Friday, February 11

Jeritan Bisu


Aku minta jasa baik kau, biarkan jurang yang ada antara kita. Jangan tanya aku kenapa kerna kau sendiri tahu sebab musababnya. Aku tahu kau ingin meleraikan segala persoalan yang bermain dalam fikiran kau. Ya, aku masih sayangkan kau. Itulah jawapan yang kau cari sepanjang ketiadaan aku dalam hidup kau. Aku pernah berkata, apa sahaja yang berlaku antara kita, takkan sesekali aku mengeluarkan kata-kata makianku dan meninggi suara terhadap kau. Aku akan cuma, diam. Berdiam diri. Terlalu mudah untuk kau melafazkan kata cinta kau, dan terlalu mudah juga untuk kau buang aku. Aku tak pernah menafikan, sememangnya banyak benda untuk dikenang tetapi kenangan itu sudah menjadi debu yang berterbangan bila kau lupa masa kau lepaskan aku. Biar aku ulang, masa kau lepaskan aku. Kau kenal aku, kau hidup dengan aku. Kau fikir senyuman yang terukir pada wajah aku itu menandakan aku gembira dengan perpisahan kita? Kau fikir kebisuan suaraku menandakan setuju untuk kau pergi? Kau fikir ketenangan gerak geri tubuhku menandakan aku tidak hirau untuk melepaskan kau? Engkau salah. Fahamilah aku. Maafkan aku kerna aku tak bisa berdiplomasi, kerna aku tahu hanya emosi yang menguasai diri. Sedangkan semasa aku menaip coretan ini, aku menahan linangan air jernih yang bakal mengakhiri segalanya. Mungkin tanpa aku, kau lebih bahagia. Insyaallah. Aku pohon pada kau, jangan cari aku lagi. Wsalam.



Aku tahu, ia dalam BM.

5 comments:

natasya eddie said...

:( emo sikit baca entry ni.ahah :p
teringat pulak cikgu bm tasya,fuhh ayat2 sastera die.
btw lagu dekat blog ni suka intro die.^_^

ainayuhanis said...

hey , sabar lah , lelaki akan datang carik kita balik , sedih baca entry u fara ;(

Anonymous said...

im always beside you ara :) chill kay -AnnaVandora-

Fara Dee said...

Sebab tu kita elakkan tulis blog dalam BM, sebab ni la yang akan terjadi. Sastera lebih. Hmm thanks Natasya and Aina :')

Fara Dee said...

Thanks cousin :')