Friday, January 25

Juvana trip!

Hi assalamualaikum its me again ( muka selambe )

Tak terlambat lagi nak wish Salam Maulidur Rasul untuk semalam :) Sedangkan Allah yang memiliki dunia akhirat pun berselawat untuk kekasih hatinya Rasullah saw apatah lagi kita manusia yang hina ni. Jadi banyakkan berselawat untuk Nabi kita ok!

Aku tengah cuti 5 hari ni ye 5 hari je mampu! Semalam, hari ni, esok, lusa, tulat. Selasa ada class balik agagagagaga

Rasa macam jarang cerita pasal uni life kan. Banyak cerita pasal aku enjoy je kehkehkeh ate nak buat acane teman malas benor nak cerita benda lain. Teman cerita benda yang seronok je untuk mike. Lulz fail loghat perak aku! Rabu hari tu sebelum cuti saja janji dengan classmates kesayangan kita nak pakai baju warna turquoise sama - sama. Since aku obses dengan warna hijau, turquoise pun turut menjadi mangsa kerakusan aku jugak muahaha.
Let me introduce you my best coursemates, (gambar atas) from left Yana, Zati, me & Annisa. Ni memang geng lepak together la pergi mana pun kalau boleh nak sama - sama. Selalunya kitaorang berlima including Aisyah tapi time ni Aisyah tak pakai turquoise jadi dia pun tolak tepi diri dia hahaha kitaorang tak suruh pun kayz. What i loved about them, eventhough dorang tak senakal ikut kepala aku tapi dorang sangat sangat baik :) aku jaranglah jumpa a group of people yang hati ikhlas yang sure kau boleh rasa. Macam aku selalu kata, ikhlas tak boleh nak tunjuk tapi kita boleh rasa.

Aku bersyukur sangat sebab masa awal - awal masuk belajar aku dah macam aduh kenapa semua nampak skema ni hahaha aku bukan kutuk dorang, aku just rasa rendah diri, rasa macam tak dapat diterima masyarakat sebab aku geganas or pendek kata, jahat sikit kan bhahahaha layak keezzz :P Dah lama - lama dah kawan semua, baru boleh ngam alhamdulillah. Dorang pun kata yang aku ni kalau orang tak kenal akan cakap aku sombong sebab muka ketat ahahaha dah kenal, gila rupanya si FD ni.

Tak kenal maka tak cinta, bro.

Ok yesterday aku keluar dengan bestfriend kesayangan saya Fatin Nazzy hot gitu. Dah lama dah plan nak keluar sebab saya nak tengok filem pakwe saya, JUVANA woots! Aku dah boleh agak filem ni akan jadi box-office sebab Juvana drama series pun dah gempak pe lagilah filem kan? Mesti umphh! Just rasa terkilan sikit sebab drama Juvana tak sempat tengok habis dulu. Masa tu baru daftar masuk matriks jadi mana ada masa nak tengok tv noks. Lagi - lagi cerita tu bersiaran setiap hari Isnin. Kalau hari minggu ke bolehlah lenjan tv dekat rumah hewhew. Sempat layan dekat tonton pun beberapa episod je lepas tu dah ketinggalan. Bila dah ada masa nak layan balik, tonton dah buat drama Juvana tu kena bayar kalau nak tengok. So I iz sad :'(

At that time kawan - kawan aku semua tak layan Juvana haha again sedih gila hidup. Jadi aku memang tak tahu kesudahan drama tu penat je layan masa awal - awal. Akhirnya semua tak tengok tah pape kau FD. Jadi kalau ada sesapa pernah tengok drama Juvana sampai habis, pls pls pls story kat aku? Tak pun, sesapa yang ada full episode of Juvana pls pls pls bagi aku? Eh?

K back to the main story where I watched Juvana the movie on its first day of tayangan semalam! Hihi bangga mak nyah! Anddddd Juvana best gila bapak dia ah. Haa cukup penegasan tak? Best gila gila gila gila. Best bukan setakat sebab dia sambungan drama dia yang dah lazim hebat tu tapi the movie itself memang dah bagus. Aku rasa siapa yang tak tengok drama dia pun still boleh faham movie ni so jangan risau ok?

Sekolah wira bakti ditutup jadi ada some students yang dibebaskan and the others kena pindah sekolah juvana baru which are botak, apek, ayam, kicap, panjang, and komeng. Daim dah dibebaskan dan dia pun sambung balik pengajian dia kat sekolah biasa. Ada banyak konflik antara ex student wira bakti dengan former student dalam sekolah baru tu. Begitu jugak Daim yang bergelut dengan masyarakat dan kawan - kawan sekolah dia kerana adanya rekod juvana dalam fail dia. Tapi Daim tak bersalah pun. Kalau korang tengok drama dia dulu, Daim dituduh membunuh mak dia sebab tu dia masuk sekolah Juvana.

Aku siap nangis dua kali ok dalam movie ni? Haha. Jangan gelak sangat. Kau tengoklah sendiri, mesti kau akan nangis jugak. Confirm.

Ada Lan todak, Jamal, tuan Ali dan yang lain - lain tu korang kena tengok sendiri k kat wayang. Tak rugi habiskan duit sikit untuk movie berkualiti macam ni :) Serious. Sebab aku kaki wayang jadi aku tahu worth it ke tak duit untuk dilaburkan kahkahkah poyo nya lahai -..-

Oh ya btw jealous tak kalau Johan Asari (botak) reply tweet aku? Jealous tak kalau Syazwan Zulkifly (apek) reply tweet aku? Jealous tak kalau Idzham Ismail (panjang) reply tweet aku? Jealous tak hoiiiii?! Muahahahaha. Pls be sebab they did reply my tweets! Bukan saja reply, malah retweet & favorite sekali kot?

Rasa sangat disayangi. Love youlah abang - abang especially abang Oyan :P Macam biasa ZA tak reply pun tweet itew mencik :/ Ah lantaklah dah kahwin pun dah nak ada anak pun lupa aku kan eeeee aku nak in love dengan Johan je pulak sekarang gasak!


#TeamJohan #TeamJuvana

4 comments:

Unknown said...

Ceh, ceh tak sempat lagi nak tonton Juvana. Tunggu keluar dekat Astro First je lah :)

Fara Dee said...

Juvana best gila!! Mesti tengok tau :)

Imran said...

Penggila Zahiril Adzim rupanya :)

Fara Dee said...

Yes sangat kipas susah nak mati :)