Assalamualaikum. Salam satu belog semua. Hahaha.
Kayy belum apa apa lagi aku dah buat lawak yang tak berapa nak lawak. Lawak slapstik. Apa itu lawak slapstik? Kalau aku baca review filem dalam suratkhabar Metro, mesti penulis tu menentukan sama ada filem tersebut mempunyai lawak slapstik atau tidak. Rata ratanya macam tak suka kalau ada lawak slapstik. Macam mana nak tahu lawak tu slapstik ke dok? Kalau lawak yang real pulok macam mana ek?
Meh kita imbas sikit komeng Mamat Khalid pasal persembahan kumpulan Jozan pada minggu pertama dalam rancangan realiti tv Maharaja Lawak. Maap ye pada yang tidak menonton. Ye ye aku tahu, tak semua orang ada Astro. Ye ye aku tahu, tak semua orang ada Astro Warna. Untung la aku, puihh. Jangan banned aku pulok ye lepas nih. Aku tahu Qahhar dah like dah fanpage tersebut. Fanpage apa? Fanpage yang ini. Tekan ini untuk maklumat lanjut.
Dah, sambung.
Mamat Khalid kata sketsa lawak Jozan malam tu tak menjadi. Kesian Zizan itew kena marah. Sabar ye awak. Cuba lagi tauuu. Hikhik. Aku rasa aku setuju dengan pendapat Mamat Khalid. Penonton di studio mahu pun di rumah ketawa ketawi pung sebab nak memberikan sokongan. Yela, pelik la kalau tengok Jozan, tapi tak gelak. Sebab dorang kan kira femes. Hm aku pun gelak cenggitu. Gelak tak ikhlas. Gelak yang tak sepenuh hati la senang cerita. Tapi tapi, bila time Sepah, aku gelak tak ingat dunia. Hahaha. Sumpah kelakar!
Iklan : Apasal ramai sangat yang kata muka abang aku macam salah seorang ahli kumpulan Sepah tu? Aku tak rasa macam tu pung. Ish, mencik! -,-
Cuba bagi sorang dua budak untuk lepak dengan aku seharian. Confirm sorang dua budak tu boleh detect sifat utama aku macam mana. Haaaa ni yang nak bagi soalan cepumas ni. Kengkawang, mai ah sini kejap. Jangan la lari. Sekejap je. Tak lama, nak pinjam 10 saat je. Nanti aku pulang balik yep. Alolololo, jangan sedih yep.
Teringat Shafiq suka sebut perkataan yep ni di hujung setiap ayat. Haish.
Kengkawang, apa character aku yang paling utama? Yang paling terserlah bila aku bersama korang, cewahhh. Hahahahaha. Haa tu dia. Keluar dah gelak hilai aku. Hahaha. Okay ni aku gelak memang ikhlas ek. Real punya. Macam apa je gelak sorang sorang dalam bilik ni. Hahaha. Eh apasal aku rasa kelakar ni? Adoi, berhenti la gelak. Haha. Eh berhenti la Hahahahaha. Okay habis lol.
Aku memang cenggini. Sewel sikit. Harap maklum. Kadang kadang aku boleh gelak tanpa sebab. Aku tengok muka Acap tu pung, dah boleh jadi bahan aku dah. Kalau aku boleh kawal, slow and steady, buat rilek jek en, lelama hilang la rasa nak gelak tu. TAPI kalau aku tak dapat tahan, memang tersembur segala jeritan batin aku yang meronta ronta nak ketawa tu. Hahaha. Maap ye Acap. Selalu gelak tak tentu pasal dengan kau. Nasib baik kau pun sewel macam aku. Boleh lah geng ek? Hikhik. Sempoi ah kawan dengan kau, Acap. Kau ni dah macam abang aku dah. Hm terkezut aku bila ada orang cakap yang kita ni ehem ehem. Tengok la tu, badan aku nampak kecik cenonet jek. Memang dasar pendek. Huhu. Menon betul. Oh ye, this is Acap a.k.a sepupu Amira Shakila. Paling penting, dia dah ada girlprengg. Wahwah. Tak laku la kau dekat sini.
Jangan marah ye Acap, nanti kena jual. Kehkehkeh.
Second thing, alamok teman speaking la pulok eh. Takpa, tu laa pentingnya english education. Ye dok Usop Wilcha? Fofulor bonar ye ekau sekarang. Kalau tak speaking rupa gitu, macam mana nak ramah mesra dengan pelancong. Hm aku nak petik satu dua ayat kawan aku yang baru balik dari oversea,
" Singapore lain gileww dengan Malaysia. Orang kat sana semua baik baik. Tak macam orang dekat Malaysia, macam apa dah -,- " kata si dia.
Tengok la tuww, terasa aku tauu. Yela, aku lahir dekat Malaysia. Menetap pung dekat Malaysia. Segala kenangan manis pahit aku dekat Malaysia. Cinta monyet cinta beruk semua terukir di Malaysia. Lagi lagi, aku tak pernah pergi luar negara. Tak pernah keluar Malaysia ni tauu. Duduk je diam diam dekat sini. Tak biasa dengan adat budaya orang luar. Jadi, apa salahnya kalau aku nak speaking ye dok? Cop, apa kena mengena perangai orang kita dengan speaking omputeh? Adoi. Heh heh.
Banyaklah pulok aku melalut. Ampun ye bapak, ampun ye buk. Habis cerita pasal character utama aku. Kalau cerita pasal peberet pulak macam mana gamaknya? Haa cakap pasal ni memang aku suka. Dah jadi trademark aku rasanya kottt. Bagi la aku jadi poyo sekejap. Eh eh eh eh. Haktuih. Hahaha.
Peberet aku ni terbit dari hati yang luhur masa aku tingkatan 4. Bebudak lagi masa tu. Bak kata Rayhan, bebudak yang masih dalam zaman Jahiliah. Haha. Bagus ayat tu, aku suka. Cett. Aku kumpul sedikit demi sedikit serpihan peberet tu, lama lama jadilah ia satu bentuk yang berbentuk hati yang berwarna,
HIJAU ♥
Dah hapam ke belum nih? Hikhik. Itulah peberet aku. Aku suka warna hijau. Suka kaw kaw la *Macam ayat abang Zack hee. Tulun jangan tanya kenapa sebab aku pun tak dapat jawapannya. Bagi aku, kalau kita dah suka, suka jugak. Buruk rupa buruk perangai macam mana pung, dah suka, melekat jugak. Kan? Sama je macam cinta. Elehh masuk universiti pun belum, nak cakap pasal cinta lak. Boypreng dah la kena kebas. Zahiril Adzim, kenapa hang pi tunang awai sangat? Tunggu la sat. Sampai hati hang buat lagu ni. Huhu. Nasib baik ada Shaheizy Sam. Boleh jadi peneman setia. Dah la kaya, maklum la aku undi dia habis habisan dekat paper tu. K tipu. Hikhik. Bawa la aku pergi mana pun, soalan pertama yang keluar mesti menanyakan,
" Warna hijau ada tak? "
" Warna hijau takda la dik, ini je yang hadooo " , kata kakak penjual.
" Alaaaaaaaaaa, menangis mengadu domba. "
Disebabkan aku ada peberet warna hijau ni, habis semua orang kena pengaruh aku. Ngehngehngeh. Cer tengok Hazarul. Pakai baju warna hijau. Comel tak comel tak? Awesome! Hee. Aus boleh ke tepi sikit ek sebab baju warna pink, aku banned! Haha. Kalau boleh, everytime aku keluar lepak dengan siapa siapa, aku nak suruh dorang pakai baju hijau. Baru feel kann. Hehe. Tapi tapi, aku sendiri pun tak banyak baju warna hijau. Apsal kedai shopping seluruh Malaysia ni jarang sangat jual baju warna hijau. Kalau ada pun, tak santekk! -,-
Fenomena ni sampai dah berjangkit ke Mama dah. Habis dia pulun baju kurung warna hijau untuk raya tahun ni. Langsir pun sama. Nak ngecat rumah pung warna hijau jugak. So, get ready la nak tengok rumah kuning diraja aku tu bertukar menjadi hijau incredible hulk hujung tahun ni. Insyaallah. Haha. Padahal sebelum ni, bermati matian Mama kutuk warna kesayangan aku tu! Warna orang tua la, tak sesuai la, macam lumut dalam longkang la. Sob sob. Orang kata, jangan terlalu benci sesuatu tu. Sebab apa? Sebab nanti sesuatu tu lah yang akan kita suka sangat sangat. Jatuh cinta dalam diam. Pergh, bahaya tu.
Maka, berhati hatilah anda dalam membenci orang. Ingat orang yang tersayang. Peace!
.
7 comments:
Untunglah ada astro warna haha
Erk haha jangan banned aku ek Qahhar hehehe peace! :)
Boleh boleh. Tapi kena bagi tumpang rumah setiap hari jumaat, pukul 10 malamlah. haha
Hahaha. Boleh je pung! Hikhik. Mai mai. Bawa rombongan cik Limah haha
waaaa...zizann lahh wehhh..aku suka gakkk..mmg lwk kat abpbh hari tuu hihi stylahh
ce cite ce cieter haha
Kan Farid kan? Aku pung suka. Hikhik. Dah la comel. Hahaha <3
Post a Comment