ada satu la eksperiment masa sekolah yang paling melekat dalam hati, dissection of frog! Hehe. Excited gila waa cakap lu.

Masuk matrics ni, agak best juga la praktikal dia. Interesting and simple. Tak macam Chem yang eksperiment dia paling haram jadah leceh dengan warna comot kena baju, dengan unpleasent smell ecececeh dengan radas pecah ya ampun. Kalau dah tak suka Chem, tu semua benda aku nak merungut kan pheww. And, no more la about Fizik sebab dah drop habis dah subjek tu. Fizik subjek pilihan, for the sake of being a doctor in future, aku terpaksa pilih Bio instead of Fizik, soghie sobs sobs. Takpa, yang dah lepas tu, lepas je la eh hikhik okay untuk kali ni, let the pictures talk! :)

Dissection of frog hehe form 5's work

Blood test! I'm B positive B)

Mitochondria 3D model! Which literally I made it myself

Bryophyta I guess

This one hm apa benda eh hahahaha

View from the lens of microscope - Gnetum cone LS Male

Taken by myself from the lens okay - Selaginella Cone

Snake :p

It's millipede! Reminds me of 'Human Centipede' movie lol

Dissection of freakin FAT rat!

Tak gosok gigi duh, kuning gilo!

Hi, I am a surgeon wannabe trololol :3

Amazing kan? Well I guess I have to admit yang Bio ni takda la sucks mana, okay la asalkan ada minat. Insyaallah, boleh masyukkkkkk ilmunya. So junior yang dekat luar tu, kalau masuk matriks, ini la antara aktiviti aktiviti lab yang korang akan buat. Aku tak rasa yang syllabus Bio akan tukar next year, so sama je hehe. Praktikal Chem hm takda ambil gambar sebab tak banyak masa, mencikkan Chem. By the way, semua pictures ni non-edited. Sebab kesuntukan masa pun nak buat tag 'Araa :)' so, jangan curi naaaaa! Bye assalamualaikum xx

Tuesday, March 13

Belum cukup lagi tu

Bukan tak bersyukur kalau hujan turun dekat Banting ni, cuma kadang - kadang tu kita sendiri susah nak adapt. Kalau dulu, masa mula - mula datang sini, ada la demam dua tiga hari sebab tak expect yang cuaca kat Banting ni panas sepanasnya dan sejuk sesejuknya. Pula tu, hujan dia kita takkan jangka. Nampak je awan nano yang gelap gelap lalu lalang dekat sini, tapi tak turun turun hujannya. Bila tengahari panas gila entah berapa la temperature nya pun siang tadi, tang petang je, eh hujan? o.O

Sekarang ni mulalah. Mulalah badan gua dah rasa macam nak demam. Tekak sakit. Urgh.

Tengah duduk sorang sorang dalam bilik bila roommates pergi tengok Vanila Coklat dekat bilik tv, sorang pula pergi class faci. Bagus semua. Disebabkan aku tak minat cerita tu dan juga kuliah extra malam ni batal, aku bercadang nak bersenang lenang je dalam bilik kehkehkeh.

Dua minggu lepas keluar result UPS. Apa itu UPS? Ujian Pertengahan Semester. Semester dua. Ni last sem gua. Bajet boleh score baik punya, yela kalau dulu bagi alasan tak cukup masa nak study. Ni sekarang nak bagi alasan apa lagi? Alasan sebab Matriks bagi cuti seminggu before UPS? #eh

Mula mula masa cek result dekat board tu, agak kecuakan bila cari nama tak jumpa jumpa. Member sebelah semua dah tunjuk muka hampeh je.

"Aku dah agak dah!", si dia.

"Teruknya result aku sobs sob", si dia yang kedua.

"WEH MANA NAMA AKU?!", si aku.

Maklumlah memanglah tak jumpa nama, sebab list tu keluar pakai nombor matriks dengan IC je kuang kuang bodoh. So teliti punya teliti hm agak frustrated juga. Ingatkan boleh dapat A tapi itu je lah yang ada mak Jemah oi. Siapa suruh malas sangat kan, ambik ah ambik T.T Tapi bila bandingkan dengan result kawan kawan yang kita sayang, baru terdetik rasa syukur tu. Sekurang kurangnya, aku tak fail. Sekurang kurangnya taklah teruk sangat. Sekurang kurangnya takdalah kena masuk class Maths extra Ong kahkahkah.

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas segalanya.

Aku berazam nak cuba lagi. Walaupun terdetik dekat hati, yang kadang kadang ragu ragu dengan diri sendiri, yang boleh ke dak sebenarnya aku dapat 4 flat ni? Kalau cakap pasal kecewa, memang diakui aku kecewa habis sebenarnya. Sampai hilang semangat aku, hilang kerajinan aku. Serius aku cakap, aku study gila gila untuk UPS. Maths tu kau tahu tak, aku study seminggu. SEMINGGU UNTUK MATHS JE! Tapi apa yang aku dapat phewwww :( Astaghfirrullahhalazim, bukan rezeki aku ni. Sabar FD sabar. Takpa, Allah sentiasa ada plan yang lebih baik untuk kita semua. Kita kena percaya, insyaallah.

Sekurang kurangnya result aku better dari UPS satu hikhik.

Final dah nak dekat dah. Dalam hm lebih kurang tiga minggu lagi? Oh tiga minggu lagi, weh menggeletar lutut habaq ang! Takut sial. Inilah aku rasa exam yang paling aku takut sepanjang aku hidup hampir sembilan belas tahun. Espeem pun kalah tau aww! Tolonglah kali ni bagi aku dapat A semua subjek tolonglah tolonglah weh. Empat subjek je kot. Macam mana la aku boleh ambil sepuluh subjek masa sekolah dulu ek? Rasa takda la stress mana, ada la juga masa keluar dengan kawan kawan everytime cuti. Boleh je tengok TV hari hari, online hari hari. Takda la sesak mana pun result, okay je gua dapat.

KENAPA MATRIKS NI SUSAH NAK MAMPUS WEH?

Kalau masuk diploma pun okay juga kan dulu? Eh tak boleh tak boleh, rasanya lagi susah kot sebab course yang aku dapat dulu diploma mikrobiologi dekat UiTM Pilah. Belajar pasal benda kecil kecil, boleh botak kepala aku gamaknya bhahahaha. Tapi mesti best sebab Meyra dengan Ana masuk UiTM sana. Sekurang kurangnya ada kawan yang boleh balik Shah Alam sama sama kan korang hehe.

Takpa la, itu cerita lama punya. Dah nak dekat setahun dah pun berlalu, ada hati lagi ke nak cerita pasal diploma FD oi, apa dah puihhhh. Siang tadi borak borak dengan member lama yang sekarang study dekat USIM. Sorry bro, sebenarnya gua baru tahu kewujudan USIM. Gua ingat USIM dengan UIA samaaaaaaaaaaa kahkahkah. Al maklum lah saya tak rajin nak buat research pasal education ni. Suka dengar dari mulut orang je, lagi lagi mulut lecturer. Mana yang dia bagitahu tu, tu je la yang aku tahu. Mana yang dia syorkan tu, tu je lah yang bagus. KOT.

Goodluck ye, tak lama lagi kau grad dari USIM. But sorry to say la, aku grad dulu :p

Rindu kawad #tetiba

Beza beberapa hari je. Aku grad bulan 4, dia grad bulan 5 huehue. Aku tulis ni macam member aku baca je kan aduiyai. Oklah bye assalamualaikum tum tum.

Monday, March 5

Sini jalan sehala je.

Ini entri paling gay. K dah bagi amaran dah. Jom, sambung.

Paling kekok bila tiga - tiga pakai nada dering yang sama. One Thing ~ Menjadi antara orang yang terawal menyebarkan virus satu arah ni. Dulu bila aku asyik layan or jadikan Zayn Malik as wallpaper, semua macam

"EUW SIAPA LA YANG KAU LAYAN NI? PELAKON MANA NI?"

Cis, kurang asam. Kalau tak tahu tu, ya udah. Jangan perlekehkan boyband kegemaran aku ni. Aku minat depa bukan semata mata kerana rupa, tapi juga kerana lagu depa yang syiokkkkk. Haa sekarang dah terbukti kan? Kan dah cakap, jangan pandang rendah kat depa kuikui :D


(Nak upload video tapi lembab macam babs)


Paling suka lagu One Thing tapi versi akustik punya. Entah kenapa kalau ada je lagu yang macam best sikit, aku mesti cari version akustik. Tak pun, lagu yang youtubers buat cover. Bagi aku, lagu lagu ni kesedapan dia dapat dinilai dengan muzik biasa je. Senang cerita, petikan gitar je. Masyuk gila wa cakap sama lu.

Aku bukan saja saja obses dengan One Direction macam certain budak yang minat artis ikut trend. No no no, aku bukan macam tu. Biasanya, akan satu detik yang buatkan aku macam, wowww :O Sebagai contoh, aku start minat Paramore bila dengar budak sekolah aku nyanyi lagu Decode masa hari hm apa ye English Open Day kot something something, terus muzik tu menyerap masuk dalam hati. Tak terkata weh. Hampir terpaku.


Whose song Decode ni? Bapak sedap arrangement muzik dia. Lirik dia.

Masa itu, kawan aku pun memang layan group Paramore. Banyaklah benda yang aku soalkan bab band ni. Bila aku start buat research, memang sahih. Band ni band yang paling unik pernah aku jumpa. Paramore bukan band typical weh. Lagu lagu dia aku jamin, semua sedap. SEMUAAAAAAAAAAA. It's not just a band, and it's not just about Hayley. Eventhough Hayley yang paling menarik hati dalam band ni, dengan rambut striking dia tu. Thumbs up!

Why so cuteeeeeeeeeeeee? :(

Kes One Direction ni pula, aku memang dah lama tahu perihal depa. Cuma macam tak rajin lagi nak cari lagu or apa apa maklumat pasal depa. Semuanya start bila aku mimpi aku bermesra mesra dengan Zayn. Ini tak tipu, serius punya. Mimpi yang sangat indahhhhh wewitttt. Bila terjaga, aku ibarat mendapat cahaya untuk terus melekat dengan band ni. Terus aku google apa yang ada and agak kagum.

"Oh okay One Direction ni not bad la"

Cukup package dengan style yang bagus, kombinasi suara yang sangat menarik and of course, video klip yang comel comel belaka! Harapan hendak bergerak solo tapi aku memang tabik dengan juri juri X-Factor yang plan nak gabungkan dorang. Betul, seniors dalam industri muzik ni memang berpengalaman sampai mampu membentuk sebuah group yang...wallah.


Look at them. Aren't they so adorable? Awwwwww x)