Sunday, March 25

Cukup beradab ke?

Baru lepas tengok video Awal Ashaari melamar Scha Alyahya. Manis sangat. Cemburu.

Selama beberapa hari ini boleh aku simpulkan yang aku malas. Disebabkan syllabus nak dihabiskan dengan cepat, begitu juga tutorial yang laju macam pelesit. Bila aku buat kerja A, pensyarah tanya kerja B. Bila aku buat kerja B, pensyarah bincang kerja C.

Terkebelakang.

Nak mengejar yang dihadapan, yang belakang belakang terpaksa aku tinggalkan. Buat sementara, mungkin. Minggu kuliah dan kelas masih berjalan seperti biasa, rasanya hanya tinggal dua minggu lagi sebelum minggu belajar menyusul. Aku target hari minggu selepas habis kuliah, aku nak lari pulang ke rumah. Lari? Kenapa lari? Sebab matriks selalunya akan buat perintah berkurung pada minggu belajar. Sudah tentu, tidak akan dapat keizinan. Dan juga, aku ada hal yang perlu diuruskan.

Sangat rumit. Aku tersilap langkah. Ya Allah, permudahkan segala galanya ya Allah. Amin.

Semalam hari Sabtu bersamaan dengan dua puluh empat haribulan tiga tahun dua ribu dua belas, berlangsungnya Majlis Makan Beradab anjuran Unit Kemahiran Dinamika. Kemahiran Dinamika ini adalah satu subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar Matriks tidak kira aliran. Bezanya subjek ini diajar hanya dalam satu sem. Kalau semester lepas, majlis ini diadakan di dewan kolej sahaja untuk pelajar Akaun dan Modul Dua, tetapi untuk kami pelajar Modul Satu dan Tiga, alhamdulillah, upacara gilang gemilang ini berlangsung dengan gahnya di Gold Course Hotel, Klang. Terlebih lebih pulak. Hehe. Majlis ini juga dikira sebagai majlis pertama dan terakhir yang diadakan di luar kolej.

Rezeki kami alhamdulillah, cuma kesian untuk batch batch baru akan datang. Haha nasib koranglah :P

Mulanya, aku nak bercerita perjalanan majlis ni dari mula hingga akhir tetapi aku rasa agak berat. Tak perlu rasanya pembaca membaca sesuatu seperti ini secara terperinci kerana pada penghujungnya nanti, yang tinggal cuma kebosanan. Kan?

Jadi, aku akan bagi over-all pandangan tentang majlis ni.

Walaupun, hanya seorang yang tidak hadir ke majlis ni, tetapi tetap ada rasa keseronokan itu bila berkumpul bersama semua kawan - kawan sekelas. Mungkin hari - hari sudah bertemu semasa kuliah, tapi pada hari itu, rasa sangat istimewa. Mana taknya, semuanya berpakaian lawa - lawa. Wow, kagum. Izah yang selalu tidak endah akan kepadanan tudung dan baju kurung, tiba - tiba cantik memakai selendang. Yang paling jelas, memang padan dengan baju kurungnya itu. Hehe. Yang paling menyerlah, rasanya Alisa dan AG. Masing masing dengan gaya arabian dan tradisional.

Oh, lupa. Tema majlis kali ni adalah batik dan formal.

Namun, ramai yang hadir tidak mengikut tema. Mungkin tidak menyarungkan baju batik itu tidak menjadi kesalahan tetapi sekurang - kurangnya, berpakaianlah formal. Ini majlis makan beradab, bukan majlis makan biasa. Pelik sangat bila ada pelajar perempuan yang memakai baju -T dan juga ada yang berseluar slack. Disebabkan sistem pengurusan yang kelam kabut, tiada polis fesyen yang boleh kesan kesalahan mereka. Haih, sabar je la ~ Saya memakai baju kurung batik je, ringkas dan bersahaja cewahh.

Sebanyak tiga belas bas bergerak secara bergilir - gilir. Setiap bas dilabel mengikut abjad dan bas aku merupakan bas D. Antara yang terawal juga yang bergerak dan sampai di hotel. Sebagai kelebihan, kami dapat memilih tempat duduk yang kami nak hihi. Sayangnya, terpaksa berpisah dengan kawan - kawan sekelas disebabkan satu meja hanya boleh diduduki oleh sepuluh orang sahaja, sedangkan kami semua ada 11 orang. Yang lain - lain, terlibat dengan persembahan, maka tempat duduk mereka memang lain dari yang lainlah. Haha. Berpecah dua, dan meja aku hanya tinggal kami berempat. Memang geng aku saja, geng berempat. Kureng seronok bila terpaksa berkongsi meja dengan orang lain. Takpa la pun.

Yang pentingnya, makan hehe.

Makan memang syok habis. Untuk orang yang memang makan banyak macam aku ni, takda hal kalau nak menghabiskan kesemua empat hidangan. Haha. Mula mula kami dihidangkan dengan pembuka selera iaitu salad dan sup cendawan bersama roti bawang putih. Kemudian, disusuli dengan hidangan utama iaitu chicken chop dan sebagai pencuci mulut, buah - buahan menjadi santapan. Sedap kesemuanya, cuma yang menjadi spoil apabila ayam kurang masak. Isinya ada yang berdarah. Geleng kepala je la -_______- Oh, aku ada complain bila salad aku takda dressing, mana adil. Jadi, aku mengadu dekat salah seorang pelayannya dan meminta pertukaran. Akibatnya, managernya pun geleng kepala -_______- hahaha soghieeee :3

Semasa menjamu selera, demo makan beradab ditunjukkan oleh salah seorang pensyarah. Selain itu, diiringi dengan alunan muzik dan juga persembahan. Hm persembahannya rata - rata biasa sahaja. Penyanyinya pun, tak pandai menyanyi. Suara mereka tidak kedengaran lunak pun. Sepatutnya, untuk majlis yang besar seperti ini, persembahan menjadi titik tolak untuk kejayaan sesebuah majlis itu. Ini tidak, semuanya hambar. Saya mencadangkan urusetia mengadakan uji bakat atau memilih peserta yang betul betul layak. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Nyanyi nak taknak je, alahai dik.

Masa terhad sehinggakan sesi fotografi pun tak dapat berjalan lancar. Sepanjang majlis, pelajar diharuskan duduk. Selepas majlis pula, pelajar hanya diberikan lima belas minit waktu senggang sebelum bertolak pulang. Ambil gambar sahaja, sudah berapa minit. Ambil gambar yang lawa lawa, lagilah berminit - minit. Sudah itu, tunggu lif pun bertambah - tambah minitnya. Maklumlah, majlis ni diadakan di tingkat lapan. Nak taknak, turun naik kenalah menggunakan lif sekian terima kasut.





Terkilan bila tak sempat nak ambil gambar ramai ramai satu kelas. Yela, masing masing berpisah. Duduk meja lain lain, naik bas pun lain lain. Takpa la, asalkan ada kenangan kita bersama, walaupun sikit. Kan? :) Sebenarnya banyak lagi gambar, tapi semuanya dalam kamera orang. Ini je yang mampu dapat. Secara keseluruhannya, majlis makan beradab ini boleh dianggap sebagai majlis penutup untuk kami semua memandangkan ini merupakan semester terakhir kami di sini sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah, insyaallah. Sememangnya, menjadi momen yang terindah dan takkan aku lupa sampai bila bila. Akhir kata, maafkan salah silap saya, halalkan makan minum sepanjang kita mengenali antara satu sama lain. Semoga kawan kawan melakukan yang terbaik dalam peperiksaan akhir pada bulan depan dan mencapai kejayaan yang tidak ternilai.

Mucho gracias. Sayonara :')

No comments: