Friday, April 29

Cemerlang Ker?

Assalamualaikum.

Dah ubahsuai dah belog ni. Cantik tak? Hee.
Kalau nak dihitung melalui sistem tambah, tolak, darab dan bahagi lalu disamadengankan kesemua jumlah tersebut, terdapatlah dua tiga perkara yang nak aku coretkan sebenarnya. Namun apakan daya, terlalu berat yakni malas jari jemari indah gemalai aku ni untuk menaip segala galanya. Hikhik. Maka, cukuplah satu perkara yang aku nak kongsikan hari ni. Yang lain, akan menyusul pada hari mendatang. Insyaallah.
Beberapa hari sebelum hari Sabtu bersamaan dua puluh tiga haribulan April dua ribu sebelas, tidur aku yang lena pagi tu dikejutkan dengan suara nyaring. Mama ler tu, siapa lagi kan. Entah apa yang Mama cakap, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Hampehpunyabudak. Argh, terlalu mamai untuk aku buka kelopak mata, terlalu mamai untuk aku pasang telinga. Punyalah tangan aku sibuk meraba sana sini mencari telefon. Kalau kalau ada orang yang text aku, " Good Morning, sayang :) " Kperasan hahaha. Lain yang dicari, lain yang dijumpa.

Oh, sepucuk surat.

Jelas tertera nama penuh aku atas surat itu, yang ditulis menggunakan tulisan tangan. Buka mata luas luas sikit, hilangkan mamai lu, buat rilek jap. Okay dah. Aku pun bukalah sampul surat warna putih suci tu dengan tenang. Setenang- tenangnya. Sedikit demi sedikit, aku boleh cam asal surat tu. Adanya lencana sekolah yang dicetak dengan gahnya pada bahagian atas surat tersebut. Sah ler, surat rasmi datang dari bekas sekolah aku. Sekolah menengah.

Ya, aku dijemput hadir ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2011. Sumpah aku tak pernah dapat jemputan pi anugerah. Sepanjang lima tahun aku menuntut ilmu kat sekolah tu, sekali pung tak pernah pergi. Yela, budak tak pandai sangat kan T_T Paling paling pun, aku pernah merasa anugerah kecemerlangan kokurikulum. Pun bolehlah kan? Teringat jugak, hampir setiap tahun aku rembat anugerah kecemerlangan akademik masa zaman kegemilangan di sekolah rendah dulu. Cehh, untunglah ~

Tibalah sudah hari yang ditunggu tunggu. Aku bangun awal, cari baju kurung apa yang aku nak sarungkan. Sempat lagi tanya pendapat Mama, mana yang sesuai. Adatlah perempuan eh eh eh. Puas jugak aku buat muka comel Bieber, minta Fatin temankan aku. Hahaha. Terimakasutlah ye temankan aku. Kau tahukan aku takda kawan kat sana. Lapyoulah! Hikhik. Awal pagi lagi aku dah terpacak dah dekat gate sekolah. Dah macam budak sekolah nak pergi sekolah je. Nasib baik pakai baju kurung biasa. Nampaklah sikit ciri ciri senior tu. Senior hebakkk ye dak?

Borak sana sini, makan sana sini, usha sana sini, dengar sana sini. K satu benda je aku tak puas hati. Apsal budak PMR tahun lepas yang dapat 7A 1B pung dapat duit?! Aphal masa zaman aku takda?! Aku pung dapat 7A 1B jugak okay! Langsung takda penghargaan apa pung! Haaaa ni yang nak terasa ni en en en. Dahlah tu, kengkawan aku yang bebudak 8A dulu pung takda dapat duit. Tahun ni, semuaaaaaaaaaaaaaaaa dapat. Dah ah ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Mencik mencik! -.-

Huh, chillax.

Tak sangka bebenor aku dapat dua anugerah. Bukan satu tapi dua tauuuu. Ngehngehngeh. Still, tak boleh lawan Nik la. Budak terbaik SPM! Woot woot. Tahniah ye! Selama ni kan, aku panggil Syima budak BM. Bukan apa, budak ni memang cukup sastera lah. Ayat dia stok jiwang karat punya, berbunga bunga gitu. Takut aku kalau baca karangan dia. Haha. Cikgu pun selalu puji karangan dia. Tak cukup dengan tu, Syima selalu join pidato. Tak pung, perbahasan. Pergh. Alih alih, aku dapat :

  • Matapelajaran Terbaik - Bahasa Melayu SPM 2010
  • Pencapaian Cemerlang SPM 2010

Aku dah macam, waterpark? Apahal aku pulak yang jadi muka BM nih? Hadoi, dok sibuk bagi gelaran dekat orang, last last terkena dekat batang hidung sendiri. Hambik engkau. Hikhik. Takpa la. Aku bangga dengan kedua dua anugerah tersebut. Alhamdulillah. Dua kali aku naik pentas. Dua kali jugak aku ambik gambar. Cukup marketkan aku? Kehkehkeh. Oh ya, aku dapat duit free free jek. Tak banyak, sikit. Tak sikit, banyak. Jangan jeles youuuu. Peace! Dah habis semua benda alah majlis tu, posing laa sikit dengan Syahira J hee. Dia pun dapat dua anugerah jugak, salah satunya Matapelajaran Terbaik Prinsip Perakaunan. Cayalah!



Dengan demikian, saya akan meneruskan penulisan belog dalam bahasa Melayu walaupun habis sudah saya menterbalikkan, menyalahgunakan, mereka - reka perkataan bahasa Melayu. Hikhik. Harap maap Dewan Bahasa dan Pustaka. Jangan saman yep yep. Saya dah dapat anugerah BM dah ni yep yep. Haaa yep yep.

Bahasa Jiwa Bangsa beb.


Sunday, April 24

Penangan Demam B

Assalamualaikum.

Aku berpendapat entri hari ni melibatkan isu sensitip. Bagi sesiapa yang mempunyai sifat suka mengkritik, silalah berjalan keluar melalui pintu X. Kang tak pasal pasal ada yang mengutuk aku. Padahal dah bagi amaran dah. Hoish sabor je laa ~

Pejam celik pejam celik dah seminggu dah masa berlalu sejak dari kali terakhir aku hapdet. Kesian belog ni, berhabuk. Takpalah, aku dah bersihkan sikit sikit dah. Warna ungu masih berseri seri. Gambar tuan empunya belog pun dah tukar. Pengisian biodata penulis pun dah berubah. Aicehhh.

Aku sebenarnya demam seminggu ni. Tu yang lupa dekat belog kejap *tapi Twitter aku ingat pulak ek hahaha. Haa cakap pasal Twitter, aku telah berjaya mempengaruhi Rayhan, Fatin dan Hazarul untuk menyertai kelab Twitter sedunia. Haha. Atas dasar jasa baik aku, maka terciptalah tiga akaun Twitter mereka :

@RayyHanna
@Fatinnazzy
@HazarulSuhaimi


Terima kasutlah dekat aku. Esok lusa jangan lupa belanja McD yep. Hikhik. Deyy apa tunggu lagi, pi follow depa. Pi main tweet tweet jauh jauh naaaa. Daaaa. Eh banyaklah pulok aku melalut. Yela, sambung.

Demam aku okey sikit dah. Puas jugak aku ke sana ke sini, mengkaji simptom simptom dan sebab musabab aku dapat demam ni. Maklumlah bakal doktor kan. Kena la pandai rawat diri sendiri. Hahaha. Berangan betul aku ni. Takpalah, abaikan. Rupa - rupanya virus ni dah lama dah bertapak di muka bumi. Cuma aku je yang lambat dan lembab nak terkena virus demam yang pelik ni. Mengikut nama sainstifik atau nama sasteratifik nya, virus demam tersebut digelar sebagai,

BIEBER FEVER (!)

Yeah mannnn. Siapa sangka minah berlagak kerek dan sentimental macam aku ni boleh minat Justin Bieber? Haha. Sebelum ni, aku biasa biasa je dengan JB. Tak minat dan tak benci. Yang aku tahu aku obses bebenor dengan Paramore selama ni. Tapi sejak Zac dan Josh Farro keluar dari Paramore, keobsesan terhadap mereka menurun sikit. Lagi lagi bila Paramore takda single baru. Apa pun, aku akan support Paramore sampai bila bila. Loveyou, YelyahWilliams.


Isnin lepas, aku keluar beronok - ronok *pinjam ayat Qahhar* dengan Fatin dan Mira. Ala Mira sepupu Acap tu. Hahaha. Tak kemana pung aku gerak, pergi TS je. Dah lama tak jejakkan kaki dekat sana. Adalah setahun lebih gamaknya. Memula aku taknak pergi bila memikirkan status kewangan yang kejap goyah, kejap stabil. Fatin pulak beriya iya suruh aku pergi, menggantikan teman teman dia yang dah cancelkan plan tu. Dah plan, nak cancel cancel pulak. Pape entah. Tak hapam aku. Jadi, aku ikut jugaklah. Pun bolehlah keluar bertiga. Santekkk.


Dah habis aku shopping bagai dekat sana, aku tengok wayang filem Justin Bieber Never Say Never 3D. Punyalah sunyi panggung tu, tak terkata aku. Tak pernah rasanya aku masuk panggung wayang yang ada dalam 10 -12 orang je. Haha. Untunglah pergi hari Isnin kan, puihh. Aku tak expect apa apa sangat masa nak tengok cerita ni sebab ia berunsurkan dokumentari. Lebih kurang macam rancangan THS - True Hollywood Story tuu. Alaa dalam E News tuu. En en. Aku pung buat rilek, pakai spek 3D, silang kaki, sandar badan dan layannnn ~


Sumpah aku menangis masa tengok filem tu. Kau nak gelak? Gelak la har har. Ya, memang. Aku menangis kerana Bieber. Aku terharu. Kisah keluarga, minat terhadap muzik yang mendalam, sikap yang tak pernah berputus asa, rasa kasih sayang terhadap peminat, penat lelah yang tak dihiraukan semata mata nak hiburkan orang.

Kau tahu ayah dia tinggalkan dia masa dia kecik? Kau tahu dia masih nak menyanyi dengan kaki dia yang berbalut? Kau tahu dia berdegil nak teruskan persembahan walaupun doktor kata tekak dia berisiko untuk luka? Kau tahu dia terbaring semalaman dalam bas, mengenangkan dia dah kecewakan peminat dia? Kau tahu dia belajar Kimia dan Biologi dalam bas ke sana ke mari sambil buat tour? Kau tahu dia dermakan sebahagian duit dia untuk penduduk Jepun? Kalau kau tahu, baguslah.

Bagi aku, dia bukan sebarang penyanyi. Ada ke orang cakap yang sesiapa yang minat JB tu jenis yang tak tahu apa itu muzik. Kepalaotakkauberjambul. JB pandai main macam macam jenis alat muzik. Piano, gitar, drum argh banyak lagi. Kau ada? Ada tak? Then, JB ada minat menyanyi yang mendalam hinggakan dia boleh menulis lagu sendiri. Do some research before you make fun of him yo! Kehidupan JB tak seindah yang macam kita fikir. Perangai JB tak seteruk yang macam kita sangka. Dia adalah budak normal, sama macam kita!


JB memang handsome kan? Aku suka rambut pendek dia sekarang, Hee. Hm aku tak kisah orang tak suka JB, cuma aku harap jangan nak memperkotak katikkan kebolehan dia. Bukan setakat tu, orang nak perli perli aku yang minat JB ni apadahal? Benda ni sama je kalau aku kutuk artis favorite korang, mesti korang tak selesakan? Qahhar, kalau aku kata Ana Raffali gedik, habislah kau marah aku seminggu kan kan kan? Haha. Minat adalah hak masing masing. Tolong bagi kehormatan sikit ek? Gua hormat lu, lu hormat gua. Beres derr.


Aku terkilan, tak dapat pergi konsert JB. Habis menangis bengkak bengkak mata, tidur termimpi mimpi JB. Takpa la, mungkin satu hari nanti impian aku nak jumpa JB akan tercapai jugak.

Because there's gonna be times where people tell me that I can't live my dreams. This is what Justin Bieber tells me : Never say never !


Sunday, April 17

Ada Lesen? Boleh Jalan Daa

Assalamualaikum. Jawab jangan tak jawab, nanti dosa.

Sebelum aku meneruskan penulisan entri ini, aku mohon jangan baca kalau kau tak suka dengan cara, gaya, kata - kata atau senang cerita apa sajalah yang kau tak suka. Aku hampir hampir nak privatekan belog ni. Tapi hampir hampir kekal hampir hampir. Aku takkan privatekan pun sebab ini belog aku, jadi ikut suka hati aku. Harap maklum.

Kayy sambung.

Dah sebulan lebih dah aku menganggur. Duduk rumah, tak bekerja. Aku rasa kalau aku berusaha betul betul, cari tanah terbiar dan buka ladang anggur FD sendirian berhad, mesti dah maju gilo. Lagi lagi bila aku eksportkan ke negara jiran. Hasil bersih pendapatan mesti mencecah 1 K. Walao. Anggur yang aku tanam tu pulak mesti famous. Anggur hijau yang ranum lagi manissss. Yum yum, lapor pulok eden ni haa.

Hm macam mana aku boleh terjebak dalam kancah pengangguran ni ek? Apsal aku berhenti kerja dulu? Sekejap, biar aku imbas apa je sebab yang aku dok canang dekat orang sebelum ni. Alaa imbas sikit je. Penting tauu penggunaan teknik plot imbasan kembali tu. Baru la menarik sesebuah jalan cerita tersebut. Ye dok?

Sizuka si penolong Doraemon bertanya, " Kenapa Fara nak berhenti kerja? "

Aku si mangsa Doraemon menjawab, " Sebab Ayah saya nak balik Kelantan. Jadi saya takdok transport nak pergi kerja. Lepas tu, saya nak ambik lesen. Memang ambik lesen bukan hari hari, tapi kerja dekat sini kemain susah lagi nak minta cuti. Leceh ah. Ayah saya pun memang suruh berhenti. Jadi saya ikut je. "

Sizuka terdiam, terpaku.

Aku cakap benda benar je. Memang betul pung, tempat kerja aku tu macam macam ragam. Nak tukar syif, nak tukar cuti, nak tukar waktu rehat, nak tukar company, nak mohon cuti, nak minta kelulusan, nak minta DO, nak minta pen. Semua benda LECEH (!) Untunglah jadi orang atasan, tahu mengarah orang jek. Bebudak macam aku ni tahu apa je? Mengikut la arahan kau yang tak masuk akal tu. Kalau tak, dapat surat amaran pulak nanti. Tah pape tah. Nama je ada bahagian sumber kemanusiaan tapi kebajikan pekerja tak terjaga pun. Awok saborrr je laa ~

Apa apa pun, aku memang tekad nak teruskan perancangan aku yang nak ambik lesen tu. Lesen apa? Lesen kereta je. Aku rasa member yang rapat dengan aku semua tahu aku tak suka naik motor. Setakat tak suka naik motor, aku rasa korang boleh terima lagi la. Tapi macam mana kalau aku kata aku tak suka pakai helmet? Hahahaha. Mencik doh! Bila aku pakai, alamak kepala aku nak jatuh ke Bumi la. Tunggu masa je. Huhu. Berat, kedap udara. Bak kata Rayhan, macam orang lidi pakai helmet. Cer bayangkan. Hikhik.

After dah berhenti kerja, lek lu duduk rumah makan tidur online kejap. Survey dulu tempat lesen mana yang berkenan, hantaran mana yang murah dan calon pengajar yang macam mana yang aku nak *Abang yang ajar aku drive tu memang handsome kehkehkeh* Bukan apa, kena tunggu gaji masuk dulu meyh. Kalau tak, nak bayar kelas lesen pakai apa? Takkan nak bayar guna ehem ehem ehem, hoish tak senonoh betul. Haha.

Mainan minda : Teringat Rayhan bercerita pasal abang korek hidung di tengah jalan dekat aku, Fakhriah Tajima dan Rai Ana. HAHAHA. Sumpah kelakar! :)

Jika nak sampai ke Menara Gading, perjalanan kena bermula dari bawah. Masuk ikut pintu dan naik ke atas mengikut tangga. Bila dah sampai di puncak, boleh letak bendera - AKU BOLEH! Haa cenggitu jugak bila nak ambik lesen. Kena mula dengan kelas apa bagai dulu. Aku rasa aku kena berterima kasut dengan Mama kerana dia yang menjadi titik permulaannya.

Aku tengah sedap sedap tidur, Mama suruh bangun dan pergi jumpa abang yang nak arrangekan hal - hal lesen ni. Mama kata Mama jumpa abang tu dekat kedai depan rumah. Biasalah Mama ni, semua orang dia tegur. Nasib baik aku tak macam tu. Hakhak. So abang tu minta duit, salinan IC and no tepon. Kalau abang tu jual no tepon aku, siaplah dia nanti! Hikhik. Minggu depan aku boleh start kelas. Santekk! Steady kan aku daftar lesen dekat rumah je? Untunglah aku, puihh.


Setakat ni, aku dah masuk kelas KPP. Dah ambik ujian komputer dan yang paling penting LULUS serta merta. Haha. Dapat 45/50 je. Pung bolehlah. Then dah pergi kelas teori/amali D. Okay ini semua muka bangun tidur aku. Yela, memang haremmm la aku nak bangun pagi pagi kan. Setiap kali aku ada kelas memandu, hari tu CONFIRM aku tidur dua jam je. Gentle pergi kelas dengan muka sebel. Hahahaha. Baju hijau untuk kelas KPP, baju hitam untuk ujian komputer dan baju putih untuk kelas teori D. Lepas ni baju warna apa pulak, aku pung tak tahu. Tunggu dan lihat je la. Hikhik.

Sekarang, lesen L aku dah dapat. Esok, aku pi merempit pulak dengan abang handsome tu. Apa ingat motor je ker boleh merempit? Kereta pun bolehlah derr. Jangan jeles yep Shaheizy Sam. Hehe. Sumpah aku tak gheti dan tak pernah bawa kereta pun sebelum ni. Wish me luck!

Pengumuman : Aku dah ada Twitter sekarang. Ye ye aku kuno sebelum ni. Umur dah lewat, baru nak hadoo Twitter kan. Takpa takpa. Mai la kita saling meng-follow. Boleh ber-tweet dengan aku dekat sana. Janji? Okay, kau dah janji. Aku tuntut. Kbai.


Thursday, April 14

Lampu Hijau Untuk Lelaki

Assalamualaikum.

Aku rasa sorang dua mesti dah maklum yang aku kini kembali hidup bersendirian. Cehhh, ayat paling tak boleh potong betul. Haha. Begitulah gamaknya. Aku sekarang dah SINGLE. Jelas tak jelas tak? Jelas kannn. Hikhik. Orang kata belajar dari kesilapan dan itulah yang aku tengah belajar sekarang. Mengimbas kembali kisah lama dan membina semula angan angan untuk masa depan. Ye dok?

Aku dah teliti balik dah senarai kriteria yang patut ada pada putera idaman aku. Makin ketat, makin sendat. Haa tu lah, siapa suruh buat aku kecewa. Nasib la. Memang susah nak tackle aku lepas ni. Hakhak. Okay aku perasan. Siapa yang nak suka aku pung. Sob sob.

Sebelum ni orang selalu tanya aku, " You suka lelaki yang macam mana? "

Aku pulok jawab, " Entah la. I tak kisah pun. Asalkan pandai ambil hati I. "

Tengoklah tu. Betapa mudahnya nak jadi lelaki yang aku suka. Disebabkan itu jugaklah, aku jadi macam sepah. Bila dah habis ambik madu aku, buanglah aku merata rata. Dulu masa nak tackle aku, bukan main manisssssssss lagi ayat kau. Bila dah dapat aku, kau tolak aku sana sini. Bila kau nak, kau cari aku. Bila kau taknak, kau tinggalkan aku. Menon!

Maap, aku beremosi.

Semalaman aku berfikir. Siap ambik kertas, ambik pen lagi. Nak catat lelaki yang macam mana aku suka. Semangat gilo. Sampai tak lalu makan, mandi tak basah, tidur tak nyenyak tauuuu! Hikhik. Okayy tipu jek. Jangan marah yep. So, apa sajalah kriteria kriteria lelaki yang aku suka?

#Lelaki yang ada sense of humor.


Aku mudah sangat jatuh cinta dengan lelaki yang pandai buat lawak ni. Macam Zizan. Haha. Tak kira la lawak bodoh ke apa, janji boleh buat aku gelak, santekkk. Tapi lawak LUCAH, aku banned ye. Aku cakap awal awal ni, kasi amaran sikit. Kalau kau ada baca entri aku yang sebelum ni, aku dah mention dah yang aku ni memang suka ketawa. Tak syiokk lah kalau aku bergaul dengan mamat yang serius macam tiang. Entah pape entah. Kan? Hm humor ni memang nilai semulajadi. Kalau kau takdok, tak payah la nak try buat lawak dengan aku. Memang aku bagi muka kerek jek. Serius waa cakap luuu. Haa cukup kerek tak muka aku tu? Hikhik.

#Lelaki yang kemas.

Lagi kau skema, lagilah aku suka. Haha. Aku tak berapa nak gemar sangat lelaki yang selekeh ni. Bagi aku, kalau nak selekeh pung, biar kena. Contoh, setakat pakai seliper pi lepak dengan aku dekat belakang rumah. Takda hal la beb. Sebab aku pun macam tu. Hahaha. Apadahal kann? Bab rambut pulak, adoi memang menyampahlah tengok lelaki buat style rambut Nora Danish. Tutup tutup dahi bagai. Apa, ingat hensem ke? Manaaaaa, aku takut kau juling je kemudian hari. Taknak aku. Ngehngehngeh. Better kau biarkan rambut kau hidup semulajadi. Tak payah pakai gel ke apa, sikat je ke belakang. Habis cerita.

#Lelaki yang boleh speaking.

Tak banyak, dapat speaking sikit sikit pun jadilah. Haha. Bukan apa, dalam hidup ni, tipulah kalau kita tak guna langsung perkataan bahasa Inggeris. Kadang kadang kita tak dapat nak explain something kalau tak speaking omputeh. Tak tahu, tanya aku. Boleh belajar dengan aku. Jangan jadi bodoh sombong and pakai ayat omputeh tunggang langgang. Nak cakap I love you je yang lepas. Tak romantik ah. Nak jugak cakap I'll always love you, no matter what. Haa baru laaa lebar senyuman. Lapyoulah! Hikhik.

#Lelaki yang TIDAK merokok.


Aku tok pehe la dengan lelaki hok yang suko merokok ni. Rokok tu dahlah haram, takda kebaikan malah membawa 1001 keburukan. Cuba ikut macam Ammar. Tak main ah rokok rokok ni kan kan? Hee. Aku dah tanya dah bapak aku apsal dia hisap rokok. Dia boleh bantai jawab dengan sempoinya ibarat angin sepoi sepoi bahasa, " alaa hobi! " Pergh, memang menyirap aku. Ayah tu dahlah tak berapa nak sihat. Cubalah dengar cakap bakal doktor ni, berhenti merokok boleh tak? Grrr. Aku paling pantang bila aku tengah lepak then suddenly, ada la hamba Allah nak main hembus hembus asap. Hak alah! Memang hangin la gua! -,-

#Lelaki yang banyak cakap.

Lelaki yang suka cakap dengan banyak cakap ada bezanya tauu. Haa please pikir sendiri ek? Hikhik. Aku ni memang kuat mengadu sikit. Eh bukan sikit, mengadu banyak. Haha. Jadi bila aku bercerita, aku nak orang yang boleh bagi respons. Yang boleh ulas setiap ayat or setiap soalan yang aku tanya. Takda la bila aku membebel sikit punya panjang, kau balas K. Apa kau ingat kita dalam kelas Chemistry ke apa? Dasar potassium betul.

#Lelaki yang cool.

Okay tulun jangan salah faham. Maksud aku untuk lelaki yang cool ni ialah lelaki yang bijak mengawal emosi. Bukan yang stok hotsetapp punyo yang bajet cool. Ahakz. Belakangan ni, aku malas nak layan lelaki yang suka sentap, suka terasa. Adoi, kalau dah lelaki, buat cara lelaki boleh tak? Ini tidak, hanya sebab ada lelaki lain yang tengah on the phone dengan aku and then kau call aku asekkk dalam mood waiting jek, kau nak merajuk bagai. Kau siapa nak merajuk dengan aku? Member je pung. Kalau kau boyprengg aku, haaa aku ngerti dong. Oh ya, lagi satu, jangan nak tunjuk sangat la baran kau dengan aku. Aku tak hairan. Boleh jalan laa kau.

#Lelaki yang jujur.


Sebenarnya, aku benci lelaki yang menipu. Maka janganlah sesekali kau menipu aku. Andaikata ada kau menipu aku, tolonglah bersedia untuk sebarang kemungkinan. Aku akan ungkit kesalahan kau tu sampai bila bila. Selalunya bila aku couple, aku akan cakap awal awal apa yang aku nak and apa yang aku tak suka. Takat tu je, lepas tu aku takkan ulang lagi dah. Aku cuma akan perhatikan jek perangai kau. Sekali kau menipu aku, memang silap. Lagi lagi pembohongan kau tu berkenaan dengan apa yang aku tak suka. Gua tunjuk hidung kat lu!

#Lelaki yang ada cita cita.

Sesetengah orang cakap, tak bagus kalau kita suka berangan angan ni. Hm tapi aku tak kisah pung. Aku suka lelaki yang bagitahu aku pasal angan angan dia. Cita cita dia. Apa yang dia rancang untuk masa depan dia. Walaupun aku tak termasuk dalam kotak fikiran masa depan dia tu. Haha. Nasib laaaa kan. Lelaki kena memimpin, jadi kena ada hala tuju hidup. Serius aku cakap, aku tak ambik tahu sangat dengan lelaki yang merempit sana sini. Malas belajar. Eh masalahnya bukan sama ada kita pandai ke dok. Masalahnya sama ada kau nak ke taknak jek. Di mana ada kemahuan, di situ ada highway. Belajar elok elok, kerja bagus bagus. Baru boleh support bini. Gheti?

#Lelaki yang bertindik.

Hahahahahahaha bajet ah aku nak dapat lelaki yang bertindik. Kahkahkah. Aku tahu laa. Mana boleh lelaki Melayu bertindik, memang dasar haram kannn. Cuma aku berkenan sangat. Tak tahu la pasai apa. Dulu masa aku still kerja, aku selalu usha sorang budak Al-ikhsan. Memang comel lah. Hehehe. Segan iteww. Hari hari aku akan usha dia bila dia jalan nak pergi buang asap kat tangga. Satu hari tu, aku nampak bibir dia bertindik. Fulamak, keluar segala keterujaan aku. Mamat ni macam tahu tahu je aku suka lelaki bertindik ala ala Josh Farro. Haha. Tapi jangan ingat aku syok sendiri yek. Mamat ni pung rupanya selalu usha aku jugak. Cehcehcehcehcehceh.

#Lelaki yang gentle.


Normal lah. Perempuan mana yang tak suka gentleman. Sebenarnya, aku tak perlukan sangat segala sifat gentleman kau, cukup lah sekadar tahu macam mana nak treat perempuan. Orderkan makanan, bukakan pintu cinema, bagi tempat duduk. Kau lelaki, gagah perkasa. Risiko untuk kau mendapat bahaya pun kurang berbanding dengan perempuan. Jangan mengharapkan perempuan yang kena pergi jumpa kau, jangan mengharapkan perempuan kena topupkan untuk kau malam malam, jangan mengharapkan perempuan kena menunggu kau sorang sorang. Faham dok?

Cukuplah sepuluh. Udah udah, tak payah kira. Memang sepuluh je pung. Hehe. Kepada lelaki lelaki di luar sana, kalau anda merasakan anda mempunyai kriteria yang telah disebutkan dan mendapat kelayakan sepenuhnya, jangan malu jangan segan. Boleh tegur tegur saya di wall Facebook okay. Saya tunggu tauuu.

Perhatian : Ini adalah kriteria untuk lelaki yang saya suka sahaja. Buat masa sekarang, saya tak available. HAHA.

.

Monday, April 11

Biar Gelak, Jangan Benci

Assalamualaikum. Salam satu belog semua. Hahaha.

Kayy belum apa apa lagi aku dah buat lawak yang tak berapa nak lawak. Lawak slapstik. Apa itu lawak slapstik? Kalau aku baca review filem dalam suratkhabar Metr
o, mesti penulis tu menentukan sama ada filem tersebut mempunyai lawak slapstik atau tidak. Rata ratanya macam tak suka kalau ada lawak slapstik. Macam mana nak tahu lawak tu slapstik ke dok? Kalau lawak yang real pulok macam mana ek?

Meh kita imbas sikit komeng Mamat Khalid pasal persembahan kumpul
an Jozan pada minggu pertama dalam rancangan realiti tv Maharaja Lawak. Maap ye pada yang tidak menonton. Ye ye aku tahu, tak semua orang ada Astro. Ye ye aku tahu, tak semua orang ada Astro Warna. Untung la aku, puihh. Jangan banned aku pulok ye lepas nih. Aku tahu Qahhar dah like dah fanpage tersebut. Fanpage apa? Fanpage yang ini. Tekan ini untuk maklumat lanjut.

Dah, sambung.


Mamat Khalid kata sketsa lawak Jozan malam tu tak menjadi. Kesian
Zizan itew kena marah. Sabar ye awak. Cuba lagi tauuu. Hikhik. Aku rasa aku setuju dengan pendapat Mamat Khalid. Penonton di studio mahu pun di rumah ketawa ketawi pung sebab nak memberikan sokongan. Yela, pelik la kalau tengok Jozan, tapi tak gelak. Sebab dorang kan kira femes. Hm aku pun gelak cenggitu. Gelak tak ikhlas. Gelak yang tak sepenuh hati la senang cerita. Tapi tapi, bila time Sepah, aku gelak tak ingat dunia. Hahaha. Sumpah kelakar!

Iklan : Apasal ramai sangat yang kata muka abang aku macam salah seorang ahli kumpulan Sepah tu? Aku tak rasa macam tu pung. Ish, mencik! -,-

Cuba bagi sorang dua budak untuk lepak dengan aku seharian. Confirm so
rang dua budak tu boleh detect sifat utama aku macam mana. Haaaa ni yang nak bagi soalan cepumas ni. Kengkawang, mai ah sini kejap. Jangan la lari. Sekejap je. Tak lama, nak pinjam 10 saat je. Nanti aku pulang balik yep. Alolololo, jangan sedih yep.

Teringat Shafiq suka sebut perkataan yep ni di hujung setiap ayat. Haish.

Kengkawang, apa character aku yang paling utama? Yang paling terserlah bila aku bersama korang, cewahhh. Hahahahaha. Haa tu dia. Keluar dah gelak hila
i aku. Hahaha. Okay ni aku gelak memang ikhlas ek. Real punya. Macam apa je gelak sorang sorang dalam bilik ni. Hahaha. Eh apasal aku rasa kelakar ni? Adoi, berhenti la gelak. Haha. Eh berhenti la Hahahahaha. Okay habis lol.


Aku memang cenggini. Sewel sikit. Harap maklum. Kadang kadang aku boleh gelak tanpa sebab. Aku tengok muka Acap tu pung, dah boleh jadi bahan aku dah. Kalau aku boleh kawal, slow and steady, buat rilek jek en, lelama hilang la rasa nak gelak tu. TAPI kalau aku tak dapat tahan, memang tersembur segala jeritan batin aku yang me
ronta ronta nak ketawa tu. Hahaha. Maap ye Acap. Selalu gelak tak tentu pasal dengan kau. Nasib baik kau pun sewel macam aku. Boleh lah geng ek? Hikhik. Sempoi ah kawan dengan kau, Acap. Kau ni dah macam abang aku dah. Hm terkezut aku bila ada orang cakap yang kita ni ehem ehem. Tengok la tu, badan aku nampak kecik cenonet jek. Memang dasar pendek. Huhu. Menon betul. Oh ye, this is Acap a.k.a sepupu Amira Shakila. Paling penting, dia dah ada girlprengg. Wahwah. Tak laku la kau dekat sini.

Jangan marah ye Acap, nanti kena jual. Kehkehkeh.

Second thing, alamok teman speaking la pulok eh. Takpa, tu l
aa pentingnya english education. Ye dok Usop Wilcha? Fofulor bonar ye ekau sekarang. Kalau tak speaking rupa gitu, macam mana nak ramah mesra dengan pelancong. Hm aku nak petik satu dua ayat kawan aku yang baru balik dari oversea,

" Singapore lain gileww dengan Malaysia. Orang kat sana semua baik baik. Tak macam orang dekat Malaysia, macam apa dah -,- " kata si dia.

Tengok la tuww, terasa aku tauu. Yela, aku lahir dekat Malaysia. Menetap pung dekat Malaysia. Segala kenangan manis pahit aku dekat Malaysia. Cinta monyet cinta beruk semua terukir di Malaysia. Lagi lagi, aku tak pernah pergi luar negara. Tak pernah keluar Malaysia ni tauu. Duduk je diam diam dekat sini. Tak biasa dengan adat budaya orang luar. Jadi, ap
a salahnya kalau aku nak speaking ye dok? Cop, apa kena mengena perangai orang kita dengan speaking omputeh? Adoi. Heh heh.

Banyaklah pulok aku melalut. Ampun ye bapak, ampun ye buk. Habis cerita pasal character utama aku. Kalau cerita pasal peberet pulak macam mana ga
maknya? Haa cakap pasal ni memang aku suka. Dah jadi trademark aku rasanya kottt. Bagi la aku jadi poyo sekejap. Eh eh eh eh. Haktuih. Hahaha.

Peberet aku ni terbit dari hati yang luhur masa aku tingka
tan 4. Bebudak lagi masa tu. Bak kata Rayhan, bebudak yang masih dalam zaman Jahiliah. Haha. Bagus ayat tu, aku suka. Cett. Aku kumpul sedikit demi sedikit serpihan peberet tu, lama lama jadilah ia satu bentuk yang berbentuk hati yang berwarna,

HIJAU


Dah hapam ke belum nih? Hikhik. Itulah peberet aku. Aku suka warna hijau. Suka kaw kaw la *Macam ayat abang Zack hee. Tulun jangan tanya kenapa sebab aku pun tak dapat jawapannya. Bagi aku, kalau kita dah suka, suka jugak. Buruk rupa buruk perangai macam mana pung, dah suka, melekat jugak. Kan? Sama je macam cinta. Elehh masuk universiti pun belum, nak cakap pasal cinta lak. Boypreng dah la kena kebas.
Zahiril Adzim, kenapa hang pi tunang awai sangat? Tunggu la sat. Sampai hati hang buat lagu ni. Huhu. Nasib baik ada Shaheizy Sam. Boleh jadi peneman setia. Dah la kaya, maklum la aku undi dia habis habisan dekat paper tu. K tipu. Hikhik. Bawa la aku pergi mana pun, soalan pertama yang keluar mesti menanyakan,

" Warna hijau ada tak? "

" Warna hijau takda la dik, ini je yang hadooo " , kata kakak penjual.

" Alaaaaaaaaaa, menangis mengadu domba. "


Disebabkan aku ada peberet warna hijau ni, habis semua orang kena pengaruh aku. Ngehngehngeh. Cer tengok Hazarul. Pakai baju warna hijau. Comel tak comel tak? Awesome! Hee. Aus boleh ke tepi sikit ek sebab baju warna pink, aku banned! Haha. Kalau boleh, everytime aku keluar lepak dengan siapa siapa, aku nak suruh dorang pakai baju hijau. Baru feel kann. Hehe. Tapi tapi, aku sendiri pun tak banyak baju warna hijau. Apsal kedai shopping seluruh Malaysia ni jarang sangat jual baju warna hijau. Kalau ada pun, tak santekk! -,-

Fenomena ni sampai dah berjangkit ke Mama dah. Habis dia pulun baju kurung warna hijau untuk raya tahun ni. Langsir pun sama. Nak ngecat rumah pung warna hijau jugak. So, get ready la nak tengok rumah kuning diraja aku tu bertukar menjadi hijau incredible hulk hujung tahun ni. Insyaallah. Haha. Padahal sebelum ni, bermati matian Mama kutuk warna kesayangan aku tu! Warna orang tua la, tak sesuai la, macam lumut dalam longkang la. Sob sob. Orang kata, jangan terlalu benci sesuatu tu. Sebab apa? Sebab nanti sesuatu tu lah yang akan kita suka sangat sangat. Jatuh cinta dalam diam. Pergh, bahaya tu.

Maka, berhati hatilah anda dalam membenci orang. Ingat orang yang tersayang. Peace!
.

Friday, April 8

Bukan Selalu Nak Terasa

Assalamualaikum.

Sebahagian daripada satu bulatan, pasti mengetengahkan satu pendapat yang seragam iaitu Ya. Sebahagian yang lain pula pasti mengetepikan satu pendapat yang bertentangan iaitu Tidak. Biasalah, lumrah hidup. Sebab tu ada golongan yang maju dan terus maju tanpa menoleh ke belakang. Golongan yang tak ditoleh inilah yang masih berada di takuk lama. Duduk, diam sediamnya. Memerhatikan kejayaan orang, sesekali mengerling pada diri sendiri. Atas dasar cemburu, kritikan mulalah dilemparkan. Bagi aku, kalau orang itu layak mendapat penghargaan, seharusnya kita kena berikan. Sebagai contoh,


" DP lawa :) ", kata Amirul Adli.

Nampak tak? Benda tu tak seberapa pung, tapi dapat buat si empunya DP tu tersenyum sepanjang hari. Ohhh ye, DP itu default picture bagi sesiapa yang kureng hapam ye. Harap maklum. Senang cerita, bagi pujian pada orang yang layak. Bukan kerana kau nak mengurat dia, bukan kerana minah tu hotsetapp, bukan kerana mamat tu famous. Sehabis baik macam mana pun seseorang tu buat, kalau kau bukan budak hot, takda orang nak pandang kau. Cuba kalau aku ni Hana Tajima dan aku post status sebegini di wall Facebook,

" Hello everyone. "

Confirm beratus ratus orang like. Padahal status tu tak bermakna apa pun. Gentle tak layan komeng orang. Apadahal kannn? Artis boleh laa post status macam tu. Aku bukan artis. Aku golongan yang tak ditoleh tu. Ye ye aku la. Aku la yang cemburu tu. Sebab tu aku cenggini. Emosi lebih. Maap.

Setiap benda yang aku nak cakap, mesti ada tapi nya kan? Hikhik. Tapi aku takda lah sebel macam tu sangat. Andai kata ada yang tukar profile picture, mesti aku nak view. Walaupun tak like atau komen, mesti nak menjengah jugak gambar baru orang orang tersebut. Normal lah, sifat curious aku memang tinggi. Setinggi bintang di langit. Aicehhh. Selalu je aku like gambar Yasmin Redzuan dan Nunaa Ali. Serius, aku tak kenal pun mereka. Kawan pun bukan. Cuma, aku terpesona. Besar sungguh kuasa Allah, mampu menciptakan kecantikan yang sebegitu rupa. Tak percaya? Search je nama diorang dekat Facebook, mesti jumpa. Ada akal, ada hati kan? Nilai lah sendiri.

Kayy, sambung.

Aku paling tak boleh belah, paling tak boleh potong bila ada orang perli perli yang aku ni nak jadi hotsetapp. Come on, siapa yang taknak jadi. Apa tak best ke kalau ada orang like status kau? Apa tak best ke kalau ada orang komen gambar kau? Apa tak best ke kalau ada orang nak wall to wall dengan kau? Kau kasi cerita sikit dekat aku. Mai habaq ear to ear dengan aku. Oh aku lupa, kau kan jarang on the line. Budak yang selalu on the line macam aku ni je yang nak BAJET hotsetapp kan?

Aku teringat masa aku minta nombor Zakwan dalam Facebook. Zakwan sewenang wenangnya menaip bait bait nombor telefonnya itu dalam kotak komen wall post dan sempat meninggalkan pesan,

" Jangan bagi sesiapa nombor ni "

" Menon. Kalau kau bagi nombor dekat sini, memang semua orang nampak la! "
, balas aku.

Rayhan pun serta merta like apa yang aku bebelkan dekat Zakwan. Tapi satu je tak terlintas dalam fikiran aku masa tu. Aku tak pernah fikir yang Zakwan nak bajet hotsetapp. Kononnya dia nak market nombor dia pada bebudak perempuan yang mungkin rabun atau kurang nampak dan mengeluarkan kenyataan Zakwan itu handsome lalu mencuri nombor Zakwan yang tersembunyi di sebalik komen wall post. Tak pernah, sekali pun tak pernah. Aku buat rilek je la. Nombor dia, sukahati dia la. Janji, niat dia suci murni dan ikhlas nak bagi. Steady ah Zakwan.

Andaikan tempat Zakwan digantikan dengan tempat aku. Kau rasa aku bajet hotsetapp tak? Try la jawab. Tak pun, tinggalkan segala keperlian di ruangan message Facebook aku ek.

Nota : Cerita benar di Facebook.
.

Thursday, April 7

Kebelakang Sikit Ek

Assalamualaikum.

Apa apa pun, ini entry flashback. Taknak baca, boleh beredar. Aippp, baca la baca la!

Banyak benda yang aku nak interpret kan dekat sini. Tapi tak terkeluar jugak. Kerana apa? Masa. Ye, memang aku banyak masa tapi aku pun tak tahu ke mana perginya masa aku tu. Pernah jugak aku duduk diam, merenung masa tu. Macam mana aku nak jaga masa ni? Apa yang patut aku buat dengan masa ni?

Kalau dulu, masa aku masih bersekolah, aku mempunyai pelbagai jenis jadual. Jadual belajar, jadual bertugas, jadual kelas, jadual kelas tambahan, jadual koko.


Jadual kawad pun ada tauuu. Hari hari kawad pukul 3.30 petang sampai 7 malam. Muka bukan setakat mendung, kilat petir guruh semua ah aku dapat. Nama je pakai sunblock tapi matahari tak jugak dibloknya. Gentle je berjemur hari hari. Huhu T_T Whatever it is, berbaloi ah jugak sebab kemenangan demi kemenangan dapat dilakarkan dalam sejarah. Alhamdulillah. Usaha tangga kejayaan ye dok? Hikhik. Fewittt P.A! Eh apahal muka Qahhar ada kat situ? Sibuk jek nak market dekat sini. Tak main ah pengakap! Har har har. Fakhriah Tajima pun ada laa hehe.

Masalahnya sekarang, semua jadual tu dah hilang. Tiada lagi susah payah untuk mengatur perjalanan hidup seharian. Apabila tiada jadual, sesatlah disiplin. Bila sesat disiplin, membazir lah masa. Masa tu berharga. Sama macam emas. Bezanya, emas tu boleh dipajakgadaikan. Masa? No way man!

Aku rasa kalau masa tu boleh bercakap, mesti hari hari dia akan membebel dekat aku. Menggantikan tempat Mama. Heh heh. Mana tidaknya, aku isi masa tu dengan benda yang lazim. Biasa biasa saja. Tiada apa yang gempak.

Tidur-online-makan-tidur-online-makan.

Sekali sekala tu ada jugak ler keluar lepak dengan rakan seperjuangan. Cehhh, rakan perjuangan la sangat. Hikhik. Pun boleh la, buat refresh diri. Terima kasih, teman :')

Mesti ada orang tanya, kenapa kau tak kerja? Siapa suruh melangut buat habis beras je dekat rumah? Pergh, makan dalam! Untuk makluman ibu ibu dan bapak bapak, memang sebelum ni aku kerja. Dua bulan tauuuuu. Cuma sekarang, aku dah meletakkan jawatan dan memegang kembali status penganggur tu. Jyeahh. Siapa kata aku tak kerja? Siapa kata aku habiskan beras dekat rumah je? Aku bagi duit ye dekat parents aku. Kau ada? Hah, jawab. Jawab la!

Selepas berakhirnya espiem dulu,

" Kita tak payah kerja la. Kita enjoy je life kita! Yihaaaa! "

Itulah yang aku fikir. Argh, malas la nak kerja. Buat apa nak kerja. Bukan masanya lagi. Aku baru habis sekolah. Kasi la aku hidup. Apadahal kannn? Masa tu, aku, Hanisah dan Fatin ngam ngam choi ah taknak kerja. Kalau bosan, melepak ah usha mamat mamat hotsetapp. Aku tak hairan pasal diorang. Sorang budak pandai, confirm dapat sambung belajar lagi awal dari aku. Sorang lagi pulok, bakal budak PLKN. Masing masing ada plan. Yang aku ni? Yang adoooo je la. Takpa, buat rilek jek. Tapi apa jadi selepas seminggu habis espiem?

Lifeless.

Kepala hangguk kau nak enjoy! Baru seminggu duduk rumah, dah jadi cenggini. Kalau sebulan macam mana? Dua tiga bulan? Empat lima bulan? Damn -,-

Last last,
aku kerja jugak. Saja cari pengalaman *Kononnya la ye. Hikhik. Apa best sangat ke kerja ni. Bak sini kasi aku rasa. Rasa masam manis pahit kelat zaman bekerja ni. Sekali, nah hambik kau! Hari pertama je kerja, balik rumah terus pengsan, tidur tak sedar sedar. Hoish tipu la tak sedar. Ada sedar, tapi tidur balik. Kehkehkeh. Sumpah penat waa cakap lu!

" Kau tak payah la kerja. Macam tak larat je! " kata Ayah.

Hm aku memang macam ni. Memang cengeng. Manja. Ayah tak pernah kisah kalau aku taknak kerja. Kenapa? Tak hapam aku. Aku kan dah besar. Kenapa Ayah taknak biarkan aku cari duit sendiri? Bukan untuk siapa pun. Untuk kesenangan parents jugak. Biarlah aku rasa susah, penat. Biar aku tahu susah payah nak cari rezeki macam mana. Hm argh, aku tak kira. Aku nak kerja jugak!

" Ara okay " saja nak menyedapkan Ayah aku.

Begitulah sekiannya. Aku gigih menjalani hari hari baru aku. Aku memang suka kerja aku, mudah. Tapi persekitarannya aku tak berapa nak suka. Aku ingat tempat kerja ni dipenuhi dengan orang orang yang matang. Orang orang yang akan melayan kita secara matang. Untuk menjadikan pekerja mentah dan muda macam aku ni berfikiran matang. Kebenarannya? Haremmmmm. Sekolah lagi bagus dari tempat kerja aku tu. Pigi daaa!


Orang kata, bukan aku yang kata ye, disebalik musibah, mesti ada hikmahnya. Disebalik keburukan, mesti ada kebaikannya. Walaupun aku memang tak puas hati dengan management tempat kerja aku tu, tapi ia mengajar aku sesuatu. Sesuatu yang memang selalu sangat aku elakkan sebelum ni gamaknya. Aku pemalu. Ye, itulah aku. Haaa mulalah tu nak gelak. Memang aku pemalu la weyh! Ish mencik! Sejak aku kerja, aku jadi betah bercakap. Aku jadi berani bersuara. Kalau boleh semua orang aku nak tegur. Nampak mamat handsome sikit, hey hai hello. Kayyy, aku tipu. Hikhik. Aku dapat ramai kawan. Tengok la gambar tu. Gembira tak muka aku? Tu pun kalau kau dapat cam aku yang mana satu la. Hehehe.

Jujur, aku rindukan sekolah. Copp, bukan sekolah. Zaman sekolah dan yang sewaktu dengannya. Maap.

Mood : Sedih.

Kenapa aku bencikan zaman persekolahan dulu? Kenapa aku merungut aku kena pergi sekolah? Kenapa aku terasa dengan kawan kawan sekolah aku? Kenapa aku menyampah dengan kerja sekolah? Kenapa aku tak rapat dengan cikgu cikgu aku? Kenapa aku taknak aktif sukan? Kenapa aku malas belajar? Hm kenapa? Semua tu selalu aku persoalkan. Selalu menjadi permainan minda aku. Lantaklah orang nak kata apa.


Haa cer tengok ni. Bebudak kelas 5 Perdana 2010. Happy tak? Ada gaya kanak kanak ribena tak? Argh sudah. Tak payah cari aku yang mana satu. Peace! Kehkehkeh. Gambar ni dicaptured masa hari terakhir kitaorang bersekolah sebelum berjumpa kembali pada hari pertama espiem. Aku memang simpan gambar ni dalam laptop. Biasa la laptop sendiri. Cehhh, bajet show off. Haha.

Kenangan sekolah selalu terimbau kembali. Perangai kitaorang yang selalu ala ala ala bila cikgu nak bagi homework. Budak budak nerd yang selalu study dekat library kalau cikgu tak masuk kelas. All the girls yang rehat sama sama dekat gerbang kerjaya. Ya, takda istilah puak puak, aku aku, kau kau dalam kelas kitaorang. Semuanya sama dan semuanya rapat. Senior year yang paling aku rindu.

Being a senior is the best thing in high school, always :')

Dengan ini, teman hendak mengambil kesempatan. Hoish, jangan fikir lain la! Kesempatan untuk menyampaikan pesan jek hikhik. Kepada junior yang masih bersekolah, hargailah zaman persekolahan korang. Nak enjoy jek, tak ke mana jawabnya. Sebagai contoh, gua ah -,- Sila gelakkan gua beramai ramai. Dah dah, cukup la tu. Amalkan cara belajar yang elok. Pilih kawan yang elok. Isikan masa lapang dengan perkara yang elok. Senang cerita, ambik yang elok elok belaka saja! Okay ke takpa? Hikhik.

Sekian, terima kasut.

" Sama - sama stokin! " , ada orang jawab.

Heh alapak!

.

Saturday, April 2

Tukar Angin

Assalamualaikum.

Minta maaf ler sebab tinggalkan belog ni bersendirian, tak berhapdet hapdet. Almaklum la busy woman la katakan. Cehhh, busy apa ke benda nya, penganggur sepenuh masa kott -,- Ye ye, aku terlalu malas untuk mencoret.

Hari ni dua haribulan April dua ribu sebelas. Alhamdulillah, aku masih bernyawa, masih bernafas untuk mengharungi perjalanan hidup yang lebih mencabar. Benar, perjalanan itu sedang menanti aku. Aku cuma perlu menunggu lampu isyarat saja. Sama ada hijau atau merah. Kalau hijau, aku akan terus pecut. Laju, tanpa menoleh ke belakang. Kerana aku mengejar si bintang dan si bulan. Jauhnyaaaa. Mampu ke aku nak gapai semua tu?

Hm entry aku yang terakhir membicarakan alkisah perihal espiem. Entry aku hari ni pulak merupakan sekuel episod espiem tu. Apa kau ingat cerita Zombie kampung pisang je ada sekuel? Aku punya pun ada tauu. Cuma pelakon tambahan Usop Wilcha je takda. Har har. Apa lagi, cer baca cer baca apa yang aku nak tulis ni :p

Okay, habis.

Aku pasti ramai bebudak batch espiem 2010 dah kena virus fenin fenin lalat dah. Yang dah sambung belajor tu tak kira. Pergh, kalah virus dekat kampung pisang waa cakap lu! Maap, tersentuh pulak pasal cerita Mamat Khalid tu. Ala rilek la derr. Tersentuh sikit je. Tak rabak la. HAHA.

Semua orang dok sibuk menanya, " Hang nak ambik kos apa? "

Yang aku dok sibuk menjawab, " Alaaa kosmetik je! "

Haa amacam? Gempak tak iteww? Hehe. Aku malas bebenor nak fikir hal pelajaran ni sebab, hm aku rasa macam tak ready lagi. Boypreng aku ada kata, di mana ada kemahuan di situ ada highway. Alaa, Shaheizy Sam tu la boypreng aku. Sorry la tak kecoh satu dunia. Esok lusa, jemput datang kenduri ye. Umur dah besau, boleh kahwin weeee *Gatai, masak pun tak gheti hehe. Macam mana aku nak jumpa highway aku? Nak nak dengan keputusan aku yang A dia tak berapa nak lurus ni. Sesat, tak tahu cari jalan balik. Masalah problem dah.

Aku ada jugak pergi buat lawatan dekat Ekspo UiTM tu. Siapa pergi sila tunjuk gigi sekarang! Tengok tuuu, cik Fieona Sky kita dah tersengih sengih dah tu. Mana taknya, dia ler yang pakai tudung hijau hari tu. Bersinar sinar bak cahaya kupu kupu *Eh kupu kupu ada cahaya ke? Argh, abaikan. Hikhik. Sampai sana, pergh ramai gilo orang! Memang satu dunia ke apa nak datang. Mak bapak pun join sekali. Tu yang bertambah tambah kesesakan lalu lintas tu. Ye ye aku tahu, mak bapak mesti la kena ada. Nak memantau perlakuan anak anak. Lagi lagi si dara pingitan. Nanti kena ngorat ye dok. Hahaha. Kalau spesis perempuan macam aku ni, konfem takda orang nak cuit cuit. Apadahal?

Nama pun ekspo, aku dengan Rayhan menjelajah la satu dewan UiTM tu. Kejap berhenti stesen perniagaan, kejap berhenti stesen perubatan, kejap berhenti stesen farmasi, kejap eh deyyy berapa banyak kejap dah okay tipu. Paling lama berhenti dekat stesen Sains Sukan dan Mass Com. Nak buat macam mana, abang sains sukan tu handsome sangattt. I loikeeee! Aku ingat nak stay je dekat situ sampai kesudah, sekali bila abang tu senyum. Shining daaa. Silau mata aku. Faham faham je la apa masalah dengan gigi abang tu. Terus cancel nak mintak no tepon tauuu.

Jalang jalang dekat sana, mula la nak jumpa macam macam orang. Mamat mamat minah minah yang hotsetapp pun bersepah. Tak tahu pulok UiTM tu udah rupa Pavi. Oppsss. Aku pun terserempak terperanjat tertaksangka terehhhehh dengan Zakwan, si muka nakal *Jangan tanya kenapa panggilan sedemikian diberikan kepada beliau, ini tontonan 18sx harap maklum. Ayat pertama yang terkeluar dari bibir manis beliau yang setakat tanam tebu di tepi bibir tu bila jumpa kitaorang,

" Fuhhh, seksi baiii! "

Haa kan aku dah bagi amaran, untuk tontonan orang dewasa je. Cenggitu la Zakwan. Tak habis habis dengan pengakuan jujur beliau yang berunsurkan @#$%^&! Dah jumpa, pot pet pot pet la kitaorang. Gelak tak ingat UiTM. Tahniah ye Zakwan dapat result hebakkk. Kalah gua. Ish mencik! Huhu. Alang alang Zakwan ada, kitaorang pun lantik dia jadi fotografer yang tak bertauliah. Ala pun boleh la, asalkan beliau senyap, tak minta balasan. Kalau tak, beliau nak balasan yang gitu gitu jek. Benda lain taknokkk. Tak sedap katanya! Hahaha. Behave behave.


Ye ye aku tahu hasil Zakwan sangat tidak memuaskan. Syukur je la apa yang adooo. Inilah kembar gua. Cuma lain mak bapak, lain adik beradik, lain saudara mara, lain rumah. Penat je la korang baca. Yang samanya, cuma minat je. See? Suweet kan pakai baju sama sama heee biarlah aku nak gedik pun. Kau hado? Bhahahahaha.

Cop, aku rasa aku dah melalut jauh ni. Back to title!

Puas aku meneliti brosur brosur yang aku dapat dekat UiTM tu. " Macam macam ada" , kata Astro. Serius, kali ni bukan main main. Bukan cobaan, bukan gurauan. Hm malam tu fikiran aku kusut. Lagi kusut dari rambut aku. Lebih jiwang dari orang bercinta. Mandi, makan semua tak rasa la! Apa? Bagaimana? Bila? Di mana? Adoiii, boleh tak kalau universiti dekat Malaysia ni ada satu je? Kan senang. Omputeh kata, end of story.

Akhirnya aku buka jugak laman web UPU tu. Segala kemalasan aku tu aku dah buang jauh jauh. Aku ngedate dengan Mister Rajin je sekarang. Dah lama dah aku biarkan bersawang sejak kali terakhir aku jenguk UPU masa zaman fasa satu dulu. Dunia pun dah maju, jadi aku kena beralih ke zaman fasa dua. Kena bagi UPU tu ready, takkan nak biarkan dia noob jek bak kata bebudak sekarang. Haish. Jari aku pantas tuntas menaip, menekan benda apa yang patut dekat skrin laptop acer kesayangan aku tu. Saat saat nak isikan ruangan pilihan IPTA tu, jari aku pun jammed. Argh, lantak lah! Monolog aku sendirian. Terus aku pilih pilih kemudian shutdown. Takpa, buat rilek je. Baki kemaskini full lagi.

Nak tahu ke kos apa yang aku pilih? Eh bukan kosmetik la! Tu sarcasm je. Macam dalam cerita lawak yang dekat Astro warna tu. Ala ala yang Afdlin Shauki pandang atas, then letak tangan kat bahu. Haa tang tu la. Ish. Aku tak berapa nak layak mohon kos yang bapak-hebat-la-siakk-punya. Biasiswa pun aku tak layak nak mohon. Malu nak mintak duit dekat JPA dan Mara. Nanti kena reject, aku jugak yang menangis mengadu domba :'(

Ni jer yang termampu :

UM - Asasi Sains Hayat
UIAM - Asasi Sains Hayat
UiTM - Diploma Kejuruteraan Kimia
UiTM - Diploma Farmasi
UiTM - Diploma Fisioterapi
UiTM - Diploma Mikrobiologi
UiTM - Diploma Pengimejan Perubatan
UiTM - Diploma Sains

Abang kakak senior, okay ke takpa pilihan saya ni? Minta tunjuk ajar ye. Aku mengaku, aku memang cetek ilmu dalam bab bab pelajaran ni. Tapi, aku dah baca dan dengar asal usul liku liku kos yang aku nak ambik ni. Hm takut pun ada. Gila ke apa kalau aku tak takut? Nak masuk U ni! Kalau silap pilih bidang, mampuih la gua. Mana gua nak cari makan -,- Macam mana dengan calon lain? Korang pilih apa? Mai la kongsi. Jangan malu malu ek. Malu bertanya, sesat jalan. Okay takda kena mengena peribahasa tu.

Ya Allah, kau tunjukkan la jalan yang terbaik untuk aku. Sesungguhnya engkau lebih tahu. Aminn :')

.