Wednesday, January 2

Perkongsian yang mampu.

Abang berkaca mata sibuk tanya, "apa link blog? Apa link blog? Apa link blog?"

Argh, bahana aktiviti dalam kelas kokurikulum tempoh hari.

Permainannya begini, terangkan apa yang kita suka lakukan. Macam beri klu, kepada mereka yang ingin meneka. Kalau betul, gembira. Kalau salah, pun gembira. Jadi, untuk menerangkan kecenderungan gua, gua beri klu macam ni:

I can do it by just using my mobile phone and I need Internet

Tekaan pertama mereka adalah Facebook-ing. Gua baru je menutur satu klu, semua dah gelabah teka. Terlalu teruja, mungkin? Atau saja ingin mengambil tahu? Apa-apa sajalah. Gua geleng kepala dan teruskan kepada klu kedua.

I can upload pictures and videos, can design it in a way that I want

Tekaan kedua adalah Tumblr-ing. Gua hampir setuju, sebab memang boleh upload gambar, video lucah and kita boleh mereka latar belakang di sana. Bagus tekaannya tapi kurang tepat! Sipi. Cuba lagi. Gua teruskan dengan klu ketiga.

It's like a diary to me

Terus bertalu - talu tekaan masuk dan akhirnya tekaan ketiga yang tepat adalah blogging. Klu yang terakhir memang kasi can lah! Mudah. Tumblr boleh jadi medium bertindak sebagai diari tapi kurang molek. Blogging lebih tertumpu kepada penulisan, Tumblr lebih kepada perkongsian gambar dan 'isi hati'. Cewahh, siapa yang ber-tumblr-ing tahulah macam mana seronoknya bermonolog.

Jikalau gua ada rama-rama dalam perut atau ada luka berdarah di dalam, Tumblr memang syok untuk layan hati. Nak - nak pula, Tumblr ada nilai privasi. Jarang orang nak godek - godek apa yang ada di dalam sana. Lainlah namanya blogspot, laju fikiran bergerak nak mengorek rahsia. Tak gitu? Cuma satu masalah gua, tumblr jarang buka. Sebab memerlukan kapasiti ruang kelajuan untuk berkarya.

Sejak hari tu, abang berkaca mata sibuk tanya, "apa link blog?" Nak dijadikan tazkirah maghrib katanya.

Perli ke apa?

Blog ni bukan bacaan ilmiah. Ini interpretasi hidup gua.

Bye.

No comments: