Friday, January 25

Selamat ulang tahun sayang :)

I know its a lil bit late untuk post this but nak post jugak tak kira! Haha

Engkorang tahu tak rabu lepas 23/1 birthday my sayang Zahiril Adzim? Now engkorang dah tahu. Siapa tak tahu tu engkorang dah terlambat kayz nak wish sorry la uolls! Aku wish ZA dekat twitter dalam pukul 4:21 AM haa kau kelas jah aku tak tidur lagi masa tu! Hakhakhak :p

Tak pernah orang tanya aku kenapa aku minat ZA kan? Hish meh sini aku nak cerita. First time aku kenal ZA ni cewahhh masa tengok KAMI series lah dekat 8tv. Tengok cerita KAMI tu pun kebetulan je sebab aku memang kaki 8tv. Memalam memang buka 8tv je. Tetiba ada cerita KAMI tu and time tu pun Liyana Jasmay tengah naik plus cerita macam cool je untuk remaja awesome macam wa ni jadi wa layan zz.

ZA masa tu berlakon watak drug dealer, yang selalu ugut LJ ni untuk jualkan dadah untuk dia sebab LJ ada hutang dengan dia kalau tak silap aku. Aku pun dah lupa. Masa tu aku macam fangirling lah dengan ZA ni sebab dia handsome! Wakaka plus time tu ZA macam kurus lagi and nama dia dalam cerita tu Bob. Sama macam nama panggilan dia dekat luar :)

Setiap kali cerita KAMI tu habis aku akan usha dekat nama - nama pelakon lah. Berminggu jugak aku try sebab credit tu laju sangat & tulisannya kocik bonar den kobar kek kau. Akhirnya berkat kesabaran aku ni dapatlah jugak usha nama dia, Mohd Zahiril Adzim. Muehehehehehe. Start dari situ aku google everything pasal dia. 

Gambar, biodata, contacts.

Yang buat aku bertambah tangkap cintan bila aku start baca blog dia. Rupanya ZA ni ada minat sastera sebab yelah orang teater la katakan! Fyi, aku pun minat sastera kayz! Macam benda - benda yang berpuitis ni cuma aku belum ada masa untuk jadikan sastera sebagai hobi sepenuh masa. Klimaksnya,  ZA bagi aku inspirasi untuk blogging dalam bahasa melayu sebab kalau siapa yang pernah baca post - post aku yang lepas akan jumpa post berbahasa inggeris. Sorry ok masa tu gua noob lagi, grammar pun berterabur ada hati nak post dalam english puihh!

Semua orang aku tanya kalau kalau dorang kenal ZA sebab tak best ah minat sorang - sorang! Nak ada kawan sorang yang boleh minat sesama pun cukup, sebab if anything kita boleh share, boleh excited, boleh bergaduh kahkah ni paling tak boleh blah. So takda sapa kenal & takda sapa kisah pasal ZA aku. 

Not until, Juvana....

Bila Juvana keluar, tetiba semorang minat ZA. Tetiba semorang mengaku peminat setia. Tetiba semorang baca blog dia. Tetiba semorang like fanpage dia. Tetiba semorang follow twitter dia. Tetiba jadah?!?! Maka gua pun mengalah. Sebab gua tak suka benda yang orang terlalu ramai minat sebab #inisemuapoyo

Minat diam - diam je lepas tu. Slow - slow follow perkembangan ZA sampai ZA ada terbitkan buku "Bogel Menuju Tuhan". Aku cari macam orang gila dekat kedai - kedai buku mainstream tapi hampa yang aku dapat. Takda semuanya. Aku mampu pinjam buku tu dari Ana je hehe tu pun dah suka! Janji dapat baca isinya walaupun tak memiliki cakera luar. Its definitely a good book. Kalau engkorang minat sastera melayu, trylah baca. Tak rugi punya gua jamin >:) 

Paling frust bila dapat tahu ZA bercinta dengan Shera Aiyob. That time rasa macam nak tumbuk dinding like, WHHHHYYYY?! Shera Aiyob before tu couple dengan Shah Jaszle and the broke up. Couple dengan ZA aku pulak pehal. Pffftt benci. Masa dorang nikah aku nangis kot! Haha ive crush on him for years & sesenang je Shera rampas mana bolehhhhhhh :'( Aku tak pernah terima and takkan dapat terima sampai sekarang wtv!

Andddddd did I mention Ive met him?! Be jelly!


Oh ya, happy birthday to my friend Norman :) You kongsi tarikh yang sama dekat Zahiril ok! Mohon berbangga! Haha first time i met you when we were in the same matrics last two years. Youve been a good friend to me walaupun kadang - kadang i takda masa nak layan you but that doesnt means i lupa you k! Coz friendship to me is not measured by how frequent we see or we talk to each other. Just bare in your mind that Ill be there, and I hope the same from you whenever we both got problems.


Well penat je membebel dekat sini coz I know Norman tak baca blog I pun haha hope you like the present! Happy 20 pakcik dah tua! Boooooooo tua! Lame ass

2 comments:

Zack Muhammad said...

Eh eh ada foto awak dengan Zahiril lah. Ermm tak jelly pun :P

Fara Dee said...

Ala tak jealous ke? Jealouslah :P Ahahahahahaha Zahiril handsome